Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Thursday, 5 April 2012

Mungkin kau rasa jijik, tapi aku...

Alhamdulillah saya dari keluarga serba cukup.Tak la lebey sangat, tapi tak la larat atau kebulur.
Serba serbi cukup, alhamdulillah.

Waktu sekolah rendah, saya sekolah swasta. Bak kata orang, sekolah anak orang-orang loaded.
Yang realitinya, hanya orang-orang di sekolah swasta tahu keadaan orang-orang di sekolah swasta.
Mixed versions la.
Anyway, walaupun saya rakyat biasa, dan berkawan dengan pelbagai golongan lapisan masyarakat, termasuk mereka yang berstended, saya suke gaya hidup sempoi. Kalau nak duduk tepi longkang (yang tak berbau tengik sangat), saya akan buat. Bersila atas lantai tanah, no problem. Camping berlumpur berpacat, err... tolerable.
Tapi kalau dianugerahkan tempat mewah, macam berkursus di hotel ke, hehe, idokle ambo nolak.

Ini hari, akhirnya, setelah beberapa kali tak jadi, saya dapat sertai klinik bergerak ke pulau tunggal di bawah jajahan daerah saya. Hari-hari biasa di klinik, memang sodapla, ber-ekon, lantai tile, meja besar.
Kali ni di pulau yang belum didirikan kliniknya, kami belaah setup klinik di bawah rumah orang kampung. Ada meja kecil yang tak stabil, 4 buah kerusi, ON!saya kongsi meja berkriuk-kriuk tu dengan pembantu pegawai perubatan (MA). Sejengkal sebelah kami, staf nes yang duduk di kerusi kontot, meja kontot, dan clientnya bergayut di tangga saja. Jururawat masyarakat saya 3 orang, atas papan besar je, cucuk imunisasi kanak-kanak. Kaunter ubat, di meja besar bawah rumah, berkongsi dengan bahagian pendaftaran. Jalanlah klinik kami dengan masyuknye.

Habis dari pulau, saya pergi ke sebuah klinik kesihatan di daerah saya untuk mesyuarat dengan staf-staf di situ. Oleh kerana bilik rawatan kecemasan kurang kerusi, dengan selambanya saya berseloroh, 'Kita melantai di bawah je la...' Tapi seorang staf senior melarang, kotor katanya, dipijak-pijak...

Saya ketawa. Lantai itu dalam bilik ber-ekon, dimop setiap hari. Dah nama lantai, pastilah dipijak. Alangkah siling pun dipijak oleh cicak man. Hehehe. Ok, tak klaka.

[kredit]

Mungkin kamu rasa jijik. Tapi yang pasti aku oke jer. Hidup sempoi, semua hal boleh jalan, dengan izin Allah. Hati pun sonang. Pis.

note: asalkan ia bukan toilet yang kotor. Itu taboley tahan

Friday, 17 February 2012

the iman or my own skin?

Sewaktu saya sedang gembira meraikan double engagements sepupu-sepapat tercinta di bandar halaman, saya mendapat sms yang tak diundang dari staf klinik. Berita kematian ibu hamil (maternal mortality) yang sangat la tak syok didengar. Apatah lagi pada hari keraian.

Kes bukan warga negara, yang memang tak pernah berklinik, yang baru saja berpindah ke daerah saya dari daerah yang jauhnya 6jam seminggu sebelum kematiannya. Walaupun asalnya kes orang, tapi sebab meninggal di daerah saya, terpaksalah ditanggung sebagai kes kematian daerah kami. Walaupun kami memang haram tak tahu pun akan kewujudan ibu tersebut di kampung kami.

Dan setelah itu, kami dipeningkan dengan kes bukan warga negara yang didiagnosis mengalami placenta praevia major, dan tak mahu masuk wad. Time bomb, seolah-olah haru mengantisipasi kematian kedua untuk tahun ni. Demi untuk mengelakkan hal yang sangat tidak mengharumkan nama daerah, saya cuba melakukan segalanya untuk dia, bagai menatang minyak yang penuh. Semua staf kesihatan dan hospital turun padang untuk mengkaunsel ibu tersebut supaya masuk wad, sehingga ke tahap harus menghantar ke klinik pakar pakai ambulans, dengar escort staf nes, minta pengecualian pembayaran klinik (warganegara pun kena bayar RM 5), dan lain-lain. Apatah lagi dengan kedudukan saya sebagai Yang Menjaga Kesihatan Daerah (ouh, tak syok okeh).

Dalam keheningan itu, terdengar suara sumbang dari staf saya. 'Kenapa la kita ni kena bersusah payah untuk orang yang bukan warga negara? Menyusahkan saja, nak dilayan macam VIP. Orang kita pun tak dapat layanan sebegitu'.
I don't blame her one bit. Occassionally saya pun ada juga terdetik hal begitu. But I can't afford to have another mortality case under my care.
Buat kebaikan kepada mereka, ukankah suatu sedekah? Mendengar kata-kata dari suami ibu tersebut, berterima kasih dengan amat, sedikit sebanyak menyentuh hati saya. Mereka juga manusia. Walaupun bukan warga negara. Dan mungkin kita semua terlupa satu poin yang lebih penting. Bahawa mereka itu seagama.

Bukankah haram darah seorang muslim bagi seorang muslim lain? Begitu sekali berharganya mereka. Bukankah Imam Hasan Al-Banna pernah mengatakan dalam risalah Ta'lim; bahawa di belahan bumi mana yang ada umat yang memegang kalimah tauhid, maka disitulah tanah air kami, dan ke atas kami untuk mengorbankan harta dan seandainya harus menitiskan darah untuk melindungi mereka, akan kami lakukan.
Kerana itulah ikatan akidah.
Itulah lambang sebuah iman.

[kredit]
Cool!
But is it really the iman that is masking my actions?
Or, is it just to save my own skin?

Monday, 13 February 2012

what poverty means

Poverty means, duit tak de
Biasa kalau cakap pasal kemiskinan rakyat, paling sinonim dengan busung lapar.
Or, simply, kebuluran la. Ikon kebuluran yang terhebat di kepala saya, Somalia. Lots more, beyond that, of course.
Thus, poverty jeopardize the lives. 

