Friday, 29 April 2011

The Voices of Tomorrow

^__^
Fotografi merupakan salah sebuah minat yang biasa bagi saya yang biasa ini. Adapun foto-foto yang terhasil adalah biasa sahaja, mungkin kerana bakat yang biasa dan penggunaan kamera yang berjenis biasa. Ah, saya memang biasa.
Walaupun bertahap biasa, saya tetap ingin berkongsi sebuah foto, one of my all time feveret la ceritenye.

'The Voices of Tomorrow'


Ah-ha...biasa je kan...orang dah cakap!
Walaupun biasa, saya rasa sangat fond dengan foto ni, sebab wajah model kanak2 dalam foto saya ni sangat pricelessly innocent, dengan memberikan pandangan penuh pengharapan demi masa depan mereka. Rasa sejuk mata hati  yang keras ni memandang. Betapa sucinye mereka dari dosa, tambah dengan kiyut lagi...

Err...kenapa voices of tomorrow?? bukan faces of tomorrow??? sebab yang jelas kelihatan dalam gambar ni adalah wajah mereka yang chumell, bukan suara mereka.
Hmm...abstract sungguh pemikiran yang tahap biasa2 ni.
Entah la, rasa bila lihat gambar ni, yang obvious to me adalah promising hope yang didambakan, yang tergambar dari facial expression mereka (adakah saya ni tiba2 berfikir di luar alam???) thus,yang menonjol dlm gambar ni adalah suara mereka.hahah..make no sense ey? Apa yang suara mereka pinta2 demi the so called such promising hope for the future tuh?
Firman Allah : Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak [30:20]
Lagi firman Allah :
Dan Kami jadikan anak cucunya orang yang melanjutkan keturunan [37:77]
Adakah setakat itu saja? kanak2 with promising hope ni dilahirkan sekadar untuk melanjutkan keturunan? Hmm..kalo bab tu orang kampung saya memang pakar. Beranak ramai2, sampai 15 orang, untuk membantu mereka di sawah. Ade duit kasi skolah, tapi kalo tak cukup, anak yang bawah2 tu tolong bajak je, klo yang perempuan tunggu orang masuk minang.
Mungkin tu objektif umum orang kampung melahirkan zuriat, tapi adapun tujuan kanak2 with promising hope diciptakan oleh yang maha mencipta, (or manusia in general) is way beyond that. Ripley's beleve it or not....

Firman Allah lagi,
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu [51:56]
Ya, itulah tujuan sebenar2 penciptaan kanak2 riang ini. Untuk menjadi muslim, menyembah Allah. Dan parents adalah agen yg terpenting to ensure that this does happen. Tapi, adakah kita cukup satisfy dengan itu sahaja? Apatah lagi dalam dunia era modernisasi yang makin mencabar iman dan minda kita sekarang...
Makanya, allah berfirman lagi,
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi....."[2:30]
So,how la nak jadik khalifah??bukan ade keturunan darah biru ponn...Dun worai,firman Allah lagik,
Wahai orang-orang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putera Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, " Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah", lalu segolongan dari bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; lalu Kamiberikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman  terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang. [61:14]
Gitu la ceritenye. Sudah terang lagikan bersuluh, pakai bateri alkaline, bukan brand cikai. Kanak-kanak with promising hope, yang bukan sekadar dibentuk menjadi muslim, tetapi menjadi mukmin, yang akan menjadi penolong agama Allah. Bagaimanala dorang nak jadi sedemikian kalau bukan kita yang membantu mencorakkan hope mereka yang sangat promising itu? Maka ke atas kita la terlebih dahulu, tanggungjawab tu dibebankan...
So, ade bran?? Tak susah seperti yang dibayang (dah diuji kaji sendiri kay). Start with something small,almaklum kita kan biasa... Such as sabda Rasulullah
Sampaikan walau sepotong ayat 
Bukan nak suruh karang minit mesyuarat pon,sepotong ayat je. Klo susah potong2kan lagi ayat tu jadi beberapa frasa,dan sampaikan. Insya Allah, tak habis air liur kita.
Buat anda,dan buat saya juga,semoga diberikan kekuatan oleh Allah.
So,apa kaitan dengan gambar di atas tu? entah. Mari la kita pikir sendiri.hehe
Peace

Thursday, 28 April 2011

Hari Rabu Yang Kalut

Seperti nama tajuk di atas,adapun pos ini berkenaan hari rabu yang sangat kalut, lagi mengalutkan, tak lain tak bukan dikalutkan oleh diri yang sedia kalut...
Ya,semalamla ceritenye ni.
Alkisah walaupun semalam hidup sebagai maskman (akibat flu), akan tetapi hidup sebagai speaker bebas ttp harus diteruskan. Hari rabu sy telah ditugaskan untuk beri free talk semasa perhimpunan pagi dan satu sesi lagi di kursus setengah hari.

