Sunday, 14 August 2011

Ramadhan Al-Beruang

Salam 14 Ramadhan
Bagaimanakah khabar Ramadhan anda?

Semalam alhamdulillah, saya berkesempatan untuk mengisi tentang 'Ramadhan Menyegarkan' kepada adik-adik sekolah menengah. Bahan diambil dari buku 'Ramadhan Returns' by Shofwan Al-Banna, penulis dari seberang. Tulisan beliau sungguh gila-gila, yet padat berisi. Tak kering gusi saya membacanya. Best.

[kredit]
Bagaimana menjalani Ramadhan agar tidak seperti singa tidur di siang hari dan rahib mengantuk di malam hari.

Sebuah teka teki yang beliau pernah utarakan, 'Apa persamaan orang puasa dengan beruang?'
Jawab teman beliau 'sama-sama hobi tidur!' sambil ketawa berdekah-dekah.
'Kalau beruang berhibernasi musim sejuk, kita juga berhibernasi time bulan Ramadhan!'

[kredit]
Lantas terjadilah fenomena yang dinamakan Ramadhan Al-Beruang.
a.k.a, Ramadhan yang least productive. Ibadah down, kerier down, social pon down. Lingkar perut saja mungkin yang up semasa berbuka.
Sahur mata kuyu, bekerja dengan mata layu, lepas buka puasa, mata terus tertutup. Hingga esok hari, di mana cycle kuyu-layu-tutup sambung-menyambung.
Lifeless.Lembiks.Malas.
Jadilah mayat hidup bergelimpangan di surau.
Zombie yang hadir kerja tanpa semangat.
Pergerakan hidup dengan kelajuan express siput.

[kredit]
Sehingga bos saya yang non-muslim pernah menegur dalam meeting sewaktu saya sedang chair meeting tersebut. 'Tak payah tanya that lot, bateri tak caj lagi...'
Staf saya tersenyam senyum, tetapi saya sangat terkejut dan terasa, walaupon saya cover juga dengan ketawa kecil.
Kami hanya duduk dalam bilik meeting, dengan aircond yang sepoi-sepoi bahasa, sekadar pasang mata, pasang telinga,cakap bile perlu. Punggung diam di atas kerusi empuk. Tapi tangkas menunjukkan symptom ke-beruang-an yang obviyes.
Sedangkan sahabat-sahabat nabi, berperang dengan baju besi dan pedang-perisai yang beratnya berkilo-kilo, bawah terik matahari atau dicengkam kesejukan malam, punggung terhentak-hentak atas belakang kuda, dipenuhi luka dan bermandikan darah, dalam keadaan berpuasa, tetapi mereka yang hanya berjumlah 200 orang, malah berjaya mengalahkan musyrikin yang berjumlah 2000 orang, dengan bantuan Allah.
Tanpa sedikit pun symptom al-beruangs.

[kredit]
Oh. Malu tahap burung unta. Rasa nak benamkan kepala...
Sebab saya juga, ada kalanya, mem-beruang-kan diri dengan gilang-gemilang...*blush,blush*

Tidur juga merupakan ibadah, tapi takkan yang tu yang nak jadi box office Ramadhan ini? Yang nak dipersembahkan dengan bangganya depan tuhan? Yang boleh menaikkan semangat bertakbir dengan penuh kepuasan setelah berjaya melawan nafsu selama sebulan di pagi Syawal?
Huhu...

Inche Pochong kata its never too late.
God allows U-turn.
Masih ada setengah lagi sisa bulan Ramadhan.
Sapa belum stat enjin, boleh hidupkan dulu, dan terus jalan. Sapa yang dah stat drive boleh naikkan gear (jangan terreverse eh). Sapa yang dah sampai had laju max, teruskan usaha n don belok-belok.
Usaha, usaha dan usaha lagi.
Dalam bulan ini, orang tamak selalu untung!

Semoga amalan-amalan kita diberkati.
Biar sedikit berbanding pok syeikh yang hebat, tapi biar berterusan, sehingga 11 bulan setelahnya, sebelum kembali bertemu dengan madrasah tarbiyah ini.
"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna"
"Perjalanan mencari tuhan, juga mencari diri"
Semoga diizinkan Allah

Selamat mengimarahkan the rest of the Ramadhan.
Kiss teddy bear gud bai.

16 comments:

Ann Huda (Ate) said...

Mengapa Ate tak pernah tahu kewujudan buku itew?? Pinjamm..Tapi dah abis Ramadhan tak syiok kan baca.

The Mind of Super Muslim said...

Moga kita mencontohi serta terbabit sama menjadi alumni unggulan al Badr yang izzahnya membentang dari masyriq ke maghrib zaman. Insha Allah.

