[kredit] |
Daun kecil dilihat berpenyakit. Daun kecil dikatakan pelik.
Daun kecil berkecil hati. Daun kecil mula membawa diri.
Tiada tempat baginya mengadu.
Hilang sudah kepercayaan kepada daun besar yang memayungi.
Tiada tempat lagi baginya di sini.
Daun kecil bertekad untuk menggugurkan diri.
Keinginannya sudah terpahat, kekal terpateri.
Kepada daun besar di ranting sebelah disampaikan hajat hati.
Daun kecil ingin gugur.
Daun kecil bertekad untuk gugur.
Dan apabila daun kecil nekad, tiada yang bakal menggugah.
Air mata berguguran.
Keinginan disampaikan.
Daun besar berasa gusar.
Tidak perlu gugur, sayang.
Kenapa tidak sama-sama kita teruskan perjuangan, meskipun ada perbezaan?
Air mata daun kecil membasahi bumi.
Air mata daun besar turut mengiringi.
Suara parau membujuk yang dikasihi.
Tetap sudah kehendak ilahi.
Dan daun kecil gugur, jatuh ke bumi.
[kredit] |
Memanggil-manggil daun kecil tanpa henti.
Meminta daun kecil untuk kembali.
Berdoa kepada tuhan tanpa henti.
Entah esok, entah sepuluh tahun lagi.
Semoga suatu hari, daun kecil akan kembali bersama kami.
* * * * *
Perbezaan itu kurnia. Perbezaan itu nikmat.
Perbezaan adalah suatu yang pasti.
Perbezaan akan wujud, pada hal besar, pada hal dasar.
Perbezaan itu mencorakkan kita.
Bukankah itu indah? Supaya kita saling melengkapi?
Kenapa perbezaan itu tidak disikapi dengan kelembutan dan kasih sayang?
Perbezaan itu akan tetap ada, tapi kita semua tetap sama.
Kita semua manusia.
Seruan kepada kebaikan.
Bukan seruan penghakiman.
Pandang dari kaca mata mereka.
Supaya tiada daun kecil yang mengalami nasib serupa.
14 comments:
perbezaan sering membawa pada pengasingan dan pandangan serong, membuatkan yg berbeza itu merasa sedih, terkilan dan juga membuatkan dia merasa tidak layak untuk wujud. sedangkan ciptaan dirinya yg sedemikian rupa adalah kuasaNya, pasti ada hikmah di sebalik kejadian itu.
thanx atas kata-kata yang indah kak, sangat tenng menyentuh hati.
a word of wisdom
pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini.
semoga ia memberi pengajaran supaya kekurangan diperbaiki
supaya tiada lagi daun kecil yang akan gugur dari jalan ini.
si daun kecil berkecil hati..
kerana ia dihakimi pada perbezaan berbanding persamaan..
biasanya yang membawa hati, empunyai hati yang sensitif dan sukar untuk difahami.. daun besar assume sudah cukup kenal padahal tidak..
saya kenal seseorang yg yg terlibat menjadi daun kecil ini.. saya cukup sedih sekali..
mungkin kekurangan pada daun besar, mungkin pada ranting yang goyah,mungkin pada daun kecil sendiri.
Yang pasti bukan dari tunjang pohon yang memang kukuh.
di side anda ada juga daun kecil gugur?memang sunnatullah pohon ini.ada yang gugur,ada yang tumbuh.
sangat menyedihkan.
hati masih tetap berdoa,bagaimanapun kecilnya daun kecil itu,semoga daun kecil akan kembali suatu hari nanti.
Kakak, daun kecil ti matang tak?
adakah kematangan boleh diukur dgn sekali dua perjumpaan?
mgkn daun besar gagal mengenali daun kecil dgn baik
waa..sy rs sy yg harus create puisi ni..sebijik ttg diri sy.bab2 kasta ni.aduyaii
join d club
we're all human beings
tak lepas dari khilaf
muhasabah diri,yg lain serah pd tuhan.
semoga allah mengampuni
Ate antara daun kecil, walau kadang, bukan, bukan kadang malah sering berkecil hati tapi tidak pernah terfikir untuk gugur, kerana Ate tahu berada nya Ate di pohon itu bukan karena daun besar memayungi tapi karena Dia yang mengkehendaki.
Apa pun perbezaan, jika kita jelas dengan niat kita, kita tidak akan nekad untuk gugur.
Kita (diri-sendiri) memahami perasaan dan selalu berlaku seperti daun kecil...
Bukan sengaja tapi terkena FLU.
TT_TT (airmata double)
Ate ~
indahnya kalau si daun kecil memahami,apa yang ate anuti.
apa2 pon balik kepada niat kite ye...
macamana agaknya nak terapkan fahaman itu pada daun2 muda yang kecil ini?
(mintak pendapat pok syeikh)
anonymous ~
kita semua pernah menjdi daun kecil,pernah mengalami fasa itu.
ada yang tegar,ada yang gugur.
yang tegar,menjadi daun besar.
akan tetapi jgn sesekali lupa perasaan dahulu semasa menjadi daun kecil
(peringatan untuk diri ini)
sayu bace post ni..
sabar ye ukhti..
kite hanya mampu berusaha tapi Allah yg memegang hati mereka T_T
sayu kan...
tapi allah knows best
passti ada hikmah,untuk mentarbiyah kita akan kekurangan.
agar kite sentiasa berusaha.
alhamdulillah, pujukan allah dtg kembali
baru balik dari berjumpa 18 helai daun kecil baru ^^
sangat hepi.generasi rabbani,ins allah
Post a Comment