Wednesday 28 December 2011

butterfly ~赤い糸~

[kredit]

赤い糸でむすばれてく
の輪のなかへ

______
03122011
butterfly
木村 カエラ

butterfly ~ 嵐~

太陽は沈みいたずらに星は昇る


blue butterfly dreams 1 Myspace Layout 2.0
[kredit]


夜は眠り朝を待つ

_______
10102011
butterfly
木村 カエラ

Tuesday 27 December 2011

Sikit

Sikit sinonim dengan tak best.
Waktu kecil-kecil kalau berebut dengan sepupu sepapat musti nak BUANYAK.
Kata asisten saya, orang tamak selalu untung.

Sikit dilihat tak bernilai
Sikit dilihat lemah
Sikit dilihat loser


[kredit]

Sikit pun saya tak kisah.
Mereka juga begitu.
Kami memang sikit.

'Ya Allah, jadikanlah aku dari golongan sedikit'*


*doa mereka yang mendahului, juga yang kini mendampingi
apakah mungkin

Tuesday 20 December 2011

opocot!

opocot!
oh mak ngkau!
oh polot!

memang biasa dengar kan...
penyakit tak berjangkit masyarakat kita, melatah. Baik yang tua, mahupun yang muda.
Baik yang membaca blog ini, mahupun yang menulis juga (ohoho, saya pun melatah baek punya okeh)

[kredit]

Tapi di sini saya jumpa versi baru latahan setempat.
Beberapa staf saya yang terdiri dari suku X, merupakan pelatah yang tegar. Baru tepuk bahu dah terkeluar latahan yang panjang semeter. Kalau acah dengan suara, mungkin latahan tu mencapai sekilo panjangnya.
Dan perkataan yang dilatahkan, adalah sama, tapi dalam versi yang pelbagai.
Contoh, hari ni mungkin 'Oh, pisang berangan..', mungkin sekejap lagi 'oh, pisang cik peah berbuah dua bertangkai satu...'.  Macam-macam versi, tapi mesti satu perkataan utama tu yang keluar.

Lucu, terhibur, malah saya yang tukang kasi latah kakak-kakak (makcik-makcik) itu.
Sehinggalah suatu hari, bila saya mengetahui maksud satu perkataan yang sering dilatahkan itu bermaksud alat kelamin, segera saya hentikan. Sebab jadi malu pula bila dah faham maksudnya.

Berlainan pula dengan suku Y, bila dilatahnya, 'oh,korbau..'
Tertawa saya, 'comelnya suku Y latah keluar korbau, suku X latah keluar #$%^*'

Mereka tertawa saja. 'Tak tahula doktor, memang biasa sudah mau sebut itu $%^&*'

Melatah itu tak salah, bagi saya, sikit pun tak salah.
Cuma mungkin kita boleh pilih perkataan yang nak dilatahkan itu.
Memang susah, sebab ia merupakan sesuatu di bawah sedar. Tapi boleh dipupuk, asalkan mahu.

Kaum kita cepat melatah.
Biasa dengar makcik-makcik melatah di tepi jalan, tapi kini, semua golongan menjadi lebih kerap 'melatah'.
Di blog orang, di fesbuk, di surat khabar, di dalam parlimen, di dalah komunikasi seharian.
Melatah apabila sesuatu yang terjadi tak kena selera kita.
Melatah tanpa fikirkan perasaan orang yang terlibat.
Melatah, dan terus melatah.

Melatah tu tak salah, tapi perkataan yang dilatahkan itu boleh dijaga.
Melatah tu tak salah, tapi mungkin ada adab yang boleh dijaga.
Bukankah seorang yang paling kuat itu adalah orang yang boleh menguasai dirinya ketika marah?
Pis.

[kredit]

-siri bercakap dengan cermin,note to self-

Monday 19 December 2011

generasi sel barah

Pernahkah anda melihat barah?
Barah yang masih merupakan benjolan atau ketulan?
Atau barah yang telah berdarah, bernanah, berkulat, dan mampu mengeluarkan bau yang humangaih dan mampu mengembangkan lubang hidung anda sehingga berdiameter 2 cm?

