Showing posts with label r3b3L. Show all posts
Showing posts with label r3b3L. Show all posts

Tuesday, 4 October 2011

Anti-S.E.R.A.B.U.T (mis)management

Ada yang tertanya, kenapa laman sesawang dibiar bersawang macam sawang dalam cerita 'misteri rumah tua', tak ter-update.
Maksudnya, ada yang rindu la, hihihi...
Ni bukan bajet hot. Tak ramai pon, tapi ade la. (kan, khuza, kan... ^^)

Sepertimana post yang lalu, ke-S.E.R.A.B.U.T-an datang bertimpa-timpa pada hari isnin-selasa lepas. Sumpah serabutnya, rasa penyakit nak rebel tu datang mencanak-canak. Hal DnT, hal peribadi, hal kerja.
Syukur alhamdulillah, Allah datangkan ujian kecilnya (yang saya hadapi dengan flying crawling colours) ngam-ngam sebelum saya bercuti, yang telah saya rancang bersama teman-teman houseman dulu sejak awal tahun lagi. Hari Selasa kerja seperti zombie kampung pisang lagaknya. Fikiran jauh nun berasak dalam trefik jem di planet Pluto, hati jauh terbenam nun di kerak bumi lapisan ketujuh.

Hari Rabu, dengan rasminya dimulakan percutian 'Cuti-cuti Sabah' yang telah berkurun dirancang, disertai teman dari Pahang, dan teman dari Tawau. Memang sangat enthusiastic and euphoric menyambut cuti ini. Nak cari ketenangan kononnya, dan nak cari jawapan kekusutan. Dan, err.. nak rebel sikit-sikit (terkembali ke zaman 'J' sebentar).

Setelah cukup geng bertiga, kami memulakan pengembaraan dari Kota Kinabalu-Kundasang-Ranau-Kudat-Kota Marudu-Kota Belud-Tuaran-Kota Kinabalu-[naik flight]-Tawau-Semporna-Mabul Island. (Di Tawau datang lagi seorang teman dari Kuala Lumpur bersama hasben en Aqil comel). Most of the time was spent on the road, tapi demi mengunjungi tempat-tempat 'wajib' di Sabah, kami redahi segalanya. Cantik. Worth it, beb.

Aqil Comel

BTW, adakah saya menjumpai ketenangan itu?

Kundasang~ kaki Gunung Kinabalu, hawanya sangat dingin, persekitaran sangat hijau. Ada elemen ketenangan di situ. Akan tetapi, saat merempit di jalanan berliku, di lereng gaung, di lencongan tananh runtuh, tetibe terbayang pulak ditimpa tanah runtuh, atau tergelincir ke dalam gaung. Isk, sumpah seram. Hilang ketenangan.

Ranau~ Hotspring, Tea plantation, canopy walkway. Indah hijau rimba itu, sarat dengan elemen ketenangan. Tetiba semasa di atas jambatan gantung, tenang entah kemana, gayat pulak yang datang.

Sabah Tea Plantation

Kudat~ di sini terkenal dengan Simpang Mengayau (Tip of Borneo) yang menemukan dua buah laut iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu. Mendengar deruan angin, melihat hempasan ombak, diam di tengah kegelapan malam di tepi pantai bersama unggun api, begitu dasyatnya paduan elemen ketenangan. Tetiba terbayang tsunami la pulak. Isk... seram weyyy!!! Risau lagi ada. (Kudat adalah antara kawasan amaran Tsunami semasa tragedi Fukushima Dai-ichi dahulu)

Subuh di Simpang Mengayau

Kota Kinabalu~ bawa member shopping di Pasar Phillipine, mengejar sunset di Karambunai. Tapi keindahan sunset tak seperti yang dibayang pula, sedih, sedih. Fikiran menjadi semak kembali.

Tawau ~ setelah berehat menyantap seafood pagi petang siang malam, menaikkan Uric Acid dan kolesterol dengan jayanya, kami belayar ke Mabul Island. Tempat yang indah untuk snorkel. Demi mencari ketenangan. Syok-syok snorkel, mendengar deruan ombak dari dalam air, melihat keindahan coral dan hidupan laut yang lain, tetiba ternampak ular air (ke belut eh?) dan buleh terbayang jaws muncul out of nowhere pulak. Ngeri...!

Mabul Island

Susah-susah mencari ketenangan....
Bukankah dalam Al-Quran jelas tertulis,

"Ingatlah, dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang"
[Surah Ar-Rad : 28]

I had fun, travelling with dear friends, got to know them more, got to see cute little Aqil, and the places that I went to are all superb. Creating sweet memories, and getting to blend in with nature. But still, ketenangan hanya boleh dicapai dengan mengingati tuhan. Jawapan yang dicari, juga ditemui, hanya dengan kembali kepada tuhan. Di sela kesibuka travelling itu.
Pergilah ke hujung langit pon, atau ke dasar lautan sekalipon, tak kan jumpa ketenangan itu, tanpa kembali kepadaNya. 
In the end, no matter how rebellious I (intend to) become, I'll find myself back to Him, again, and again... Sebab selain Dia, who else you could turn to...?

