Sunday, 17 July 2011

Nak solat? Eh???

Hari ni adalah hari lebih keramat daripada 9 Julai. Hari yang menyebabkan saya procrastinate selama 2 bulan, mengejar proposal yang overdue, mencuri waktu untuk berurusan dan planning di tengah kesibukan HIV counselling course, dan akhirnya mimpi ngeri itu, kini, selesai juga. fuhhh~~~
Alhamdulillah!

Hari ini NGO saya yang mengadakan join venture dengan NGO dari Jepun, Hyogo CPR Team untuk mempromosikan CPR kepada pelajar sekolah menengah dan sekaligus mempromosikan NGO saya yang baru saja berdaftar tahun lalu.
Wakil sukarelawan dari Hyogo yang berkunjung tahun ini hanya seorang sahaja, iaitu Morita San (san bererti encik), 53 tahun. Kali ini adalah kunjungan kedua yang dilakukan, setelah tahun 2009 di Kuala Lumpur.

Morita San yang sedang melayan peminat cilik ^^"

Sepanjang menjelaskan kepadanya tentang schedule untuk hari ini, beberapa kali saya akan mengingatkan tentang waktu break untuk solat. Apabila dia bertanya tentang waktu solat, saya berusaha menjelaskan, dengan bahasa jepun saya yang nyawa-nyawa itik, selevel perkataan kanak-kanak tadika, tentang waktu solat, serta konsep penyembahan tuhan yang satu (setelah dia menceritakan kepercayaannya terhadap nenek moyang, beberapa tuhan shinto serta buddha, di samping turut meraikan christmas).

Dan lucunya, sewaktu sesi doa, dia turut mengangkat tangan menghormati doa kita. Ohoho. Dia berdoa bersungguh-sungguh, sehingga apabila dia melihat saya menggerakkan tangan membetulkan tudung seketika di pertengahan doa, dia turut merebut kesempatan untuk menggaru tangan dan sambung berdoa kembali. Haha... memang comel. Mesti dia ingat time doa tak boleh gerak langsung.

Ok, itu biasa saja.

Tapi semasa di kunjungan ke sekola menengah kedua untuk sesi demonstrasi CPR ini, saya beritahu dia yang kami semua ingin solat zuhur, dan meminta dia menunggu di dewan. Tetibe datang request luar alam, 'Nak ikot solat boleh?'
Hoh??? Biar betik???
Peluh tak kire jantina mengalir kuar. Macamana la nak imamkan orang laki ni... Dengan ayat-ayat tadika, saya memberitahu dia yang lelaki kena ikot lelaki sahaja. Dia dengan tersenyum innocent berkata, 'tak pe, carikan saya seorang lelaki, saya nak ikot dia solat'
Oh, sudah! Dah le makcik baru je jejak sekolah tu, tak kenal sesapa. Selepas menggaru kepala, saya dan delegasi NGO yang lain menapak ke surau dan bertenggek di luar pagar, menunggu pelajar-pelajar lelaki keluar. Bile tanya sorang-sorang, semua dah solat. Aish... payah. Yang kawan ni pulak msih pasang muka mengharap.

Terpaksala saya pulak pasang muka kesian dan mintak tolong jugak dengan sorang adik ni, mintak ajar wudhu dan solat sunat 2 rakaat pon jadikla. Nasib baik adik ni sporting, hehe. Mengajarla dia Morita San ni. Entah macammana mereka survive, saya pon tak tahu. Sorang cakap omputih, sorang cakap jepun. Syabas!

Lepas itu, sementara menunggu aktiviti dimulakan, saya pon tanya la Morita San, 'apa rasa time solat?' Reply dia, 'pertama kali saya buat gestures begitu (sambil buat isyarat sujud dan rukuk), rasa sangat berbeza'. Saya hanya sempat menambah, itulah kekecilan hamba di depan kebesaran tuhan. And the conversation was interrupted by starting of activity. Dan semasa ucapan pembukaan, dengan seronoknya dia memberitahu pelajar-pelajar sekolah itu, 'kali pertama saya ambil wudhu, kali pertama saya solat'. Bangga sungguh dia ^^

Dia kelihatan sangat takjub dengan gesture rukuk dan sujud dalam solat, sedangkan dia adalah dari bangsa yang menyapa manusia dengan tunduk hormat. Wonder, wonder ^^

Semoga Allah kurniakan hidayah kepadanya, Amiin...

-nak tanya lebih-lebih tak brapa nak fasih sangat, cukup makan je la-

11 comments:

mutiara bd said...

Oh pengalaman menarik.

Sebelum ni saya pernah dengar cerita orang jepun tak suka orang Islam minta masa untuk solat..

Sbb mereka rasa buang masa dan mengganggu masa kerja.. dan mungkin mengurangkan masa effektif untuk bekerja..

Puding karamel said...

individu jepun pasti berbeza-beza, sbgmana individu melayu sendiri. tergantung bgaimana mrk memandang solat dan islam, tak ke?

lagi, mungkin itu situasi kalo mereka adalah bos,tapi situasi sekarang sy adlh tuan rumah, so kene la ikut schedule saya.heheh.

dan mmg sy dh biasakan dia dgn g mana-mana pon mesti solat. Dan dia sangat menghormati. Alhamdulillah. Senang kerjasama dgnnya.

Dinas Aldi said...

tergelak masa part baca doa tu, kihkih!

first time baca pasal hal macam ni..info baru untuk akak ni. ada rupanya orang Jepun macam Morita san yang berminat untuk sembahyang macam kita ya?

Hantu Opera said...

haha.. Morita-san sungguh comel.

teringat pernah sekali masa belajar dulu. ada sorg mamat omputih memenuhi jemputan makan-makan.

then bila kitrg nak solat, bleeh plak dier follow dengan selambadak berseluar pendek. (dia dtg naik beskal)

kadang-kadang, kita sendiri meletakkan barrier pada orang lain yg suka-suka nak follow kita.. padahal mungkin, ia boleh jadi langkah pertama untuk dia menerima islam, kan?

wallahualam

Puding karamel said...

k Dinas ~
comel kan time doa...tergelak-gelak sy dgr bila kwn sy cerita

itula saya hairan bin ajaib. angin mana ntah datang semalam.
selama dia dok buat join venture selama ni tak de pula mintak nak ikot solat.
Dia aneh kot nape kita nak kene solat sampai 5x sehari, nak merasa apa yg syok sgt kot

papepon, smg allah kurniakan dia hidayah

Puding karamel said...

hantu opera ~
kawan anda juga sangat comel. innocent.haha...

barrier,thats what i did at 1st. masa dia mula2 mintak nk ikot solat, i was so doubtful, kept asking 'siriyes?betul ke?nak solat?'. sampai la my frens bagi pendapat,br sy berusaha cari pak imam untuk dia.

macamana org nk peluk islam klo kte seringkali meletakkan barrier?
JZKK atas peringatan.

yushida03 said...

salam.

1st time singgah di blog ini. tertarik pula pada cerita Morita San ini.

Puding karamel said...

Ws, terima kasih atas kunjungan.smg kisah beliau bermanfaat kepada anda.sbgmna kisah ini turut mengajar sy sesuatu yg berharga.

khuza hasan said...

teruja dgn quote " kekecilan hamba di depan kebesaran tuhan "

Puding karamel said...

^^
tapi kadang2 hamba lupa.
hamba sujud, but the soul went off wandering
hamba sujud,tapi tak rasa kerdil
T_T

khuza hasan said...

m0de : insaf..
T_T