Friday, 9 September 2011

Sakit itu tanda...??!

Madrasah Ramadhan itu hari sangat menggembirakan Inche Iman. Berapi-api keluar asap beliau berusaha untuk mencapai darjat yang telah Allah offer seperti firmanNya, 2:183.
Cabaran tidak sesusah mana, ikat perut, ikat pancaindera (walaupun ade la fail sikit-sikit) dan melenyek Inche Napsu.
Ada kalanya, tak berjaya, tapi tidak terlalu susah buat Inche Iman untuk bangkit kembali.

Tetapi, sepertinya, Inche Iman dilanda penyakit kronik sejak 2 minggu di bulan Syawal ini. Kerap kali beliau dilihat semput tahap kritikal sehingga terpaksa diberi bantuan pernapasan mulut ke mulut. Ada kalanya beliau tersedar dan batuk 2-3 kali sebelum koma kembali.
Bomoh (ke pawang entah) menyatakan bahawa mungkin Inche Iman terkena penyakit biasa-biasa, iaitu futur. Dengan casual bomoh itu berkata 'Biasa la bah....Withdrawal syndrome post Ramadhan'. Maklumlah, bomoh itu adalah tali barut He-who-must-be-named yang baru saja terlepas dari kurungan lampu ajaibnya, tag team dengan Inhe Napsu. Sedap sungguh mereka bersekongkol untuk menjatuhkan taraf kesihatan Inche Iman. Haji Akal yang setia menemani Inche Iman menjadi bingung. Tidak putus-putus Haji Akal memanjatkan doa, buat saudara sedarah dagingnya itu.
Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. KasihanNya pada hambaNya yang sorang ni, macam-macam bala tentera Dia hantar, untuk revive kembali Inche Iman yang makin sekarat.

* * * * *

Sejak kembali bekerja pada hari selasa...
Entah kenapa, ramai betul mak buyung mengambil keputusan nak datang beraya di klinik minggu ini. Tak putus-putus datang tetamu. Baby kuning, serta kanak-kanak kurang zat makanan juga tidak ketinggalan.
Mungkin ada yang menyangkakan ada kuih raya dari Key Ell, atau paket duit raya. Pada hakikatnya, jangan kata kuih atau duit raya, doktor raya yang merawat ni pon dalam keadaan kritikal.

Selasa
Entah kenapa, penangan client yang bertali arus, datang migraine (dicampur dengan sedikit ketakutan dan kegusaran) suam-suam kuku dengan jayanya. Dan-dan malam tu ada first meeting program dengan adik-adik sekolah menengah pada waktu Maghrib-Isya. Dah siap kensel appoinment lagi pada awalnya, tapi kalau tangguh, sampai bile ke nye...?

Rabu
Entah kenapa client masih tak surut-surut dari pagi sampai ke petang. Balik je flat, sehingga produktiviti merevive Inche Iman menjadi lamban... Pasti anda hairan, eh, sempat jer blogging. Itu tinggal edit sedikit n publish. Oho~

Khamis
Entah kenapa keadaan di klinik makin hari makin horror, persis seperti war-zone. Bila keluar je dari bilik, kelihatan para client menunggu dengan pelbagai posisi, dengan udara yang kepam kekurangan oksigen. Lebih kurang 60 client semalam, bukan sekadar tengok je, kene scan, cek tu ni, refer sana sini, kene belasah on phone bila refer case...
Dan elok je sampai rumah, dah rasa aura nak flu...

Jumaat
Entah kenapa, bangun Subuh, terus sakit tekak. Suhu mula naik. Mula la khuatir, nak puasa atau tak, dengan tak sahurnye lagi. Memandangkan ubat belum ambil, dan selera makan pun kurang, hentam pose sajala...
Rasa begitu tak sedap badan, macam nak sain MC untuk diri sendiri je. Tapi dikuatkan hati, mengenangkan client yang tak sempat dilihat semalam mungkin akan datang hari ni.
Berbekalkan tisu sekotak, baju sejuk tebal, saya melangkah masuk dengan muke seposen. Meraih simpati staff-staff. Berjaya! Yay! (manja sungguh. isk..)
Berat kepala serta sakit badan tak tertanggung, air hidung berlari-lari, suhu makin mencanak naik, dengan muka yang makin sememeh.
Client silih berganti, sehingga client terakhir selesai diperiksa. Katanya, 'Doktor di sini ambil berat la. Doktor di *sebuah daerah Sabah yang lain* langsung tak ambil kisah...' merujuk kepada jemaah PLKN yang memang biasa diperiksa. Oh...Terus rasa macam nak sembuh.Ehehe.