Wajah dia nampak blur ketika berkomunikasi dengan kami. Maklum, orang Filipina, faham gitu-gitu je.
Saya jelaskan pada dia, uri dia sangat rendah, sehingga menutupi jalan lahir. Pada usia kandngan mencapai 9 bulan, keadaan dia sangat berisiko. Bila-bila saja boleh terjadi perdarahan tanpa henti, dan lebih bahaya kalau memang dalam fasa nak bersalin. Ancaman besar kepada ibu dan anak.
Pakar di KK sudah dimaklumkan, dan dia dikehendaki dihantar ke hospital pakar di KK, untuk antisipasi kelahiran melalui pembedahan (kes placenta praevia major)..
Dia dan suami menolak. Tak ada duit.
Saya cuba lobi. Pujuk masuk hospital biasa di daerah kami. Bayaran tak semahal di hospital pakar. Yang penting berada di bawah pengawasan staf kesihatan, kalau tak dapat handle, tetap akan kami hantar ke KK. Tapi tu belakang cerita.
Mereka tetap menolak. Memang tiada duit.
Padahal nyawa ibu dan anak bagaikan di hujung tanduk. Seperti the ticking bomb.
Asal terjadi perdarahan, dia boleh pergi. Asal terjadi sakit nak bersalin, akan terjadilah perdarahan, dia boleh pergi. Either way, dia kemungkinan pergi, kalau tak dibedah.

Suaminya dengan nada kesal dan sopan menolak pemintaan saya untuk kemasukan ke wad. Mereka suami isteri bertekad untuk mengambil risiko, walaupun dengan bayaran 2 nyawa.
Sebab, duit tak ada.

Setelah lobi kona sana kona sini, kami mencapai sebuah persetujuan, di mana mereka harus ke hospital esok, hanya untuk scan dan sesi kaunseling dari doktor di hospital. Mana tahu, lembut hati dengan doktor di sana, mana tahu, penerangannya mampu meyakinkan mereka.
Kalau masih berdegil untuk masuk wad, terpaksa dengan plan C. iaitu, buat lawatan ke rumah mereka setiap hari.

Ini kes mereka yang bukan warganegara.
Ini kes mereka yang tiada berharta.
Ini kes mereka yang memilih untuk bertarung nyawa.

Hiba saya lihat suaminya, riak muka yang sukar saya tafsirkan. Anak pertama. Pasti keputusan yang diambil itu begitu berat bagi si suami. Berat mata kami yang memandang, berat lagi bahu si suami yang memikul, belum lagi berat perut yang dikandung isterinya.

Poverty means, life.
What say you?

Monday, 12 December 2011

Zina itu normal, baik dan bersahabat

Makin hari saya lalui makin aneh dirasa.
No, I'm not referring to myself, sebab saya memang semulajadi aneh.

Kisah 1
Pendaftaran ibu tunggal hampir setiap hari diterima. Kalaupun bukan ibu tunggal, ibu umur kehamilannya lebih tua dari umur perkahwinan.
Sampai saya ter-mengeluh kepada asisten kesayangan saya. 'Kak, banyak betul kan klien yang teda suami, tak pun baru betul kawin.Rasa hampir setiap hari juga dapat klien begini kan...?' (fusion loghat sabah-keyell).
Sayu wajahnya memandang saya. 'Iya kan, doktor. Macam biasa sudah tu kan. Normal.'

Eh?
Adakah perzinaan itu biasa dan normal?
Saya yang aneh?

Kisah 2
Klien itu manis bertudung. Kehamilannya disyaki bermasalah, sehingga saya terpaksa bertanya mengenai sedikit latar belakangnya serta suaminya.
Sebelum itu, katanya pernah 'bersama' seorang teman lelaki, yang mungkin mengkonsumsi dadah (oral). 'Tapi, dia orang baik-baik, doc'.
Gulp. Ok. Close case.
'Suami puan? apa dia pernah ada teman perempuan yang intim?'
'Ada, tapi dia orang baik-baik doc. tiada dia ambil alkohol atau dadah.'
Gulp. Ok. Close case.

Jadi, zina itu bukan setakat normal, tapi baik-baik?

Kisah 3
Setelah lengkap melakukan pemeriksaan kehamilan, dia dengan terbuka mengatakan, 'Saya ni, doktor, belum sempat kawin lagi dengan laki saya tu. Baru mau kawan-kawan'.
Oh.
'Aik, kalau kawan mana boleh hamil...Kawan macam mana tu?' Saya berpura-pura terperanjat padahal langsung tak larat nak terperanjat dah.

Jadi, kalau dah berlabel kawan, boleh hamil?

* * * * *

Mentaliti masyarakat kini
Kejayaan perang pemikiran
Yang aneh itu normal.
Yang baik itu asing
Zina dan sunnah nabi, mana yang lebih common?

Written by: Manusia Aneh
Time: Akhir zaman dah

Friday, 4 November 2011

Hambikkk... now you know.

Ombak besar menghempas, terbuai-buai kapal kami mengikut deru arus ombak.
Menurut ramalan, tinggi ombak diperkirakan 1.5-2.5 meter.
Tetapi dengan cuaca yang kurang baik, hujan setempat, dan angin taufan setempat, ombak menggila melebihi perkiraan.
Pulau M, satu-satunya pulau di bawah daerah kami, masih belum kelihatan. Masih jauh.

[kredit]

Hanya apabila kita sendiri di tempat itu, barulah kita akan faham...

Flashback #1
'Kenapa tak datang follow up minggu lepas?'
Wajahnya serba salah diinterogasi. 'Ombak besar bah doktor. Tiada kapal jalan'
'Oh'. Pendek jawapan saya. Menerima. Tapi tak begitu faham. Ombak besar? Bukan kapalnya juga besarkah? Kenapa tak boleh jalan?

Flashback #2
Mereka masing-masing berusaha mempertahankan diri. Pelbagai alasan dilontarkan. Mesyuarat menjadi hangat.
'Bukan kami tak mahu pergi pulau, ombak besar bah. Jaket keselamatan tidak cukup, boatman sesat dan kurang cekap mengawal kapal. Bukan hal main-main. Nyawa bah ini. Nyawa!'
Bermati-matian. Berusaha mereka memahamkan saya, matron dan sister akan sebab mereka gagal ke sana setiap minggu seperti yang dijadualkan.
Berusaha mereka memahamkan kami, supaya kami boleh backing mereka depan bos besar nanti.
Saya menggangguk. Menerima. Tapi tak begitu faham.
Ombak besar? Boatman kurang pakar? Jalan je la, tak boleh?
Tapi pertanyaan-pertanyaan itu cuma di dalam hati.

