Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Tuesday, 4 October 2011

Anti-S.E.R.A.B.U.T (mis)management

Ada yang tertanya, kenapa laman sesawang dibiar bersawang macam sawang dalam cerita 'misteri rumah tua', tak ter-update.
Maksudnya, ada yang rindu la, hihihi...
Ni bukan bajet hot. Tak ramai pon, tapi ade la. (kan, khuza, kan... ^^)

Sepertimana post yang lalu, ke-S.E.R.A.B.U.T-an datang bertimpa-timpa pada hari isnin-selasa lepas. Sumpah serabutnya, rasa penyakit nak rebel tu datang mencanak-canak. Hal DnT, hal peribadi, hal kerja.
Syukur alhamdulillah, Allah datangkan ujian kecilnya (yang saya hadapi dengan flying crawling colours) ngam-ngam sebelum saya bercuti, yang telah saya rancang bersama teman-teman houseman dulu sejak awal tahun lagi. Hari Selasa kerja seperti zombie kampung pisang lagaknya. Fikiran jauh nun berasak dalam trefik jem di planet Pluto, hati jauh terbenam nun di kerak bumi lapisan ketujuh.

Hari Rabu, dengan rasminya dimulakan percutian 'Cuti-cuti Sabah' yang telah berkurun dirancang, disertai teman dari Pahang, dan teman dari Tawau. Memang sangat enthusiastic and euphoric menyambut cuti ini. Nak cari ketenangan kononnya, dan nak cari jawapan kekusutan. Dan, err.. nak rebel sikit-sikit (terkembali ke zaman 'J' sebentar).

Setelah cukup geng bertiga, kami memulakan pengembaraan dari Kota Kinabalu-Kundasang-Ranau-Kudat-Kota Marudu-Kota Belud-Tuaran-Kota Kinabalu-[naik flight]-Tawau-Semporna-Mabul Island. (Di Tawau datang lagi seorang teman dari Kuala Lumpur bersama hasben en Aqil comel). Most of the time was spent on the road, tapi demi mengunjungi tempat-tempat 'wajib' di Sabah, kami redahi segalanya. Cantik. Worth it, beb.

Aqil Comel

BTW, adakah saya menjumpai ketenangan itu?

Kundasang~ kaki Gunung Kinabalu, hawanya sangat dingin, persekitaran sangat hijau. Ada elemen ketenangan di situ. Akan tetapi, saat merempit di jalanan berliku, di lereng gaung, di lencongan tananh runtuh, tetibe terbayang pulak ditimpa tanah runtuh, atau tergelincir ke dalam gaung. Isk, sumpah seram. Hilang ketenangan.

Ranau~ Hotspring, Tea plantation, canopy walkway. Indah hijau rimba itu, sarat dengan elemen ketenangan. Tetiba semasa di atas jambatan gantung, tenang entah kemana, gayat pulak yang datang.

Sabah Tea Plantation

Kudat~ di sini terkenal dengan Simpang Mengayau (Tip of Borneo) yang menemukan dua buah laut iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu. Mendengar deruan angin, melihat hempasan ombak, diam di tengah kegelapan malam di tepi pantai bersama unggun api, begitu dasyatnya paduan elemen ketenangan. Tetiba terbayang tsunami la pulak. Isk... seram weyyy!!! Risau lagi ada. (Kudat adalah antara kawasan amaran Tsunami semasa tragedi Fukushima Dai-ichi dahulu)

Subuh di Simpang Mengayau

Kota Kinabalu~ bawa member shopping di Pasar Phillipine, mengejar sunset di Karambunai. Tapi keindahan sunset tak seperti yang dibayang pula, sedih, sedih. Fikiran menjadi semak kembali.

Tawau ~ setelah berehat menyantap seafood pagi petang siang malam, menaikkan Uric Acid dan kolesterol dengan jayanya, kami belayar ke Mabul Island. Tempat yang indah untuk snorkel. Demi mencari ketenangan. Syok-syok snorkel, mendengar deruan ombak dari dalam air, melihat keindahan coral dan hidupan laut yang lain, tetiba ternampak ular air (ke belut eh?) dan buleh terbayang jaws muncul out of nowhere pulak. Ngeri...!

