Adapon post ini bukanlah mengenai buah pisang yang ranum, apatah lagi mengenai cucur kodok yang dimasak di atas peti. Tidak sama sekali.
Biasa kan dengar ‘precious child’? Anak yg sangat sukar di-conceive (oleh pasangan yg sah la yer). Opposite dengan anak yang dibuang free2 hanya setelah one-or-many-night-stand.
Kisah bermula apabila headquarter saya didatangi oleh seorang wanita kristian berumur awal 40an. Disitula saya belajar daripada sebuah kisah hidup, yang kesekian daripada yang sekian kisah yang dilihat sehari2. Kisah hidup biasa seorang wanita biasa dengan ketabahan yang luar biasa ^^
Puan L, dengan raut wajah yang tenang dan senyuman ringkas diiringi suara yang lembut datang untuk mendapatkan perkhidmatan kami yang berharga seringgit ni untuk kesekian kalinya. Beliau diminta untuk kerap datang berbanding pelanggan lain kerana begitu banyak masalah yang mendasari, disertai dengan riwayat kehamilan yang tak memberansangkan. Bukanlah kerana saya suke dengan RM1 nya. Beliau berada dalam tahun ke6 perkahwinan, dan telah mengalami 5x keguguran, dan sekali melahirkan bayi yang telah meninggal dalam kandungan. (*Formula member sespisis;G7 P1+5,h/o IUD.no living child). Setelah beberapa kali bertemu beliau, pada suatu hari yang hening saya tergerak untuk bertanya kepada beliau tentang pengalaman2 beliau yang sebelum ini. Penuh innocent and straight forward saya bertanya memulakan interview tak bertauliah, simply by asking how she feels throughout the events. Smiling, she answered, ‘rasa sedih’, the bad feeling which will linger around her for almost a year after each event, and yang paling best, to the extend rasa macam benci sampai tak boleh langsung tengok anak2 orang lain. I swallowed a BIG gulp, memang sangat fitrah la kan…
Tapi yang best tu,macamana dia atasi kesedihan,teruskan kehidupan sehari-hari, dengan kembali kepada tuhan, dengan berdoa, membaca kitab, reciting puji-pujian…Saya rasa sungguh tersentap tahap gaban, bagaimana wanita biasa ini mengharungi ujian yang luar biasa dengan kembali kepada fitrahnya. Ekceli kisah spisis macam ni biasa didengar, berlambak di sotkabar,radio,dan segala bentuk media massa. Tapi sebab kisah ni datang bergolek live dpn mata saya berulang2 kali, maka I tend to appreciate it more. Then I told her,saya ingin share kisah kakak dengan orang lain yerr…she just smiled.
Kisah mengenai pengharapan kepada tuhan, endlessly. Walaupun sebagai manusia biasa, ada jugak diselit feeling2 fitrah yang tak la sihat sangat, tapi in the end, dia still kembali kepada tuhannya. Ni cuma salah satu contoh dari kisah2 yang datang mengunjungi saya, tapi lebih banyak lagi kisah2 saudara seagama yang lebih mengagumkan yang telah direkod dalam AlQuran, kisah2 para sahabat dll (tak terkire banyaknye…) yg patut kite amik pot untuk tau. Sebab apa? Em,sbb dia boleh menambahkan iman?? ^^"
A simple concept of redha. Dijamin berkhasiat untuk menjaga kewarasan diri. Ins allah tak kan mereng akibat masalah yang tak putus2.
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah lebih mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. [2:215]
Itulah manusia, datang dari tuhan, dan hujung2 bakal kembali kepada tuhan jugak. Semua masalah datang dari tuhan, dan sewajarnya penyelesaian dia pon dari tuhan jugak. Tak ade yang terlepas dari hukum Allah yang ini, hatta encik sultan berdarah biru sekali pun…wuwuuu….
Pn L kini hamil 8 bulan, and my heart grows as her tummy grow, praying and hoping that this child will be delivered healthily. Amiin.
Seperti yang saya katakan, post ini bukan mengenai pisang feveret saya, apatah lagi cucur kodok yang dimasak di atas peti. Tapi ia adalah mengenai seorang anak emas yang masih dalam kandungan, dengan pengharapan seorang hamba yang setinggi tandanan pisang yang menjulang ke langit. Kenapala setinggi tandanan pisang yang menjulang ke langit, dan bukan setinggi gunung kinabalu ke…kan perumpamaan tu lebih logic. Entah. Dah saya suke makan pisang nak buat macam mana.
Haha.
Peace ^____________^
2 comments:
To miss P (stand for pisang) or eh eh miss banana?haaa...sounds more better n nicer ^^ i like ur word sis:
"A simple concept of redha. Dijamin berkhasiat untuk menjaga kewarasan diri"
memang betul byk je kisah psy started sbb susah nk faham konsep redha..
QS. al-Ma’arij (70) : 19-21. “Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir
Adik Tonyet~simple to understand,tapi gile susah to apply.dan tanggungjawab kte la membantu satu sama lain dlm proses yg never ending nih.
btw,sth happened yesterday.ur words
'cakap dr hati inshaallah tmpatnya kat hati jgak' came alive...huaaa...biiznillah
mmg benar,sebenar2nye
Post a Comment