P/s: Jangan terpengaruh dengan imaginasi-imaginasi ngeri saya itu, itu hanya imaginasi seorang pesimis. Sabah memang lawa. And I did came back in one piece. Hehe...

Tuesday, 27 September 2011

not.in.the.right.mind

S.E.R.A.B.U.T

Maka adapun manusia, apabila tuhan mengujinya lalu memuliakannya
dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, "Tuhanku memuliakanku."
Namun apabila tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya,
maka dia berkata,"Tuhanku telah menghinaku."
[Al Fajr: 15-16]

The Tuesday Note

Monday, 26 September 2011

What's wrong with playing the piano freely and for fun?

Saya sangat suka dorama jepun (walaupon sekarang dah tak berapa sempat nak tengok). Memang lain dari yang lain, elemen kebudayaan dan garapan mesej yang tidak saya temukan dari hasil karya bangsa lain.
Dan ia merupakan salah satu cara untuk saya keep in touch dengan bahasa jepun agar tak luput ditelan zaman.

My most all time feveret is Nodame Cantabile (Fuji TV, 2006).

[kredit]
Kisah mengenai Noda Megumi, an extremely tallented piano student, dalam mencari erti cintanya kepada piano. Bakatnya dikesan oleh cikgu tadikanya apabila melihat dia menggoreng Chopin's 12 Etudes Op. 10 No. 4 in C-sharp minor dengan serangup kacang goreng, pada usia 6 tahun. Ohhh....

Akibat trauma dengan kekerasan cikgu tadika yang memaksa dia menjadi  pianist yang super perfect pada usia yang hanya setahun jagung itu, dia meninggalkan alam piano buat sementara. Bila usia dia menginjak umur lepasan SPM, dia memilih untuk menyambung pelajaran sebagai piano student di Momogaoka College of Music. Kata orang, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...Eh, ade kaitan ke?

Di kolej, dia bermain piano dengan gumbira suka suki kakinya. Dia tak suka tengok score sheet, rather, dia belajar piece hanya dengan mendengar dengan telinga. Dan kemudian dia mainkan note dengan tempo yang dia suka menurut apa yang dia ingat dari piece tadi. Walaupon hasilnya super duper messy, still, dia kelihatan sangat alive dan enjoy. Score sheet? Selamat berhabuk dalam almari gamaknya.

Yang paling best, disaat setiap pelajar berimpian untuk memainkan instrumen masing-masing di pentas Eropah, Nodame hanya ingin menjadi guru tadika yang boleh memainkan piano untuk kanak-kanak tadika. Siap karang lagu kentut (Onara taisou~) yang sangat comel. ^^

Apabila bakatnya dijumpai oleh Eto Sensei, bermulalah kehidupan gelapnya. Bermain dengan terpaksa. Not being her true self. Dia mula lari... ponteng...
Sehinggalah kerana Chiaki Senpai yang dia kagumi, dia kembali bersemangat untuk bersungguh-sungguh belajar piano (dengan melihat score sheet wey) dan menyertai sebuah pertandingan piano yang hadiah utamanya berupa melanjutkan pelajaran ke Perancis *gulp,pepeluh*
Dia berusaha, sangat berusaha, sehingga ke final. Kerana jatuh sakit, piece kedua tak sempat dikuasai sepenuhnya, dan dia disqualified.

Mereka datang mengasak, bertanya, mengapa... mengapa... dan mengapa...
Mereka tidak cuba memahami apa yang tersirat dalam hatinya.
Sehingga dia berkata,


Mereka hanya memaksa, menyuruhnya hanya membuat yang terbaik, menggariskan masa depannya.
Menurut keinginan mereka.
Tetapi adakah mereka memahami apa yang dia lalui?
Kepayahannya? Keperitannya? Kesedihannya?
Adakah mereka faham keinginannya?
Hanya untuk memetik gigi-gigi piano dengan gembira.
Sebebas camar yang terbang di udara.
Air mata mengalir tanpa diseka.


* * * * *
Apabila kita telah memilih untuk mengatakan; [Yusuf, 12:108]
Maka sewajarlah kita [An-Nahl, 16: 125]
Adapun kerana kita hanya [Al-Ghasyiyah, 88:21-22]
Sesungguhnya, sekiranya sebaliknya yang kita lakukan, [Ali Imran, 3:159]
Bukankah sesuatu yang lebih baik dari unta merah itu dambaan semua?
OKla, BMW merah ke, Merc merah ke...

