Jalan ke Beranda


Nama blog

Boku no Aruku Michi [kredit]
 Ramai (lebih daripada satu) yang bertanya, apakah maksud nama blog ini.
僕 の 歩く 道; Boku no aruku michi.
Direct translation would be 'the path/road that I (choose to) walk', but to me, it could also mean 'my way of life'.

Asal usul nama 僕 の 歩く 道
'僕 の 歩く 道' adalah merupakan tajuk sebuah dorama jepun terbitan Fuji TV pada tahun 2006. Adapun saya sendiri tidak pernah menonton drama tersebut, dan masih belum terbuka hati atau berhajat untuk menontonnya, buat masa ini...

Sebab pemilihan nama 僕の歩く道
...akan tetapi, saya sangat sukakan tajuk drama ni, a firm grip of a stand in life. Kata-kata yang pendek, tetapi mempunyai kekuatan yang besar.
Terutama, apabila berada di 'jalan ini'. Apabila datang penyakit malas, penat, putus asa, dan ingin melarikan diri, saya akan menegaskan kepada diri ini,

これは僕の歩く道 (this is the path that I chose to walk)
There is no turning back
And that does the magic. For the moment.

Sebab kewujudan blog 僕の歩く道
  1. Sama macam orang lain (kot), to express myself, to voice out my opinions. 
  2. Sebagai sebuah peringatan kepada diri sendiri, dan perkongsian idea aneh (ke unik?) dengan sahabat-sahabat.
  3. Inspirasi dari seorang rakan.
Meaning to say, from the name and the reason I like the name, saya inginkan sebuah blog yang berupa warna kehidupan saya. Well, at least to me, it does serve the purpose. Hopefully.

Inspirasi?
Tak pernah terlintas langsung nak blogging, baik secara suka-suki atau siriyes...suke-suke. Hehe.
Sehinggala bila saya mula menyemakkan diri di sebuah blog, dan kata tuan blog,
...sy rasa anda patut ada belog sendiri lah. sbb tulisan anda selamba dan boleh tahan bergaya...
Muahaha... Masa tu tetap tak dapat seru lagik. Malas, Leceh... Jadi diabaikan. Beberapa minggu kemudian, setelah terjadi a big turn over, datang lagi kata-kata yang sama dalam versi kata-kata berlapik,
bla bla bla...(tula soh bukak belog sendiri tak mau..) bla bla bla...
Hmmm... so here I am, blogging away... But, hey, it is interesting. Tengkiyu la ye tuan punye blog tersebut. Tanpa sindiran halus anda, tak de la puding karamel ni ha...

Pada mulanya masih pesimis untuk menulis, hmm...tentang apa ya? What if I ran out of idea. Tak mau la hangat-hangat tahi platipus. Then Rika's story came to my mind. Dengan izin dari Rika, saya berasa sangat ingin untuk berkongsi kisahnya dengan orang lain, which had also became her wish. And this booast up my morale to start writing. Dengan bacaan bismillah, bermodalkan kisah Rika, I started typing.

Kredit a.k.a disclaimer
Oleh kerana usia saya dalam penulisan ini hanyalah sedetik jagung, maka penulisan saya masih tidak mempunyai identiti tetap, dan lebih dipengaruhi oleh isi serta mood penulisan, atau kadang-kadang dipengaruhi blog-blog feveret saya.
Beberapa kata-kata trademark adalah diimport dari blog Angel Pakai Gucci, seperti 'bulatan gembira', serta 'cool dan bergaya'. Dan ada juga small gestures yang diadaptasikan dari APG jugak. Jangan risau, halal untuk dibaca, sebab dah mintak izin tuan punye blog.
Dan jugak gaya penulisan pendek-pendek diadaptasi dari blog my little pencil. Suke, macam kurang serabut. Tapi kekadang still buat karangan panjang yang berserabut jugak. Ikot keadaan, mood, dan angin monsun yang bertiup. 
But the rest is me, my writing, my style, my thought, dengan ilham dari tuhan.

Penulisan yang masih mencari identiti
Itu lah tu.
Yang penting saya menulis dengan heppi. Kadang hyperactive, kadang down habis.
Every aspect of my life.
Anything about my religion and wishes to improve myself (walaupon tak berjaya-berjaya lagi), about Rika, about my precious housemanship days, my stories and experiences at work, with family or with NGO, my thoughts and belief, and sometimes, my rants of pokpek.
Seandainya setuju, ambillah yang baik, seandainya rasa cam tak ngam giler, ambillah sebagai sempadan, berilah saya teguran atau jika tidak, simply terimalah sebagai perbezaan.

To whom it may concern
Kepada saya yang menulis, semoga dapat belajar dan mengaplikasikan apa yang ditulis.
Kepada anda yang membaca dan mengomen, terima kasih. Komen anda amat saya hargai, kerana banyak yang saya dapat pelajari dari input anda, dan juga inspirasi.
Kepada anda yang sudi menjengah dan membaca, terima kasih. Ambillah yang baik, semuanya dari Allah, dan tinggalkanlah bende-bende yang kurang elok dari saya tuh.
Kepada yang ingin berkongsi sebarang bahan dari blog ini, please feel free, tanpa perlu mengkredit saya. Segalanya bukan milik mutlak saya pon.
Kepada Yang Memberikan Ilham. Alhamdulillah, yang tidak berpenghujung.

Si puding karamel
Ramai (ye, lebih dari satu) yang bertanya siapakah si puding karamel. Bagi yang mengenali diri ini, 'It's me'. Bagi yang baru mengenali diri ini, salam perkenalan, salam ukhuwah fillah. Jom kite berkenalan perlahan-lahan. Slow and steady sweet. Okeyh? Lagi pulak main misteri-misteri di alam maya ni syok jugak kan... certainly add up the spice in ukhuwah. Hihi, tak ke???

Peace
19.06.2011