Hari khamis (sekiranya tiada aral melintang) saya akan cover Klinik Kesihatan T di daerah saya, 20 minutes drive.
Occasionally, saya akan cover hospital daerah, bila mereka tak cukup tenaga kuli.
[kredit] |
Di KK atau di klinik pesakit luar hospital daerah, kebiasaannya saya akan entertain warga emas, dan kebiasaannya pesakit kencing manis dan darah tinggi.
Ada yang memang diarahkan makan segudang ubat-ubatan yang dengan ubat saja mampu mengenyangkan mereka. Sedangkan pesakit yang masih di awal penyakit mereka, mungkin hanya memerlukan sejenis atau dua jenis ubat sahaja.
Kasihan melihat mereka, demand pesakit : doktor masih terlalu kurang. Populasi di daerah saya dibanci sebanyak 17 000 orang. Sedangkan doktor hanya 5 orang di hospital daerah (6 wad, OT, OPD, Casualty) dan 2 orang di bahagian kesihatan yang mencakupi sebuah KKIA, 2 buah klinik kesihatan, 15 buah klinik desa di seluruh daerah, dan juga klinik bergerak ke sebuah pulau di bawah daerah kami.
Demi berjumpa doktor, mereka akan cuba datang awal pagi, untuk mengambil nombor giliran awal.
Ada beberapa kampung yang begitu jauh, sehingga memerlukan mereka berjalan kaki beberapa batu, sebelum naik kenderaan selama sejam. Perjalanan mungkin hampir 2 jam untuk pergi, belum lagi dikira perjalanan balik.
Kos perjalanan? Jalan kaki memang free. Tapi tambang kereta tumpangan mungkin mencapai RM 10 one way. Belum lagi kalau mereka datang berdua, seandainya yang diperiksa itu adalah anaknya atau ibunya yang sangaaaat tua.
Waktu menunggu tersangatlah lama, dan kerusi adalah sangat keras. Menyiksa tulang-tulang keropos nenek-nenek tua. Yang datang jam 8.30 am, mungkin akan dilihat pada jam 3 pm. Dek kerana jumlah pesakit terlampau ramai.
Semua itu mereka redahi untuk mendapatkan khidmat kesihatan.
Sedangkan waktu pemeriksaan + konsultasi mungkin cuma 5-10 minit sahaja.
Tapi mereka genius.
Tak ingin mensia-siakan perjalanan bergolok bergadang mereka itu.
Masuk je ke dalam bilik pemeriksaan, apabila ditanya sihat atau tidak, mereka akan mula mengeluarkan senjata utama mereka dengan wajah penuh penderitaan.
'Sakit kepalaku doktor, satu minggu sudah'. Atau,
'Pandai datang pedis-pedis tulangku doktor, susah mau jalan...', atau
'Sebulan sudah batuk aku ini, tidak pandai hilang, bah'
...dan seribu satu keluhan lain lagi.
Padahal tadi jalan kaki masuk bilik pemeriksaan okey jer, makcik?
Dan tade pulak dengar pakcik batuk sepanjang tempoh pemeriksaan...?
Haha... Tak kisahlah, layan je warga-warga meng-emas nih.
Mereka ada setiap hak untuk dapatkan watsoever ubat yang mereka mahu.
Jadi saya dengan senang hatinya akan memberikan ubat apa saja yang mereka minta, kecuali....
Ubat tidur, ubat antibiotik (ikut keperluan, takut resisten), dan ubat penguat tenaga batin -_-"
Mungkin dia hanya sakit darah tinggi, dengan mengkonsumsi sejenis ubat sahaja, tapi mereka akan pulang dengan segudang ubat-ubat tambahan (ubat batuk, selsema, sembelit, pening, muntah, sakit tulang, vitamin dan pape la yang mereka minta, tapi hot stuff adalah Dear Panadol), sebagai stok, sehingga appoinment mereka yang berjarak 3-6 bulan akan datang.
Ohoho, bravo makcik dan pakcik, atuk dan nenek.
Manfaatkan segalanya...! Jadilah warga emas penuh strategi!
Ketika tergabung hati yang cerdas, dengan
pedang yang tajam dan kesedaran yang tinggi,
maka kezaliman-kezaliman akan menjauhimu.
[Kata-kata hikmah]
[Kata-kata hikmah]
Dan janganlah kita yang bukan warga emas ini kalah dengan mereka, dalam menjalani kehidupan tak berstrategi. Tak kool, kata mereka.
Pis ^^v
-sangat tidak setuju dengan penswastaan kesihatan-
-sangat malu kerana belum ada rangka strategi untuk menjalani masa depan, huhu-
10 comments:
comel je makcik.
tapi bercakap pasal planner, rsanya masih belum kut.
TT___TT
takpe, kite muda lagi
*cover line, tersipu-sipe*
doktor sangat memahami..:).. dulu masa sy pregnant kalau ke klinik pukul 9 pg, pukul satu tghri baru dapat balik.jumpa doktor 5 minit je.ish2.. kerusi memang keras. Dalam klinik pulak panas. Kadang-kadang sy sengaja dtg lambat ke klinik sebab tak larat nak menunggu lama-lama. kalau dtg lmbt boleh pulak balik cepat..hihi.
bile nk buat entri stategi utk merawat hati yg SEDIH.LUKA.PEDIH
^^'
Mak akak pun suka mintak Mr. Panadol kat doktor masa pi check up, kehkehkeh! Tapi kami sangat beruntung kerana tak perlu menempuh berjam2 perjalanan, tak perlu jalan kaki berbatu2 & tak perlu bayar tambang mahal, syukur alhamdulillah atas rahmatNya.
Err, ada yg mintak ubat penguat tenaga batin?
cik sufi~
saya 'memahami' sbb sy kuat berleter. selalu nag tanya kenapa x ikut follow up bla bla...
pastu kalo time ke toilet tu akan lalu di ruang menunggu yg menyesakkan, atau ada sesetengah pesakit yg minta ke swasta kerana tak sanggup menunggu...
thats how i found out all those details.
mmg sng begitu, tapi klo jam 4.45 pm baru sampai, pastu kes bermasalah pula, siapla kene bebel.^^v
khuza~
wah, nak sangat, klo it boleh mengubati lukamu dik...
tapi time constrain malam ni n spjg wiken...huhu
k Dinas~
Kan...sume org suke panadol. Nanti kene ada hari menyambut we love panadol!hehe
kadang nikmat yang Allah berikan, tak kita perasan, sehingga kita ternampak sesuatu yg lebih rendah dari kte, ye tak?
k Dinas~ oye,ade yg mintak.huhu...sy tatau nak bagi apa.multivitamin aci x?
Betul la dik. Kadangkala kita asyik compare diri kita (okla diri akak) dengan orang yg lebih senang, so ada saja yg rasa kurang tapi bila tengok orang yg lebih susah, baru la nampak nikmatNya yg sangat melimpah ruah tu.
Bagi multivitamin kat org yg mintak ubat penguat tenaga batin eh? Kahkahkahkahkah sure dia nangis!
makcik pun pandai..tapi akak doc yang baguih la kak..if doc dekta kg ain, tak baginya ubat lebih if dia check punya check tapi tak sakit tu..huhu.
k Dinas~
^^
teorinya mudah, aplikasinya, err... usahakan biar mudah! hehe
ain pc~
tak ah...akk tgk org gak. kat sabah ni simpati lebih sikit.sbb tau keadaan derang.
klo dulu kat KL, akk beri kalo perlu shj.mcm dokte kg ain
Post a Comment