Friday, 10 June 2011

Go stret, don belok-belok, Inche Pochong

Post ini adalah lanjutan daripada trilogy Inche Pochong (ye lar tu... trilogy sangat. Bajet lodofdering hape?) di episode 1 dan 2.

Memang Inche Pochong telah memilih langkah yang tepat.
Beliau telah bertaubat serta kembali kepada tuhan, dan seterusnya menyeru orang di sekeliling kepada kebaikan.
Bravo Inche Pochong, anda memang torbhaeq.

Tapi... Inche Pochong adalah makhluk biasa.
Benar, beliau cuba menjadi makhluk asing seperti hadis Islam itu asing (rujuk episode 2), tetapi beliau masih tetap bercap makhluk biasa.
Adapon memang telah termaktub dalam Al-Quran bahawa Inche Iblis akan sedaya upaya akan menyesatkan kaum Adam. Tau dah... terang lagi bersuluh, ditambah lagi dengan spotlight (kalau tak nampak jugak sile rujuk optometrist atau ophtalmologist yang berdekatan).

Well, mungkin Inche Pochong sedikit selesa dalam kedudukan beliau sekarang, tetapi sampailah pada suatu keadaan di mana beliau flat dan futur. Beliau lupa sebab beliau ingin berubah, target perubahan yang diinginkan, dan beliau jadi lupa dengan amalan seharian yang perlu dilakukan untuk mementenkan perubahan itu. Aduhai, Inche Pochong. Anda ter-flat dan futur...
Iman itu meningkat dan menurun. Itu memang sunnatullah, memang asam garam hidup dalam kehidupan, iya, temasuk anda Inche Pochong, walaupon anda tidak makan asam mahupun garam. Kerana anda tidak maksum, kerana anda makhluk biasa.

Maka Inche Pochong mula larut kembali dalam sorga donianya, a.k.a. zaman jahiliyahnya...

Kadang-kadang berseorangan... 
[kredit]
Kadang-kadang berdua dengan member kamceng (Inche Polong)

[kredit]
Kadang-kadang berjamaah...
[kredit]
Aduhai Inche Pochong, anda ter-flat dan futur seketika.
Tidak mengapa. Anda tetap makhluk biasa.
This is no wonder, something anticipated. Menurut janji Inche Iblis, beliau akan sesatkan kaum Adam hingga ke akhir zaman, walaupon kita pernah berubah, selahgi belum akhir zaman, dia akan terus-menerus menyesatkan kita. An evil cycle...yang hanya boleh diputuskan oleh...simply, keinginan kita untuk bertaubat. Tak ke?

Jangan risau Inche Pochong. Yakinlah.
Kite sama-sama kembali ke post trilogy pertama.
Belum terlambat, Inche Pochong.
Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah.
Perbaharui taubat anda, tanpa segan silu, tanpa putus asa, tanpa bersangka buruk (ntah Allah terime ntah tidak), jangan merugikan diri sendiri dengan perasaan-perasaan yang tidak membina itu, seperti kata-kata hamba Allah yang cool dan bergaya dalam post yang sama tersebut. Hidup ini adalah perjuangan tanpa noktah. Never ending process of mujahadah.

Firman Allah
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? [3:142]
Teruskan melangkah, teruskan berusaha, Inche Pochong.
Go stret, and don belok-belok. If you terbelok, you can always go back stret.
Anda tidak berkeseorangan.
Kerana Allah bersama anda, seperti firmanNya dalam [50:16]
Dan Kami lebih dekat dengannya daripada urat lehernya sendiri
Dan... kerana spisis anda banyak di dunia yang fana ini.
Siapa??? Siriyes tak tau?
Tengok sini baik-baik...

Ini adalah cermin ye [kredit]
Renung pakai mata hati.
Nampak bayang siapa?

Mungkin para pembaca budiman memang terpelihara oleh Allah. 
But I sure can see my reflection. Iya, saya memang manusia biasa, ingin bertaubat, ingin berkongsi kebaikan dengan orang lain, sempat jugak flat ketepek dan futur, dan ingin bertaubat kembali.
Itulah saya, insan daif.
Anda bagaimana?
Peace

Disclaimer: watak Inche pochong tidak berkaitan dengan yang hidup atau yang telah tiada, atau yang hidup segan taubat tak mau.

Thursday, 9 June 2011

Teruskan usaha, Inche Pochong

Post ini adalah sambungan dari post semalam, iaitu Belum terlambat, Inche Pochong.

Apa akan terjadi setelah Inche Pochong tersebut bertaubat?
Ok, kalau ikut logik, beliau akan menjadi baik. Macam dalam surah [74:1-7]. Kononnya ayat tu ngam habis dengan keadaan beliau. Boleh bah kalau kau, Inche Pochong...

Dan ikot logik lagi, kalau dah jadik baik, musti inginkan kebaikan kepada orang lain, yang di sekelilingnya... Macam dalam ayat [66:6], betol tak? Logik kan...

