| Ya Allah, Dengarkanlah... |
Showing posts with label kodomo lion. Show all posts
Showing posts with label kodomo lion. Show all posts
Monday, 18 July 2011
Munajat Hamba (versi tak terkata)
-ini adalah munajat seorang hamba dalam versi tak terkata, dilakukan bila dah tak boleh nak luahkan perasaan dengan kata-kata. Cuma ucapkan sepotong ayat itu, dan pejam mata, n let the mind video play by itself. Tak risau apa, Allah maha mengetahui isi hati ^^-
Monday, 11 July 2011
Kitorang ni horror sangat ke dik?
Monday, 13 June 2011
Kanak-kanak...malu?
Semasa program riang ria untuk kanak-kanak...
Mereka dikehendaki menghafal dan memahami hadis ini, which they did brilliantly...
...Bagaimana dengan kita yang lebih 'dewasa' dan 'makan garam' ?
Tentunya dah amalkan sampai mendarah daging?
Peace
Mereka dikehendaki menghafal dan memahami hadis ini, which they did brilliantly...
...Bagaimana dengan kita yang lebih 'dewasa' dan 'makan garam' ?
Tentunya dah amalkan sampai mendarah daging?
Peace
Sunday, 29 May 2011
So, dah call mak?
[Al-Isra' 17: 23-24]
[Hadis tentang bebuat baik kepada ibu, kemudian ibu, kemudian ibu, dan kemudian baru bapa, Riwayat Bukhari Muslim]
Rasa korang semua pon ace tentang bab ni kan?
The photo spoke a thousand words oredy, tak tau nak cakap apa dah.
Today, I'll let the photo do the talking.
Tengok mak, tengok anak, tengok position, tengok gesture and expression, and tengok background.
Time ni ekceli ada aktiviti senaman, tapi demi anak...[sila sambung ayat sendiri,menurut pengamatan sendiri dari foto, walaupon foto tu tak berapa nak berseni]
So...ada call mak hari ni?
Peace
*credit model: K cq n ensem boi
Bro, berita tergempar!!!
Brader!!!
Berita tergempar!!!!
Alamak, mem besar dah amik okjek tuh...katanya
berbahaya! Yang tinggal tangkai dia saja.
Ouh, tak rugged la cam ni bro...
Nak bagi baik-baik ni..
Nah, amik. Sharing is caring you know...
Jom, kongsikan walaupon sekecil-kecil kebaikan dengan orang di sekeliling kita.
A journey of thousand miles begins with the first step. Kalaupon susah,kalaupon berat, mulai dengan hal kecil, mulai dengan diri kite sendiri.
*Pesanan buat diri sendiri la ni*
Berita tergempar!!!!
Opocot, teperanjat den!
Ade apa? Cecite, cecite...
Penemuan baru, sebuah objek aneh yang
sungguh menarik hati...best kan?
Hmmm...best tuh,
mungkin dari plenet lain...
Alamak, mem besar dah amik okjek tuh...katanya
berbahaya! Yang tinggal tangkai dia saja.
Lorr, tak sempat kite main! Pegang
pon tak sempat merasa tau!
Oops, ye ke? Tak apala.
Blasah la labu...tangkai pon tangkai la...
Ape lagi? Bagi la sini...
Kite kata nak jugak...bagi!!
Aits...kejap, ape rebut-rebut ni?Ouh, tak rugged la cam ni bro...
Tak mo bagi sudah...!!
Pffft ~ ~ putus kawan!!!
Eh,eh... rilek la bro! Jangan emo!
Bukannya tak mo bagi...
Nak bagi baik-baik ni..
Nah, amik. Sharing is caring you know...
