Tuesday, 29 November 2011

Tahun kembang setaman

26 November 2011 = 1 Muharram 1333
Di saat semua muslimin muslimat sibuk membaca doa akhir dan awal tahun, saya pula berdiri beratur di hadapan gate 2, menunggu saat untuk boarding.
Hijrah, dari KK ke KL. Not back for good, but for something that is supposed to be good, by all means.

[kredit]

Awal tahun, sinonim dengan azam tahun baru. Dan lebih bermakna, kerana tahun baru dalam kelender Islam  merupakan sebuah tahun baru yang penuh dengan sentimental value. Tak macam tahun baru masehi, simply tahun baru (atau ade sebab yang lebih sentimental yang saya tidak tahu? please correct me).
Detik yang merupakan titik tolak kepada kemunculan khilafah Islamiyyah yang terunggul.
Subahanallah, sangat beruntung mereka yang berada pada saat itu.

Habis kita?
Tak kurang beruntung juga, bila kita mampu melakukan titik tolak perubahan yang tak kurang hebat berbanding hijrah mereka.
Hijrah in pur own way, at our own pace, to achieve our own goal.
In our own setting.
As ukhti Muharrikah said, ujian kehidupan bagi setiap orang adalah tailor made dari Allah untuknya, hanya dia. Kerana itu, ujian hidup setiap orang tidak sama, kisah hidup setiap orang tidak sama.
Kan 'Laa yukallifullahu nafsan illa wus'aha...'

Anyway, saya sangat suka Maal Hijrah. Apart from refreshing detik kegemilangan di zaman nabi, dapat pasang azam tahun baru. Dan yang paling best, dapat cuti. Hihihi...

To be better muslim (azam setiap tahun yang tak pernah nak optimal).
To be a better health care provider, who can serve the sabah nation in every strength that one could muster.
Menjaga pesakit, menyembuhkan pesakit, zahir dan batin (oh, berat...)
Menjalankan projek-projek kesihatan yang berlambak-lambak itu, dan meng-upgrade-kan sistem kesihatan yang ada.

To be a good (and the best) kakak membulat to my adik-adik bulatan, dalam NGO saya.
Both bulatan, of different levels.
Hmm, dan harus berkembang sejajar dengan perkembangan adik-adik bulatan dari dua level yang berlainan, serta berkembang dalam bulatan sendiri bersama teman-teman bulatan dan mak membulat.
Dan bila buka sekolah nanti, kembali membulat bersama adik-adik sekolah menengah. Di level yang berbeza lagi.

Dan, naik satu tingkat anak tangga, dengan izin Allah.

Pendek kata, this will be the year of evolution.
Berkembang sehingga pengembangan maksima.
Semampu boleh, Insya Allah.
My resolution, whats yours?
Kalau kita ikhlas untuk menjalankan sesuatu, pasti Allah bantu. Tak gitu?
Semoga Allah rahmati kita semua.

Selamat tahun baru, selamat berevolusi, selamat berkembang semangkuk setaman.
^^v
[kredit]
-will become buzier than ever.Kasihan blog yang bersawang mengalahkan rumah the Adam's family-

Tuesday, 15 November 2011

Till 'botak' do us apart...

Alhamdulillah, atas limpah nikmat dan kurnia Allah, akhirnya setelah 'green turning purple with envy' dengan negeri-negeri lain, akhirnya NGO chapter Sabah ini menerima kunjungan dari seorang tamu kehormat yang sangat dinanti-nanti.


Syaikh MH begitu bersemangat memberikan ceramah


Beliau, yang digelar Syaikh MH, dari Mesir merupakan duta NGO chapter internasional yang memayungi kami di Malaysia. Kira kami merupakan cabang dari NGO itu (macam adik angkat la ni).
Tapi di Sabah tak adalah banner yang sangat 'wow' seperti di semenanjung, dimana logo NGO kami diletakkan bersama logo NGO abang angkat yang sangat berprestij itu ^^"

Apapun, rahmah Allah meliputi segalanya.
Seminar kepimpinan telah dilaksanakan dengan jayanya, walau hanya untuk tempoh sehari semalam sahaja. Banyak ilmu baru yang didapat, dan ilmu lama berkarat yang digilap kembali.
Ilmu kepimpinan, bukan sekadar memimpin manusia, tapi yang lebih penting, memimpin diri.
Kerana kunci untuk menyentuh manusia, letaknya pada hubungan dekat dengan Allah.