Tapi kesian Inche Pochong, beliau lain daripada yang lain.
Beliau tiada rupa (muka tertutup habis), beliau tiada gaya (badan terbungkus habis dengan kain putih tanpa corak batik), beliau pernah mempunyai sejarah hitam (berimej ekstreme atau horror), beliau tak sama pemikiran atau tak up-to-date akibat sekian lama berada di dunia yang berbeza, dan lain-lain yang mendefinisikan erti tidak cool dan bergaya.

Mungkin apabila beliau beri salam, malah tidak diendahkan,
[kredit]
Apabila beliau mengajak tidak ada yang mahu ikut...

[kredit]

Apabila beliau menyeru kepada kebaikan, malah ditohmah dan dinista...
[kredit]
Tak apa Inche Pochong, jangan putus asa, teruskan berusaha
Terus maju menuju rahmat dan keredhaanNya
Walaupon anda serba serbi kekurangan, tapi nak tunggu perfect sampai bila???
Teruskan menyeru dalam keikhlasan, tak payah nak risau apa
[kredit]
Sebab Allah pandang usaha, bukan hasil.
Biarlah anda kelihatan asing di mata dunia, asalkan tidak di mata Pencipta...
Tetibe teringat dengan sebuah hadis glemer riwayat Muslim,
Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing (gharib), dan akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing (ghuraba')
Jangan biarkan Inche Pochong menjadi makhluk asing seorang diri, marilah kita pon sama-sama men-join-kan diri menjadi orang-orang asing jugak, supaya kite semua beruntung!
Peace

Kredit komik buat http://detikduabelas.blogspot.com/
Disclaimer: watak Inche Pochong tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah tiada, atau yang hidup segan taubat tak mau.

Wednesday, 8 June 2011

Belum terlambat, Inche Pochong

Tak kire, se-pochong apa pon kita (sila define sendiri istilah pochong)
Selagi nyawa belum sampai ke halkum
Selagi matahari belum terbit dari arah barat
Selagi pintu rahmat Allah masih terbuka (forever kott...)
Selagi ada keinginan murni untuk bertaubat walaupun terpaksa diulang-ulang akibat kealpaan...

Kita tetap ada kesempatan yang sama untuk bertaubat

*insert ilustrasi kartunis Nik Wafdi : pocong berdiri solat sewaktu penggambaran 'POCHONG MOVIE' di halaman 42 dari Buku Beduk Diketuk by Us Pahrol Mohd Juoi - hakcipta terpelihara,sile beli sendiri*

[kredit]
 Supaya kita berjaya...seperti firman Allah
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya [24:31]
Supaya kita menjadi hamba yang disukai (a.k.a. dicintai)...seperti sabda Nabi
Sesungguhnya Allah sangat menyukai kepada taubat hambaNya daripada sukanya seseorang yang menemukan kembali untanya (berikut muatannya) setelah hilang di padang sahara.
Simply, supaya kita diampuni... sabda Nabi
Sesungguhnya Allah membuka tanganNya di malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa di siang hari dan membuka tanganNya di siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa di malam hari. Hal keadaan ini berlaku sehinggalah matahari terbit dari arah barat.
Maha suci Allah, yang maha menerima taubat TT_TT
Walaupon sebebal apa pon kita sebagai hamba yang tegar mengulangi dosa, pintu taubat sentiasa terbuka luas. Dosa kata pergi, pintu taubat kata mari...
Kadang, selalu terdetik, dan pernah terkeluar soklan popular ini di sebuah forem tak kurang glemer
klo slalu sgt 'commit d same crime'.jd ala2 tebal muke pulak time nk btaubat...sbb trase kompem akan buat lagi. so, cemana tuh???
Datang reply yang cool dan bergaya dari seorang hamba Allah
I think we have to want to stop doing them and try hard not to do them again, but if we did, it should not be a reason to stop asking for His forgiveness. Amru Khalid explained in his book Dengan NamaMu Aku Hidup that the danger of repeating sinful acts is not that Allah will not forgive us but we ourselves will feel too ashamed to asked for it and that is our loss.
Bukankah ada hadis tentang seorang hamba yang buat dosa berulang kali tetapi tetap diampunkan Allah?
Anyway, don't lose hope dan sentiasa berbaik sangka dengan Allah.
Ohh, jawapan yang sungguh menusuk kalbu, lebih dahsyat dari tusukan satay kajang haji *tuut*
Jangan putus asa dengan rahmat Allah
Jangan harus berkire tentang cukup atau tidak rahmat Allah untuk insan kerdil seperti diri ini
Sebab jumlahnya tak terkira, infiniti

[kredit]
Walaupon sering ter-commit the same crime
Walaupon terkadang kalah dengan diri sendiri
Walaupon rasa tebal muka 8 inci
Jangan pernah putus asa
Sebab pintu taubat sentiasa terbuka.
Kerana diri kita adalah hamba
Maka selayaknya, sentiasa kembali kepada Dia
Kumohon, bila diri ini terlupa, pimpinlah tanganku kembali mencari rahmatNya, supaya tidak terus alpa, tidak terus leka, tidak lemas dalam arus deras dunia.

[kredit]
Kepada sayatakpakaigucci, saya doakan semoga awak dapat sesuatu yang lebih baik dari gucci ^^ あなたからたくさんことをべんきょうしましたよ. だいすきです.

