Tuesday, 1 May 2012

frustration

there are so many things to be frustrated at in life.
jantung berdebar-debar, hidung kembang kuncup keluar asap, peluh dingin menitis, urat dahi terkeluar, hormon adrenalin terekskresi secara berlebihan.
keranamu, frustration.

[kredit]

sepanjang bulan kerja tak cukup napas. macam dengan lari tak cukup tanah. sorang-sorang kaver seluruh daerah. Expected to see patients, to attend meetings, to attend course, to give out CME, to run the NCDP 1 malaysia project, to write reports. semua kena buat.memangla multitasking, tapi ukur-ukurla keupayaan pekerja anda.

bila kerja tak cukup napas, mula la naik temperature. akhlak deficit. and its not nice at all.
bos pula jenis yang nak dengar benda bagus-bagus sahaja. segala kesulitan ditelan sendiri. colleagues uncontactable. keluhan dari staf bawahan kena entertain juga.

frustration at work.

bila buka newspaper, pepenuh berita tentang lawatan pemimpin besar ke sabah sarawak. almaklum, dekat PRU13. ada pula kenyataan dari sumber yang boleh dipercayai, bahawa pemimpin tidak menyangkakan keadaan jalan di sabah masih teruk. kepala yang kecil ni mula stat mempersoalkan banyak benda. sabah dan kuala lumpur, sama-sama malaysia. sama-sama merdeka, takde pulak baca dalam buku sejarah yang sabah sarawak ni merdeka 10 tahun kemudian. tapi kenapa pembangunan sabah sarawak memang 10 tahun terkebelakang? kuala lumpur ada puluhan mercu tanda, sedangkan sabah ni jalan huru hara, dan masih banyak tempat yang takde elektrik dan air. kata 1malaysia? dan kenapa pemimpin besar tak tahu keadaan sabah? adakah kerana pemimpin kecil tak repot dengan baik?

frustration at country.

pandang kanan, orang ni dah menulis di magazine. pandang kiri, orang ni dah terbitkan buku.baru-baru ni datang Dr H, timbalan presiden NGO kami. and he told me that he's writing in the 2nd edition of a brand new magazine JOM! and he thought that i ought to do so too...i smiled sheepishly, and said, insya allah... zaman bila la ntah. when i can't even maintain writing contantly in my poor webbing web.not to mention lacking of everything in writing. omo~~~

frustration at writing.

ramadhan bakal menjelang. mutabaah ibadah makin ketat mengikut piawaian bulatan quran. tapi amat sukar hatta untuk mencapai pencapaian minima. apabila frust, makin taktercapai, dan bila tak mencapai, makin frust. eeeeeevil cycle.

frustration at own mutabaah ibadah.

there are so many things to be frustrated in life.
the most frustrating part is, why is it so?
frustrating away like you have nobody to pray to?


Thursday, 5 April 2012

Mungkin kau rasa jijik, tapi aku...

Alhamdulillah saya dari keluarga serba cukup.Tak la lebey sangat, tapi tak la larat atau kebulur.
Serba serbi cukup, alhamdulillah.

Waktu sekolah rendah, saya sekolah swasta. Bak kata orang, sekolah anak orang-orang loaded.
Yang realitinya, hanya orang-orang di sekolah swasta tahu keadaan orang-orang di sekolah swasta.
Mixed versions la.
Anyway, walaupun saya rakyat biasa, dan berkawan dengan pelbagai golongan lapisan masyarakat, termasuk mereka yang berstended, saya suke gaya hidup sempoi. Kalau nak duduk tepi longkang (yang tak berbau tengik sangat), saya akan buat. Bersila atas lantai tanah, no problem. Camping berlumpur berpacat, err... tolerable.
Tapi kalau dianugerahkan tempat mewah, macam berkursus di hotel ke, hehe, idokle ambo nolak.