[kredit]
Labid bin Rabi'ah (seorang sahabat nabi) bersyair setelah wafatnya Rasulullah,

Telah pergi orang yang baik
Di tengah-tengah mereka kita hidup dalam kedamaian
Kini tinggallah aku bersama suatu kaum
Yang sungguh memuakkan bagai kulit berkurap

Syair ini, jelas, menggambarkan, betapa sedikitnya orang yang berbuat baik sepeninggalan Rasulullah.
Lalu, syair ini kemudian disenandungkan oleh Aisyah r.a, dan berkata, 'Semoga Labid dirahmati Allah. Bagaimana, sekiranya beliau hidup sampai zaman kita ini?'

Dan syair itu kemudian dilantuni oleh Urwah bin Zubair (anak sedara Aisyah r.a.) yang masih hidup beberapa tahun setelah Aisyah r.a, dan beliau berkata, 'Semoga Labid dan Aisyah dirahmati Allah. Bagaimana, sekiranya keduanya masih hidup pada zaman kita ini?'

Dan kemudian syair itu ditulis oleh akhi Mas Udik Abdullah dari seberang, dalam bukunya 'Madrasah Jiwa Perindu Syurga', dengan ulasan beliau, 'Semoga Labid, dan Aisyah, dan Urwah dirahmati Allah. Bagaimana, sekiranya mereka bertiga hidup sampai pada zaman kita ini?'

Dan kini, saya pula memblog tentang syair ini, dan ingin saya tanyakan kepada diri saya sendiri, bagaimana, kalau mereka bertiga menyaksikan zaman kita ini?
Zaman yang bukan hanya megi bersifat instan.
Zaman yang zina itu kelihatan senormal (jika tidak lebih normal) dari sunnah nabi.
Zaman yang telah nabi jelaskan dalam sabda baginda, 'Tiada datang kepadamu zaman kecuali yang sesudahnya lebih buruk dari sebelumnya sampai kamu berjumpa dengan Allah'.

T_T

Mungkin zaman yang disifatkan oleh Labid r.a. adalah kaum yang berupa kulit berkurap. Tapi apakah mungkin zaman sekarang ini, kaumnya berupa barah yang berkurap lagi bernanah, malah barah itu mampu merebak sehingga ke organ lainnya?

Apakah mungkin, kita ini sel-sel sihat yang HANYA sekadar melihat sel barah makin merebak?
Apakah mungkin kita ini adalah sel sihat, yang telah terinfiltrasi oleh sel barah?
Ataukah apakah mungkin, kita ini sel barah yang menyerang sel-sel sihat yang lain?

Neither is nice, anyway.
Kulit berkurap sudah cukup memuakkan, apatah lagi barah yang berkurap.
Dihinggapi kurap cukup mamualkan, apatah lagi menjadi kurap itu sendiri.
Semoga tuhan lindungi.

Monday 12 December 2011

Zina itu normal, baik dan bersahabat

Makin hari saya lalui makin aneh dirasa.
No, I'm not referring to myself, sebab saya memang semulajadi aneh.

Kisah 1
Pendaftaran ibu tunggal hampir setiap hari diterima. Kalaupun bukan ibu tunggal, ibu umur kehamilannya lebih tua dari umur perkahwinan.
Sampai saya ter-mengeluh kepada asisten kesayangan saya. 'Kak, banyak betul kan klien yang teda suami, tak pun baru betul kawin.Rasa hampir setiap hari juga dapat klien begini kan...?' (fusion loghat sabah-keyell).
Sayu wajahnya memandang saya. 'Iya kan, doktor. Macam biasa sudah tu kan. Normal.'

Eh?
Adakah perzinaan itu biasa dan normal?
Saya yang aneh?

