Sunday, 4 September 2011

Che Mah kawin lagi...^^

Semalam Che mah kawin lagi.
Kenduri kawin side suami dia pula.
Dan oleh kerana saya tak dapat menghadirkan diri pada majlis pernikahan dia, wajiblah ke atas saya mengkaver habis-habisan hari ni.

Che mah ni adalah salah seorang rakan bulatan gembira yang sangat saya sayangi
Dia adalah satu-satunya sahabat sama spisis, iaitu dari spisis amfibia, yang hidup dalam dua alam. Tapi kami kini sedang dalam proses bermetamorfosis menjadi mamalia. Insya Allah.
Che mah bertemu jodoh dengan adik kepada mak mem-bulat kami.
(Sape yang ingin peluang yang jarang-jarang ini, mari sertai bulatan gembira, hoho... Kiddin' ^^")
Maka makin kuat la empire bulatan gembira kami, dengan adanya adik ipar tuan tanah dalam bulatan kami.
Hoyeah!

Che mah adalah pengantin baru yang tak berapa nak baru. Nikah dulu masa cuti sekolah, bulan 5. Kenduri side hasben baru semalam, kerana dua-dua sibuk bekerja, sorang di Key Ell, sorang di Sabah.
Bila pengantin tak berapa nak baru, mungkin lebih relax sikit.
Inai tumbuk sehari sebelum majlis, lepas apply dan kering, baru perasan ada satu kuku not well covered ^^
Jarum peniti untuk veil dah beli, tapi tertinggal pula. Terkocoh-kocoh saya balik rumah (alkisah saya berjiran dengan keluarga hasben che mah) ambil peniti dan kembali ke rumah pengantin untuk proses pemasangan veil secara kilat di dalam kereta. Saspen betul para penonton kenapa pengantin dah sampai tapi tak turun-turun. XDD


Papepon, majlis berjalan lancar. Cuaca baik, dan pengantin lawa. Hehe. Alhamdulillah.

Saya di situ konon nak berkepit dengan Che mah, tapi oleh kerana pengantik sibuk, kita pon sibuk dengan apa yang patut (bantu-bantu, dan err...sempat consultation kesihatan dengan dua orang client, hoho...), sehingga ke penghujung majlis, baru berkesempatan bergambar dengan pengantin, dengan percikan kuah kari di tudung. Huhu...mintak-mintak la tak masuk dalam gambar tompokan kuah kari dan bau kari tu...
Penat, tapi sangat seronok, bersama keluarga besar mak mem-bulat, dengan nenek, juga yang paling penting, dengan Che mah.

My warmest wishes, Che mah en hasben...


Barakallahu lakuma
Wa barakallahu alaikuma
Wa jama'a bainakuma fi khair
Amiin

Che mah, walaupon awak dah ade bespren baru, jangan lupa kat saya ya ^^
Balik Sabah kita sambung mem'bujang'. Hehe...

6 comments:

Dinas Aldi said...

Tumpang hepi untuk Che Mah! Selamat pengantin baru Che Mah, semoga bahagia hingga ke akhir hayat bersama!

Puding Karamel said...

Thanking u on her bhalf kak.
Che mah will be so happy ^^
Amiin...

Anonymous said...

Che Mah, dan rakan-rakan bulatan memang dah besar dan sudah me-manusia-kan diri (alhamdulillah).

Alhamdulillah, moga rahmat dan barokah Allah bersama Che Mah dan semuanya (Insha Allah).

Puding Karamel said...

akak pon included ke dlm kategori tu?oh, no!
amiin, sakinah,mawaddah wa rahmah...

Gumiho said...

jazakillah khairan krn sudi membanting tulang 4 kerat sampai bau kari..(xpe tu bau2 berkat tu nanti tempias kat awk lak) hehe..apapun moga semuanya mendapat barakah..sy doakan moga awak juga nti dapat pasangan yang soleh insyaAllah..

Puding Karamel said...

akhirnya pengantin muncul.
apa saja untukmu ^^
i had fun that day
hilang semua penat bila dapat bergambar ngan awak.
kan saya sayang awak.theeheee...