Flashback #3
Kami begitu bersemangat untuk menyertai kem kesihatan hari itu. Dua hari satu malam, di pulau.
Jam 7 pagi lagi dah bersedia. Menunggu di jeti.
Barang siap. Ubat lengkap. Joran turut dibawa oleh staf-staf kaki pancing.
Sehingga jam 9 pagi, kapal masih belum datang.
'Ombak besar. Kapal tak dapat keluar atau masuk ke pulau. Jadi misi kita hari ini terpaksa ditangguh'.
Oh. Kecewa. Kenapa kapal tak boleh keluar? Keluar saja la, dan jalan perlahan-lahan. Mustahil?

Hanya apabila kita sendiri di tempat itu, barulah kita akan faham...

Berada di atas kapal sederhana yang boleh memuatkan 15 orang itu, dipukul ombak mengganas, disiram tempias ombak yang lebih tinggi dari sisi kapal kami dari kiri dan kanan sehingga basah lencun, membuat saya terimbas kembali kepada mereka.
Kini saya faham.
Ombak memang besar.
Ombak lebih tinggi dari bot kami.
Ombak menyerang dari kiri dan kanan.
Kami melayang, kami terhempas, kami basah lencun.
Sejam pergi, sejam dua puluh minit balik.

Kepada pesakit yang berjaya datang follow up walaupun lambat 2 minggu sekalipun, saya sangat menghargai anda. Dengan perut membuyung meredah lautan bergelora.
Kepada staf-staf kesayangan, you are so right. Ini soal pertaruhan nyawa, apabila kurang jaket keselamatan, ketiadaan tenaga pakar merempit di laut China Selatan itu, apabila cuaca kurang baik.

Meskipun begitu, saya sangat menikmati perjalanan tadi. Mencabar.
Rasa gayat ada. Rasa ngeri menggebu.
Tapi entah kenapa, saya yakin. Saya yakin dengan drebar bot pertanian yang bertauliah (walaupun dia merempit baek punya atas ombak besar tak hengat), dan saya yakin dengan takdir tuhan.
Kalau dah sampai ajal, kat mana pun mati juga.
^^

P/S : Doakan projek pembinaan klinik kami di pulau berjalan lancar, untuk kemaslahatan 1000 orang warga pulau.

Thursday, 13 October 2011

Strategi Makcik Dari Gunung

Hari-hari biasa saya akan cover KKIA; jadi mostly akan berhadapan dengan ibu hamil a.k.a mak buyung, dan kanak-kanak jaundice serta kurang zat makanan.
Hari khamis (sekiranya tiada aral melintang) saya akan cover Klinik Kesihatan T di daerah saya, 20 minutes drive.
Occasionally, saya akan cover hospital daerah, bila mereka tak cukup tenaga kuli.

[kredit]

Di KK atau di klinik pesakit luar hospital daerah, kebiasaannya saya akan entertain warga emas, dan kebiasaannya pesakit kencing manis dan darah tinggi.
Ada yang memang diarahkan makan segudang ubat-ubatan yang dengan ubat saja mampu mengenyangkan mereka. Sedangkan pesakit yang masih di awal penyakit mereka, mungkin hanya memerlukan sejenis atau dua jenis ubat sahaja.

Kasihan melihat mereka, demand pesakit : doktor masih terlalu kurang. Populasi di daerah saya dibanci sebanyak 17 000 orang. Sedangkan doktor hanya 5 orang di hospital daerah (6 wad, OT, OPD, Casualty) dan 2 orang di bahagian kesihatan yang mencakupi sebuah KKIA, 2 buah klinik kesihatan, 15 buah klinik desa di seluruh daerah, dan juga klinik bergerak ke sebuah pulau di bawah daerah kami.

Demi berjumpa doktor, mereka akan cuba datang awal pagi, untuk mengambil nombor giliran awal.
Ada beberapa kampung yang begitu jauh, sehingga memerlukan mereka berjalan kaki beberapa batu, sebelum naik kenderaan selama sejam. Perjalanan mungkin hampir 2 jam untuk pergi, belum lagi dikira perjalanan balik.
Kos perjalanan? Jalan kaki memang free. Tapi tambang kereta tumpangan mungkin mencapai RM 10 one way. Belum lagi kalau mereka datang berdua, seandainya yang diperiksa itu adalah anaknya atau ibunya yang sangaaaat tua.
Waktu menunggu tersangatlah lama, dan kerusi adalah sangat keras. Menyiksa tulang-tulang keropos nenek-nenek tua. Yang datang jam 8.30 am, mungkin akan dilihat pada jam 3 pm. Dek kerana jumlah pesakit terlampau ramai.
Semua itu mereka redahi untuk mendapatkan khidmat kesihatan.
Sedangkan waktu pemeriksaan + konsultasi mungkin cuma 5-10 minit sahaja.

Tapi mereka genius.
Tak ingin mensia-siakan perjalanan bergolok bergadang mereka itu.
Masuk je ke dalam bilik pemeriksaan, apabila ditanya sihat atau tidak, mereka akan mula mengeluarkan senjata utama mereka dengan wajah penuh penderitaan.
'Sakit kepalaku doktor, satu minggu sudah'. Atau,
'Pandai datang pedis-pedis tulangku doktor, susah mau jalan...', atau
'Sebulan sudah batuk aku ini, tidak pandai hilang, bah'
...dan seribu satu keluhan lain lagi.

Padahal tadi jalan kaki masuk bilik pemeriksaan okey jer, makcik?
Dan tade pulak dengar pakcik batuk sepanjang tempoh pemeriksaan...?
Haha... Tak kisahlah, layan je warga-warga meng-emas nih.
Mereka ada setiap hak untuk dapatkan watsoever ubat yang mereka mahu.
Jadi saya dengan senang hatinya akan memberikan ubat apa saja yang mereka minta, kecuali....
Ubat tidur, ubat antibiotik (ikut keperluan, takut resisten), dan ubat penguat tenaga batin -_-"

Mungkin dia hanya sakit darah tinggi, dengan mengkonsumsi sejenis ubat sahaja, tapi mereka akan pulang dengan segudang ubat-ubat tambahan (ubat batuk, selsema, sembelit, pening, muntah, sakit tulang, vitamin dan pape la yang mereka minta, tapi hot stuff adalah Dear Panadol), sebagai stok, sehingga appoinment mereka yang berjarak 3-6 bulan akan datang.
Ohoho, bravo makcik dan pakcik, atuk dan nenek.
Manfaatkan segalanya...! Jadilah warga emas penuh strategi!