Disclaimer: watak inche pochong tidak berkaitan dengan yang hidup atau yang telah tiada, atau yang hidup segan taubat tak mau.

Tuesday, 7 June 2011

僕のない世界


私はこの世界にいなくて、どうになるの
この悪くて、下手で、我侭で、いやだって私がいなくなったら
この世界はどうになるのかしら

あの時私がいなくなったら
何が変わったかな

突然過ぎて分からなくて
涙さえも出てこなかったんだ
僕には自分がいなかったのは
このせかいとってもっとほうがいいかも

涙が今更出てくるなんて
自分にいくらおんなじ質問をしても
このままで
私がいなくてほうがいいかな
[kredit]
そう思ってた...

Monday, 6 June 2011

for better or worse

When you admit defeat,
[kredit]
 you turn out to be a
[kredit]
Well, honestly, I have just admitted defeat,
[kredit]
but it is surely for the better, I hope...
[kredit]
To be a loser or mujahid(ah), we choose
For better or worse, we choose
May God shows His mercy
Allahu 'alam
Peace 

Sunday, 5 June 2011

Bila si pesimis dikehendaki bersuara

Ok, apa yang akan terjadi apabila si pesimis dikehendaki bersuara?

[kredit]
KIAMAT !!!
Erm, mungkin belum kiamat, tapi...

*Kite flashback dulu*
Ceritanya, saya diminta memberikan motivasi pada pagi ahad yang indah ini, di negeri bawah bayu, dengan ditemani bayu yang sepoi tak mengganas (buat tepi pantai, best giler) kepada adik-adik intan payung yang baru nak menyapa alam menara gading... Anjuran persatuan yang berjenama, cool dan bergaya.
Saya diberitahu mengenai hal ini pada ahad lalu, dan diberikan bahan pada selasa baru ni.
Okey, so I had 4 days to prepare...
Tapi untuk seorang yang pesimis, 4 hari tak cukup kot??! (Ye, saya memang seorang pesimis, tak syak lagi)

Tapi, berbekalkan seruan cinta Sang Pencipta
Berangkatlah kamu baikdengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. [At-Taubah:41]
dan prinsip selambe yang memang dipegang
Ade aku kesah??! Redah jer beb...
dan saya ni memang pantang sikit la (konon) nak tolak tugas yang diberikan...
dan jugak kerana cinta dan kasih kepada adik-adikku semua (sumpah...heheh), maka saya dengan seronoknya menyambut tugas ini, sebagai suatu cara untuk berbagi, berkasih, dan mengajak.
Walaupun nervous suam-suam kuku, dan procrastinating sepanjang minggu, saya redahi semua, demi seruan 'Infiru...' (berangkatlah...).
Eheh,ye ye je kan...

Pendekatan motivasi kali ini diarahkan dari sudut yang berbeza. Bukan difokuskan kepada tips-tips pelajar cemerlang untuk mencapai cita-cita hidup yang professional di dunia, tetapi bagaimana untuk menjadi insan dengan hidup yang cool dan bergaya menurut agama (tanpa penjenamaan persatuan, ohoh...), supaya mampu menggapai cita-cita jangka pendek (di dunia) dan cita-cita jangka panjang (di dunia saaaaaana). Dan orang yang paling termotivasi, sewajarnya adalah orang yang menyampaikan ini (amiin).

Whatever pon, motivasi dah selamat disampaikan, walaupon tak tau la sejauh mana keberkesanannya... dan terbukti, kiamat masih belum tejadi, apabila si pesimis memberi motivasi.
Despite of being a pessimist, still, it's about time to move out of the shell, and get moving on with our life. Zaman sekarang, katak pon dah tak mau duduk bawah tempurung, habis koman pon dalam tayar-tayar buangan. Jadi, saya bertekad untuk bahkan menjadi lebih baik dari itu, dengan izin Allah. Bak kata motivator marhaen tadi, titik penilaian seseorang bukan terletak kepada berapa kali dia jatuh, tapi bagaimana dia struggle untuk bangun. Kan?

Jom la sama-sama memperbaiki diri. Di mana ada titik kelemahan, di situlah kita sama-sama cuba perbaiki. Kite semua sangat berbeza, maka kita semua saling melengkapi.

[kredit]

*Credit dan sekalung penghargaan buat AJK2 yang menjayakan program ini, terutama cik pengarah program yang cool, cik bek up last minit, cik-cik fasci, cik-cik 'makcik' kantin, cik-cik dreba, cik-cik fotografer, cik-cik yang memeriahkan majlis, dan adik-adik intan payung yang sudi hadir, serta buku 'Zero to Hero' karangan akh Solikhin Abu Izuddin yang sangat membantu...

....dan tak lupa, kepada Yang Mengizinkan semua ini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah ^^

Barakallahu lakunna...

Saturday, 4 June 2011

not blus, but orenj



Bila siang berarak pergi
Bila senja menyapa lagi
Bila diselaputi kegelapan malam dini
Bila kegusaran menyelubungi diri
Akankan mentari muncul kembali?

*procrastinating pre-public speaking*