Antara target bulan Ramadhan adalah, jaga lidah.
Time pemBERSIHan diri dulu pon begitu juga, ingin kurangkan pokpek yang kurang efektif di klinik.
Walaubagaimanapon, setelah mengharungi 5 hari di bulan Ramadhan, budaya itu masih belum hilang sepenuhnya TT_TT
Pada kes-kes client defaulter dll kes yang mampu menaikkan mampu tekanan darah hingga paras 200/120 mmHg, memang senang terkeluar laser beam yang tajam punye. Oho ~
Berleter bukan sebab nak carik gaduh, tapi kerana sayangkan client, dan demi menjaga kualiti kesihatan bumi bawah bayu yang sangat tinggi dengan kadar kematian ibu dan bayi - dan inilah yang menjadi tolok ukur kepada kadar kesihatan sesebuah negara.
Kalau tak ditegur, lain kali buat lagi.
Tapi perubahan tetap mesti dilakukan.
Jadi laser beam yang dikeluarkan, sedaya upaya dipastikan disalut dulu dengan cokelat celup, supaya bile mengenai client akan rasa sesedap nini cokelat celup.
Kisah 1
19 y.o primid (anak pertama)
Time tengah scan, tak dapat nak appreciate kedudukan uri dia sebab pundi kencing tak penuh.
So, out of blue saya bertanya, 'Puasa tak hari ni?'
Kalau dia tak puasa nak suruh minum air supaya boleh penuhkan pundi kencing.
'Tak puasa'
Saya menjadi konpius sekejap, tak ade pulak dia komplen morning sickness tadi.
'Kenape tak puasa?'
'Suami tak suruh'
*sumpah rasa nak pengsan*
Datang red alert dari langit mengatakan laser sudah hampir keluar. Cepat celupkan cokelat!
'Dik, awak sembah suami ke sembah tuhan?'
Dia tertawa. Oh. Bukan perkara sensitif rupanya bagi dia T_T Ataukah efek nini?
Saya try cover emosi saya dengan pokpek tentang anak dalam kandungan dia sihat, kena makan vitamin, dan apoinment akan datang.
Tetibe nak tanya lagi, out of blue, 'Dik, awak sembahyang tak?'
Dia terperanjat, dan menggelengkan kepala
*oh, tambah horrified. Bertenang, celup cokelat*
'Kenapa, suami tak suruh jugak ke?'
'Tidak, itu dia suruh...'
'Laa, yang dia suruh awak tak mau buat pulak...?' Ok, kekurangan cokelat di situ...
Dan terselitlah tazkirah seminit, dalam nada suara yang dipaksa kool. Oh. Sedih. Semoga Allah kurniakan hidayah kepadanya.
Kisah 2
Sepatutnya appoinment client tu minggu lepas, tapi semalam baru datang. Kes-kes defaulter ni memang mampu menye-troke-kan doktor-doktor yang darah tinggi. Macamana nak jaga mereka kalau mereka tak mahu jaga diri sendiri...?
'Kenapa la kamu tidak datang minggu lepas?'
'Itu ba, suami saya teda'
*oh. red alert...celup jangan tak celup*
'Biarla ba, bukannya saya mau scan suami kamu'
Dia ketawa. Enak barangkali nini itu.
'Memangla, tapi teda yang mo kasi teman saya datang sini'
'Naik saja tuh kereta kuda, teda apa-apa juga'
Ketawa makin besar 'Mana ada kereta kuda turun sini'
'Alah, kereta kerbau pasti banyak...'
Tambah dia ketawa. Lepas scan, saya bagi appoinment baru kepadanya.
'Datang ye, naik la kerete ape pon' (dah malas pakai slang sabah)
'Ba...'
* * * * *
Itu antara laser yang sempat disalut cokelat.
Tapi masih ada jugak laser beam lain yang terlepas.
Mendidik jiwa itu tiada penghujung.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya...!
Sabda Rasulullah
'Sesiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau diam.'
Riwayat Bukhari dan Muslim.