Menurut ramalan, tinggi ombak diperkirakan 1.5-2.5 meter.
Tetapi dengan cuaca yang kurang baik, hujan setempat, dan angin taufan setempat, ombak menggila melebihi perkiraan.
Pulau M, satu-satunya pulau di bawah daerah kami, masih belum kelihatan. Masih jauh.
[kredit] |
Hanya apabila kita sendiri di tempat itu, barulah kita akan faham...
Flashback #1
'Kenapa tak datang follow up minggu lepas?'
Wajahnya serba salah diinterogasi. 'Ombak besar bah doktor. Tiada kapal jalan'
'Oh'. Pendek jawapan saya. Menerima. Tapi tak begitu faham. Ombak besar? Bukan kapalnya juga besarkah? Kenapa tak boleh jalan?
Flashback #2
Mereka masing-masing berusaha mempertahankan diri. Pelbagai alasan dilontarkan. Mesyuarat menjadi hangat.
'Bukan kami tak mahu pergi pulau, ombak besar bah. Jaket keselamatan tidak cukup, boatman sesat dan kurang cekap mengawal kapal. Bukan hal main-main. Nyawa bah ini. Nyawa!'
Bermati-matian. Berusaha mereka memahamkan saya, matron dan sister akan sebab mereka gagal ke sana setiap minggu seperti yang dijadualkan.
Berusaha mereka memahamkan kami, supaya kami boleh backing mereka depan bos besar nanti.
Saya menggangguk. Menerima. Tapi tak begitu faham.
Ombak besar? Boatman kurang pakar? Jalan je la, tak boleh?
Tapi pertanyaan-pertanyaan itu cuma di dalam hati.
Flashback #3
Kami begitu bersemangat untuk menyertai kem kesihatan hari itu. Dua hari satu malam, di pulau.
Jam 7 pagi lagi dah bersedia. Menunggu di jeti.
Barang siap. Ubat lengkap. Joran turut dibawa oleh staf-staf kaki pancing.
Sehingga jam 9 pagi, kapal masih belum datang.
'Ombak besar. Kapal tak dapat keluar atau masuk ke pulau. Jadi misi kita hari ini terpaksa ditangguh'.
Oh. Kecewa. Kenapa kapal tak boleh keluar? Keluar saja la, dan jalan perlahan-lahan. Mustahil?
Hanya apabila kita sendiri di tempat itu, barulah kita akan faham...
Berada di atas kapal sederhana yang boleh memuatkan 15 orang itu, dipukul ombak mengganas, disiram tempias ombak yang lebih tinggi dari sisi kapal kami dari kiri dan kanan sehingga basah lencun, membuat saya terimbas kembali kepada mereka.
Kini saya faham.
Ombak memang besar.
Ombak lebih tinggi dari bot kami.
Ombak menyerang dari kiri dan kanan.
Kami melayang, kami terhempas, kami basah lencun.
Sejam pergi, sejam dua puluh minit balik.
Kepada pesakit yang berjaya datang follow up walaupun lambat 2 minggu sekalipun, saya sangat menghargai anda. Dengan perut membuyung meredah lautan bergelora.
Kepada staf-staf kesayangan, you are so right. Ini soal pertaruhan nyawa, apabila kurang jaket keselamatan, ketiadaan tenaga pakar merempit di laut China Selatan itu, apabila cuaca kurang baik.
Meskipun begitu, saya sangat menikmati perjalanan tadi. Mencabar.
Rasa gayat ada. Rasa ngeri menggebu.
Tapi entah kenapa, saya yakin. Saya yakin dengan drebar bot pertanian yang bertauliah (walaupun dia merempit baek punya atas ombak besar tak hengat), dan saya yakin dengan takdir tuhan.
Kalau dah sampai ajal, kat mana pun mati juga.
^^
P/S : Doakan projek pembinaan klinik kami di pulau berjalan lancar, untuk kemaslahatan 1000 orang warga pulau.
8 comments:
Semoga perjuangan dan pengorbanan dipermudahkan Allah dan semoga semuanya dikurniakan ganjaran istimewa daripada Allah, di dunia dan di akhirat...
Semoga segala urusan itu dipermudahkan olehNya dik.
Betul kan, bila kita mengalami sesuatu perkara yg dikatakan payah itu sendiri, baru la kita dapat memahaminya dalam erti kata sebenar :)
huhu.. sudah berjaya masuk dalam kasut orang lain..[walaupun bukan semua jenis kasut]
Aisyah~
amiin. JZKK atas doanya.
may allah bless
k Dinas~
terima kasih atas doa kakak
kadang rasa faham.tapi sebenarnya tak.selagi x alami sndr.
Mutiara~
sape yg bjaya?
awk atau akak?
sama2 try,anyhow, wpon bukan smua jenis kasut
semoga segala urusan dipermudahkan Allah. Dan pengorbanan yg dilakukan mendapat ganjaran dariNya walau bkn di dunia tp di akhirat nnt.. ^__^
Sangat mencabar kerja seorg doc disana.sangat kagum dgn awak.hehe :]
zawani ~
tengs atas doa awk! ^^
kadang2 je mcm ni...bukan slalu pon.tapi,pengalaman yg mahal dan berharga.
alhamdulillah
Confius jap.akak macam ada dua profession,doktor dan nelayan (sebab naik bot).
Rabbi yassir wa la tuassir.
Semoga Allah mudahkan akak untuk mudahkan urusan orang lain.Insya Allah.
aja-aja fighting kak! ;)
fatin~
boleh belaka.akk ni dah dipanggil doktor, nes, ustazah, sekarang nelayan lak.alhamdulillah,tambah pangkat ^^
JZKK atas doa fatin
aja2 faiting!sambil menghitung waktu,hohoho
Post a Comment