Mabul Island

Susah-susah mencari ketenangan....
Bukankah dalam Al-Quran jelas tertulis,

"Ingatlah, dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang"
[Surah Ar-Rad : 28]

I had fun, travelling with dear friends, got to know them more, got to see cute little Aqil, and the places that I went to are all superb. Creating sweet memories, and getting to blend in with nature. But still, ketenangan hanya boleh dicapai dengan mengingati tuhan. Jawapan yang dicari, juga ditemui, hanya dengan kembali kepada tuhan. Di sela kesibuka travelling itu.
Pergilah ke hujung langit pon, atau ke dasar lautan sekalipon, tak kan jumpa ketenangan itu, tanpa kembali kepadaNya. 
In the end, no matter how rebellious I (intend to) become, I'll find myself back to Him, again, and again... Sebab selain Dia, who else you could turn to...?

P/s: Jangan terpengaruh dengan imaginasi-imaginasi ngeri saya itu, itu hanya imaginasi seorang pesimis. Sabah memang lawa. And I did came back in one piece. Hehe...

Sunday, 18 September 2011

Kem kesihatan dan kem ke-tak-berapa-sihat-an

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada ilahi, atas LAGI nikmat kurniaNya yang tak terhingga kepada saya, dan semua muslimin dan muslimat (i'm dead sure) sepanjang long wiken ini.

Jumaat
Saya bersama PBSM daerah, dengan kerjasama hospital daerah, telah mengadakan kem kesihatan yang sememangnya rutin dijalankan setiap bulan. Kem kesihatan ini merupakan outreach clinic yang dilakukan di kawasan pedalaman yang amat terpencil di daerah saya. Dan kali ini, Kg L.P. terpilih untuk dikunjungi.

Memang setiap bulan, saya akan look forward ke kem kesihatan, seronok, bila dapat lihat keindahan kampung-kampung di pedalaman daerah ini, disamping kegembiraan ber-khidmat masyarakat, dan it never failed to amaze me, the kampong life they are still leading, despite of our rapid economy development, as compared to Kota Kinabalu, apatah lagi Key Ell.
Dan yang memang syiok, kampung LP ini terletak di perbatasan dengan Gunung Kinabalu.
Oh cantiknye~~~

Jalan menuju Kg LP di atas bukit, dengan puncak Kinabalu di belakang

So, basically, macam outreach clinic yang lain, what we do are medical check up, pemberian ubat-ubatan yang diperlukan (panadol, ubat tahan sakit tulang, ubat cacing, vitamin dll), dan masak-masak untuk makan tengahari.
Dan juga, chit chat dengan orang kampung.

Dr A dan PPP doing medical check up
 Seperti kenyataan menyedihkan di kampung-kampung lain, di kampung ini...
Taraf infrastruktur kurengs.
Sekolah rendahnya adalah 7km dari kampung utama, lebih kurang sejam jalan kaki, SETIAP HARI. Sekolah menengah memang takde la. Jadi kanak-kanak sekolah rendah yang dapat hadir full 5 hari seminggu memang wajar diberi tabik spring toing-toing. Apatah lagi sekiranya mereka melayakkan diri ke sekolah menengah. Kata adik L, dia pergi sekolah cuma 4 hari seminggu rata-rata, sebab sakit kaki. Pengangkutan adalah sangat jarang di kampung ini. Tak macam LRT yang datang 10 minit sekali.

Penduduk kampung harus berjalan JA~UHH untuk menghadiri kem kesihatan kami.

Jalan kecil ini hanya boleh dilalui sebuah kereta. Kalau bertembung dua buah kereta, satu masuk gaung, satu masuk longkang -_-"
Dan di penghujung jalan kecil ini, ada denai kecil yang menuju ke beberapa buah rumah lagi jauh di atas bukit. Kalau nak terberanak, memang tak dapat la pergi hatta klinik desa sekalipon, apatah lagi hospital daerah yang jarak hampir 40km. Dengan tak ada jalan tar, bidanlah yang terpaksa berlari ke rumah mereka untuk sambut baby.

