Sunday 28 August 2011

Ramadhan Mubarak - Eid Mubarak

28 Ramadhan 1432

Sayu rasanya hati bila Ramadhan akan berlalu pergi
Bakal digantikan bulan Syawal tak lama lagi
Adakah banyak meninggalkan kesan di hati?

So, bagaimana dengan Ramadhan anda?
Semoga Ramadhan kali ini bermakna buat kita semua
Mencoret sebuah perubahan positif dalam diri
Melahirkan jati diri yang lebih mantap dari sebelumnya
Menjadikan diri sebagai salah seorang dari para pencari tuhan
Memberi sebuah momentum untuk bergerak ke hadapan, sebelum bertemu Ramadhan 1433
(insya Allah, sekiranya panjang umur)
Hoyeah!

Alhamdulillah
Sepanjang 28 hari menjalani bulan ini
Mencari diri di bawah terikan siang hari
Mencari tuhan di kegelapan malam
Demi sekelumit rahmat
Demi sesuap keampunan
Demi sebuah bahtera penyelamat, dari azab api yang marak menyala

Ramadhan ini
Mungkin jauh lebih corot dari orang lain
Tetapi sangat bermakna
Banyak mengajar saya menjadi manusia, menjadi hamba
Insya Allah, lebih baik dari sebelumnya
Ternyata, setting target tu memang memberi impact yang significant
(Tengkiyu mak mem-bulat, semoga Allah membalasnya)

Selamat mengimarahkan malam ke29
Saya akan qiyam di tengah jalan (wuwuwuuu~~~)
Semoga kita semua termasuk golongan yang bakal melaungkan takbir raya dengan bangga dan gembira ^^v
Kepada semua sahabat di alam nyata, dan dari alam maya

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf zahir batin
May Allah bless

Oye, ada pesanan penaja dari Hantu Raya 
(sibuk nak join kelab hantu bertaubat, katanya)


"Allahumma balligna fi Ramadhan 1433"

Monday 22 August 2011

Bahang cinta itu

Bahang cinta itu begitu hangat terasa
Sungguh, memang hangat terasa.

[kredit]
Kereta barunya tercalar di bucu hadapan. Kemalangan yang disebabkan oleh seorang rakan lain, dalam menjalankan tugas NGO. Lampunya sedikit tertonjol keluar. Wajah tampak sayu, walau diselingi tawa.
Tangkas seorang sahabat menghibur 'tak apa, insya Allah kereta ini akan jadi saksi di akhirat'
Wajahnya tersenyum bahagia, begitu juga diriku.
Sungguh, bahang cinta itu begitu hangat terasa.

Kebetulan (yang bukan kebetulan) tiga organisasi mengadakan majlis keagamaan serentak di masjid UMS pada malam 21 Ramadhan. Demi mengelakkan kekeliruan adik-adik dari ketiga-tiga organisasi, kami menunggu di tangga untuk menunjukkan direction ke arah program mereka masing-masing. Ketika sampai waktu solat Magrib, datang seorang adik bertanya 'kak, kita solat di atas ke di bawah?' (tempat jemaah wanita berada di tingkat 2-3). Pecah tawa kami, 'kalau solat tak kisah la dik, sama-sama nak menghadap Allah'. Walaupun dalam 3 organisasi yang berbeza, dengan cara dan pemahaman yang sedikit berbeza, namun tujuan kami semua sama, sujud kepadaNya, dan mengajak mereka yang lain kepadaNya.
Dalam bertemu sahabat dari lain-lain organisasi, kami bertukar senyuman hormat.
Sungguh, bahang cinta begitu hangat terasa.

Pertemuan kami tak melebihi lima kali. Seorang adik yang dipayungi NGO sama, tetapi di Johor.
Perbualan kami tak lebih sejam panjangnya dalam tempoh sebulan. Ada kalanya cuma sempat bertukar salam dan senyuman.
Tapi kemesraan itu hangat terasa, bukan hanya dengannya, tetapi juga dengan keluarganya.
Perpisahan kelmarin begitu menyedihkan. Walaupun saya yakin hanya untuk sementara.
Sungguh, bahang cinta itu begitu hangat terasa.

