Wednesday, 1 June 2011

d karats of d blangas

Bila terdengar or ditanya soalan feveret yang bagaikan menyekeh-nyekeh sanubari...

[kredit]
...sampai sekarang tak mampu nak jawab
(ekceli tahu jawapan tapi still in prolonged denial phase...kan??)
pendek kata...tak sanggup nak jawab!

Kata seorang member, di situlah pentingnya mendidik diri.
Bukan sekadar time berbulatan gembira atau mendengar khutbah jumaat yang hanya sekali seminggu, tetapi pendidikan diri secara berterusan setiap hari...
Sebab kalau kite start tinggal, benih-benih jahiliyah tu akan bercambah balik, dan lebih parah, kalau disuburkan lagi dengan elemen-elemen jahiliah yang lain. Sampai lama kelamaan, kita mula memandang keindahan jahiliyah dari kaca mata barat.
Eiii, seram. Tapi itulah realiti, itulah yang terjadi.

Ape kemendenye pendidikan diri?
Nama glemernye 'Tarbiyah Dzatiyah'. Boleh google,sile...
Tapi nak dipendekkan cerite, dia adalah sarana, yang self provided (oleh setiap individu muslim), untuk membina diri masing-masing, agar terbentuk keperibadian muslim yang sempurna (at least hampir sempurna la kan...) dari segala aspek kehidupan. Gitu la... Bak kata pepatah, 'Aim for the sky, you never know where you would land', atau bak kata sorang ex-tabligh ni kan (kenapa ex? jangan tanya saya...), 'Aim for the sky, U may end up on top of the mountain...Atau bottom of the lombong...Ikut keadaan...'

Erm, how now brown cow?
Rileks. Kununnya ada banyak cara nak didik diri ni...antaranya,
  1. Sering muhasabah (tidak tertakluk kepada penduduk Sabah saja ya)
  2. Bertaubat dan memperbaharui taubat (jangan putus asa dengan rahmat Allah!)
  3. Tambah ilmu, tadah kitab dan yang sewaktu dengannya
  4. Mentenkan dan tingkatkan amal ibadah
  5. Berusaha meningkatkan kualiti dan kuantiti dan prestasi akhlak kite (susah T_T tapi tak mustahil)
  6. Rajin-rajin menyeru kepada kebaikan tanpa menunggu diri ini menjadi sehabis baik antara yang terbaik dalam kebaikan.
  7. dan..yang paling penting...terus-terus berjuang melawan hawa nafsu dan berjuang untuk menjalankan 6 perkara di atas.
Isk..macam berat kan?
Saya sendiri dah start berpeluh tak kire jantina...
Boleh ke?
Boleh, tak boleh... boleh jugak!!!
Sebab hidup ni adalah perjuangan tanpa penghujung.
JOM! Try test tengok.
So, ade brans?

Peace ^^V

10 comments:

The Mind of Super Muslim said...

"d karats of d blangas" Afwan, ia membawa maksud apa?

Puding karamel said...

oh,syhd...
maksud dia karat belanga... ^^

The Mind of Super Muslim said...

Bahasa apa? Belanga tu yang periuk belanga?

JZKK menambahkan kosa kata. ^^

Puding karamel said...

bahasa melayu yang dcelup dengan essence english la kununnya...hahha
syhd so naive ^^ chomeyy
isk,jgn la tambah kosa kata senget2 macam ni, haha
jadilah diri syhd yg sebenarnya...
pis baby

The Mind of Super Muslim said...

Oo, maaf...syhd tak tahu. Kreatif.
Hehehe

Puding karamel said...

ala,nak maaf ape nye...
amik yg baik,yg senget2 tu tinggalkan ye?
ahah

safiyyah said...

susah2. huhu.. tapi kena ada keazaman yang tinggi! yosh!

kalau nak jadikan sesuatu yang baik itu sebagai habit, kena buat selama 40 hari berturut2. saya tak pernah cuba pun. haha.. tapi tengah cuba lah ni. inshaAllah. kalau tak 40 hari kita terus cuba dan cuba sebanyak yang boleh :)

Puding karamel said...

ye,azam bin tekad mmg perlu.
en memang susah.ouh,40 hr ye?sy dgr dr kawan 21 hari jek...tu pon jenuh berhempas pulas....dan berjaya
tapi 2 mgg lps kejayaan fathul insan tu tetibe flat n futur.syabbassss... -___-"
tp dats not d end of d world,bangkit balik,cube lagi...
life is endless process of nujahadah,yes? ^^

mylittlepencil said...

jom tanggalkan daki2 jahiliyyah itu meskipun terasa benar berat bebannya..

macam kita nak daki gunung kemenangan islam tu sendiri kan...mane boleh galas beg2 jahiliyyah yang berat...nt penat nak naik...

Puding karamel said...

huhu...believe me, nak sangat.
tapi kadang2 bagai angin2 sepoi bahasa dia datang menderu...isk

ble tengok karat kat gambar tu, terbayang kehororan seandainya hati ni pon sebijik berkarat macam tuh.
tidaaaaaaaaakkk...

sama2 kte mujahadah,allahu musta'an