Ketika tergabung hati yang cerdas, dengan
pedang yang tajam dan kesedaran yang tinggi,
maka kezaliman-kezaliman akan menjauhimu.
[Kata-kata hikmah]

Dan janganlah kita yang bukan warga emas ini kalah dengan mereka, dalam menjalani kehidupan tak berstrategi. Tak kool, kata mereka.
 Pis ^^v

-sangat tidak setuju dengan penswastaan kesihatan-
-sangat malu kerana belum ada rangka strategi untuk menjalani masa depan, huhu-

Tuesday, 11 October 2011

Hairan Tahap Dewa

Kadang-kadang dalam menghadapi masyarakat ni, banyak gelagat parents yang mampu menghairankan saya sehingga ke tahap dewa... Sehingga dewa pon menangis serender kot bila tengok gelagat parents tersebut.

Parents #1:
Bila anak menangis meronta-ronta lepas kena cucuk atau diperiksa oleh doktor, mereka akan memujuk anak dengan berkata 'Isk, sapa la buat baby ni, meh mama pukul dia!'. Malah ada beberapa parents yang sampai buat gesture macam betul-betul nak pukul kami depan anaknya.
Hairan tahap dewa.
Kenapa nak pukul orang yang cuba membantu anak anda? Kenapa perlu selipkan elemen kekerasan dalam memujuk? Ingat kami syok-syok cucuk dia? Baik kami pergi lepak-lepak makan kot...

In contrast, ada parents yang geram bila anak meragam lepas pemeriksaan atau dicucuk, terus pukul-pukul anak dan tolak-tolak kepala anaknya. Laa.... budak tu dah la tengah kesakitan dan ketakutan...
Nanti bila anak jadi kaki pukul di sekolah, jangan nak salahkan cikgu pula ya...?

Parents #2:
Bila anak bosan menunggu di luar bilik doktor, dan asyik main peek-a-boo buka tutup pintu bilik beberapa kali sehingga mengganggu ketenteraman doktor, asisten, staf dan client lain, dia hanya duduk tengok saja. Kami pula sampai terpaksa mengunci pintu, dan ini sungguh merimaskan staf yang lain yang sering keluar masuk untuk dapatkan tandatangan or watsoever.
Bila sampai giliran dia masuk, dan ditanya kenapa biarkan anak begitu, katanya dengan tak berperasaan, 'Oh, dia bosan bah doktor'.
Jadi...? Takkan nak kami yang sibuk kerja ni tolong entertain anak kamu peek-a-boo di bilik kami?
Hairan tahap dewa.
Nanti, kalau anak selalu mengganggu ketenteraman awam di sekolah, jangan salahkan cikgu pula ya...?

Parents #3:
Bila anak merosakkan harta benda persendirian doktor atau harta benda kerajaan, mama cuma ketawa-ketawa saja. Apa begitu lucu seperti rancangan senario? Jauh sekali nak minta maaf bagi pihak anaknya. Apatah lagi offer nak ganti?
Hairan tahap dewa.
Nanti bila anak rosakkan harta benda sekolah dan dituntut, jangan salahkan cikgu pula ya...?

Parents #4:
Antara kerja saya adalah menandatangani borang pengesahan OKU. Tapi sebelum tu, mesti la nak kena tanya-tanya dulu, mana boleh suka suki sahkan budak OKU.
Bila tanya seorang mama ni, she doesn't even know whats the problem with the son. Bila tanya anak sekolah mana sebab nak call cikgu budak tersebut, she gave the name of the wrong school.
Hairan tahap dewa.
Dalam fikiran terbayang, mungkin dia beranak 15, konpius siapa bersekolah di mana. Ternyata hanya 2 orang anak, dan yang kedua tu masih kecil. Baru setahun lebih...
Jadi apa alasan anda tak mampu mengenali anak sendiri? At least tahu dia bersekolah di mana...?
Kalau tak pernah berikan perhatian pada anak, bila anak menjadi slow, jangan salahkan cikgu ya...? (In this case, memang rezeki budak tu mendapat title OKU pun)

Parents #5:
Bila staf nak cucuk baby yang jaundice, mama yang menangis dulu, dan merayu minta balik, tanpa menerima rawatan. Budak tu padahal masih rilek-rilek dan kekuningannya sangat perlu untuk diperiksa. Balik rumah buat rawatan aneh, bungkus anak dengan kain hitam dan jemur baah matahari. Adoi...
Ada pula parents yang tak puas hati dengan hospital X, paksa bawa pulang (AOR D) anak yang sedang rancak sawan balik dan peram anak di rumah beberapa hari sebelum mencari rawatan di hospital Y (itupun setelah anak sawan setiap jam! Bayangkan penderitaan budak tu, isk...)
Sangat hairan tahap dewa.
Ini adalah parents yang lebih pentingkan keselesaan sendiri berbanding anak yang memerlukan rawatan. Naluri keibu-bapaan itu memang dominan, tapi sila imbangkan dengan kepentingan anak!

Parents #6:
Anak perempuannya sedang bergelut dalam kesakitan untuk menggugrkan bayi luar nikah yang sedang dikandungnya. Dan yang memeranjatkan ini adalah bayi ketiga, dengan lelaki yang sama!
Bila slow talk dengan adik itu, ternyata dia dan lelaki itu begitu saling mencintai (-_-") tetapi hubungan mereka tetap ditentang oleh parents perempuan itu, malah setiap kali membantu anak perempuan menggugurkan bayi (Kes bukan warganegara).
Hairan tahap dewa.
Anda lebih sanggup melihat anak anda sengsara bergelut dalam hubungan luar nikah dan bergelut dalam kesakitan untuk menggugurkan bayi yang ketiga daripada menerima lelaki itu sebagai menantu?
T_T

Parents #7:
Mereka tak mahu merancang keluarga, terus-terus menghasilkan anak sehingga belasan.
Saya tak ada masalah dengan hal ini, sekiranya mereka mampu.
Tapi kalau demi nak menjaga anak yang berderet-deret di rumah sehingga mengabaikan kesihatan diri dan anak dalam kandungan, ini sungguh tidak adil terhadap janin itu!
Kalau demi nak melahirkan anak berderet-deret, tetapi masih kurang kemampuan, sampai hanya makan nasi dan kuah saja, sehingga anak yang sedia ada rata-rata kurang zat makanan dan terbantut pembesarannya, ini sungguh tak adil kepada anak-anak!
Hairan tahap dewa.
Apa salahnya rancang dulu, utamakan anak-anak yang sedia wujud?
Dan seandainya nak buat anak juga, sila jangan abaikan kesihatan janin tu dengan lambat membuka buku dan macam-macam pe-el lagi...