Taraf kemiskinan, isk, tok sah cerita. Makan nasi dengan sayur kosong, atau ada juga nasi dengan garam sahaja, biasa lah tu.
Taraf pendidikan, hmmph... dapat datang sekolah kira hebat lah. Tak belajar hebat-hebat pun tak pe, nanti kerja kampung je.
Taraf kesihatan? Berak dan muntah cacing adalah biasa. Kurang zat makanan sehingga terbantut pembesaran, malah perkembangan mental, adalah biasa. Tak follow up di klinik sebab terlalu jauh, tak ada kereta, atau tak ada duit (tambang boleh mencapai RM20~jumlah yang sangat besar bagi mereka) pon biasa.

Rumah stended di kampung. Ada yang lebih kecil dan sangat usang.

Agak pilu, makan tengahari yang kami sediakan memang habis licin, sehingga beberapa orang hanya makan nasi dengan kuah dan sedikit sayur. Seorang sampai ambil 3 ketul ayam, ikan lagi... Makan dengan begitu lahap. Dan itu memang tak menghairankan, sebab jarangnya mereka dapat makan lauk begitu.

Melihat mereka, saya jadi malu.
'Maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan...?' [Ar-Rahman]
TT_TT

Sabtu
Disambung pulak dengan kem ke-tak-berapa-sihat-an, iaitu ziarahton raya di Kota Kinabalu. Isk...
Tujuan utama, mengeratkan silatirahim. Sangat baik.
Tapi tujuan sampingannye itu, err, iaitu, makan...

Rumah mak mem-bulat

(Lontong adalah direquest khas oleh saya kepada Chemah selaku adik tuan tanah kerana terliur melihat gambar kak Dinas sejak seminggu lalu ^^)
Dan makan lagi,

rumah kedua dengan tema western

Dilanjut ke rumah ketiga, dengan 4 meja panjang penuh berisi makanan...
Dan bila shopping kilat di mall dengan chemah, sempat lagi, makan...

Ok, ni terpaksa makan sebab ada karamel kat situ

Dan malam itu, sebelum memulakan bulatan gembira, kami makan lagi lontong di rumah mak membulat, seken round.

Ahad pulak, mak mem-bulat masak lontong goreng yang super lazzats, dan setelah itu, sambung ziarahton, dengan erti kata lain, sambung bersilaturrahim, dan makan lagi...

Maka berbahagialan orang-orang muslim itu, bersama kolesterol-kolesterol mereka.
'Maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan?' [Ar-Rahman]
TTT_TTT
'Ala kulli hal, alhamdulillah.

Sunday, 11 September 2011

Sayang Kinabalu

Hari ini ingin sekali saya jalan-jalan pagi
Tapi sebab kekunun tak sihat, jadi saya blog walking je la, haha
Jalan-jalan sampai la ke rumah cik Ana Jannah
Di situ saya nampak video 'Sayang Kinabalu' sung by Stacy.

Selama saya tinggal di Sabah ni, kerapkali saya dengar lagu ini, dalam male version
Was extremely drawn to the song, tapi tak pernah tahu tajuk
This song is about the beauty of Sabahan people, culture and nature in Sabah by bringing the name of Gunung Kinabalu as its title
Kalau nak tengok boleh ke sini.

Sekali tengok puncak Kinabalu, memang akan terpalit aura rindu
Apatah lagi puncak Kinabalu memang jelas kelihatan dari kampung saya
'Apa guna pergi luar negeri, naik kinabalu, hati saya rindu' [quote song]

Gunung Kinabalu
[Sorryla, skill photography tak berapa nak ummphh]
Syukur saya dicampakkan ke bumi kinabalu
Asal rasa nak meroyan, banyak tempat untuk 'getaway'
Ada gunung, sungai, laut, jelapang padi, air terjun, kampung.
Kalau nak canggih sikit, macam mall turun KK la. Tak la jauh sangat.

Moral of the story
MARI MELAWAT SABAH
hohoho

^^v
[kredit]
Do come to Sabah, once in your lifetime, and witness the beauty of if's nature
Plus tadabbur alam dan mengeratkan ukhuwwah jugak la kan ^^
'Biru-biru hujung Kinabalu, tengok dari jauh, hati saya rindu'[quote song]