Ini hari, akhirnya, setelah beberapa kali tak jadi, saya dapat sertai klinik bergerak ke pulau tunggal di bawah jajahan daerah saya. Hari-hari biasa di klinik, memang sodapla, ber-ekon, lantai tile, meja besar.
Kali ni di pulau yang belum didirikan kliniknya, kami belaah setup klinik di bawah rumah orang kampung. Ada meja kecil yang tak stabil, 4 buah kerusi, ON!saya kongsi meja berkriuk-kriuk tu dengan pembantu pegawai perubatan (MA). Sejengkal sebelah kami, staf nes yang duduk di kerusi kontot, meja kontot, dan clientnya bergayut di tangga saja. Jururawat masyarakat saya 3 orang, atas papan besar je, cucuk imunisasi kanak-kanak. Kaunter ubat, di meja besar bawah rumah, berkongsi dengan bahagian pendaftaran. Jalanlah klinik kami dengan masyuknye.

Habis dari pulau, saya pergi ke sebuah klinik kesihatan di daerah saya untuk mesyuarat dengan staf-staf di situ. Oleh kerana bilik rawatan kecemasan kurang kerusi, dengan selambanya saya berseloroh, 'Kita melantai di bawah je la...' Tapi seorang staf senior melarang, kotor katanya, dipijak-pijak...

Saya ketawa. Lantai itu dalam bilik ber-ekon, dimop setiap hari. Dah nama lantai, pastilah dipijak. Alangkah siling pun dipijak oleh cicak man. Hehehe. Ok, tak klaka.

[kredit]

Mungkin kamu rasa jijik. Tapi yang pasti aku oke jer. Hidup sempoi, semua hal boleh jalan, dengan izin Allah. Hati pun sonang. Pis.

note: asalkan ia bukan toilet yang kotor. Itu taboley tahan

Tuesday, 3 April 2012

The People's People

Pemimpin berjiwa Rakyat


Rakyat berjiwa Pemimpin


Umat Pertengahan
Berusaha mencontohi pemimpin
Serta tak lupa belajar dari pengikut (rakyat lain)

Wasatiyah, gitu.
is it really as simple as it may seem?
mau mujahadah juga tuh
^^

Friday, 17 February 2012

the iman or my own skin?

Sewaktu saya sedang gembira meraikan double engagements sepupu-sepapat tercinta di bandar halaman, saya mendapat sms yang tak diundang dari staf klinik. Berita kematian ibu hamil (maternal mortality) yang sangat la tak syok didengar. Apatah lagi pada hari keraian.

Kes bukan warga negara, yang memang tak pernah berklinik, yang baru saja berpindah ke daerah saya dari daerah yang jauhnya 6jam seminggu sebelum kematiannya. Walaupun asalnya kes orang, tapi sebab meninggal di daerah saya, terpaksalah ditanggung sebagai kes kematian daerah kami. Walaupun kami memang haram tak tahu pun akan kewujudan ibu tersebut di kampung kami.

Dan setelah itu, kami dipeningkan dengan kes bukan warga negara yang didiagnosis mengalami placenta praevia major, dan tak mahu masuk wad. Time bomb, seolah-olah haru mengantisipasi kematian kedua untuk tahun ni. Demi untuk mengelakkan hal yang sangat tidak mengharumkan nama daerah, saya cuba melakukan segalanya untuk dia, bagai menatang minyak yang penuh. Semua staf kesihatan dan hospital turun padang untuk mengkaunsel ibu tersebut supaya masuk wad, sehingga ke tahap harus menghantar ke klinik pakar pakai ambulans, dengar escort staf nes, minta pengecualian pembayaran klinik (warganegara pun kena bayar RM 5), dan lain-lain. Apatah lagi dengan kedudukan saya sebagai Yang Menjaga Kesihatan Daerah (ouh, tak syok okeh).

Dalam keheningan itu, terdengar suara sumbang dari staf saya. 'Kenapa la kita ni kena bersusah payah untuk orang yang bukan warga negara? Menyusahkan saja, nak dilayan macam VIP. Orang kita pun tak dapat layanan sebegitu'.
I don't blame her one bit. Occassionally saya pun ada juga terdetik hal begitu. But I can't afford to have another mortality case under my care.
Buat kebaikan kepada mereka, ukankah suatu sedekah? Mendengar kata-kata dari suami ibu tersebut, berterima kasih dengan amat, sedikit sebanyak menyentuh hati saya. Mereka juga manusia. Walaupun bukan warga negara. Dan mungkin kita semua terlupa satu poin yang lebih penting. Bahawa mereka itu seagama.