Parents #8:
Yang ni sumpah ajaib. Hairan tahap ketua dewa.
Bapa budak ni boleh tanya anak teruna dia yang baru berusia 7 tahun, cantik atau tak doktor yang merawat anak dia (dalam kes ini doktor malang itu adalah saya), dan boleh jadi mak tiri budak tu tak... Dan yang lebih aneh, mak budak tu cerita kepada saya dengan ketawa terkekeh-kekeh.
Boleh ek buat lawak spisis tu dengan anak tak cukup umur?
Nanti kalau budak tu miang menghela di sekolah, jangan pula salahkan cikgu ya...?

Masih banyak lagi pe-el parents yang cukup menakjubkan. Tak terkata.
Bukankah anak-anak itu amanah dari Allah?
Susahnya orang lain nak dapatkan anak, maka anda yang sedia beranak ni, sila la cherish anak-anak dengan sewajarnya.
Dan iya, betul.
Senang saya pokpek kat sini, sebab saya tade anak lagi.
Mungkin nanti suatu masa kita juga akan diuji...?
(May Allah guide us)

P/S: Emo sebab mata teddy bear persendirian yang dijadikan aset menarik perhatian kanak-kanak di klinik hampir rosak dikerjakan anak patient,huhu...

Thursday, 22 September 2011

My 6 abdo packs (Hoh??)

Ini adalah sebuah kisah perjuangan.
Bukan perjuangan melawan komunis mahupun british
Tapi kisah perjuangan menuju six-abdo-packs.
[kredit]
Zaman kanak-kanak ribena
Saya berusaha keluar dari rahim ibu melalui jalanan yang sempit (ekceli kredit meneran goes to mama, hoho)
Seterusnya, roll over, combat crawl, dan setelah itu merangkak, berjalan, berlari, lompat bintang, lompat lintang pukang.
Masih belum berjaya meraih 6 abdo packs.

Zaman sekolah rendah
Saya menggalas beg galas yang sarat berisi buku-buku, alat tulis, bekal makanan di dalam beg yang beratnya hampir menyamai cengkerang kura-kura Datuk Kame. Tak cukup dengan itu, masih ada buku yang saya jinjing di dalam beg kertas. Dan saya selalu berdiri dalam bas. Dengan cengkerang Datuk Kame di bahu, dan beg jinjing di tangan.
Masih belum berjaya meraih 6 abdo packs.

Zaman sekolah menengah
Bila dah masuk asrama penuh, macam biasa membanting padi, eh, membanting baju cucian saban hari.
Part cengkerang Datuk Kame, ya, masih kekal. Permanently stick gamaknya.
Beraktiviti sukan ria. Sprint 100m. Dan larian entah-berapa-meter-dah-lupa.
Masih belum berjaya meraih 6 abdo packs.

Zaman Matriks
Aktiviti membanting cucian dan menggalas cengkerang masih setia dilaksanakan.
Kali ini ditambah dengan aktiviti berenang (matriks saya ada kolam renang tertutup, sungguh bahagia)
Gaya rama-rama, gaya bebas, kuak lentang tergolek, terjun pelbagai gaya, gaya krem nak lemas di tengah kolam, semua dah cuba.
Masih belum berjaya meraih 6 abdo packs.

Zaman menara gading
Bila dah dok jauh, sejauhnya. Kali ni dah stat angkat luggage berat naik kapalterbang.
Angkut beras, angkut tong air.
Gali air telaga.
Cengkerang Datuk Kame masih setia di bahu.
Masih belum berjaya meraih 6 abdo packs.

Zaman housemanship
1st and 2nd posting tade la pape sangat. Paeds n Medical.
Paling pon kene peluk kanak-kanak yang meronta-ronta saat member nak menyedut darah.
3rd posting; surgical. Menggigil-gigil tangan retract sewaktu assist operation. Kadang-kadang tangan kene ketuk sebab retraction yang makin melemah. Penat kotttt.... Mereka memotong, kita yang menarik ni sampai ketaq abis lutut.
4th posting: Obstetric n Gynae.Hah, ni pon sama, kes tangan ketaq waktu retract. Tambahan pula ada elemen perineal guarding sewaktu conduct delivery, dan juga fundal pressure semasa assist caessarian section. Awal-awal selalu fail jugak la. Lama-lama bila tangan dah hampir menyerupai Malik Noor, kerja makin hampir sempurna. Hoho...
5th posting: Ortho. Huih, ni tak hagak-hagak. Kena pikul kaki orang time assist operation. Ni bukan takat ketaq tangan, nak tercabut sudah, mungkin. Nak nak kaki lelaki dewasa yang berisi. Habis operation tak sempat terkapar, kena prepare next patient sebelum YAB boss masuk OT. Time ni, tangan dah hampir menjadi seperti kaki gajah.
6th posting: Emergency department. Banyak kena perform CPR la. (Di department lain ada juga, tapi tak sekerap) Untung time ni dah stat routine jogging. Stamina boleh la menten sikit. Berkualiti jugak la CPR tu, walaupon still kene change dengan colleague atau MA. (Semput, beb!)
Tapi, still... masih belum berjaya meraih 6 abdo packs.

Zaman dewasa (ewah)
Hidup sangat leisure. Kerja scan, refer, angkat stetoskop.
Tapi kerja NGO-sangat menguras segala serat-serat otot untuk membesar a.k.a. hypertrophy (dalam mimpi). Sebab dalam NGO chapter Sabah ni kurang lelaki, jadi kerja-kerja mengangkat berat memang jatuh ke atas kami, hihihi.
Still, masih belum berjaya meraih 6 abdo packs.

Ekceli, langsung tak pelik kan. Sebab kalau tak train abdominal muscle, memang la tak kan achieve the so called six abdo packs
(dan memang tak teringin pon, huhu)

Still, kekuatan jasmani tu sangat penting.
Tak kurang penting berbanding kekuatan rohani dan juga kekuatan mental.
Kalau badan sakit, macamana nak cari rezeki, nak belajar, nak beribadah?
Kalau badan tak kuat, macamana nak membantu orang, membuat aktiviti kemasyarakatan?
Macamana nak bermanfaat bagi yang lain?

Teringat hadis.
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan" (Riwayat Muslim)
Ulama mentafsirkan, kuat di sini bukan sekadar dari jasmani, tapi juga rohani.
Mari, mari, mari. Start dengan something simple, jogging.
Kemudian, kita tawan puncak Kinabalu pojaan hati, nak?
^^v

Sunday, 18 September 2011

Kem kesihatan dan kem ke-tak-berapa-sihat-an

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada ilahi, atas LAGI nikmat kurniaNya yang tak terhingga kepada saya, dan semua muslimin dan muslimat (i'm dead sure) sepanjang long wiken ini.