Setelah sampai ke headquarter dengan penuh kekalutan, dan kemudian bergegas terus ke pejabat daerah untuk perhimpunan pagi. elok sampai di sana,saya berkumpul menyapa staff sambil mengorek beg untuk cari kertas speech yang telah disediakan malam sebelumnya, and to nobody's amazement...TIADA...
Hoh?? peluh tak kire jantina mula menitik. Terpaksa mengubah strategic plan last minute.




Dengan penuh machonye,sy menggoreng apa2 saja yang terlintas di fikiran...free,spontaneous public speaking-something i detest all my life,wuwuuwuuu. Hmm, pikir2 balik, ada hikmahnye jugak,talk menjadi tidak kaku and free flow. [2:216] dan rasa mereka ade tersentuh sedikit sebanyak,hehe (syok sendiri) sebab lepas tu ade orang kirim salam (ok,sile abaikan)


Setelah itu kembali ke headquarter untuk kursus bagi staff. Siap elok molek ambil tempat depan laptop untuk start talk, baru la terperasan a small detail...LUPA BAWA FLASH DISC!




HOMAIGOD....


Kali ni peluh segala jantina mula menitik, tangan mula mengorek2 laptop ofis untuk mencari bahan yang sememangnye tiada di situ. Syabas...
Saved by the bell, setelah membuat muke kesian merayu undi, untung ketua staff ada simpan backup data untuk power point tersebut. Dengan kontrol macho seolah2 tiada apa yang terjadi, saya menberi talk dengan suara serak d sebalik mask hijau kegemaran ramai.
Aiceh!kenapa la cuai sangat? perancangan pun yellek...Bahaya tahap mengancam nyawa...
Kebatilan yang terancang boleh mengalahkan kebenaran yang tak dirancang (errr...ade kaitan ke ey?)


Kepada tuan punye diri, sile la ingat. Hidup kene berstruktur,baru la boleh capai kejayaan. tak perlu nak havoc benda2 yang gigantic (klo mampu sile,sile...), tapi start with something small...contohnye, menyimpan kertas speech dan flash disc dalam beg sebelum pergi kerja *lap peluh* and always check your things before leaving. Bukankah ini sebahagian dari amanah dan etika dalam bekerja? isk...

Tapi rasanya hidup akan lebih terurus kalau ade adik tonyet d sisi sebagai PA.haha,Peace.

Wednesday, 27 April 2011

はじめまして

Bismillahirrahmnirrahim
*eheemmm*

はじめまして

Setelah bertahun2 hidup d era blogging memblogging, akhirnye baru tergerak hati utk buat blog sendiri. Agak ketinggalan kerete api, tp tak ape, dunia akan terus berputar with or without me blogging anyway.
Semua perkara akn terjadi dengan reason2 yg tersendiri ek, tanpa kebetulan.

Agak d luar alam jugak la sebenarnya niat memblog nih...nape la susah2, baik isi masa dengan perkara2 berfaedah,seperti...err..membuat benda2 yg berfaedah.

Simply, just because i feel like voicing out my small voice,in my very own style. Almaklum, sebelum ni hidup nomad,menumpang hinggap jek d blog sesiapa yg macam best. But things don't usually last long, gitulah senang cerite...
Secondly,mgkn sbb terinspirasi dengan sorang sifu yg sgt terer d dunia persilatan aliran blogging, tahap gaban la beliau nih. haha,sesuai la kan dgn namanya yg bergaya (err,ni self claim, bukan sy yg ckp la). isk,kalau beliau tahu kompem kne sekeh ^^". 

Inspirasi utk mentarbiyah diri sendiri. Ala2 cakap sensorang la nih. Boleh la...asalkan capai matlamat.
Thirdly,sesaje je nk try test,out of interest. nak tengok berapa lama boleh bertahan.
.....And reason yang paling penting adalah.............
simply untuk syok sendiri.haha. ok, syok bertiga. my bestfrens akn dpaksa rela utk involve.abisla korang,ngahaha...
then again,who cares?
this is my world
my way of life
the road i walk
'boku no aruku michi'
menuju keredhaanNya, insya Allah