Entah kenapa...
Allah masih ingat kepada hambaNya.
Dan Dia mahu hambaNya juga ingat kepadaNya, di sela kesibukan kerja.
Diberikan sakit supaya makin dekat, supaya dihapuskan dosa.
Dalam pada itu, diberikan juga penawar, pemanis rasa dalam kesakitan.
Biasa saya ceritakan nikmat indah, kini nikmat yang tak kurang juga menyenangkan

...Maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan?...
[Ar-Rahman]

[kredit]
 Sakit itu tanda Allah sayang
Dan saya sayang tuhan saya ^^v
*srooootttt, lap hingus*


13 comments:

khuza hasan said...

syafakillah kakak ku..
mkn ubat & t.c sis..
^^v

Gumiho said...

Patutla senyap jer...moga cepat sembuh tau!! mggu depan kita jumpa..

Gumiho said...

sayang awak...moga cepat baik!! miss u..

Anonymous said...

Syafakillah...

Sungguh beruntung, Allah sayang. Kita (diri-sendiri) dapat FLU dengan berbagai komplikasi yang menjadikan diri KOMA, alhamdulillah (airmata double).

Moga Allah menjauhkah FLU yang kita (diri-sendiri) daripada kakak dan semua orang (airmata double).

Dinas Aldi said...

Kat sekolah akak pun ramai cikgu yg demam atau selsema tau kedua2nya sekali (macam pilihan jawapan untuk soalan exam la pulak, haisy). Sila jaga diri baik2 dik, makan ubat betoi2 naa & semoga cepat sembuh.

Tu hingus dah turun lagi tu, sila lap..kihkihkih!

syafa mohamed said...

akak...........kita doakan akak sihat sentiasa dan terus kuat,tsabat ats jalan ini dan tidak futur;)

doakan syafa juga yer akak,budak yang sentiasa rapuh dan sering patah dalam mujahadah...

love fillah,
syafa

Puding Karamel said...

khuza ~
JZKK dik, bukak pose ngan ubat mahal yang dirembat dari hospital.hohoho...

Puding Karamel said...

cik miho~
windu awak gak...wuwuwuwwww~
(padahal baru je jumpe ahad lepas,hoho)

tak sbr nk jmpe awk mgg dpn.jom membulat beramai2 ^^

Puding Karamel said...

Enonymes yg akk kasihi~
syafakillah kepada awak juga..
Laa tahzan, innallaha ma'ana.

Nanti kite sambung rooftop rants kite ye.
Bile awk free dan tak perlu masuk hutan la..

klo flu jenis ni akk suke...boleh mendekatkan diri kepadaNya
klo FLU jenis itu x mo jugak...semoga dijauhkan.
huhu..

Puding Karamel said...

k Dinas~
musim flu mungkin eh?
tula, ari tu belasah kambing masak merah mak melampau sangat.hehe

K Dinas tipu...takde hingus keluar okeh, sebab tgh plug dengan tissue.
^______________^

Puding Karamel said...

syafa~
rindu dekat syafa
akk faham jugak sono kemochi.
mencri identiti diri, ima mo sou suru wa

syafa sayang, motto jishin wo motte tte!
watashi tachi wa khaira ummatin jya nai desu ka?
jom, mori agemashou!
semoga syafa juga tetap tsabat di jalanNya.Amiin
^^v

hafiz CHouJi said...

Syafakillah. Semoga Allah kembalikan kesihatan dan kekuatan.

Dalam entri ni saya noticed enti dah berjumpa pelajar-pelajar sekolah tu. Maaf sangat sebab tak sempat luangkan masa untuk menulis entri berkenaan remaja seperti yang saya janjikan. Menjelang peperiksaan besar ni, jadual semakin ketat (dengan para pelajar yang mula bersungguh berusaha, masakan boleh ditolak permintaan mereka kan? Rasa bersalah. Fuh!)

Anyway, here's some brief ideas how to deal with young teenagers:

1) Get to know them individually. Ingat nama tu WAJIB! Kalau tau minat etc akan beri impak yang lebih besar. Teenage adalah fasa meraih tumpuan. So, shower them with attention. They'll love you.

2) Spend time with them. Kalau dapat luangkan masa beraktiviti (apa2 je, from sports to any fun activities), you'll definitely build a better and stronger bond with them.

3) Get down to their level. Jangan sesekali be high and mighty with them. Teenagers hate people like that. When with them, try to be like one of them. Bercakap, bercerita dan sebagainya ikut cara mereka. This way, you'll remove the gap between you and them and hence, they'll feel closer to you.

4) Prihatinlah dengan mereka. Know what they need, what they lack and what they want. All three elements are equally important. Dalam apa2 aspek sekalipun, from tarbiyyah to daily stuffs.

Okay, tetiba je mental block. Nak kena bersiap ke sekolah dah. Harap whatever I shared here can help you out with your next sessions. InsyaAllah, I'll definitely find time to write an article as to how to approach teenagers.

Kalau ada apa2 nak mintak pendapat or nak discuss anything academic or Islamic, feel free to contact me (din_mankind@yahoo.com). InsyaAllah I'll try to help. Rasa gembira bila dapat tolong mencorak generasi hadapan menjadi Muslim yang lebih baik. :')

Puding Karamel said...

JZKK atas reply anda.
Really appreciate it
will look 4wad to d said article.