Setiap orang antara kita berbeza.
Setiap orang menuju ke garisan penamat masing-masing dengan pace mereka yang tersendiri.
Ada yang laju dan cerdas, menjadi penggerak dalam masa hanya 2-3 tahun.
Ada yang memerlukan 12 tahun, tetapi masih perlu bergerak dalam tatih.
Mereka boleh, cuma mereka memerlukan ruang, dan pengertian, dari kamu-kamu yang sangat hebat.
Kita hanya menyeru, hasilnya biarlah Dia yang tentukan.
Hasilnya, biarlah Dia dan mereka yang tentukan.

Sekiranya diasak, dan terus diasak.
Sekiranya buah dipetik sebelum waktunya.
Sekiranya kita memaksa mereka menjadi duplikat kita dalam waktu yang singkat.
Jangan terperanjat apabila daun berguguran lebat.
Sepi tanpa jejak, hilang tanpa berita.
Kupohon, hanya secebis ruang dan kebebasan.
Untuk mereka menyusuri 'jalan ini' dengan kegembiraan.

Tuesday, 13 September 2011

Obsidienne, moi?

Dulu dalam suatu bulatan kanak-kanak riang ria semasa dibangku sekolah menengah, kami pernah diminta melukis sesuatu yang menggambarkan diri sendiri.
Dengan suka suki tak ikot arahan, saya melukis sesuatu yang ingin saya jadi, walaupon ia tak begitu menggambarkan diri saya.
Dan saya lukis ini...

[kredit]

Dengan ayat skema kanak-kanak riang ria, saya menjelaskan erti lukisan saya
'Saya ingin menjadi matahari yang akan menyinari hidup orang lain'.
Ayat skema. Enak kedengaran, walaupon tak menjawab soalan.

* * * * *

Beberapa bulan lalu, saya berkesempatan mengikut sebuah konferens anjuran NGO untuk adik-adik IPT. Saya di situ sebagai penceramah *koff koff* jemputan. Tetapi di luar slot saya, saya dengan suka suki kakinya tumpang sepayung aktiviti mereka.
Nak jugak perasan muda, ewah.
Unexpectedly, the same activity came up, again...

Arahan : Lukis sesuatu yang menggambarkan diri kamu.

An image suddenly popped up in my head.
Tak hebat. Tak bombastik. But it is so me.
And I started drawing...

Saya kurang pandai melukis. Saya takut mereka tak faham, jadi saya letak cacing di sebelah 'diri saya' itu.
Alangkah segannya bila tengok lukisan-lukisan adik-adik intan payung.
Bunga, sungai, dan segala spisis yang termasuk dalam kategori girlish, dan indah menyenangkan.

Looking at my drawing, rasa macam loser.
Tapi, still, it represent me BEST.
It is so moi

Obsidienne [kredit]

Kan? Tak ke?
Rebellious youth. Was? Still?
Batu Konkrit. Degil nak mempertahan entah ape pon tak tahu.

Menurut Sifu Geology of W.o.t.p.o.G
Adapon...
Batu yang paling keras adalah berlian.
[kredit]

Dan batu yang (paling?) hitam adalah Obsidienne.
(rujuk 2 gambar diatas)
[kredit]

Tapi, kalau kedua-dua sekali.
HATI MANUSIA

TQVM, ekzekli my point! T_T
Berlian yang cantik, kerasnya, susah dibentuk
Obsidienne yang telah dibentuk memang cantik, tapi tetap hitam
Bagaimanakah hati kita? Sekeras berlian? Ataukah sehitam Obsidienne?
Segemerlap berlian? Ataukah seanggun Obsidienne?

Firman Allah,
'Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras,sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal, dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.'
[2:74]

TT_TT 
Tapi kan, tuhan ciptakan semua makhluknya dengan indah
Naturally, tiada batu yang absolute sebab batu sentiasa terdedah dengan agent perubahan.
Seandainya kita merupakan batu, maksudnya masih ada lagi ruang untuk berubah.
Macam ayat di atas.
(Kalau tak berubah juga, sila malu dengan batu. Huhu...)
Kuncinya, positif dan sentiasa berdoa.
Tak gitu? ^^v

*quote almost absolute dari sifu* JZKK
Macamana the sun bulih transform jadi the batu konkrit? Aneh.

Sunday, 11 September 2011

brillante


あなたを想って綴るのはこれで
最後にする事にしたわ
理由を告げないそれが最大の
あたしからの贈り物
思ったよりも人はずっと強いものね
少し長く闇の中にいたけれど
そろそろ行くわ

何も見えなくなったその後で
全て見えた
続く道は狭すぎてひとりきりで
歩くしか他にないの

痛みが想像の範囲をあまりに
超えてしまった時に人は
泣いてみたり叫んでみたり
できる力は残ってなんかもうないのね
ひたすら無に襲われるのね

ふたつだったものがひとつになって
ふたつになったただそれだけの事ね
ただ元に戻っただけの事よね

何も見えなくなったその後で
全て見えた
続く道は狭すぎてもう並んで
歩いては行けないのよ、、、
[kredit]
 浜崎 あゆみ