Sunday 29 May 2011

So, dah call mak?


[Al-Isra' 17: 23-24]
[Hadis tentang bebuat baik kepada ibu, kemudian ibu, kemudian ibu, dan kemudian baru bapa, Riwayat Bukhari Muslim]

Rasa korang semua pon ace tentang bab ni kan?
The photo spoke a thousand words oredy, tak tau nak cakap apa dah.
Today, I'll let the photo do the talking.
Tengok mak, tengok anak, tengok position, tengok gesture and expression, and tengok background.
Time ni ekceli ada aktiviti senaman, tapi demi anak...[sila sambung ayat sendiri,menurut pengamatan sendiri dari foto, walaupon foto tu tak berapa nak berseni]

So...ada call mak hari ni?

Peace

*credit model: K cq n ensem boi

Bro, berita tergempar!!!

Brader!!!
Berita tergempar!!!!
Opocot, teperanjat den!
Ade apa? Cecite, cecite...

Penemuan baru, sebuah objek aneh yang
sungguh menarik hati...best kan? 
Hmmm...best tuh,
mungkin dari plenet lain...


Alamak, mem besar dah amik okjek tuh...katanya
berbahaya! Yang tinggal tangkai dia saja.
Lorr, tak sempat kite main! Pegang
pon tak sempat merasa tau!

Oops, ye ke? Tak apala.
Blasah la labu...tangkai pon tangkai la...
Ape lagi? Bagi la sini... 

Kite kata nak jugak...bagi!! 
Aits...kejap, ape rebut-rebut ni?
Ouh, tak rugged la cam ni bro...


Tak mo bagi sudah...!!
Pffft ~ ~ putus kawan!!!
Eh,eh... rilek la bro! Jangan emo!
Bukannya tak mo bagi...


Nak bagi baik-baik ni..
Nah, amik. Sharing is caring you know...
Ouh, kaulah kawan
dunia akhirat...*sob*

Allah berfirman (yang bermaksud)
Sesiapa yang memberikan bantuan yang baik, nescaya dia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya... [An Nisa' 4:85]
Dari Abu Musa Al-Asy'ari (yang bermaksud)
Adalah nabi SAW jika ada sesiapa yang datang kepada baginda untuk meminta bantuan, baginda lalu datang menemui pada sahabat, lalu bersabda: 'Berilah bantuan, nescaya kamu akan mendapat pahala.Allah memetapkan sesuatu melalui lisan nabiNya sesuai apa yang dicintaiNya'. [Riwayat Bukhari dan Muslim]
W. Clement Stone kata

There's a great joy in my giving. It's thrilling. It's exhilarating. It's important to be a part of sharing.
Angel Pakai Gucci pulak kata
Sharing maring is caring daring
Ahaks, abaikan...

Jom, kongsikan walaupon sekecil-kecil kebaikan dengan orang di sekeliling kita.
A journey of thousand miles begins with the first step. Kalaupon susah,kalaupon berat, mulai dengan hal kecil, mulai dengan diri kite sendiri.
*Pesanan buat diri sendiri la ni*

*credit:
watak adalah dua orang suku rungus yang chumell
girl,10 months old, boy, 8 months old


Thursday 26 May 2011

the Prologue ~ Barter of Sacred Gift ~

Ia kecil, ia comel
Ia ringan, tapi padat
Ia cool, lagi bergaya

Ia menerangi kegelapan
Ia melindungi dari kesunyian
Ia menceriakan hati yang lara
Ia menceritakan hakikat
Ia menemani ke mana-mana
Ia merungkai pesoalan
Ia menyegarkan, ia mengingatkan
Ia merupakan kata-kata cinta

Ia adalah kebaikan
Ia adalah ibadah
Ia adalah doa pengharapan
Ia adalah pelajaran, ia adalah pengajaran
Ia adalah agama, ia adalah akademik, ia adalah bahasa
Ia adalah rangkuman segala aspek kehidupan

Ia adalah petunjuk jalan
Ia adalah peneman di alam kubur
Ia adalah akhlak junjungan
Ia adalah kalam Sang Pencipta

Ia adalah...
...my best buddy

*prologue to ~ Barter of Sacred Gift ~ *

Wednesday 25 May 2011

RIKA ~ the metamorphosis ~

Februari 2010

‘Sis, tunang saya (encik Z) dah meninggal. Dia eksiden motor.’
'Innalillah...' Tergamam saya seketika, mengenangkan ujian yang kini melanda Rika. Hilang sudah tempatnya bergantung. Saya yang waktu itu sedang bekerja hanya mampu berikan beberapa patah kata pujukan sebelum mematikan telefon.
Saya beristighfar panjang mengenangkan nasib Rika. Saya dapat bayangkan perasaannya, sedih berbaur kecewa, mungkin ada terselit perasaan lain? Kehilangan orang yang tersayang, apatah lagi tempat bergantung, pasti sangat dirasai. Tetapi apa yang paling saya dapat lihat ketika itu adalah kasih sayang Allah. Allah terlebih dahulu memanggil arwah Z kembali kepadaNya, dan dengan itu tersedia ruang yang luas untuk Rika memulakan kembali hidupnya. Dan setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah.

… boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. [2:216]
Beberapa bulan kemudian, saya ternampak di status FBnya yang dia baru balik night club. Woah… terasa cuak giler, tak pernah pula dia clubbing sebelum ni… Tapi komennya di bawah status tu, dia solat Subuh lepas balik club. Huh…lega sikit rasa di hati. At least, that’s a start.
Beberapa bulan lagi kemudian, kami berjumpa di hospital-super-sibuk lagi, kali ni dia bawa teman lelaki barunya, encik Q. Woah.. cuak episod kedua. Bila agak jauh sedikit dari encik Q, saya bertanya sejauh mana keintiman hubungan mereka (sebab care okey, bukan nak busy body). Tersenyum Rika menjawab, ‘tak ade la sis’. Huh, legaaaaaa… episod kedua. Hampir copot jantung makcik.

Mid year 2010
Dengan heppinya, saya bersiap-siap untuk jumpa si Rika. Saat saya menatapnya di Sogo, ternganga saya seketika, shock berat, melihat gadis manis itu kini bertudung. Terasa sejuk perut akak walaupon tak pernah mengandung, dik ooi. Subahanallah, yang telah menganugerahkan hidayahNya kepada Rika. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi. (Ekceli, memang ada perasan gambarnya bertudung di FB, tapi tak ter-take note pula masa tu, mungkin cuai, mungkin masih pesimis).
We talked about a lot of things. But not really on the issue of tudung that she recently wore. Entah kenapa, rasa pesimis masih menebal untuk bangkitkan isu tersebut. Sekadar besyukur dalam hati, tanpa mampu dilahirkan dengan kata-kata.
And we talked about SPM that she’ll be sitting that year, at 21 years of age, yang telah dirancang sejak tahun sebelumnya lagi. (Rika berhenti sekolah pada awal tingkatan 4). Kasihan sungguh, antara kesibukan kerja dan kepayahan belajar tanpa sekolah atau kawan atau kelas tusyen, Rika berjuang sehabis lelah. Sesuatu yang saya sendiri tak mungkin sanggupi. Belum lagi masalah teman lelaki, keluarga, kesihatan dan kewangan yang sering melanda. Well, life goes on. Rika menempuh hidupnya sehari-hari dengan tabah. Terkadang apabila dia sangat lelah, dia akan sms saya. Dan, saya hanya mampu mendengar…

God is with you sayang…
Hanya itu modal yang saya terus-terus ulangi, dan Rika mendengarnya tanpa mempamerkan riak jemu.Dan saya meneruskan part time job saya sebagai pendengar yang baik. Saya menelefon atau sms dia kalau ada kesempatan, tinggalkan mesej di FB. Beri kata semangat, ingatkan dia akan tiang agama, and simply be there when she needed me.
Rika kept on fighting the battle she’s in, there were her ups and downs, but she never surrendered. She continued to fight on...
-to be con’t-