Pencapaian dalam tadarus Al-Quran kali ini, saya kira cukup memberansangkan, hampir mencapai target, dan yang pasti lebih baik daripada beberapa tahun kemarin.
Tetapi apabila bertemu teman-teman bulatan gembira dan compare notes, R telah mencapai 6 juzu pada round kedua, D baru memulai round kedua, H masih struggle untuk menamatkan round pertama dikeranakan pergelutan dengan kesibukan kerja. Walaupun cemburu dengan yang lebih maju ke hadapan, kami semua tersenyum puas. Berlumba-lumba memburu keredhaanNya memang yang terindah.
Sungguh, bahang cinta itu begitu hangat terasa.

Demi menjayakan Majlis Berbuka Puasa anjuran NGO dan Hidayah Centre, begitu banyak kerja yang harus dilaksanakan. Dari pagi, sehingga menjelang esok pagi, melaksanakan ibadah berbakti kepada NGO, disambung dengan ibadah kepada tuhan, disambung lagi tugas dengan NGO, dan disambung dengan perlangsungan majlis tersebut. Wajah mengantuk dan kepenatan disembunyikan, badan tangkas bergerak, untuk melicinkan perjalanan majlis. Yang menyambut tetamu dan yang berada di atas pentas tetap setia menguntumkan segaris senyuman kepada para tetamu. Baik yang di belakang tabir, mahupun di atas pentas, masing-masing menjalankan kerja, walaupon tampak jelas mata merah berair menahan kantuk. Hanya segaris senyuman dan kata-kata semangat mampu kami hadiahkan buat satu sama lain.
Sungguh, bahang cinta itu begitu hangat terasa.

Tetamu kehormat kami dari Kuala Lumpur, Timbalan Presiden NGO pusat dan isteri beliau, bergegas keluar seusai sesi pertama majlis untuk mengejar penerbangan mereka. Sempat saya hantar ke pintu untuk menyapa mereka secara personal (as they are old family friends). Mereka terperanjat melihat saya di Sabah, dan bergema mutiara kata dari Dr H yang sangat saya hormati, 'Sabah is very blessed to have you here'. Disambung dengan doa-doa harapan daripada isterinya kepada saya. Pakcik dan makcik, walau lama tidak bersua, masih terasa kemesraan dahulu, sewaktu mereka menjaga saya yang berumur 7 tahun sementara menunggu ibu bapa saya pulang kerja, menjemput makan pisang goreng...
Sungguh, bahang cinta itu begitu hangat terasa.

Indeed, it is not them who are blessed to have me, but it is me that is tremendously blessed to have them.
It is not Sabah that is blessed to have me, but it is me who is blessed to come to Sabah.
Segala kebetulan yang diaturkan oleh Allah, sememangnya yang terindah.
Berada dalam gerabak ini, bergerak bersama-sama mereka, walaupun hanya sebagai perajurit kecil, walaupun terlambat berbanding mereka yang lebih muda, akan saya hargai setiap detik, untuk memberikan kontribusi semampunya, dalam mengejar redhaNya, dengan ucapan syukur yang tiada penghujung.

[kredit]
Ini adalah antara kisah-kisah cinta yang saya temui dalam bulatan Al-Quran dan dalam lingkaran organisasi, di sepanjang sabtu ahad ini.
Bahang cinta yang begitu hangat.
Makan sepinggan, tidur sebantal, ibadah sesejadah, saling bertukar cerita dan banyak lagi.
Mungkin ada yang mengatakan, 'ala, pompuan, stended ar...'
Care to see a guy's point of view mengenai bulatan gembira?
See what angel pakai gucci has got to say here. And you'll see betapa menggembirakan sebuah bulatan gembira.

Mari...sertai kami? Cuma bermodalkan kemahuan dan jasad anda, dan dijamin pulangannya, insya Allah
Sama-sama kita sebarkan kegembiraan ini, agar mereka yang kita sayangi boleh turut merasainya.