Jumaat
Saya bersama PBSM daerah, dengan kerjasama hospital daerah, telah mengadakan kem kesihatan yang sememangnya rutin dijalankan setiap bulan. Kem kesihatan ini merupakan outreach clinic yang dilakukan di kawasan pedalaman yang amat terpencil di daerah saya. Dan kali ini, Kg L.P. terpilih untuk dikunjungi.

Memang setiap bulan, saya akan look forward ke kem kesihatan, seronok, bila dapat lihat keindahan kampung-kampung di pedalaman daerah ini, disamping kegembiraan ber-khidmat masyarakat, dan it never failed to amaze me, the kampong life they are still leading, despite of our rapid economy development, as compared to Kota Kinabalu, apatah lagi Key Ell.
Dan yang memang syiok, kampung LP ini terletak di perbatasan dengan Gunung Kinabalu.
Oh cantiknye~~~

Jalan menuju Kg LP di atas bukit, dengan puncak Kinabalu di belakang

So, basically, macam outreach clinic yang lain, what we do are medical check up, pemberian ubat-ubatan yang diperlukan (panadol, ubat tahan sakit tulang, ubat cacing, vitamin dll), dan masak-masak untuk makan tengahari.
Dan juga, chit chat dengan orang kampung.

Dr A dan PPP doing medical check up
 Seperti kenyataan menyedihkan di kampung-kampung lain, di kampung ini...
Taraf infrastruktur kurengs.
Sekolah rendahnya adalah 7km dari kampung utama, lebih kurang sejam jalan kaki, SETIAP HARI. Sekolah menengah memang takde la. Jadi kanak-kanak sekolah rendah yang dapat hadir full 5 hari seminggu memang wajar diberi tabik spring toing-toing. Apatah lagi sekiranya mereka melayakkan diri ke sekolah menengah. Kata adik L, dia pergi sekolah cuma 4 hari seminggu rata-rata, sebab sakit kaki. Pengangkutan adalah sangat jarang di kampung ini. Tak macam LRT yang datang 10 minit sekali.

Penduduk kampung harus berjalan JA~UHH untuk menghadiri kem kesihatan kami.

Jalan kecil ini hanya boleh dilalui sebuah kereta. Kalau bertembung dua buah kereta, satu masuk gaung, satu masuk longkang -_-"
Dan di penghujung jalan kecil ini, ada denai kecil yang menuju ke beberapa buah rumah lagi jauh di atas bukit. Kalau nak terberanak, memang tak dapat la pergi hatta klinik desa sekalipon, apatah lagi hospital daerah yang jarak hampir 40km. Dengan tak ada jalan tar, bidanlah yang terpaksa berlari ke rumah mereka untuk sambut baby.

Taraf kemiskinan, isk, tok sah cerita. Makan nasi dengan sayur kosong, atau ada juga nasi dengan garam sahaja, biasa lah tu.
Taraf pendidikan, hmmph... dapat datang sekolah kira hebat lah. Tak belajar hebat-hebat pun tak pe, nanti kerja kampung je.
Taraf kesihatan? Berak dan muntah cacing adalah biasa. Kurang zat makanan sehingga terbantut pembesaran, malah perkembangan mental, adalah biasa. Tak follow up di klinik sebab terlalu jauh, tak ada kereta, atau tak ada duit (tambang boleh mencapai RM20~jumlah yang sangat besar bagi mereka) pon biasa.

Rumah stended di kampung. Ada yang lebih kecil dan sangat usang.

Agak pilu, makan tengahari yang kami sediakan memang habis licin, sehingga beberapa orang hanya makan nasi dengan kuah dan sedikit sayur. Seorang sampai ambil 3 ketul ayam, ikan lagi... Makan dengan begitu lahap. Dan itu memang tak menghairankan, sebab jarangnya mereka dapat makan lauk begitu.

Melihat mereka, saya jadi malu.
'Maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan...?' [Ar-Rahman]
TT_TT

Sabtu
Disambung pulak dengan kem ke-tak-berapa-sihat-an, iaitu ziarahton raya di Kota Kinabalu. Isk...
Tujuan utama, mengeratkan silatirahim. Sangat baik.
Tapi tujuan sampingannye itu, err, iaitu, makan...

Rumah mak mem-bulat

(Lontong adalah direquest khas oleh saya kepada Chemah selaku adik tuan tanah kerana terliur melihat gambar kak Dinas sejak seminggu lalu ^^)
Dan makan lagi,

rumah kedua dengan tema western

Dilanjut ke rumah ketiga, dengan 4 meja panjang penuh berisi makanan...
Dan bila shopping kilat di mall dengan chemah, sempat lagi, makan...

Ok, ni terpaksa makan sebab ada karamel kat situ

Dan malam itu, sebelum memulakan bulatan gembira, kami makan lagi lontong di rumah mak membulat, seken round.

Ahad pulak, mak mem-bulat masak lontong goreng yang super lazzats, dan setelah itu, sambung ziarahton, dengan erti kata lain, sambung bersilaturrahim, dan makan lagi...

Maka berbahagialan orang-orang muslim itu, bersama kolesterol-kolesterol mereka.
'Maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan?' [Ar-Rahman]
TTT_TTT
'Ala kulli hal, alhamdulillah.

Friday, 9 September 2011

Sakit itu tanda...??!

Madrasah Ramadhan itu hari sangat menggembirakan Inche Iman. Berapi-api keluar asap beliau berusaha untuk mencapai darjat yang telah Allah offer seperti firmanNya, 2:183.
Cabaran tidak sesusah mana, ikat perut, ikat pancaindera (walaupun ade la fail sikit-sikit) dan melenyek Inche Napsu.
Ada kalanya, tak berjaya, tapi tidak terlalu susah buat Inche Iman untuk bangkit kembali.

Tetapi, sepertinya, Inche Iman dilanda penyakit kronik sejak 2 minggu di bulan Syawal ini. Kerap kali beliau dilihat semput tahap kritikal sehingga terpaksa diberi bantuan pernapasan mulut ke mulut. Ada kalanya beliau tersedar dan batuk 2-3 kali sebelum koma kembali.
Bomoh (ke pawang entah) menyatakan bahawa mungkin Inche Iman terkena penyakit biasa-biasa, iaitu futur. Dengan casual bomoh itu berkata 'Biasa la bah....Withdrawal syndrome post Ramadhan'. Maklumlah, bomoh itu adalah tali barut He-who-must-be-named yang baru saja terlepas dari kurungan lampu ajaibnya, tag team dengan Inhe Napsu. Sedap sungguh mereka bersekongkol untuk menjatuhkan taraf kesihatan Inche Iman. Haji Akal yang setia menemani Inche Iman menjadi bingung. Tidak putus-putus Haji Akal memanjatkan doa, buat saudara sedarah dagingnya itu.
Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. KasihanNya pada hambaNya yang sorang ni, macam-macam bala tentera Dia hantar, untuk revive kembali Inche Iman yang makin sekarat.