Tuesday 24 May 2011

RIKA ~ the pessimist speaks ~

Disember 2008 – Januari 2009
Semasa di wad, sepanjang mengenalinya, saya terasa terpanggil untuk membimbingnya, supaya kembali kepada fitrah, kembali kepada tuhan. Tetapi dengan kehidupan yang super hectic sebagai kuli, dan sikap pesimis yang menebal terhadap condition which concerns both of us, niat itu saya kuburkan dalam-dalam.
Apatah lagi semasa prebet syaitan mula membisikkan ‘ tak payah la kau susah-susah…’
Kemudian datang pula sarjannya berkata ‘ kalau buat bende ni kompem ada hasil ke??? ’
Dibantu oleh jenderalnya, ‘Kau ingat kau hebat??? berlagak macam baik sangat..’
Maka terbantutlah semua niat murni. Yang tinggal hanya serpihan bisikan hati, ‘Do something… at the least’.
Saya menjadi pendengar yang baik. Kalau Rika beceloteh mengenai masalah-masalah yang melibatkan keluarganya atau teman lelakinya, saya hanya mendengar, memberikan pandangan, dan sekiranya ada kekuatan, saya akan berkias-kias untuk mengingatkan dia kepada sang pencipta. Hanya itu, sekadar itu.
Dan apabila saya berpindah wad, sekali sekala, kalau sempat, saya akan menjenguknya, sehinggalah suatu hari apabila Rika beritahu saya yang dia dibenarkan pulang, dan keesokannya kelihatan penghuni baru mendiami  katil tersebut. Dan terputuslah hubungan persahabatan saya dan Rika. Dan saya hanya biarkan ia belalu begitu saja, walaupun ada secebis rasa sayang dan terkilan, saya memilih untuk hanya menunggu kebetulan yang akan menemukan kami kembali. Walaupun saya boleh nak trace rekod nombor telefon atau alamat dia, I did not do so. Saya memilih untuk terus pesimis…
Mei 2009 – Disember 2009
Pada suatu hari yang indah di male surgical ward, sewaktu sedang bekerja, tiba-tiba ada suara menyapa saya.  Berkuntum-kuntum senyuman terpancar di wajahnya, ‘diorang cakap doktor dah pindah wad, dah berapa kali saya cari doktor di sini, nasib baik hari ni jumpa’. Hati saya ketika itu terus berbunga ceria melihat Rika, rasa tak percaya dengan ‘kebetulan’ yang sememangnya diimpikan ini, heppi to da max. Dan dari situ bermula la episod dating-datingan di antara kami. Heheh.. kadang-kadang kami makan sekali di kantin, atau Rika datang mencari saya di wad setelah ofis hour atau di tengah-tengah malam kalau saya oncall, atau saya yang akan pergi menjenguknya di female medical ward.
Saya masih setia menjadi pendengar yang baik kepada celoteh-celotehnya, dan masih tidak ada kekuatan untuk berbuat apa-apa yang patut dibuat. Sehinggalah satu hari ketika shopping di Kinokuniya, saya terpandang buku feveret ‘Bagaimana Menjadi Wanita Paling Bahagia’ karangan Dr ‘Aidh Al-Qarni, dan dengan suka-sukinya  saya membeli senaskah untuk Rika. The next day, dengan tak sabarnya, after ofis hour, saya ke female medical ward, dan menghadiahkan buku itu kepadanya. Dia sangat gembira menerima hadiah sulung dari saya, dan berkata ‘Ihh, bestnyer! Wah, mahalnya buku ni’. Almaklum yang saya beli adalah hard cover, kerana itu yang cantik dan menawan hati. Saya tersenyum dalam gurau, dan berkata ‘tak pe, akak kan banyak duit’. *bohong sunat ^^ *
Lepas tu kami saling sms bertukar fikiran tentang buku tu, dan ternyata Rika khatam buku tu lebih awal dari saya (oh, lambannya…). Dia pulak yang cerita bahagian mana yang best antara yang best.
Sehingga suatu hari, dengan izin Allah, pada suatu keadaan yang sedikit kondusif sewaktu dia menceritakan tentang permulaan kisahnya dengan encik Z, saya katakan kepadanya.. ‘saya rasa Rika pon tahu kan, zina itu haram. Cuba lah jauhi…’. Sekadar itu saja yang saya mampu katakan, tetapi Rika kembali bertanya macam-macam kepada saya, dan ayat seterusnya yang saya katakan, ‘jaga solat, solat boleh menjauhkan dari perkara keji’.
Reply Rika, ‘bukannya saya tak nak solat, bila saya solat, saya ngaji, tapi kemudian saya bersamanya dalam bilik yang sama, saya rasa hipokrit’. Hippocracy, that’s how some of us define it. Saya faham, berat bagi Rika, dia tersepit dengan keadaan. Selain bilik kecil itu, tiada tempat lain yang boleh dituju, dengan rakan-rakannya yang lain yang juga hidup bebas, dengan kepercayaan yang menipis terhadap keluarganya sendiri, dengan keadaan ekonomi yang tak mengizinkan dia hidup berdikari.
I felt like cursing myself. Tiada apa yang boleh saya hulurkan saat itu, melainkan beberapa rangkap kata-kata. Tak mampu bertindak seperti kaum Ansar yang boleh berkongsi rumah dan harta dengan kaum muhajjirin. Begitu lemahnya iman saya di tengah kota metropolitan.
But all I managed to do was, get hold of her. I made sure to keep in touch even after she was discharged from the ward. Via phone, and FB. Ye lah, don't want the banana to fruit two times. Dan sekiranya Rika datang ke hospital untuk CT scan, atau appoinment di klinik pakar, saya akan berusaha habiskan kerja cepat-cepat dan cuba luangkan barang setengah jam dengannya. Detik itu indah. Sehingga kesibukan menenggelamkan saya dari dunia luar pekerjaan. Sehingga pada suatu ketika, sms Rika pon tidak sempat saya balas…
Februari 2010
…dan dia terpaksa menelefon saya. Dari telefon, esakan kecil kedengaran. Waktu itu saya dapat meneka sesuatu besar telah terjadi, kerana ketika berjauhan, Rika jarang mengeluh.
‘Sis, tunang saya (encik Z) dah meninggal…’
-to be con’t-

Wednesday 18 May 2011

Muka ketat ekspresi kelat

Waktu bersiar-siar di sebuah kampung yang agak terpencil selepas aktiviti kemasyarakatan, saya berjalan-jalan untuk mempotret keindahan ciptaan tuhan.
Dan yang paling banyak terpotret adalah sesuatu yang semakin pudar di kalangan masyarakat metropolitan...

SENYUM

Dengan rupa malu-malu berselindung di sebalik selimut itu, dia masih melontarkan senyuman manis kepada saya yang tak dikenali, dari antah-berantah ni, diselangi lambaian tangan. Aiseh, cair hati mak cik nak... Kalau ada anak kompem dah buat menantu. eits???
Senyum adalah benda yang paling mudah untuk dilakukan. Hanya perlu sesaat utk mengukir senyum dan beberapa saat lagi untuk mempertahankan senyum agar terkeluar la aura keikhlasan dia.