Thursday 18 August 2011

名前のない歌

ただ半月ぐらいですが
なんか永遠のような
久しぶり感じていた

今の弱い所
今の哀しい心
今の迷う道路
その人の話を聞いて欲しい
その人の優しい言葉を読んで欲しい
ただその存在をそばにいて欲しい

[kredit]
この寂しい姿
この我侭言葉
この薔薇のない庭
この星のない空
この名前のない歌
ただ僕でした

-pokok tebu-


Sunday 14 August 2011

Ramadhan Al-Beruang

Salam 14 Ramadhan
Bagaimanakah khabar Ramadhan anda?

Semalam alhamdulillah, saya berkesempatan untuk mengisi tentang 'Ramadhan Menyegarkan' kepada adik-adik sekolah menengah. Bahan diambil dari buku 'Ramadhan Returns' by Shofwan Al-Banna, penulis dari seberang. Tulisan beliau sungguh gila-gila, yet padat berisi. Tak kering gusi saya membacanya. Best.

[kredit]
Bagaimana menjalani Ramadhan agar tidak seperti singa tidur di siang hari dan rahib mengantuk di malam hari.

Sebuah teka teki yang beliau pernah utarakan, 'Apa persamaan orang puasa dengan beruang?'
Jawab teman beliau 'sama-sama hobi tidur!' sambil ketawa berdekah-dekah.
'Kalau beruang berhibernasi musim sejuk, kita juga berhibernasi time bulan Ramadhan!'

[kredit]
Lantas terjadilah fenomena yang dinamakan Ramadhan Al-Beruang.
a.k.a, Ramadhan yang least productive. Ibadah down, kerier down, social pon down. Lingkar perut saja mungkin yang up semasa berbuka.
Sahur mata kuyu, bekerja dengan mata layu, lepas buka puasa, mata terus tertutup. Hingga esok hari, di mana cycle kuyu-layu-tutup sambung-menyambung.
Lifeless.Lembiks.Malas.
Jadilah mayat hidup bergelimpangan di surau.
Zombie yang hadir kerja tanpa semangat.
Pergerakan hidup dengan kelajuan express siput.

[kredit]
Sehingga bos saya yang non-muslim pernah menegur dalam meeting sewaktu saya sedang chair meeting tersebut. 'Tak payah tanya that lot, bateri tak caj lagi...'
Staf saya tersenyam senyum, tetapi saya sangat terkejut dan terasa, walaupon saya cover juga dengan ketawa kecil.
Kami hanya duduk dalam bilik meeting, dengan aircond yang sepoi-sepoi bahasa, sekadar pasang mata, pasang telinga,cakap bile perlu. Punggung diam di atas kerusi empuk. Tapi tangkas menunjukkan symptom ke-beruang-an yang obviyes.
Sedangkan sahabat-sahabat nabi, berperang dengan baju besi dan pedang-perisai yang beratnya berkilo-kilo, bawah terik matahari atau dicengkam kesejukan malam, punggung terhentak-hentak atas belakang kuda, dipenuhi luka dan bermandikan darah, dalam keadaan berpuasa, tetapi mereka yang hanya berjumlah 200 orang, malah berjaya mengalahkan musyrikin yang berjumlah 2000 orang, dengan bantuan Allah.
Tanpa sedikit pun symptom al-beruangs.

[kredit]
Oh. Malu tahap burung unta. Rasa nak benamkan kepala...
Sebab saya juga, ada kalanya, mem-beruang-kan diri dengan gilang-gemilang...*blush,blush*

Tidur juga merupakan ibadah, tapi takkan yang tu yang nak jadi box office Ramadhan ini? Yang nak dipersembahkan dengan bangganya depan tuhan? Yang boleh menaikkan semangat bertakbir dengan penuh kepuasan setelah berjaya melawan nafsu selama sebulan di pagi Syawal?
Huhu...