* * * * *

Sejak kembali bekerja pada hari selasa...
Entah kenapa, ramai betul mak buyung mengambil keputusan nak datang beraya di klinik minggu ini. Tak putus-putus datang tetamu. Baby kuning, serta kanak-kanak kurang zat makanan juga tidak ketinggalan.
Mungkin ada yang menyangkakan ada kuih raya dari Key Ell, atau paket duit raya. Pada hakikatnya, jangan kata kuih atau duit raya, doktor raya yang merawat ni pon dalam keadaan kritikal.

Selasa
Entah kenapa, penangan client yang bertali arus, datang migraine (dicampur dengan sedikit ketakutan dan kegusaran) suam-suam kuku dengan jayanya. Dan-dan malam tu ada first meeting program dengan adik-adik sekolah menengah pada waktu Maghrib-Isya. Dah siap kensel appoinment lagi pada awalnya, tapi kalau tangguh, sampai bile ke nye...?

Rabu
Entah kenapa client masih tak surut-surut dari pagi sampai ke petang. Balik je flat, sehingga produktiviti merevive Inche Iman menjadi lamban... Pasti anda hairan, eh, sempat jer blogging. Itu tinggal edit sedikit n publish. Oho~

Khamis
Entah kenapa keadaan di klinik makin hari makin horror, persis seperti war-zone. Bila keluar je dari bilik, kelihatan para client menunggu dengan pelbagai posisi, dengan udara yang kepam kekurangan oksigen. Lebih kurang 60 client semalam, bukan sekadar tengok je, kene scan, cek tu ni, refer sana sini, kene belasah on phone bila refer case...
Dan elok je sampai rumah, dah rasa aura nak flu...

Jumaat
Entah kenapa, bangun Subuh, terus sakit tekak. Suhu mula naik. Mula la khuatir, nak puasa atau tak, dengan tak sahurnye lagi. Memandangkan ubat belum ambil, dan selera makan pun kurang, hentam pose sajala...
Rasa begitu tak sedap badan, macam nak sain MC untuk diri sendiri je. Tapi dikuatkan hati, mengenangkan client yang tak sempat dilihat semalam mungkin akan datang hari ni.
Berbekalkan tisu sekotak, baju sejuk tebal, saya melangkah masuk dengan muke seposen. Meraih simpati staff-staff. Berjaya! Yay! (manja sungguh. isk..)
Berat kepala serta sakit badan tak tertanggung, air hidung berlari-lari, suhu makin mencanak naik, dengan muka yang makin sememeh.
Client silih berganti, sehingga client terakhir selesai diperiksa. Katanya, 'Doktor di sini ambil berat la. Doktor di *sebuah daerah Sabah yang lain* langsung tak ambil kisah...' merujuk kepada jemaah PLKN yang memang biasa diperiksa. Oh...Terus rasa macam nak sembuh.Ehehe.

Entah kenapa...
Allah masih ingat kepada hambaNya.
Dan Dia mahu hambaNya juga ingat kepadaNya, di sela kesibukan kerja.
Diberikan sakit supaya makin dekat, supaya dihapuskan dosa.
Dalam pada itu, diberikan juga penawar, pemanis rasa dalam kesakitan.
Biasa saya ceritakan nikmat indah, kini nikmat yang tak kurang juga menyenangkan

...Maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan?...
[Ar-Rahman]

[kredit]
 Sakit itu tanda Allah sayang
Dan saya sayang tuhan saya ^^v
*srooootttt, lap hingus*


Monday, 5 September 2011

Kembali

Back to Sabah ...



The land below the wind
The land by the sea
The land of great Mount Kinabalu
Nature at its best

Dan part yang paling best
Mak buyung dan baby jaundice sedia menanti
huhu, kembali kepada niat...
Semangat!

Walaupun Sabah bukan tanah tumpah darahku
Tapi tuk nek ajar
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Nabi pon ajar,
Di mana saja kita dicampakkan, maka bercambahlah di situ
(can't really recall the hadith, sorry. Pls enlighten me kalau tahu, JZKK)

Misi kerajaan, misi NGO
Misi kemanusiaan, misi kemasyarakatan
Misi kesihatan, misi rabbani
Redah semua kasi jalan.

Selamat bekerja, lillahi Taala.
Selamat kembali mencari diri di sela kesibukan kerja
Mencari tuhan di sela kedinginan malam
Sepertimana amalan di bulan Ramadhan
Kembali kepada fitrah ~ Minal aidil wal faizin

Semoga Allah bersama kita semua
Semoga Allah redha kepada kita semua

Bismillah...

Sunday, 14 August 2011

Ramadhan Al-Beruang

Salam 14 Ramadhan
Bagaimanakah khabar Ramadhan anda?

Semalam alhamdulillah, saya berkesempatan untuk mengisi tentang 'Ramadhan Menyegarkan' kepada adik-adik sekolah menengah. Bahan diambil dari buku 'Ramadhan Returns' by Shofwan Al-Banna, penulis dari seberang. Tulisan beliau sungguh gila-gila, yet padat berisi. Tak kering gusi saya membacanya. Best.

[kredit]
Bagaimana menjalani Ramadhan agar tidak seperti singa tidur di siang hari dan rahib mengantuk di malam hari.

Sebuah teka teki yang beliau pernah utarakan, 'Apa persamaan orang puasa dengan beruang?'
Jawab teman beliau 'sama-sama hobi tidur!' sambil ketawa berdekah-dekah.
'Kalau beruang berhibernasi musim sejuk, kita juga berhibernasi time bulan Ramadhan!'

[kredit]
Lantas terjadilah fenomena yang dinamakan Ramadhan Al-Beruang.
a.k.a, Ramadhan yang least productive. Ibadah down, kerier down, social pon down. Lingkar perut saja mungkin yang up semasa berbuka.
Sahur mata kuyu, bekerja dengan mata layu, lepas buka puasa, mata terus tertutup. Hingga esok hari, di mana cycle kuyu-layu-tutup sambung-menyambung.
Lifeless.Lembiks.Malas.
Jadilah mayat hidup bergelimpangan di surau.
Zombie yang hadir kerja tanpa semangat.
Pergerakan hidup dengan kelajuan express siput.