Tu teori je la, cakap memang senang, tapi nak walk the talk tu yang perlu rujuk encik azam bin tekad.
Especially kalau keje gomen, dengan melayan karenah pelanggan, bos dan workload yang setinggi KLCC, memang mampu mengketatkan wajah, disamping mencetuskan pengepokpekan tanpa henti-henti. Isk, sadis... Kalau masih baby, mungkin masih terselit elemen kechomelan, tapi kalau dah tua berkerut...huhu...pikirkan sendiri la cemana gayanya.
[kredit]
Penting ke senyum? Rasanya kalau pakai kata-kata baik tanpa elemen laser-melaser, cukup tak?
Sabda Rasulullah:
Janganlah sekali-kali engkau meremehkan kebaikan, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria [Riw Muslim]
Allah berfirman:
...Dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari sekelilingmu... [3:159]
Hmm...kalau nak claim sebagai 'professional', ini memang super essential dalam perkhidmatan.
Kalau nak claim sebagai 'penyeru kepada kebaikan', ini memang vital element yang perlu ada dalam komunikasi *muhasabah diri...*

Lain-lain sebab kenapa kita perlu senyum, menurut Mark Stibich, the top 10 reasons are:
  1. Smiling Makes Us Attractive
  2. Smiling Changes Our Mood
  3. Smiling Is Contagious
  4. Smiling Relieves Stress
  5. Smiling Boosts Your Immune System
  6. Smiling Lowers Your Blood Pressure
  7. Smiling Releases Endorphins, Natural Pain Killers and Serotonin
  8. Smiling Lifts the Face and Makes You Look Younger
  9. Smiling Makes You Seem Successful
  10. Smiling Helps You Stay Positive
Senyuman itu simple, tapi efeknya dasyat dan power.
Senyuman itu free, tapi sangat priceless.
Senyuman itu dilontar-lontar, tetapi tempat tujunya tersimpul erat di hati.
Senyuman itu susah?
Tapi bukan mission imposibel, asal mahu muhasabah diri.
Kongsikan kehebatan senyuman dengan orang di sekeliling kita, kerana erti hidup pada memberi.

Apa lagi??
Jom, 'Fastabiqul Khairat'!!!
Pis ^^

Monday 16 May 2011

RIKA ~ the her-story ~

Dan ada satu lagi sebab kenapa saya tertarik dengan Rika. Adalah kerana background-nya. Dan social history-nya. Her upbringing is surely very contradicted with her casual, cheerful attitude. In my opinion that is...
She came from a broken family. Ayah dan ibu bercerai ketika usianya baru 15 tahun, waktu tengah nak ambil PMR. Puncanya adalah ayah kaki judi. Setelah bercerai, ibu selalu membawa teman-teman lelakinya ke rumah, di hadapan anak-anak. Abang sulung tak boleh diharap. Adik yang paling bongsu masih lagi bayi dan merupakan kanak-kanak istimewa. Dan ada dua orang adik perempuan yang masih bersekolah. Walaupun ibu bekerja di kedai makan di KL pada siang hari dan kedai makan dekat rumah pada malam hari, hasil pendapatan masih belum cukup untuk menampung mereka sekeluarga. Ayah hanya memberikan nafkah sampai dua bulan saja setelah cerai. Cikgu pula asyik mendesak minta yuran sekolah dilunaskan.  Maka Rika putuskan untuk berhenti sekolah dan bekerja, sebagai sales girl.

Ibu berkahwin lagi setahun kemudian, malangnya bapa tiri Rika ini kaki pukul pula. Kononnya sebab ada orang mengata yang ibu menggatal di tempat kerja, sehingga akhirnya ibu terpaksa berhenti kerja. Adapun si ayah tiri tak berkerja. Dengan rasminya beban menanggung keluarga jatuh ke atas bahu Rika seorang. Rika kemudian buat laporan polis mengenai sikap kaki pukul ayah tiri, dan kemudian ditangkap. Dan alhasil, perkahwinan baru itu pon tidak bertahan lama.

