Thursday, 1 September 2011

MAK

Ini adalah post mengenai mak kepada abah.
Aneh sedikit mungkin dipanggil mak.
Gara-gara kesalahan teknikal yang tercetus ekoran cucu tertua lebih tua dari anak termuda.

Entah kenapa, raya tahun ni, bila balik pondok kali ni, baru perasan banyak benda tentang mak dengan lebih jelas terperinci, walaupun memang dah sedia tahu sebelum ni.

Mak mulut bising, tapi hati baik.

Biasanya kalau saya berdoa, saya akan dekatkan tangan ke wajah saya. Setelah berapa kali solat dia jeling saya di sebelahnya, suatu kali dia tegur 'kita doa ni nak mintak kat tuhan. Tadah tangan lek lok. Yang pi kepit lagu udang tu buat pa...'
Adeh, mak. Yalah, cek ikot...

Tapi bising yang paling tak tahan adalah...'hang ni bila...' dan soalan-soalan yang sesepisis itu. Berapa kali jugak la dia tanya. Bila saya jawab 'Insya Allah, mak, adalah tu...', dia cuma dengar part 'ada' saja, dan pergi beritahu mama. Oh, kena interrogate dengan mama keesokannya...

Mak sangat gigih beribadah.

Pada hayatnya yang dah mewarga mengemas itu, gigih dia pergi ke surau setiap waktu solat (kecuali subuh sebab pening baru bangun tidur). Bertatih-tatih berjalan ke surau yang kira-kira 50m dari rumah, dengan perjalanan yang mengambil masa lebih 10 minit. Dalam surau ada tahta khas untuk dia, memandangkan dia adalah jemaah tetap yang tertua di situ. Sejadah berlapis tiga di tepi tiang besar, mudah baginya menggagau untuk berdiri kembali dari sujud atau duduk. Gigih dia untuk solat berdiri, walaupun ada kalanya harus saya hulur tangan untuk tarik dia bangun semula (oh, memang terkurang kusyuk setiap kali bangun berdiri dari sujud atau duduk antara dua sujud, menjeling dia di sebelah, sampai dia betul-betul bangun berdiri kembali).

Gigih dia tadarus walaupon mata memang 'kelabu'. Ramadhan hari tu dapat 3 round (ish,jeles...!) Bacaannya sangat lancar dan sedap didengar. Sehingga suatu malam saya tadarus dengannya, baru saya perasan, banyak kesalahan bacaan juga. Agak pilu hati memandang wajah tua itu. Bersungguh dia membaca walau memang tak nampak.
Bila dia tanya tentang Ramadhan saya, katanya, 'tara hang muda ni ibadah la sungguh-sungguh, kalau dah tua macam mak ni payah'

Berdegil dia solat berdiri, di kala saya melihat ramai warga emas yang lebih kuat dari dia solat di kerusi.
Gigih dia tilawah Al-Quran, walaupun menggagau mencari surah dalam al-Quran.
Melihat dirinya, saya jadi malu. Apa alasan saya untuk malas solat berjemaah bila ada kemudahan tersebut, atau malas tilawah? T_T

Mak sangat berjimat cermat.
Untuk raya kali ini, tumbang sekor kambing milik mak untuk jamuan raya dan aqiqah untuk anak sorang kazen. Segala isi perut hamba Allah tersebut dimanfaatkan sepenuhnya.
Daging dipanggang, digulai, dan dimasak merah. Organ dalaman ditumis pedas juga.
Tetiba, semasa adik saya mengorek peti ais, tetiba dia exclaim, OH CUAK!


Perasan tak apa yang mencuakkan adik saya yang tercuak itu?


Bile saya gi tengok, memang 'Ooo, mak...!' la jugak saya =_="
Kepala kambing itu disimpan utuh, untuk menunggu sesapa yang pandai korek otak kambing tu untuk dimasak. Alahai mak... Entah bile la tu ye...?