Dan setiap tajuk berat Syaikh akan berakhir dengan peringatan yang menusuk kalbu...
"Apa yang telah dipelajari, haruslah diamalkan. Kerana setiap sesuatu akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat nanti"
T_T
[Surah As saff:2-3]
TT_TT

Dengan iman senipis bawang, sekiranya tidak ditingkatkan (asyik menurun je...), tak mustahil sekiranya hidayah itu ditarik.
Dengan pengetahuan tahap PhD, sekiranya tidak dipraktikkan, tak mustahil ia ditarik (belum kira pertanggungjawaban di mahkamah paling berprestij di Mahsyar).
Dengan rambut hitam berkilau, sekiranya tak dishampoo dan dirawat, tak mustahil sehelai demi sehelai berguguran.

Akan kami cuba jadi terbaik.
Kalau gagal, akan kami cuba lagi. Sehingga berjaya.
Dan sekiranya satu saat kami jatuh, akan kami usaha untuk cuba lagi.
"Kerana kami adalah sebahagian dari ikhwan"

Pesan beliau,"Janganlah kerana anda lambat solat subuh, akan membuatkan barisan kita terlambat menuju khilafah Islamiyah" *Pengsan*
Till 'botak' do us apart...
Insha Allah, kami akan sentiasa di sini...

Nak polish balik bahasa Arab...wuwuwuuuu~~~

Tuesday, 8 November 2011

cahaya bulan



cahaya bulan
tak secerah cahaya mentari
menerangi segenap ceruk alam

cahaya bulan
tak sehebat cahaya mentari
yang punya energi dasyat

cahaya bulan
tak sehangat cahaya mentari
yang menberikan ketenteraman
keamanan dari kejahatan

cahaya bulan
tak sehebat cahaya mentari
tapi punya keindahan tersendiri
pasti


-moonlight bathing, gliding turtle, seeking answer, by the sea-

Friday, 4 November 2011

Hambikkk... now you know.

Ombak besar menghempas, terbuai-buai kapal kami mengikut deru arus ombak.
Menurut ramalan, tinggi ombak diperkirakan 1.5-2.5 meter.
Tetapi dengan cuaca yang kurang baik, hujan setempat, dan angin taufan setempat, ombak menggila melebihi perkiraan.
Pulau M, satu-satunya pulau di bawah daerah kami, masih belum kelihatan. Masih jauh.

[kredit]

Hanya apabila kita sendiri di tempat itu, barulah kita akan faham...

Flashback #1
'Kenapa tak datang follow up minggu lepas?'
Wajahnya serba salah diinterogasi. 'Ombak besar bah doktor. Tiada kapal jalan'
'Oh'. Pendek jawapan saya. Menerima. Tapi tak begitu faham. Ombak besar? Bukan kapalnya juga besarkah? Kenapa tak boleh jalan?

Flashback #2
Mereka masing-masing berusaha mempertahankan diri. Pelbagai alasan dilontarkan. Mesyuarat menjadi hangat.
'Bukan kami tak mahu pergi pulau, ombak besar bah. Jaket keselamatan tidak cukup, boatman sesat dan kurang cekap mengawal kapal. Bukan hal main-main. Nyawa bah ini. Nyawa!'
Bermati-matian. Berusaha mereka memahamkan saya, matron dan sister akan sebab mereka gagal ke sana setiap minggu seperti yang dijadualkan.
Berusaha mereka memahamkan kami, supaya kami boleh backing mereka depan bos besar nanti.
Saya menggangguk. Menerima. Tapi tak begitu faham.
Ombak besar? Boatman kurang pakar? Jalan je la, tak boleh?
Tapi pertanyaan-pertanyaan itu cuma di dalam hati.

Flashback #3
Kami begitu bersemangat untuk menyertai kem kesihatan hari itu. Dua hari satu malam, di pulau.
Jam 7 pagi lagi dah bersedia. Menunggu di jeti.
Barang siap. Ubat lengkap. Joran turut dibawa oleh staf-staf kaki pancing.
Sehingga jam 9 pagi, kapal masih belum datang.
'Ombak besar. Kapal tak dapat keluar atau masuk ke pulau. Jadi misi kita hari ini terpaksa ditangguh'.
Oh. Kecewa. Kenapa kapal tak boleh keluar? Keluar saja la, dan jalan perlahan-lahan. Mustahil?

Hanya apabila kita sendiri di tempat itu, barulah kita akan faham...