Kemudian ibunya berpindah ke kawasan yang agak jauh (tapi masih di bahagian Selangor la). Dan Rika membawa diri ke kota metropolitan Key Ell, demi kerjayanya, dan di situ dia tinggal bersama kekasihnya, encik Z, seperti pasangan suami isteri. Rika mengenali Z sejak tingkatan 3 lagi, tetapi hanya rapat setelah dia mulai bekerja, kerana Z lah yang menghantar jemput Rika setiap hari dari tempat kerja. Walaupun kisah keintiman hubungan mereka bermula dari sedikit paksaan, Rika tetap menyenangi lelaki ini, kerana Z disifatkan sebagai seorang yang penyabar dan mengambil berat. Dan sebab utama adalah, Rika tidak ada tempat bergantung sama sekali.
Waktu itu, Rika mulai ditimpa penyakit misteri tersebut, berupa demam tinggi setiap malam. Pada mulanya, dia dirawat di hospital lain di Selangor, sebagai pesakit PTB, smear negative. Empirically treated la ni ceritanya. Setelah komplit mengambil ubat TB selama 9 bulan, demamnya kembali menyerang, dan dia berpindah untuk mendapatkan rawatan di hospital-super-sibuk di tempat saya bekerja ketika itu.
Ok, switch off skema mode… Ya lah, kisah tadi kan berkisar sejarah, kena la skema. Eheh…
Agak tragis kan kisahnya? Tapi semangat juang dia sangat tinggi. Layak diberi tabik spring toing toing. Tak payah cakap banyak. Simple, buktinya saya jumpa dia di cubicle depan, cubicle pesakit demam-demam. Kalau orang lain, mungkin dah jumpa di cubicle paling belakang dalam wad tu, cubicle pesakit telan-menelan, tak kira la, panadol ke, detergen ke, racun tikus ke… Dan despite of her tough background, she was still able to keep the positive attitude within, masih boleh mengekalkan keceriaan dalam dirinya, malah menyebarkan keceriaan itu kepada orang di sekeliling, macam wabak pula gayanya. Walaupun ketika itu dia kehilangan tempat bergantung. Waktu itu mungkin Rika belum terbayang tempat bergantung yang paling hebat dan ultimate, Dia yang Maha menciptakan… Tetapi, Dia tetap mengingati Rika, dan menyayangi Rika, untuk diberikan peluang kembali kepadaNya.
Maha suci Allah, yang memegang hati manusia, yang mengatur takdir manusia dengan begitu indah sekali. Walaupun rumah Rika lebih dekat dengan hospital-hospital lain berbanding dengan hospital-super-sibuk itu, walaupun saya di wad itu hanya dua bulan (waktu saya jumpa Rika adalah pada 3 minggu terakhir sebelum tinggalkan wad), dengan takdir dan kehendakNya, dan kebetulan yang bukan kebetulan, dua orang yang langsung tiada kaitan boleh saling bertemu.
Dan di situ kisah persahabatan kami bermula.
-to be con’t-

Selamat Hari Kita Semua

Macam-macam hari diwujudkan untuk menunjukkan appereciation kepada insan-insan istimewa. Hari ibu, bapa, kekasih (erkkk???), buruh, setiausaha, jururawat dan macam-macam lagi la...
Dan hari ini, specially dedicated to...
[kredit]
Siapa la yang beruntung dan terpilih untuk menjadi cikgu ni? Mesti ke ada ijazah dari institusi perguruan baru boleh jadik cikgu? kalau tak de, duduk diam-diam je la ye?

Isk...lets think out of the boxes, shall we?

Sememangnya, sejak azali lagi, cikgu adalah cikgu. Yang tu memang tak ada perbahasan lagi. Titik. Walaupon dari spisis yang berbeza, cikgu tadika, cikgu sekolah, lecturer, cikgu kanak-kanak istimewa, cikgu tusyen, mereka semua adalah insan mulia bergelar cikgu, yang memang memegang amanah untuk mendidik anak bangsa.

[kredit]
Tapi sedarkah kita, betapa ramainya lagi cikgu-cikgu yang sangat berjasa dalam hidup kita?? Lets check out...
Well, yang terpenting dalah hidup, first and foremost, adalah Allah, yang menciptakan manusia, dan menurunkan kalamNya dengan penuh kecintaan, diawali dengan kata... 'Iqra...' Cikgu yang Maha Agung, yang menciptakan dan kemudian mengajarkan kepada kita pelbagai ilmu. Daripada saat kita masih bayi, dah diajarkan tiga survival skill iaitu rooting, suckling, and swallowing. Dan dicurahkan pelbagai ilmu dan rezeki apabila kita makin menganjak dewasa, alhamdulillah...
[kredit]
Dan jugak junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. yang menjadi qudwah hasanah dalam semua aspek kehidupan, baik dari kata-kata ataupun tingkah laku. Baginda menyahut seruan 'Iqra...' dan kembali menyeru 'Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat...', dan lagi, tetap mengingati kita sehingga akhir hayatnya dengan bisikan 'umatku, umatku...' Cikgu yang tiada duanya dalam dunia sepanjang zaman *insert selawat*


Dan jugak ibu bapa kita yang dari kecil mendidik kita dengan pendidikan fomal dan tidak formal di rumah, di samping menyediakan persekitaran yang terbaik untuk kita hidup, dari tak lahir, sampai dilahirkan, sampai membesar memanjang, sampai kawin (ade yang masih tinggal dengan parents lepas kawin kan), dan sampaila kita dipanggil menghadap tuhan. Itu lagi cikgu-cikgu yang tiada duanya...
[kredit]
Tak lupa jugak other family members, baik abang,kakak,adik yang membesar sama-sama dengan susu yang berjenama sama.Or extended family members, daripada tok nek sampaila anak sedara pupu. Yang  sedar tak sedar, dari kecil, banyak yang kite belajar dari mereka, baik atau buruk tu lain crite, eheh...
[kredit]