Mak nak cucu mak bela mak
'...awat hang pi jauh-jauh di Sabah nun? Baik hang duk sini bela mak...'
TT_TT
Ni dah kali kesekian dia keluh pada saya.
Kalau ikot hati, nak je bawa dia gi Sabah. Tapi dia tak mau. Ajak duk ngan anak-anak di KL pon tak mau. Katanya boring, nanti dia rindu kambing-kambing dia. Alahai, mak...

Mak macam nenek-nenek yang lain, inginkan perhatian. Tengah malam hari raya, dia tergelincir dalam tandas.Pagi tu saya gerak dia Subuh, dia terus tanya 'hang mai tengok sat, pecah tak kepala mak?' Sumpah cuak dengar, untung cuma lebam. Benjol, sakit. Bila dia ke surau , berapa kali dia bercerita jatuh dalam tandas, meraih simpati orang-orang pondok. Dan sememangnya semua orang pondok memanjakannya ^^

Kenapa saya meroyan tetengah malam ni tulih post pasal dia?
Rindu. Selama ni, tiap balik kampung memang saya akan spend masa dengan dia, tengokkan ubat dia, makan minum, sembang-sembang. Tapi ni kali pertama saya apit dia ke surau tiap kali solat dan tilawah bersama dia. Kesal rasanya tak pernah terbuat bende-bende tu sebelum ni (alkisah memang liat nak ke surau).

Mak, nanti cek balik, kita pi surau sama-sama, kita baca Quran sama-sama na. Kalau mak salah baca, cek habaq. Kalau mak tak jumpa surah, cek tunjuk. Kalau mak nak terjatuh dalam solat, cek pegang. Biaq pi kita jalan lambat-lambat pi surau, kita boleh masbuk.
Semoga Allah jaga mak di kampung, dan juga kambing-kambing mak.
=(

Cherish ur love ones when they're still present...

10 comments:

Dinas Aldi said...

Aduh, tersentuh sungguh baca pasal mak ni. Betul tu, hargailah orang2 tersayang selagi mereka masih ada. Semoga mak diberikan kekuatan olehNya untuk terus beramal ibadat & dalam keadaan selamat selalu.

Doc, malunya tengok link blog akak kat sini. Akak selalu tulis merapu dana saja, takda unsur ilmiah pun..

Anonymous said...

Seronok sungguh ada nenek... Kita (diri-sendiri) selalu pinjam tuk dan tuk wan orang lain. Mereka warga kaya idea (walaupun terkadang mereka ada banyak perkataan tapi tidak mengapa), dan menyebabkan kita (diri-sendiri) selalu mengagumi mereka.

Puding Karamel said...

k Dinas ~
terima kasih atas doa akak untuk mak.Amiin...
Kadang-kadang kita gagal untuk menghargai orang, sehingga Allah jemput dia, untuk disayangi dan dihargai disisiNya.huhu...

tak pe la kak, sy sgt suke blog akk! Antara blog yang boleh buat saya sengih from ear to ear
<^___________________________^>

Puding Karamel said...

baby ~
haha...awk mmg x tahan org byk perkataan...budak kecik pon, org tua pon...akk juga ka?^^"

musti awak rindu nenek mem-bulat kite kan...hehe.esok akk nk jumpe n nak peluk cium nenek mem-bulat ^^v
hoyeah!

Kappa-san said...

tersentuh~

me myself tak pernah menjaga nenda sampai sebegitu..

Selamat Hari Raya, maaf salah silap terguris kata

May allah bless

Puding Karamel said...

my 1st time oso...
but there r times yg tak tertengok juga...
there's always room 4 1st timer n 4improvement kan ^^ (quoting someone)
JZKK
Eid mubarak
may Allah bless

mutiara bd said...

sikit lagi airmata nk meleleh. kalau panjang lagi, konfem leleh dah.. T_T

Puding Karamel said...

kisah nenek2 en tokwan2 mmg mampu melelehkan...
banyak lagi kisah mak, tapi klo cerita semua buleh jadi lagi panjang dari siri Rika.hohoho...

isk, rindu mak...

khuza hasan said...

m0ga ALLAH lindungi ibu bapa kita..amin~:)

Puding Karamel said...

moga Allah lindungi ibu bapa, serta ibu2 kepada ibu bapa yang tua di kampung halaman.
amiin...