Inche Pochong kata its never too late.
God allows U-turn.
Masih ada setengah lagi sisa bulan Ramadhan.
Sapa belum stat enjin, boleh hidupkan dulu, dan terus jalan. Sapa yang dah stat drive boleh naikkan gear (jangan terreverse eh). Sapa yang dah sampai had laju max, teruskan usaha n don belok-belok.
Usaha, usaha dan usaha lagi.
Dalam bulan ini, orang tamak selalu untung!

Semoga amalan-amalan kita diberkati.
Biar sedikit berbanding pok syeikh yang hebat, tapi biar berterusan, sehingga 11 bulan setelahnya, sebelum kembali bertemu dengan madrasah tarbiyah ini.
"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna"
"Perjalanan mencari tuhan, juga mencari diri"
Semoga diizinkan Allah

Selamat mengimarahkan the rest of the Ramadhan.
Kiss teddy bear gud bai.

Sunday 7 August 2011

Si camar dan terumbu karang

I was so happy on Friday
When Safiyyah asked for a meet up
It came as a great honor to the nobody-me

I was so overwhelmed on Saturday
I get to join a katibah, with my beloved circle of sisters
I saw text from mama, praising on my blog
Coming from the lady who 'gave life' to you
Even on the smallest matter, could really make your day

The today presented itself in different mode
Another news of fallen leaf
Exactly two weeks apart
The leaf under my care
The leaf I really love wholeheartedly
Unspeakable sorrow, self sedated, lifeless day

Then, a very familiar ayat came to my mind
Saw on two bloggers' wall recently
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. [2:155-156]
So true.
Where had my sabar gone  to?

Some said,
hidup umpama roda, ada kalanya kamu di atas, ada kalanya kamu di bawah

One moment, you are the bird, soaring up high, high in the sky
The next moment, you are the coral, lying still deep, deep down in the ocean
You are only human, after all.

Saturday 6 August 2011

Laser cap nini cokelat celup

Antara target bulan Ramadhan adalah, jaga lidah.
Time pemBERSIHan diri dulu pon begitu juga, ingin kurangkan pokpek yang kurang efektif di klinik.

Walaubagaimanapon, setelah mengharungi 5 hari di bulan Ramadhan, budaya itu masih belum hilang sepenuhnya TT_TT
Pada kes-kes client defaulter dll kes yang mampu menaikkan mampu tekanan darah hingga paras 200/120 mmHg, memang senang terkeluar laser beam yang tajam punye. Oho ~
Berleter bukan sebab nak carik gaduh, tapi kerana sayangkan client, dan demi menjaga kualiti kesihatan bumi bawah bayu yang sangat tinggi dengan kadar kematian ibu dan bayi - dan inilah yang menjadi tolok ukur kepada kadar kesihatan sesebuah negara.

Kalau tak ditegur, lain kali buat lagi.
Tapi perubahan tetap mesti dilakukan.
Jadi laser beam yang dikeluarkan, sedaya upaya dipastikan disalut dulu dengan cokelat celup, supaya bile mengenai client akan rasa sesedap nini cokelat celup.


[kredit]

Kisah 1
‎19 y.o primid (anak pertama)
Time tengah scan, tak dapat nak appreciate kedudukan uri dia sebab pundi kencing tak penuh.

So, out of blue saya bertanya, 'Puasa tak hari ni?'
Kalau dia tak puasa nak suruh minum air supaya boleh penuhkan pundi kencing.
'Tak puasa'
Saya menjadi konpius sekejap, tak ade pulak dia komplen morning sickness tadi.
'Kenape tak puasa?'

'Suami tak suruh'
*sumpah rasa nak pengsan*

Datang red alert dari langit mengatakan laser sudah hampir keluar. Cepat celupkan cokelat!
'Dik, awak sembah suami ke sembah tuhan?'

