Tuesday, 20 December 2011

opocot!

opocot!
oh mak ngkau!
oh polot!

memang biasa dengar kan...
penyakit tak berjangkit masyarakat kita, melatah. Baik yang tua, mahupun yang muda.
Baik yang membaca blog ini, mahupun yang menulis juga (ohoho, saya pun melatah baek punya okeh)

[kredit]

Tapi di sini saya jumpa versi baru latahan setempat.
Beberapa staf saya yang terdiri dari suku X, merupakan pelatah yang tegar. Baru tepuk bahu dah terkeluar latahan yang panjang semeter. Kalau acah dengan suara, mungkin latahan tu mencapai sekilo panjangnya.
Dan perkataan yang dilatahkan, adalah sama, tapi dalam versi yang pelbagai.
Contoh, hari ni mungkin 'Oh, pisang berangan..', mungkin sekejap lagi 'oh, pisang cik peah berbuah dua bertangkai satu...'.  Macam-macam versi, tapi mesti satu perkataan utama tu yang keluar.

Lucu, terhibur, malah saya yang tukang kasi latah kakak-kakak (makcik-makcik) itu.
Sehinggalah suatu hari, bila saya mengetahui maksud satu perkataan yang sering dilatahkan itu bermaksud alat kelamin, segera saya hentikan. Sebab jadi malu pula bila dah faham maksudnya.

Berlainan pula dengan suku Y, bila dilatahnya, 'oh,korbau..'
Tertawa saya, 'comelnya suku Y latah keluar korbau, suku X latah keluar #$%^*'

Mereka tertawa saja. 'Tak tahula doktor, memang biasa sudah mau sebut itu $%^&*'

Melatah itu tak salah, bagi saya, sikit pun tak salah.
Cuma mungkin kita boleh pilih perkataan yang nak dilatahkan itu.
Memang susah, sebab ia merupakan sesuatu di bawah sedar. Tapi boleh dipupuk, asalkan mahu.

Kaum kita cepat melatah.
Biasa dengar makcik-makcik melatah di tepi jalan, tapi kini, semua golongan menjadi lebih kerap 'melatah'.
Di blog orang, di fesbuk, di surat khabar, di dalam parlimen, di dalah komunikasi seharian.
Melatah apabila sesuatu yang terjadi tak kena selera kita.
Melatah tanpa fikirkan perasaan orang yang terlibat.
Melatah, dan terus melatah.

Melatah tu tak salah, tapi perkataan yang dilatahkan itu boleh dijaga.
Melatah tu tak salah, tapi mungkin ada adab yang boleh dijaga.
Bukankah seorang yang paling kuat itu adalah orang yang boleh menguasai dirinya ketika marah?
Pis.

[kredit]

-siri bercakap dengan cermin,note to self-

4 comments:

Dinas Aldi said...

Akak pun melatah bila terkejut. Sikit.

Betul tu dik, walaupun di bawah sedar tapi masih boleh dijaga perkataan yg terkeluar tu. Caranya, jangan dibiasakan menyebut perkataan2 tu dalam kehidupan seharian. Kalau perkataan2 yg tak elok tu sentiasa di mulut, senang nak keluar jugak masa melatah. Err ini berdasarkan pengalaman akak sendiri la naa.

Puding karamel said...

nice shaing kak.
Tersenyum sy baca sbb sy pun alami d exact same thing^^

Liyana said...

melatah ni penyakit orang kita je ke eh kak? tak pernah lagi tengok orang putih penyakit melatah.

:)

Puding karamel said...

aah ek...
kene buat research ni.

klo org arab melatah mst sedap kan...
masya Allah...!
dapat pahala 1.hihi.jom ikut