No, I'm not referring to myself, sebab saya memang semulajadi aneh.
Kisah 1
Pendaftaran ibu tunggal hampir setiap hari diterima. Kalaupun bukan ibu tunggal, ibu umur kehamilannya lebih tua dari umur perkahwinan.
Sampai saya ter-mengeluh kepada asisten kesayangan saya. 'Kak, banyak betul kan klien yang teda suami, tak pun baru betul kawin.Rasa hampir setiap hari juga dapat klien begini kan...?' (fusion loghat sabah-keyell).
Sayu wajahnya memandang saya. 'Iya kan, doktor. Macam biasa sudah tu kan. Normal.'
Eh?
Adakah perzinaan itu biasa dan normal?
Saya yang aneh?
Kisah 2
Klien itu manis bertudung. Kehamilannya disyaki bermasalah, sehingga saya terpaksa bertanya mengenai sedikit latar belakangnya serta suaminya.
Sebelum itu, katanya pernah 'bersama' seorang teman lelaki, yang mungkin mengkonsumsi dadah (oral). 'Tapi, dia orang baik-baik, doc'.
Gulp. Ok. Close case.
'Suami puan? apa dia pernah ada teman perempuan yang intim?'
'Ada, tapi dia orang baik-baik doc. tiada dia ambil alkohol atau dadah.'
Gulp. Ok. Close case.
Jadi, zina itu bukan setakat normal, tapi baik-baik?
Kisah 3
Setelah lengkap melakukan pemeriksaan kehamilan, dia dengan terbuka mengatakan, 'Saya ni, doktor, belum sempat kawin lagi dengan laki saya tu. Baru mau kawan-kawan'.
Oh.
'Aik, kalau kawan mana boleh hamil...Kawan macam mana tu?' Saya berpura-pura terperanjat padahal langsung tak larat nak terperanjat dah.
Jadi, kalau dah berlabel kawan, boleh hamil?
* * * * *
Mentaliti masyarakat kini
Kejayaan perang pemikiran
Yang aneh itu normal.
Yang baik itu asing
Zina dan sunnah nabi, mana yang lebih common?
Written by: Manusia Aneh
Time: Akhir zaman dah
7 comments:
ini..ini...ini.. sungguh tak dapat diterima akal!
cerita lebih kurang oleh koass medic yang sedang buat OnG di sini. camana nak ubah pemikiran masyarakat ni...
macam berlumba2 kejahiliahan dan islam..
akak puding comel...suke menulis kisah supaya senang utk kita masukkan realiti pd penulisan dan adaptasi sebaliknya^^
suke....sangat terkena pd jiwa juga:)
nice experience :)
puding karamel mesti sabar je kan masa checking pesakit tu.hohoo!
Na'uzubillah..
Akhir zaman; zina dan maksiat berleluasa.
Islam pula yg semakin gharib atau asing kan..
Sudah tunggang terbalik zaman sekarang ni..
baru faham maksud akak ye...
hrmmm....boleh juga org fikir begitu
yana~
ini...ini...ini...sungguh aneh dan menganehkan diri akak yg sedia aneh...!
true,berlumba ke arah kejahiliahan.
sape tade boypren tu kolot.huhu...
syafa~
ouh,sejak ble akak comel ni?weeee...hahaha
akk try buat camtu,tp ada je org yg rase x ngam.papela kan...u can never satisfy all
klo syafa suke alhamdulillah, akk kmbalikan kpd Allah
sesegar~
dah monotone dah.hohoho
sampai dh wujud istilah megi dalam klinik kami (merujuk instan)
Hedaya~
Nauzubillah. Takut,kena ahli keluarga sendiri.
Islam makin gharib, maka beruntunglah ghuraba'
Ya Allah, jadikanlah kami dari kalangan ghuraba'...
k Dinas~
iya.malu dengan spisis orang utan.derang pon x langgar hukum Allah lagi so far...
Ana~
banyak,sangat...
buktinya, adanya baby hatch. Close case.
Post a Comment