Friday, 10 June 2011

Go stret, don belok-belok, Inche Pochong

Post ini adalah lanjutan daripada trilogy Inche Pochong (ye lar tu... trilogy sangat. Bajet lodofdering hape?) di episode 1 dan 2.

Memang Inche Pochong telah memilih langkah yang tepat.
Beliau telah bertaubat serta kembali kepada tuhan, dan seterusnya menyeru orang di sekeliling kepada kebaikan.
Bravo Inche Pochong, anda memang torbhaeq.

Tapi... Inche Pochong adalah makhluk biasa.
Benar, beliau cuba menjadi makhluk asing seperti hadis Islam itu asing (rujuk episode 2), tetapi beliau masih tetap bercap makhluk biasa.
Adapon memang telah termaktub dalam Al-Quran bahawa Inche Iblis akan sedaya upaya akan menyesatkan kaum Adam. Tau dah... terang lagi bersuluh, ditambah lagi dengan spotlight (kalau tak nampak jugak sile rujuk optometrist atau ophtalmologist yang berdekatan).

Well, mungkin Inche Pochong sedikit selesa dalam kedudukan beliau sekarang, tetapi sampailah pada suatu keadaan di mana beliau flat dan futur. Beliau lupa sebab beliau ingin berubah, target perubahan yang diinginkan, dan beliau jadi lupa dengan amalan seharian yang perlu dilakukan untuk mementenkan perubahan itu. Aduhai, Inche Pochong. Anda ter-flat dan futur...
Iman itu meningkat dan menurun. Itu memang sunnatullah, memang asam garam hidup dalam kehidupan, iya, temasuk anda Inche Pochong, walaupon anda tidak makan asam mahupun garam. Kerana anda tidak maksum, kerana anda makhluk biasa.

Maka Inche Pochong mula larut kembali dalam sorga donianya, a.k.a. zaman jahiliyahnya...

Kadang-kadang berseorangan... 
[kredit]
Kadang-kadang berdua dengan member kamceng (Inche Polong)

[kredit]
Kadang-kadang berjamaah...
[kredit]
Aduhai Inche Pochong, anda ter-flat dan futur seketika.
Tidak mengapa. Anda tetap makhluk biasa.
This is no wonder, something anticipated. Menurut janji Inche Iblis, beliau akan sesatkan kaum Adam hingga ke akhir zaman, walaupon kita pernah berubah, selahgi belum akhir zaman, dia akan terus-menerus menyesatkan kita. An evil cycle...yang hanya boleh diputuskan oleh...simply, keinginan kita untuk bertaubat. Tak ke?

Jangan risau Inche Pochong. Yakinlah.
Kite sama-sama kembali ke post trilogy pertama.
Belum terlambat, Inche Pochong.
Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah.
Perbaharui taubat anda, tanpa segan silu, tanpa putus asa, tanpa bersangka buruk (ntah Allah terime ntah tidak), jangan merugikan diri sendiri dengan perasaan-perasaan yang tidak membina itu, seperti kata-kata hamba Allah yang cool dan bergaya dalam post yang sama tersebut. Hidup ini adalah perjuangan tanpa noktah. Never ending process of mujahadah.

Firman Allah
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? [3:142]
Teruskan melangkah, teruskan berusaha, Inche Pochong.
Go stret, and don belok-belok. If you terbelok, you can always go back stret.
Anda tidak berkeseorangan.
Kerana Allah bersama anda, seperti firmanNya dalam [50:16]
Dan Kami lebih dekat dengannya daripada urat lehernya sendiri
Dan... kerana spisis anda banyak di dunia yang fana ini.
Siapa??? Siriyes tak tau?
Tengok sini baik-baik...

Ini adalah cermin ye [kredit]
Renung pakai mata hati.
Nampak bayang siapa?

Mungkin para pembaca budiman memang terpelihara oleh Allah. 
But I sure can see my reflection. Iya, saya memang manusia biasa, ingin bertaubat, ingin berkongsi kebaikan dengan orang lain, sempat jugak flat ketepek dan futur, dan ingin bertaubat kembali.
Itulah saya, insan daif.
Anda bagaimana?
Peace

Disclaimer: watak Inche pochong tidak berkaitan dengan yang hidup atau yang telah tiada, atau yang hidup segan taubat tak mau.

11 comments:

Kappa-san said...

salam

i like this pochong story, that i do.
and i also agree with the part that, when we are alone, we intend to become our old self back.

hope there'll be a 'kelab-hantu-bertaubat' in japan. I'll join, that i will.

jzk

Ann Huda (Ate) said...

Mok Cik ni pick up lambat say. Udah trilogy baru ngerti. Sangat kreatif tapi uhh..Kelab Hantu Bertaubat??

Ate gak doyan yang ada nama Hantu2 ;)

Puding Karamel said...

kappa san~ uwaah...kappa san ni memang peminat berat dunia perhantuan.oho...sama la kte(tapi tak de la sampai tahap nk jadik ghost seeker)

tu baru citer inche pochong, blom citer inche polong ato antu kak limah,apatah lagi miss punti dan anaknya...
heheh...

jom,buat kelab antu bertaubat ^^
cadangan yg cho~ kawaii.
i oso wanna join, even if i'm not in japan.kappa san mungkin boleh sumbang cite hantu jepun yg bertaubat?^^
pis

Puding Karamel said...

ate, tak pe...ate tak yah pening kepala dengan kelab hantu bertaubat...ate kan dah join kelab bujang bergaya.cukup la tu,nanti tak terlarat nak organize aktiviti2 berprestij.haha

lepas trilogy,ape yg ate paham?sy pon tak brapa nak paham hakemendenye trilogy aneh nih.kuikuikui

mylittlepencil said...

bila bace lengkap trilogi kisah ni, baru terasa menceritakan perihal hidup seorang manusia rupanya, takut nak pndg cermin tuu...sbb tahu akan ternampak diri sendiri...

jzkk atas entri yg kreaatif ini, ana sendiri tak mampu nak buat entri macam ni...*_* kagum...waaaaa...

anyway, memang, kalau hala tuju kita tak jelas sebenarnya memg akan jd macam hantu aka mayat hidup...

mohon share ye ;)

Puding Karamel said...

jzkk ukhti krn sudi baca ^^
saya pon tak tau entri ni akan jadik begini...sbb semasa setiap entri dtulis, tade rancangan pon nak sambung...tau2 jadik trilogi plak.muahaha

adapon idea tu smua dr Allah...saya kembalikan pujian kepadaNya, dan nak hepi jugak atas idea yg Dia kurniakan kpd sy.Weeee

Silekan share...tak kredit pon no hal...Yang penting, Allah mesti dpt kredit.heheh

khuza hasan said...

means kite la kan..ke sy still salah..:(

Puding Karamel said...

yap, u or me or any oter human being...
pandai adik akk ^^v

khuza hasan said...

yeay..sylah ince p0cong itu..
^^v

Puding Karamel said...

sama2 kita menjadi inche pochong ^^v

khuza hasan said...

baek..^^v