Thursday, 9 June 2011

Teruskan usaha, Inche Pochong

Post ini adalah sambungan dari post semalam, iaitu Belum terlambat, Inche Pochong.

Apa akan terjadi setelah Inche Pochong tersebut bertaubat?
Ok, kalau ikut logik, beliau akan menjadi baik. Macam dalam surah [74:1-7]. Kononnya ayat tu ngam habis dengan keadaan beliau. Boleh bah kalau kau, Inche Pochong...

Dan ikot logik lagi, kalau dah jadik baik, musti inginkan kebaikan kepada orang lain, yang di sekelilingnya... Macam dalam ayat [66:6], betol tak? Logik kan...

Tapi kesian Inche Pochong, beliau lain daripada yang lain.
Beliau tiada rupa (muka tertutup habis), beliau tiada gaya (badan terbungkus habis dengan kain putih tanpa corak batik), beliau pernah mempunyai sejarah hitam (berimej ekstreme atau horror), beliau tak sama pemikiran atau tak up-to-date akibat sekian lama berada di dunia yang berbeza, dan lain-lain yang mendefinisikan erti tidak cool dan bergaya.

Mungkin apabila beliau beri salam, malah tidak diendahkan,
[kredit]
Apabila beliau mengajak tidak ada yang mahu ikut...

[kredit]

Apabila beliau menyeru kepada kebaikan, malah ditohmah dan dinista...
[kredit]
Tak apa Inche Pochong, jangan putus asa, teruskan berusaha
Terus maju menuju rahmat dan keredhaanNya
Walaupon anda serba serbi kekurangan, tapi nak tunggu perfect sampai bila???
Teruskan menyeru dalam keikhlasan, tak payah nak risau apa
[kredit]
Sebab Allah pandang usaha, bukan hasil.
Biarlah anda kelihatan asing di mata dunia, asalkan tidak di mata Pencipta...
Tetibe teringat dengan sebuah hadis glemer riwayat Muslim,
Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing (gharib), dan akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing (ghuraba')
Jangan biarkan Inche Pochong menjadi makhluk asing seorang diri, marilah kita pon sama-sama men-join-kan diri menjadi orang-orang asing jugak, supaya kite semua beruntung!
Peace

Kredit komik buat http://detikduabelas.blogspot.com/
Disclaimer: watak Inche Pochong tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah tiada, atau yang hidup segan taubat tak mau.

7 comments:

Ann Huda (Ate) said...

Ate tak caye pada disclaimer kat bawah tu..ngeee.

Puding Karamel said...

isk...sbb tau org tak caye la buat disclaimer tu...btw,ate kenal ke watak tuh?adakah ate sendiri???
heheh

khuza hasan said...

akak..still xdpt..lam pi nye sy..:(

Puding Karamel said...

hahahah....tak abis baca nak paham apenye...

khuza hasan said...

baek..suda habiskan p0n..
lalalalala~
*menyanyi girang*

Puding Karamel said...

haha...
sungguh riang ria awak ni kan?
lepas bulatan gembira, mari kita beriang gembira secara berjemaah.
yay!

khuza hasan said...

yeay..
mesti lagi rang ria kan..
sbb akan berbulatan gembira..
xsaba!
^^v