Dan jugak murobbi and murobbiah kite yang tak jemu-jemu mengejar kita yang hebat dan ligat berlari, demi untuk berkongsi sekelumit ilmu dan pengalaman yang ada di dada, bukan kerana mereka lebih pandai (walaupun ye jugak), tapi kerana mereka ingin kita tahu apa yang mereka tahu, demi menyahut seruan 'fastabiqul khairaat'.
[kredit]
Dan kawan-kawan seperjuangan dari pelbagai pelosok dunia, pelbagai background, pelbagai ragam. Terutama mereka-mereka yang bergelar sahabat hoyeaahhh! Dari mereka banyak yang kita belajar, terutama erti persahabatan, dan err.. buanyakksss lah. Sampaikan kita boleh kenal diri kita sendiri melalui sahabat kita. Bukankah sahabat adalah cerminan sahabatnya?
[kredit]
Dan dari tenaga-tenaga buruh (profesional atau bukan) tempatan maupon yang bertaraf antarabangsa, yang mengajarkan kita tentang ilmu-ilmu mereka secara langsung (muka ke muka) ataupon secara tak langsung (media massa). Contohnye (tak payah pusing kanan atau pusing kiri) doktor yang mengajar cara-cara untuk sembuh kepada pesakitnya (yang tu contoh paling utama okey,hehe,no offense), atau scientist yang mengajar kita tentang penemuan-penemuan baru yang menjana minda, atau musician yang mengajar kita tentang erti kehidupan dari bait-bait lagu yang dilontarkan, dan etc lah... banyak tak terkata...
[kredit]
Dan blogger-blogger hebat yang teguh di jalan blogging untuk berkongsi idealogi yang boleh diterima atau tak boleh diterima, tanpa penat jemu ...
[kredit]
Dan ntah sapa-sapa yang kita jumpa di mana-mana. Kadang-kadang dengan ter-perhatikan mereka, ada sesuatu yang dapat kita pelajari, atau at least boleh ambil ibrah la kan. Daripada usha orang sesaja, tapi apa pon tak dapat... atau jalan menonong sesaja, rugik...
[kredit]
Dan jugak banyak pelajaran yang boleh diperolehi dari haiwan yang telah Allah jadikan, daripada sekawanan angsa...yang mengajarkan Amal Jama'ie dari the infamous V formation...
[kredit]
...atau dari sekawan semut dengan semangat berpasukan yang terstruktur dan kedisiplinan/kerajinan yang tip-top...

[kredit]
...dan macam-macam lagi. Sile google, or rujuk buku teks sains, or paling best, Al-Quran. Dan dijelaskan dengan lebih terperinci oleh famous mr Harun Yahya.


Begitu banyak peluang untuk kita belajar yang telah Allah anugerahkan, dari segala macam jenis cikgu, tinggal nak atau tak je kan...
Dan wajarlah ke atas kita jugak untuk kembali mengajarkan atau untuk level kite paling best adalah mengongsikan whatever je la yang kita tahu dengan orang di sekeliling kita, terutama yang tesayang, melalui kata-kata ataupun perbuatan, supaya kita boleh mendapat pahala (dan title jugak?!oh,no...) seorang guru. Bukankah sebaik-baik muslim adalah yang bermanfaat bagi yang lain?
[3:110]
'Ballighu 'anni walau aayat...'
Lastly, selamat hari guru! (to my teachers, n member-member yang merupakan teachers), jasamu dikenang! Barakallahu fiik...

[kredit]
Apa lagi???  Jom 'Fastabiqul khairaat'!!
Peace ^^V
Inspired by precious tonyet.

Tuesday 10 May 2011

RIKA ~ the existance ~

Disember 2008

Hari itu saya bangun pagi, bersiap dan pergi kerja seperti biasa, tiada apa-apa perasaan hyper, tiada terlintas langsung yang saya bakal diketemukan dengan seorang yang istimewa.

Seperti biasa lagi (almaklum, saya adalah manusia yang memang biasa), saya memulakan ward round hari itu di cubicle saya, sebelum jam 7 pagi. Dan saat itu saya bertemu dengannya. Seorang gadis berusia 20 tahun yang bernama Rika. Walaupun masih pagi, setelah dipaksa rela bangun dari tidur di saat pesakit lain masih diulit mimpi, dia melontarkan senyuman manis memandang saya, dan melayan lontaran pertanyaan saya dengan tenang, dan cool.

Di saat itu, saya mengenali Rika, briefly,  hanya sekadar pada kertas kajang yang tertulis 'clerking sheet'. Dia masuk ward kerana demam tinggi yang berpanjangan, penyebab belum dapat dikenal pasti. Saya memulakan aktiviti menyoal siasat (eh, FBI ape?) untuk clarify kembali history yang diperoleh rakan sejawat saya, dan adalah tanggungjawab saya (sebagai in-charge cubicle) untuk menokok tambah segala history yang boleh support working diagnosis, yang ketika itu masih 'prolonged fever for Ix, TRO causes' (oho...sangat tidak profesional kan...? zaman HO...)

Setelah selesai ward round bersama big bosses, saya menyambung tugas suci murni sebagai kuli ward dengan tanggungjawab seterusnya, iaitu refer case, ambil darah, sambung physical examination, complete clerking, clerk patient baru, mop lantai, masak nasi patient (ekkk,tipu...) dan etc. Dan adapun antara big task hari itu adalah untuk mengambil hampir sebaldi darah Rika, ala-ala misi dracula. Dengan selambe dan professionalnya saya pon mendekati Rika dan membuat segala persiapan yang sepatutnya (blood C&S okeyy, pakai protokol istana). Dari situ saya bertanya lebih lanjut tentang dirinya. Malah walau baru beberapa jam mengenalinya, saya berasa sangat selesa mendampinginya, dek kerana sifatnya yang ramah dan mesra alam.

