Monday 22 August 2011

Bahang cinta itu

Bahang cinta itu begitu hangat terasa
Sungguh, memang hangat terasa.

[kredit]
Kereta barunya tercalar di bucu hadapan. Kemalangan yang disebabkan oleh seorang rakan lain, dalam menjalankan tugas NGO. Lampunya sedikit tertonjol keluar. Wajah tampak sayu, walau diselingi tawa.
Tangkas seorang sahabat menghibur 'tak apa, insya Allah kereta ini akan jadi saksi di akhirat'
Wajahnya tersenyum bahagia, begitu juga diriku.
Sungguh, bahang cinta itu begitu hangat terasa.

Kebetulan (yang bukan kebetulan) tiga organisasi mengadakan majlis keagamaan serentak di masjid UMS pada malam 21 Ramadhan. Demi mengelakkan kekeliruan adik-adik dari ketiga-tiga organisasi, kami menunggu di tangga untuk menunjukkan direction ke arah program mereka masing-masing. Ketika sampai waktu solat Magrib, datang seorang adik bertanya 'kak, kita solat di atas ke di bawah?' (tempat jemaah wanita berada di tingkat 2-3). Pecah tawa kami, 'kalau solat tak kisah la dik, sama-sama nak menghadap Allah'. Walaupun dalam 3 organisasi yang berbeza, dengan cara dan pemahaman yang sedikit berbeza, namun tujuan kami semua sama, sujud kepadaNya, dan mengajak mereka yang lain kepadaNya.
Dalam bertemu sahabat dari lain-lain organisasi, kami bertukar senyuman hormat.
Sungguh, bahang cinta begitu hangat terasa.

Pertemuan kami tak melebihi lima kali. Seorang adik yang dipayungi NGO sama, tetapi di Johor.
Perbualan kami tak lebih sejam panjangnya dalam tempoh sebulan. Ada kalanya cuma sempat bertukar salam dan senyuman.
Tapi kemesraan itu hangat terasa, bukan hanya dengannya, tetapi juga dengan keluarganya.
Perpisahan kelmarin begitu menyedihkan. Walaupun saya yakin hanya untuk sementara.
Sungguh, bahang cinta itu begitu hangat terasa.

Pencapaian dalam tadarus Al-Quran kali ini, saya kira cukup memberansangkan, hampir mencapai target, dan yang pasti lebih baik daripada beberapa tahun kemarin.
Tetapi apabila bertemu teman-teman bulatan gembira dan compare notes, R telah mencapai 6 juzu pada round kedua, D baru memulai round kedua, H masih struggle untuk menamatkan round pertama dikeranakan pergelutan dengan kesibukan kerja. Walaupun cemburu dengan yang lebih maju ke hadapan, kami semua tersenyum puas. Berlumba-lumba memburu keredhaanNya memang yang terindah.
Sungguh, bahang cinta itu begitu hangat terasa.

Demi menjayakan Majlis Berbuka Puasa anjuran NGO dan Hidayah Centre, begitu banyak kerja yang harus dilaksanakan. Dari pagi, sehingga menjelang esok pagi, melaksanakan ibadah berbakti kepada NGO, disambung dengan ibadah kepada tuhan, disambung lagi tugas dengan NGO, dan disambung dengan perlangsungan majlis tersebut. Wajah mengantuk dan kepenatan disembunyikan, badan tangkas bergerak, untuk melicinkan perjalanan majlis. Yang menyambut tetamu dan yang berada di atas pentas tetap setia menguntumkan segaris senyuman kepada para tetamu. Baik yang di belakang tabir, mahupun di atas pentas, masing-masing menjalankan kerja, walaupon tampak jelas mata merah berair menahan kantuk. Hanya segaris senyuman dan kata-kata semangat mampu kami hadiahkan buat satu sama lain.
Sungguh, bahang cinta itu begitu hangat terasa.

Tetamu kehormat kami dari Kuala Lumpur, Timbalan Presiden NGO pusat dan isteri beliau, bergegas keluar seusai sesi pertama majlis untuk mengejar penerbangan mereka. Sempat saya hantar ke pintu untuk menyapa mereka secara personal (as they are old family friends). Mereka terperanjat melihat saya di Sabah, dan bergema mutiara kata dari Dr H yang sangat saya hormati, 'Sabah is very blessed to have you here'. Disambung dengan doa-doa harapan daripada isterinya kepada saya. Pakcik dan makcik, walau lama tidak bersua, masih terasa kemesraan dahulu, sewaktu mereka menjaga saya yang berumur 7 tahun sementara menunggu ibu bapa saya pulang kerja, menjemput makan pisang goreng...
Sungguh, bahang cinta itu begitu hangat terasa.

Indeed, it is not them who are blessed to have me, but it is me that is tremendously blessed to have them.
It is not Sabah that is blessed to have me, but it is me who is blessed to come to Sabah.
Segala kebetulan yang diaturkan oleh Allah, sememangnya yang terindah.
Berada dalam gerabak ini, bergerak bersama-sama mereka, walaupun hanya sebagai perajurit kecil, walaupun terlambat berbanding mereka yang lebih muda, akan saya hargai setiap detik, untuk memberikan kontribusi semampunya, dalam mengejar redhaNya, dengan ucapan syukur yang tiada penghujung.