Kisah 2
Klien itu manis bertudung. Kehamilannya disyaki bermasalah, sehingga saya terpaksa bertanya mengenai sedikit latar belakangnya serta suaminya.
Sebelum itu, katanya pernah 'bersama' seorang teman lelaki, yang mungkin mengkonsumsi dadah (oral). 'Tapi, dia orang baik-baik, doc'.
Gulp. Ok. Close case.
'Suami puan? apa dia pernah ada teman perempuan yang intim?'
'Ada, tapi dia orang baik-baik doc. tiada dia ambil alkohol atau dadah.'
Gulp. Ok. Close case.

Jadi, zina itu bukan setakat normal, tapi baik-baik?

Kisah 3
Setelah lengkap melakukan pemeriksaan kehamilan, dia dengan terbuka mengatakan, 'Saya ni, doktor, belum sempat kawin lagi dengan laki saya tu. Baru mau kawan-kawan'.
Oh.
'Aik, kalau kawan mana boleh hamil...Kawan macam mana tu?' Saya berpura-pura terperanjat padahal langsung tak larat nak terperanjat dah.

Jadi, kalau dah berlabel kawan, boleh hamil?

* * * * *

Mentaliti masyarakat kini
Kejayaan perang pemikiran
Yang aneh itu normal.
Yang baik itu asing
Zina dan sunnah nabi, mana yang lebih common?

Written by: Manusia Aneh
Time: Akhir zaman dah

Thursday 1 December 2011

Rambut sama hitam, shampoo lain-lain

Post ni bukanlah lanjutan dari iklan shampoo bulan lalu.

Basically orang asia, pasti berambut hitam.
Mungkin perang sekiranya terlebih dos cahaya matahari (seperti anak pulau).
Mungkin putih sekiranya terlebih dos umur, atau dikeranakan faktor keturunan atau penyakit.
Tapi, biasanya hitam.
Walaupun rambut kita semua sama hitam, tapi shampoo yang digunakan berbeza.
Bergantung kepada ekonomi, kesesuaian jenis rambut, dan simply, preference.

Tak salah. Sikit pun tak.
Sebab kita dari latar belakang yang berbeza.
Jenis rambut berbeza.
Yang pasti kita semua mempunyai target yang sama. Rambut yang sihat berkilau.
(Bab orang yang kaler-kaler rambut tak termasuk dalam perbahasan, hohoho)

[kredit]

Recently, ada seorang sahabat seorganisasi yang saya kasihi, mengeluarkan sebuah statement yang memeranjatkan walaupun telah sedia diketahui.
"Biasalah tu, tanzim (organisasi) dalam tanzim, syura dalam syura," katanya sambil tertawa kecil.
Saya tetap tak dapat sembunyikan riak terperanjat.
Kerana walaupun fenomena itu bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di serata negara, tapi saya tidak biasa dengan keadaan itu, dan tidak ada inisiatif untuk membiasakan diri dengan situasi itu.

Sambungnya lagi, "tapi pasti ada sebab mengapa seorang pemimpin itu dilantik menjadi pemimpin kan..."
Hati saya kembali ceria. Berbunga.
Walaupun jelas perbezaan latar belakang tarbiyah di situ, tapi alangkah indah apabila boleh mencari titik persamaan.

Ketaatan kepada pemimpin. Pemimpin yang menaungi saya dan anda, lokal dan pusat. Selagi tidak bercanggah dengan Al-Quran dan as-sunnah. Kerana itulah yang diajarkan kepada kita. Perintah Allah dan ajaran Rasulullah. Juga peringatan yang pimpinan pusat dan tok syaikh MH berikan semasa konferens bulan lalu.

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Uli'l-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [al-Nisa’ 4:59]

Kamu guna shampoo lain, saya juga. Tapi kita sama-sama mahukan rambut hitam berkilau.Dan memandangkan kita kini di bawah naungan satu payung, mari kita buat rawatan rambut di spa yang sama ^^
-ukhuwwah teras kegemilangan-semoga Allah mengampuni kita semua, dan memandang kita dengan rahmat dan rahimNya-