Ouh, kaulah kawan
dunia akhirat...*sob*
dunia akhirat...*sob*
Allah berfirman (yang bermaksud)
Sesiapa yang memberikan bantuan yang baik, nescaya dia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya... [An Nisa' 4:85]
Dari Abu Musa Al-Asy'ari (yang bermaksud)
Adalah nabi SAW jika ada sesiapa yang datang kepada baginda untuk meminta bantuan, baginda lalu datang menemui pada sahabat, lalu bersabda: 'Berilah bantuan, nescaya kamu akan mendapat pahala.Allah memetapkan sesuatu melalui lisan nabiNya sesuai apa yang dicintaiNya'. [Riwayat Bukhari dan Muslim]W. Clement Stone kata
There's a great joy in my giving. It's thrilling. It's exhilarating. It's important to be a part of sharing.Angel Pakai Gucci pulak kata
Sharing maring is caring daring
Ahaks, abaikan...
Jom, kongsikan walaupon sekecil-kecil kebaikan dengan orang di sekeliling kita.
A journey of thousand miles begins with the first step. Kalaupon susah,kalaupon berat, mulai dengan hal kecil, mulai dengan diri kite sendiri.
*Pesanan buat diri sendiri la ni*
*credit:
watak adalah dua orang suku rungus yang chumell
girl,10 months old, boy, 8 months old
Wednesday, 18 May 2011
Muka ketat ekspresi kelat
Waktu bersiar-siar di sebuah kampung yang agak terpencil selepas aktiviti kemasyarakatan, saya berjalan-jalan untuk mempotret keindahan ciptaan tuhan.
Dan yang paling banyak terpotret adalah sesuatu yang semakin pudar di kalangan masyarakat metropolitan...
SENYUM
Dengan rupa malu-malu berselindung di sebalik selimut itu, dia masih melontarkan senyuman manis kepada saya yang tak dikenali, dari antah-berantah ni, diselangi lambaian tangan. Aiseh, cair hati mak cik nak... Kalau ada anak kompem dah buat menantu. eits???
Senyum adalah benda yang paling mudah untuk dilakukan. Hanya perlu sesaat utk mengukir senyum dan beberapa saat lagi untuk mempertahankan senyum agar terkeluar la aura keikhlasan dia.
Tu teori je la, cakap memang senang, tapi nak walk the talk tu yang perlu rujuk encik azam bin tekad.
Especially kalau keje gomen, dengan melayan karenah pelanggan, bos dan workload yang setinggi KLCC, memang mampu mengketatkan wajah, disamping mencetuskan pengepokpekan tanpa henti-henti. Isk, sadis... Kalau masih baby, mungkin masih terselit elemen kechomelan, tapi kalau dah tua berkerut...huhu...pikirkan sendiri la cemana gayanya.
Penting ke senyum? Rasanya kalau pakai kata-kata baik tanpa elemen laser-melaser, cukup tak?
Sabda Rasulullah:
Kalau nak claim sebagai 'penyeru kepada kebaikan', ini memang vital element yang perlu ada dalam komunikasi *muhasabah diri...*
Lain-lain sebab kenapa kita perlu senyum, menurut Mark Stibich, the top 10 reasons are:
Senyuman itu free, tapi sangat priceless.
Senyuman itu dilontar-lontar, tetapi tempat tujunya tersimpul erat di hati.
Senyuman itu susah?
Tapi bukan mission imposibel, asal mahu muhasabah diri.
Kongsikan kehebatan senyuman dengan orang di sekeliling kita, kerana erti hidup pada memberi.
Apa lagi??
Jom, 'Fastabiqul Khairat'!!!
Pis ^^
Dan yang paling banyak terpotret adalah sesuatu yang semakin pudar di kalangan masyarakat metropolitan...
SENYUM
Senyum adalah benda yang paling mudah untuk dilakukan. Hanya perlu sesaat utk mengukir senyum dan beberapa saat lagi untuk mempertahankan senyum agar terkeluar la aura keikhlasan dia.
Tu teori je la, cakap memang senang, tapi nak walk the talk tu yang perlu rujuk encik azam bin tekad.
Especially kalau keje gomen, dengan melayan karenah pelanggan, bos dan workload yang setinggi KLCC, memang mampu mengketatkan wajah, disamping mencetuskan pengepokpekan tanpa henti-henti. Isk, sadis... Kalau masih baby, mungkin masih terselit elemen kechomelan, tapi kalau dah tua berkerut...huhu...pikirkan sendiri la cemana gayanya.