[kredit]
Sehingga bos saya yang non-muslim pernah menegur dalam meeting sewaktu saya sedang chair meeting tersebut. 'Tak payah tanya that lot, bateri tak caj lagi...'
Staf saya tersenyam senyum, tetapi saya sangat terkejut dan terasa, walaupon saya cover juga dengan ketawa kecil.
Kami hanya duduk dalam bilik meeting, dengan aircond yang sepoi-sepoi bahasa, sekadar pasang mata, pasang telinga,cakap bile perlu. Punggung diam di atas kerusi empuk. Tapi tangkas menunjukkan symptom ke-beruang-an yang obviyes.
Sedangkan sahabat-sahabat nabi, berperang dengan baju besi dan pedang-perisai yang beratnya berkilo-kilo, bawah terik matahari atau dicengkam kesejukan malam, punggung terhentak-hentak atas belakang kuda, dipenuhi luka dan bermandikan darah, dalam keadaan berpuasa, tetapi mereka yang hanya berjumlah 200 orang, malah berjaya mengalahkan musyrikin yang berjumlah 2000 orang, dengan bantuan Allah.
Tanpa sedikit pun symptom al-beruangs.

[kredit]
Oh. Malu tahap burung unta. Rasa nak benamkan kepala...
Sebab saya juga, ada kalanya, mem-beruang-kan diri dengan gilang-gemilang...*blush,blush*

Tidur juga merupakan ibadah, tapi takkan yang tu yang nak jadi box office Ramadhan ini? Yang nak dipersembahkan dengan bangganya depan tuhan? Yang boleh menaikkan semangat bertakbir dengan penuh kepuasan setelah berjaya melawan nafsu selama sebulan di pagi Syawal?
Huhu...

Inche Pochong kata its never too late.
God allows U-turn.
Masih ada setengah lagi sisa bulan Ramadhan.
Sapa belum stat enjin, boleh hidupkan dulu, dan terus jalan. Sapa yang dah stat drive boleh naikkan gear (jangan terreverse eh). Sapa yang dah sampai had laju max, teruskan usaha n don belok-belok.
Usaha, usaha dan usaha lagi.
Dalam bulan ini, orang tamak selalu untung!

Semoga amalan-amalan kita diberkati.
Biar sedikit berbanding pok syeikh yang hebat, tapi biar berterusan, sehingga 11 bulan setelahnya, sebelum kembali bertemu dengan madrasah tarbiyah ini.
"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna"
"Perjalanan mencari tuhan, juga mencari diri"
Semoga diizinkan Allah

Selamat mengimarahkan the rest of the Ramadhan.
Kiss teddy bear gud bai.

Saturday, 6 August 2011

Laser cap nini cokelat celup

Antara target bulan Ramadhan adalah, jaga lidah.
Time pemBERSIHan diri dulu pon begitu juga, ingin kurangkan pokpek yang kurang efektif di klinik.

Walaubagaimanapon, setelah mengharungi 5 hari di bulan Ramadhan, budaya itu masih belum hilang sepenuhnya TT_TT
Pada kes-kes client defaulter dll kes yang mampu menaikkan mampu tekanan darah hingga paras 200/120 mmHg, memang senang terkeluar laser beam yang tajam punye. Oho ~
Berleter bukan sebab nak carik gaduh, tapi kerana sayangkan client, dan demi menjaga kualiti kesihatan bumi bawah bayu yang sangat tinggi dengan kadar kematian ibu dan bayi - dan inilah yang menjadi tolok ukur kepada kadar kesihatan sesebuah negara.

Kalau tak ditegur, lain kali buat lagi.
Tapi perubahan tetap mesti dilakukan.
Jadi laser beam yang dikeluarkan, sedaya upaya dipastikan disalut dulu dengan cokelat celup, supaya bile mengenai client akan rasa sesedap nini cokelat celup.


[kredit]

Kisah 1
‎19 y.o primid (anak pertama)
Time tengah scan, tak dapat nak appreciate kedudukan uri dia sebab pundi kencing tak penuh.

So, out of blue saya bertanya, 'Puasa tak hari ni?'
Kalau dia tak puasa nak suruh minum air supaya boleh penuhkan pundi kencing.
'Tak puasa'
Saya menjadi konpius sekejap, tak ade pulak dia komplen morning sickness tadi.
'Kenape tak puasa?'

'Suami tak suruh'
*sumpah rasa nak pengsan*

Datang red alert dari langit mengatakan laser sudah hampir keluar. Cepat celupkan cokelat!
'Dik, awak sembah suami ke sembah tuhan?'

Dia tertawa. Oh. Bukan perkara sensitif rupanya bagi dia T_T Ataukah efek nini?
Saya try cover emosi saya dengan pokpek tentang anak dalam kandungan dia sihat, kena makan vitamin, dan apoinment akan datang.
Tetibe nak tanya lagi, out of blue, 'Dik, awak sembahyang tak?'
Dia terperanjat, dan menggelengkan kepala
*oh, tambah horrified. Bertenang, celup cokelat*
'Kenapa, suami tak suruh jugak ke?'
'Tidak, itu dia suruh...'
'Laa, yang dia suruh awak tak mau buat pulak...?' Ok, kekurangan cokelat di situ...
Dan terselitlah tazkirah seminit, dalam nada suara yang dipaksa kool. Oh. Sedih. Semoga Allah kurniakan hidayah kepadanya.

Kisah 2
Sepatutnya appoinment client tu minggu lepas, tapi semalam baru datang. Kes-kes defaulter ni memang mampu menye-troke-kan doktor-doktor yang darah tinggi. Macamana nak jaga mereka kalau mereka tak mahu jaga diri sendiri...?
'Kenapa la kamu tidak datang minggu lepas?'
'Itu ba, suami saya teda'
*oh. red alert...celup jangan tak celup*
'Biarla ba, bukannya saya mau scan suami kamu'
Dia ketawa. Enak barangkali nini itu.
'Memangla, tapi teda yang mo kasi teman saya datang sini'
'Naik saja tuh kereta kuda, teda apa-apa juga'
Ketawa makin besar 'Mana ada kereta kuda turun sini'
'Alah, kereta kerbau pasti banyak...'
Tambah dia ketawa. Lepas scan, saya bagi appoinment baru kepadanya.
'Datang ye, naik la kerete ape pon' (dah malas pakai slang sabah)
'Ba...'
* * * * *

Itu antara laser yang sempat disalut cokelat.
Tapi masih ada jugak laser beam lain yang terlepas.
Mendidik jiwa itu tiada penghujung.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya...!

Sabda Rasulullah
'Sesiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau diam.'
Riwayat Bukhari dan Muslim.