Demi Allah, saya sangat menyenanginya, simply because of herself. Tiada misi-misi udang di sebalik mee. Lama dia berada di cubicle itu, kerana penyakitnya yang sangat misteri dan kronik. Dan secara tak-sengaja-paksa-dan-rela, saya menjadi rapat dengannya kerana keperluan penyedutan darahnya setiap hari, keperluan merefer kesnya kepada lebih dari 3 department lain, dan keperluan untuk saya entertain boss-boss department lain yang datang melawat Rika untuk pemeriksaan lanjut. most of my time was spent on her case.

Setiap hari, dialah yang menjadi penghibur hati di saat kepenatan dan di saat lepas kene torture dengan boss. Secara tidak sengaja, dia telah menyandang anugerah 'patient feveret' di hati saya. Lama-kelamaan, hubungan kami menjadi simbiosis, whereby she needed me as a doctor, and i needed her as a friend. Pantang ada masa kosong (walaupon sangaaat sangaaaaaaat jaranggggg), mesti saya akan bertenggek di tepi katilnya, dan dia pon pantang nampak saya free, akan memanggil saya untuk bertenggek di katilnya *lap peluh*. Dan yang best dia memang rajin. Habis ward round, kalau tiada visitor, dia akan lepak di meja jururawat untuk bantu susun kertas, staepler fail-fail dsb, menghiburkan staff dengan celoteh dan senyuman yang tak penah lekang, dan yang agak penting (jugak) adalah menjadi ketua darjah cubicle yang mereport hal-hal pesakit lain yang perlu diketahui oleh staff (perlu untuk membantu pesakit itu sendiri, bukan hanya sekadar menganyam ketupat free). Memang sangat disenangi semua la si Rika ni, dan err...manis lagi orangnya. Haha, ok, sila abaikan.

Dan ada satu lagi sebab kenapa saya tertarik dengan Rika. Adalah kerana background-nya. Dan social history-nya.

Ternyata Rika sangat bebeza dengan manusia lain yang saya kenali (okey, memang saya tak la kenal ramai sangat orang). But her upbringing is surely very contradicted with her casual, cheerful attitude. In my opinion that is...

-to be con't-

Sunday 8 May 2011

RIKA ~ the prologue ~

Responding to my previous post, I came across  a post on a familiar wall


bila kita susah kita cume tahu mengeluh, tapi kita x sedar yg Dia hantar khalifahnya dalam diam yg tanpa kita sedar dia lah yg terbaik, u are doctor for general But nobody knows u are my doctor for my soul, my heart, and my doctors too bring my life grows and you is a doctor who gave me medicine for the faith which was once lost and vulnerable as Guess who is so strong ...

thank you because u are willing to become my doctors, and medicines for my life.

I really appreciate my life after that your presence my light

I love you, my doctor

Voiced from the heart, as simple as it may seem, yet meant thousands of happiness to me, which made my day

In fact, my life.

The writer?

An ordinary girl-next-door. Rika.
A stranger, a patient, a friend, a sister, who later became important person in my life, by god’s will.

Kebetulan yang bukan kebetulan, yang telah diatur dengan indahnya oleh Allah. A magical rendezvous. Alhamdulillah.

Rika is indeed an ordinary girl. Rika is a true story. A journey and a battle of a girl in seeking the love of her god, leading to the right path of her life.

The story stretched back to December 2008. When I first met her. Little that I know that both of our lives will be transformed by the encounter. Biiznillah…

*disclaimer: Rika adalah bukan nama sebenar*

Friday 6 May 2011

simple things that made my day...

"dan saya tahu, di balik mata mereka yang redup, di balik senyuman yang menyembunyikan kepahitan, mereka sangat kuat sebenarnya. tersangat-sangat kuat. i really do mean it"

"alhmdlh...i learn a lot form ur words bla ckp ngan [tuut yang dirahsiakan nama]..u hv a talent to be daie.wow! ngetop..teruskan usaha :))"

"Tak yah garu kepala, be thankful. Hihihi"

"Huhu sy tringt awk 2 3 ari lg..."

"InsyaAllah sis.. benda yg baik kita sesame buat ye :)) "

"Waaah... Bangganya mak"

"thanks [nama saya], sudi memberi kata2 pada saya yang masih lg bertatih ini.."

"Setuju... Insha Allah, sangat setuju. JZKK mengajarkan [tuut yg dirahsiakan nama] hal kemanusiaan."

and the list goes on...
simple things that made my day...  


syukur kepada tuhan yg mengurniakan kekuatan dalam pelbagai bentuk, di saat diri ini lemah, struggling, helpless

dan antara anugerah yang tak ternilai adalah berupa sahabat, dari pelbagai lapisan umur



akidah yang menyatukan hati2 kami, dan kami saling mencintai keranaNya

kami saling menasihati keranaNya, saling memberi semangat keranaNya 

kerana kami ingin berpegang teguh pada taliNya

kerana erti hidup pada memberi...

alhamdulillah. terima kasih ya Allah atas anugerahMu yang tak terhingga

sahabat, harta dunia yang sangat berharga

I love you, you know who you are.