[kredit]
Ini adalah antara kisah-kisah cinta yang saya temui dalam bulatan Al-Quran dan dalam lingkaran organisasi, di sepanjang sabtu ahad ini.
Bahang cinta yang begitu hangat.
Makan sepinggan, tidur sebantal, ibadah sesejadah, saling bertukar cerita dan banyak lagi.
Mungkin ada yang mengatakan, 'ala, pompuan, stended ar...'
Care to see a guy's point of view mengenai bulatan gembira?
See what angel pakai gucci has got to say here. And you'll see betapa menggembirakan sebuah bulatan gembira.

Mari...sertai kami? Cuma bermodalkan kemahuan dan jasad anda, dan dijamin pulangannya, insya Allah
Sama-sama kita sebarkan kegembiraan ini, agar mereka yang kita sayangi boleh turut merasainya.

14 comments:

Ann Huda (Ate) said...

"It is not Sabah that is blessed to have me, but it is me who is blessed to come to Sabah." Tol tu stuju sgt2 ngan quote ni... Hahaha (Jgn mare).

Sabah negeri penuh cabaran dan tantangan, nak uji terrer ke tidak kita 'bergerak' antar lah ke Sabah. Kalau rasa diri hebat cuba try test uji dok Sabah.. kalau rasa diri hebat di tempat yg mmg dah subur..tak ci lah...hehehe.

Note: Kata2 di ats adalah buat diri sendiri yg merasa diri sgt lah tak hebat tapi kononnya 'beruntung' berada di negeri yg subur.

Dinas Aldi said...

Tumpang gembira dengan bahang cinta yg begitu hangat itu, dik. You are one of those blessed human beings who can make the world a better place.

Puding karamel said...

Ate ~
hahaha...nak marah apenye...betul sangat la tu.tu yg mmg quote cenggitu. sbb sy mmg x kan bgerak d negeri subur punye.tgkla hasil sehingga akhir thn lps,kehampehan yg nyata.haha
Sabah banyak mengajar saya menjadi orang, dan adapon sy masih lg belajar, dan masih banyak yang perlu dpelajari

may Allah bless

Puding karamel said...

k Dinas~
alhmdllh, thnx atas kata2 yg begitu menyenangkan

sy yakin, k dinas juga merasai perkara yg sama kn, being a great teacher who spread warmth n smile

however, hopefully, someday, k Dinas yg comel ini akan merasai jg bahang cinta yang sy rasai ^^ amiin

Anonymous said...

Alhamdulillah...

Selepas semalaman ke-beruang-an... baru berfikiran normal untuk bermuhasabah.

Kita (diri-sendiri) belajar banyak perkara akibat percintaan berpayung dengan orang yang lebih dan sangat dewasa.

Majlis besar atau tak besar, formal atau tidak, semuanya mengajarkan diri-sendiri menjadi MANUSIA.

Ibrahnya, all in one.

JZKK. Moga Allah memberi kebaikan berganda kepada kita semua dan kita merasakan nikmat percintaan sebenar.

Anonymous said...

salam ziarah..;)

subhanallah. ana mencari bulatan gembira.

Puding karamel said...

baby ~
Amiin...
dh agak dah...mst awk menjadi alberuang alkabir.hehe
wajarla,dalam 3 hari tidur berapa jam jer...semoga Allah bls jasa baik awk
n jgn lupe sabtu ni eh ^^

Puding karamel said...

pengemisCinta~
ahlan ya ukhti...
kami menanti2kn kedatangan ukhti^^
minta emel, smg kte dpt berkenalan n membulat bergembira beramai2 eh...
hoyeah!
allahu akbar...!

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Puding karamel said...

akk dah emel awk dik ^^
kte smbg bkenalan d emel eh
may allah bless

Unknown said...

EHEM.puding karamel join ye program hidayah centre tu.wahaa.
ade jugak tengok iklan dia dekat flyers.
sadly,ade program dekat tempat lain.hee :D

Puding karamel said...

tak kisah la ikot program mana pon. yg ptg bermanfaat buat diri dan masyarakat eh.
tak gitu?

Anonymous said...

salam ukht..hanya mahu mengatakan sesuatu.

" i luv u" fillah :)
jujurnya sblm ni saya pernah mennagis krn kehilangan akhwat...hilangnya bukan futur tapi teruskan mengorak langkah ke hadapan dgn cara yg berbeza..


kehilangan cinta itu sgt terasa...
saya ty pd Allah knp Engkau mengambilnya dr hati2 ini?

lalu jawapannya ada pd hr ini..
krn DIA mahu menggantikannya dgn kakak yg baru yyakni kak fatty tersayang!^^

hoyeh.moga kehangatan Kasih ilahi sentiasa segar di hati:))

Puding karamel said...

^^
kan...segala kebetulan yang diaturkan oleh Allah itu mmg yang paling indah

cis...nak doakan akak tambah gemuk eh?haha...

akhawat itu patah tumbuh hilang berganti mengikut arus, tapi Dia tak kan hilang selama kita berpegang pada taliNya ^^
semoga kita akan terus, dan terus tsabat berada d jalanNya, ins Allah

hoyeah!