Dia tertawa. Oh. Bukan perkara sensitif rupanya bagi dia T_T Ataukah efek nini?
Saya try cover emosi saya dengan pokpek tentang anak dalam kandungan dia sihat, kena makan vitamin, dan apoinment akan datang.
Tetibe nak tanya lagi, out of blue, 'Dik, awak sembahyang tak?'
Dia terperanjat, dan menggelengkan kepala
*oh, tambah horrified. Bertenang, celup cokelat*
'Kenapa, suami tak suruh jugak ke?'
'Tidak, itu dia suruh...'
'Laa, yang dia suruh awak tak mau buat pulak...?' Ok, kekurangan cokelat di situ...
Dan terselitlah tazkirah seminit, dalam nada suara yang dipaksa kool. Oh. Sedih. Semoga Allah kurniakan hidayah kepadanya.

Kisah 2
Sepatutnya appoinment client tu minggu lepas, tapi semalam baru datang. Kes-kes defaulter ni memang mampu menye-troke-kan doktor-doktor yang darah tinggi. Macamana nak jaga mereka kalau mereka tak mahu jaga diri sendiri...?
'Kenapa la kamu tidak datang minggu lepas?'
'Itu ba, suami saya teda'
*oh. red alert...celup jangan tak celup*
'Biarla ba, bukannya saya mau scan suami kamu'
Dia ketawa. Enak barangkali nini itu.
'Memangla, tapi teda yang mo kasi teman saya datang sini'
'Naik saja tuh kereta kuda, teda apa-apa juga'
Ketawa makin besar 'Mana ada kereta kuda turun sini'
'Alah, kereta kerbau pasti banyak...'
Tambah dia ketawa. Lepas scan, saya bagi appoinment baru kepadanya.
'Datang ye, naik la kerete ape pon' (dah malas pakai slang sabah)
'Ba...'
* * * * *

Itu antara laser yang sempat disalut cokelat.
Tapi masih ada jugak laser beam lain yang terlepas.
Mendidik jiwa itu tiada penghujung.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya...!

Sabda Rasulullah
'Sesiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau diam.'
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Monday 1 August 2011

Random Ramadhan

Assalamualaikum wbt
The random thoughts that kept flowing

1. Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan, di samping memakmurkan bulan ini from dawn till next dawn.

2. Agar tidak bagaikan singa tidur di siang hari, dan rahib mengantuk di malam hari
    Agar tidak menjalani Ramadhan dengan kehampehan yang nyata
   Dah tengok iklan pesta Ramadhan dari anwarhadi n aiman azlan?

3. Sangat gembira menerima kiriman mama, yang akan menjadi peneman di sepanjang Ramadhan


4. Perjalanan mencari tuhan
    Seperti Fend moncoret jalan hidupnya
    Berkelana merentas benua
    30 hari mencari cinta
    Tinggi harapan hamba, semoga kuat untuk teruskan perjuangan
    Agar berjaya digapai, tak mahu lepas lagi

5. Perjalanan mencari diri
    Mencari erti hidup yang ingin dijalani
    Memahami kejahilan yang tidak wajar diulangi
    Mendambakan hanya kasih Ilahi
    Apakah bakal aku temui?

6. Madrasah tarbiyah
    Tazkiyatun Nafs
    10 muwassofat tarbiyah
    DF ~ kena pancing baik2, apakah perlu masquerading tactic? pening~

7. Mulakan dari awal
    Turning point yang dikecapi beberapa bulan lalu, harus di-refresh semula
    Mula dari awal, moga diizinkan Tuhan

8. Tiada lagi ujian yang harus dikejar
    Tiada lagi panggilan onkol
    Yang ada hanya kerja jemaah yang menimbun (ah, bukan alasan)
    Jadi tiada alasan mengapa target tak dapat dilaksanakan

9. My All ~ I wish ~ negai kanaemasu you ni...
   Walaupon muka dah setebal 12 inci, tetap tinggi harapan. semoga diterima.

10. Diri ini insan yang hina. Yang banyak khilafnya.
     Pesanan2 berharga dah dicerna, tapi tak dapat dizahirkan
     Apakah takut dengan bayang-bayang, ataukah dengan tuhan?