-I'm not great with words, tapi kalau dari hati pasti akan sampai ke hati juga kan???-

Tuesday 3 May 2011

Pisang emas dibawa belayar dan masak sebiji di atas peti


Adapon post ini bukanlah mengenai buah pisang yang ranum, apatah lagi mengenai cucur kodok yang dimasak di atas peti. Tidak sama sekali. 
Biasa kan dengar ‘precious child’? Anak yg sangat sukar di-conceive (oleh pasangan yg sah la yer). Opposite dengan anak yang dibuang free2 hanya setelah one-or-many-night-stand.
Kisah bermula apabila headquarter saya didatangi oleh seorang wanita kristian berumur awal 40an. Disitula saya belajar daripada sebuah kisah hidup, yang kesekian daripada yang sekian kisah yang dilihat sehari2. Kisah hidup biasa seorang wanita biasa dengan ketabahan yang luar biasa ^^
Puan L, dengan raut wajah yang tenang dan senyuman ringkas diiringi suara yang lembut datang untuk mendapatkan perkhidmatan kami yang berharga seringgit ni untuk kesekian kalinya. Beliau diminta untuk kerap datang berbanding pelanggan lain kerana begitu banyak masalah yang mendasari, disertai dengan riwayat kehamilan yang tak memberansangkan. Bukanlah kerana saya suke dengan RM1 nya. Beliau berada dalam tahun ke6 perkahwinan, dan telah mengalami 5x keguguran, dan sekali melahirkan bayi yang telah meninggal dalam kandungan. (*Formula member sespisis;G7 P1+5,h/o IUD.no living child). Setelah beberapa kali bertemu beliau, pada suatu hari yang hening saya tergerak untuk bertanya kepada beliau tentang pengalaman2 beliau yang sebelum ini.  Penuh innocent and straight forward saya bertanya memulakan interview tak bertauliah, simply by asking how she feels throughout the events. Smiling, she answered, ‘rasa sedih’, the bad feeling which will linger around her for almost a year after each event, and yang paling best, to the extend rasa macam benci sampai tak boleh langsung tengok anak2 orang lain. I swallowed a BIG gulp, memang sangat fitrah la kan…
Tapi yang best tu,macamana dia atasi kesedihan,teruskan kehidupan sehari-hari, dengan kembali kepada tuhan, dengan berdoa, membaca kitab, reciting puji-pujian…Saya rasa sungguh tersentap tahap gaban, bagaimana wanita biasa ini mengharungi ujian yang luar biasa dengan kembali kepada fitrahnya. Ekceli kisah spisis macam ni biasa didengar, berlambak di sotkabar,radio,dan segala bentuk media massa. Tapi sebab kisah ni datang bergolek live dpn mata saya berulang2 kali, maka I tend to appreciate it more. Then I told her,saya ingin share kisah kakak dengan orang lain yerr…she just smiled.
Kisah mengenai pengharapan kepada tuhan, endlessly. Walaupun sebagai manusia biasa, ada jugak diselit feeling2 fitrah yang tak la sihat sangat, tapi in the end, dia still kembali kepada tuhannya. Ni cuma salah satu contoh dari kisah2 yang datang mengunjungi saya, tapi lebih banyak lagi kisah2 saudara seagama yang lebih mengagumkan yang telah direkod dalam AlQuran, kisah2 para sahabat dll (tak terkire banyaknye…) yg patut kite amik pot untuk tau. Sebab apa? Em,sbb dia boleh menambahkan iman?? ^^"
A simple concept of redha. Dijamin berkhasiat untuk menjaga kewarasan diri. Ins allah tak kan mereng akibat masalah yang tak putus2.

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah lebih mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. [2:215]
Itulah manusia, datang dari tuhan, dan hujung2 bakal kembali kepada tuhan jugak. Semua masalah datang dari tuhan, dan sewajarnya penyelesaian dia pon dari tuhan jugak. Tak ade yang terlepas dari hukum Allah yang ini, hatta encik sultan berdarah biru sekali pun…wuwuuu….

Pn L kini hamil 8 bulan, and my heart grows as her tummy grow, praying and hoping that this child will be delivered healthily. Amiin.
Seperti yang saya katakan, post ini bukan mengenai pisang feveret saya, apatah lagi cucur kodok yang dimasak di atas peti. Tapi ia adalah mengenai seorang anak emas yang masih dalam kandungan, dengan pengharapan seorang hamba yang setinggi tandanan pisang yang menjulang ke langit. Kenapala setinggi tandanan pisang yang menjulang ke langit, dan bukan setinggi gunung kinabalu ke…kan perumpamaan tu lebih logic. Entah. Dah saya suke makan pisang nak buat macam mana.
Haha.
Peace ^____________^