![]() |
| [kredit] |
Sabda Rasulullah:
Janganlah sekali-kali engkau meremehkan kebaikan, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria [Riw Muslim]Allah berfirman:
...Dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari sekelilingmu... [3:159]Hmm...kalau nak claim sebagai 'professional', ini memang super essential dalam perkhidmatan.
Kalau nak claim sebagai 'penyeru kepada kebaikan', ini memang vital element yang perlu ada dalam komunikasi *muhasabah diri...*
Lain-lain sebab kenapa kita perlu senyum, menurut Mark Stibich, the top 10 reasons are:
- Smiling Makes Us Attractive
- Smiling Changes Our Mood
- Smiling Is Contagious
- Smiling Relieves Stress
- Smiling Boosts Your Immune System
- Smiling Lowers Your Blood Pressure
- Smiling Releases Endorphins, Natural Pain Killers and Serotonin
- Smiling Lifts the Face and Makes You Look Younger
- Smiling Makes You Seem Successful
- Smiling Helps You Stay Positive
Senyuman itu free, tapi sangat priceless.
Senyuman itu dilontar-lontar, tetapi tempat tujunya tersimpul erat di hati.
Senyuman itu susah?
Tapi bukan mission imposibel, asal mahu muhasabah diri.
Kongsikan kehebatan senyuman dengan orang di sekeliling kita, kerana erti hidup pada memberi.
Apa lagi??
Jom, 'Fastabiqul Khairat'!!!
Pis ^^
Friday, 29 April 2011
The Voices of Tomorrow
^__^
Fotografi merupakan salah sebuah minat yang biasa bagi saya yang biasa ini. Adapun foto-foto yang terhasil adalah biasa sahaja, mungkin kerana bakat yang biasa dan penggunaan kamera yang berjenis biasa. Ah, saya memang biasa.
Walaupun bertahap biasa, saya tetap ingin berkongsi sebuah foto, one of my all time feveret la ceritenye.
'The Voices of Tomorrow'
Ah-ha...biasa je kan...orang dah cakap!
Walaupun biasa, saya rasa sangat fond dengan foto ni, sebab wajah model kanak2 dalam foto saya ni sangat pricelessly innocent, dengan memberikan pandangan penuh pengharapan demi masa depan mereka. Rasa sejuk mata hati yang keras ni memandang. Betapa sucinye mereka dari dosa, tambah dengan kiyut lagi...
Err...kenapa voices of tomorrow?? bukan faces of tomorrow??? sebab yang jelas kelihatan dalam gambar ni adalah wajah mereka yang chumell, bukan suara mereka.
Hmm...abstract sungguh pemikiran yang tahap biasa2 ni.
Entah la, rasa bila lihat gambar ni, yang obvious to me adalah promising hope yang didambakan, yang tergambar dari facial expression mereka (adakah saya ni tiba2 berfikir di luar alam???) thus,yang menonjol dlm gambar ni adalah suara mereka.hahah..make no sense ey? Apa yang suara mereka pinta2 demi the so called such promising hope for the future tuh?
Mungkin tu objektif umum orang kampung melahirkan zuriat, tapi adapun tujuan kanak2 with promising hope diciptakan oleh yang maha mencipta, (or manusia in general) is way beyond that. Ripley's beleve it or not....
Firman Allah lagi,
Makanya, allah berfirman lagi,
Gitu la ceritenye. Sudah terang lagikan bersuluh, pakai bateri alkaline, bukan brand cikai. Kanak-kanak with promising hope, yang bukan sekadar dibentuk menjadi muslim, tetapi menjadi mukmin, yang akan menjadi penolong agama Allah. Bagaimanala dorang nak jadi sedemikian kalau bukan kita yang membantu mencorakkan hope mereka yang sangat promising itu? Maka ke atas kita la terlebih dahulu, tanggungjawab tu dibebankan...