Bukankah haram darah seorang muslim bagi seorang muslim lain? Begitu sekali berharganya mereka. Bukankah Imam Hasan Al-Banna pernah mengatakan dalam risalah Ta'lim; bahawa di belahan bumi mana yang ada umat yang memegang kalimah tauhid, maka disitulah tanah air kami, dan ke atas kami untuk mengorbankan harta dan seandainya harus menitiskan darah untuk melindungi mereka, akan kami lakukan.
Kerana itulah ikatan akidah.
Itulah lambang sebuah iman.

[kredit]
Cool!
But is it really the iman that is masking my actions?
Or, is it just to save my own skin?

Monday, 13 February 2012

what poverty means

Poverty means, duit tak de
Biasa kalau cakap pasal kemiskinan rakyat, paling sinonim dengan busung lapar.
Or, simply, kebuluran la. Ikon kebuluran yang terhebat di kepala saya, Somalia. Lots more, beyond that, of course.
Thus, poverty jeopardize the lives. 

Wajah dia nampak blur ketika berkomunikasi dengan kami. Maklum, orang Filipina, faham gitu-gitu je.
Saya jelaskan pada dia, uri dia sangat rendah, sehingga menutupi jalan lahir. Pada usia kandngan mencapai 9 bulan, keadaan dia sangat berisiko. Bila-bila saja boleh terjadi perdarahan tanpa henti, dan lebih bahaya kalau memang dalam fasa nak bersalin. Ancaman besar kepada ibu dan anak.
Pakar di KK sudah dimaklumkan, dan dia dikehendaki dihantar ke hospital pakar di KK, untuk antisipasi kelahiran melalui pembedahan (kes placenta praevia major)..
Dia dan suami menolak. Tak ada duit.
Saya cuba lobi. Pujuk masuk hospital biasa di daerah kami. Bayaran tak semahal di hospital pakar. Yang penting berada di bawah pengawasan staf kesihatan, kalau tak dapat handle, tetap akan kami hantar ke KK. Tapi tu belakang cerita.
Mereka tetap menolak. Memang tiada duit.
Padahal nyawa ibu dan anak bagaikan di hujung tanduk. Seperti the ticking bomb.
Asal terjadi perdarahan, dia boleh pergi. Asal terjadi sakit nak bersalin, akan terjadilah perdarahan, dia boleh pergi. Either way, dia kemungkinan pergi, kalau tak dibedah.

Suaminya dengan nada kesal dan sopan menolak pemintaan saya untuk kemasukan ke wad. Mereka suami isteri bertekad untuk mengambil risiko, walaupun dengan bayaran 2 nyawa.
Sebab, duit tak ada.

Setelah lobi kona sana kona sini, kami mencapai sebuah persetujuan, di mana mereka harus ke hospital esok, hanya untuk scan dan sesi kaunseling dari doktor di hospital. Mana tahu, lembut hati dengan doktor di sana, mana tahu, penerangannya mampu meyakinkan mereka.
Kalau masih berdegil untuk masuk wad, terpaksa dengan plan C. iaitu, buat lawatan ke rumah mereka setiap hari.

Ini kes mereka yang bukan warganegara.
Ini kes mereka yang tiada berharta.
Ini kes mereka yang memilih untuk bertarung nyawa.

Hiba saya lihat suaminya, riak muka yang sukar saya tafsirkan. Anak pertama. Pasti keputusan yang diambil itu begitu berat bagi si suami. Berat mata kami yang memandang, berat lagi bahu si suami yang memikul, belum lagi berat perut yang dikandung isterinya.

Poverty means, life.
What say you?

Wednesday, 28 December 2011

butterfly ~赤い糸~

[kredit]

赤い糸でむすばれてく
の輪のなかへ

______
03122011
butterfly
木村 カエラ

butterfly ~ 嵐~

太陽は沈みいたずらに星は昇る


blue butterfly dreams 1 Myspace Layout 2.0
[kredit]


夜は眠り朝を待つ

_______
10102011
butterfly
木村 カエラ