Berada di atas kapal sederhana yang boleh memuatkan 15 orang itu, dipukul ombak mengganas, disiram tempias ombak yang lebih tinggi dari sisi kapal kami dari kiri dan kanan sehingga basah lencun, membuat saya terimbas kembali kepada mereka.
Kini saya faham.
Ombak memang besar.
Ombak lebih tinggi dari bot kami.
Ombak menyerang dari kiri dan kanan.
Kami melayang, kami terhempas, kami basah lencun.
Sejam pergi, sejam dua puluh minit balik.

Kepada pesakit yang berjaya datang follow up walaupun lambat 2 minggu sekalipun, saya sangat menghargai anda. Dengan perut membuyung meredah lautan bergelora.
Kepada staf-staf kesayangan, you are so right. Ini soal pertaruhan nyawa, apabila kurang jaket keselamatan, ketiadaan tenaga pakar merempit di laut China Selatan itu, apabila cuaca kurang baik.

Meskipun begitu, saya sangat menikmati perjalanan tadi. Mencabar.
Rasa gayat ada. Rasa ngeri menggebu.
Tapi entah kenapa, saya yakin. Saya yakin dengan drebar bot pertanian yang bertauliah (walaupun dia merempit baek punya atas ombak besar tak hengat), dan saya yakin dengan takdir tuhan.
Kalau dah sampai ajal, kat mana pun mati juga.
^^

P/S : Doakan projek pembinaan klinik kami di pulau berjalan lancar, untuk kemaslahatan 1000 orang warga pulau.

Thursday, 3 November 2011

Bayi instan

Bayi instan? eii apa tu? Yang begini...?

 

[kredit]

Bukan! Bukan!

Jadi yang mana? Yang 'cepat dimasak sedap dimakan' seperti ini?

[kredit]
Bukan juga...!
Walaupon tagline dia hampir sama -_-"
'Senang dihasilkan, cepat dilahirkan'
Senang; tak perlu pakai upacara nikah, tak perlu restu mak ayah.
Cepat; dilahirkan 5 bulan setelah kawin, atau ada yang melahirkan sebelum sempat kawin.
Either way...

Terlalu banyak anak instan zaman serba instan ini, oleh ibu bapa instan berlandaskan cinta instan, hasil dorongan nafsu instan.
Saban hari di klinik, pasti ada ibu instan yang datang untuk check up.
Ekceli, baik lah tu mereka datang untuk cek up, daripada diam-diam, tau-tau anak instan selamat tergolek tepi tong sampah, atau dalam lubang jamban, atau baru-baru ini dikelar dengan jayanya.

Single mother sangat ramai.
Tapi kalau sempat amati baik-baik, married mother dengan premarital conception (hamil luar nikah) juga ramai.
Perkahwinan diadakan dengan instan demi...(macam-macam alasan tersendiri la)
Kebanyakan ibu instan ini adalah sangat muda. Ada yang merupakan mangsa, tetapi kebanyakan atas kemahuan sendiri.
Ada yang ketakutan, kesedihan, ada juga yang gembira.

Lebih menyedihkan kisah seorang hamba Allah.
Dikejutkan dengan berita anak daranya mengandung. Dinikahkan, dan kemudian dipisahkan (untuk apa kawin, kurang pasti juga..). Tak lama lepas itu, anak terunanya pula menghamilkan anak orang. Dinikahkan, dan syukur yang ini tak pula dipisahkan.
Kasihan sungguh saya dengar. Sungguh kasihan. Andai saya di dalam kasutnya.
Ternyata, kisahnya dahulu juga begitu. Proses instan-si.

Walaupun sudah Allah gariskan dengan jelas.

“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' 17: 32]
Masih ramai yang gagal memahami.
Masih banyak mata yang dikaburi dari hakikat menghampiri zina.
Terlalu banyak ruang untuk menghampiri zina, baik melalui mata, telinga, lidah, hati.
Seram....

Siapa yang bertanggungjawab?
Ibu bapa, guru, masyarakat, kerajaan ataukah individu tu sendiri?
Senang cerita, semua memainkan peranan. Semua wajar dipersalahkan.
Pendidikan primer di rumah, pendidikan sekunder di sekolah, wadah hiburan dalam negara dll.
Dan diri ini sebagai tukang pemerhati, juga wajar ditunding jari.
Sebab kita hidup dalam masyarakat ini, maka masalah ini kita tanggung bersama.

-yang tak pepaham isu ikhtilat sampai kesudah-

Tuesday, 1 November 2011

aku atau pemuda?



'Beri aku sepuluh pemuda maka akan kugoncang dunia'
-Pak Soekarno-


sangat hebat
penuh keyakinan
manusia berguna
yang ingin kucontohi
aku, atau pemuda?