So, ade bran?? Tak susah seperti yang dibayang (dah diuji kaji sendiri kay). Start with something small,almaklum kita kan biasa... Such as sabda Rasulullah
Buat anda,dan buat saya juga,semoga diberikan kekuatan oleh Allah.
So,apa kaitan dengan gambar di atas tu? entah. Mari la kita pikir sendiri.hehe
Peace
Fotografi merupakan salah sebuah minat yang biasa bagi saya yang biasa ini. Adapun foto-foto yang terhasil adalah biasa sahaja, mungkin kerana bakat yang biasa dan penggunaan kamera yang berjenis biasa. Ah, saya memang biasa.
Walaupun bertahap biasa, saya tetap ingin berkongsi sebuah foto, one of my all time feveret la ceritenye.
'The Voices of Tomorrow'
Ah-ha...biasa je kan...orang dah cakap!
Walaupun biasa, saya rasa sangat fond dengan foto ni, sebab wajah model kanak2 dalam foto saya ni sangat pricelessly innocent, dengan memberikan pandangan penuh pengharapan demi masa depan mereka. Rasa sejuk mata hati yang keras ni memandang. Betapa sucinye mereka dari dosa, tambah dengan kiyut lagi...
Err...kenapa voices of tomorrow?? bukan faces of tomorrow??? sebab yang jelas kelihatan dalam gambar ni adalah wajah mereka yang chumell, bukan suara mereka.
Hmm...abstract sungguh pemikiran yang tahap biasa2 ni.
Entah la, rasa bila lihat gambar ni, yang obvious to me adalah promising hope yang didambakan, yang tergambar dari facial expression mereka (adakah saya ni tiba2 berfikir di luar alam???) thus,yang menonjol dlm gambar ni adalah suara mereka.hahah..make no sense ey? Apa yang suara mereka pinta2 demi the so called such promising hope for the future tuh?
Firman Allah : Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak [30:20]Lagi firman Allah :
Dan Kami jadikan anak cucunya orang yang melanjutkan keturunan [37:77]Adakah setakat itu saja? kanak2 with promising hope ni dilahirkan sekadar untuk melanjutkan keturunan? Hmm..kalo bab tu orang kampung saya memang pakar. Beranak ramai2, sampai 15 orang, untuk membantu mereka di sawah. Ade duit kasi skolah, tapi kalo tak cukup, anak yang bawah2 tu tolong bajak je, klo yang perempuan tunggu orang masuk minang.
Mungkin tu objektif umum orang kampung melahirkan zuriat, tapi adapun tujuan kanak2 with promising hope diciptakan oleh yang maha mencipta, (or manusia in general) is way beyond that. Ripley's beleve it or not....
Firman Allah lagi,
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu [51:56]Ya, itulah tujuan sebenar2 penciptaan kanak2 riang ini. Untuk menjadi muslim, menyembah Allah. Dan parents adalah agen yg terpenting to ensure that this does happen. Tapi, adakah kita cukup satisfy dengan itu sahaja? Apatah lagi dalam dunia era modernisasi yang makin mencabar iman dan minda kita sekarang...
Makanya, allah berfirman lagi,
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi....."[2:30]So,how la nak jadik khalifah??bukan ade keturunan darah biru ponn...Dun worai,firman Allah lagik,
Wahai orang-orang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putera Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, " Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah", lalu segolongan dari bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; lalu Kamiberikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang. [61:14]
So, ade bran?? Tak susah seperti yang dibayang (dah diuji kaji sendiri kay). Start with something small,almaklum kita kan biasa... Such as sabda Rasulullah
Sampaikan walau sepotong ayatBukan nak suruh karang minit mesyuarat pon,sepotong ayat je. Klo susah potong2kan lagi ayat tu jadi beberapa frasa,dan sampaikan. Insya Allah, tak habis air liur kita.
Buat anda,dan buat saya juga,semoga diberikan kekuatan oleh Allah.
So,apa kaitan dengan gambar di atas tu? entah. Mari la kita pikir sendiri.hehe
Peace
Subscribe to:
Posts (Atom)