Moga Allah memberi kebaikan berganda kepada kakak, dan semua orang.

Puding Karamel said...

ate ~ bookmagz, terbitan pro-u media.buku lama dah ni ate, cume baru tergerak nak baca...
buku ni syok dbaca bile2 saja ^^
tak jemu, as preparation for the next ramadhan. n boleh diterapkan untuk aulad jugak.steps dia sangat simpel...^^
kalau nak saya boleh emel power point yg sy buat,base on buku ni.
klo nk pnjam nnt sy bw balik

Puding Karamel said...

baby ~
amiin
semoga boleh menjadi 'hampir' sebaik mereka.
usaha,usaha, dan usaha lagi

ingat ek,org tamak slalu untung,okeh?
hehe

Anonymous said...

Memanglah... orang tamak selalu untung.

Kuih 'Curry Puff', kuih warna hijau, (tak ingat nama kuih) serta makanan yang lainnya, rasanya sekali-kali tidak boleh untuk tamak (mereka baik, jangan buli mereka).

Puding Karamel said...

kalau dengan makanan, jangan tamak, tapi jangan juga membazir.
kesian derang kena buang smlm.menangis2 mereka tau xD

Dinas Aldi said...

Sungguh guilty, akak di minggu pertama memang kena simptom Ramadhan Al-Beruang itu selama beberapa hari. Nasib baik lepas tu badan sudah dapat momentum puasa terus2an, kuat gedang balik.

Puding Karamel said...

sbb tu la Rasulullah ajar supaya warming up dlm bln syaaban.
tapi sy pon warm up hangat2 tahi platipus, tu yg ter-beruang jugak tuh.hehe...
tak pe kak, semangat, nak rentas the 2nd half...moga Allah ketemukan kuta dengan lailatul Qadar, juga keredhaanNya...

Anonymous said...

salam, akak, nak juga power point yang akak buat tu!

Puding Karamel said...

Ws, boleh,boleh!
dengan besar hatinye,walaupon tak de la bombastik sgt
bagi emel,nnt akk hantar

nusrah said...

salam..first time komen kat sini. :)
haha, cam terkena tempias pun ada, memang keberuangan sungguh. Itulah, nabi galakkan warming up bulan syaaban tapi culas sgt nak membuatnye. Heh

Puding Karamel said...

Ws
jzkk atas kunjungan
tu la kan,nabi dah ajar yang terbaik dah tu...up to us nak ikot ke x...
never too late,jom stat kempen anti beruang di bulan Ramadhan

Semoga dapat mengejar 10 malam terakhir,dgn rahmatNya

sayatakpakaigucci said...

ukhti~ ^_^
lamanye tak bertandang ke blog ni.. rindu..
ok, `ramadhan al-beruang`, serius hanye comel pada namenye saje huhu..
malunye kalau non muslim nampak ketidakproaktifan kita dgn alasan sdg berpuasa..
takut buat mereka rasa yg puasa membebankan..
kita semakin menghampiri 10 malam terakhir ramadhan..
ayuh masuk gear 5 memecut laju mencari redhaNya..

wahh mane awak beli buku tu?
nak cari juga la..^_^

Puding Karamel said...

ukhti stpg ~
sou,hisashiburi da ne...
isogashikunattan deshou?
atarimai darou...Ramadhan datte saa ^^
mmg sgt malu...
smlm baru hadiri Eye Care Course, doktor India tu apologize for organizing the course during Ramadhan.huhu...to me, so what?
abis bln Ramadhan bulan dok diam2 n tkelepet dalam ofis?
kite yg bagi persepsi buruk pada pandangan mereka.wuwuwuwuwu~~~

x mo masuk gear 5,nak masuk gear 10.ngahaha...org tamak slalu untung!!!

p/s:d indonesia...koko wa nai to omotte.tp klo nk pnjm boleh.cuma bhs dia bhs indon pasar,pekat punye.banyak juga yg sukar dpahami,tp santai...

Inche gabbana said...

ramadhan al-beruang. baca tajuk dah nak tergelak.

alhamdulillah, ramadhan saya tahun ni seperti seekor kucheng yg kena kejar anjing, terkejar ke sana dan ke sini.

moga allah kurniakan kita semua kekuatan ntok memecut laju ntok 10 hari yg terakhir ni!

ayo!

Puding Karamel said...

oh, tak boleh kalah dgn 'cipanku lari gagah berani', belum diambil kira setiap ayatnya.

sangat cemburu dengan ramadhan anda.akan tetap berusaha spy tak kalah dalam mengejar cintaNya.

may Allah bless us all
10 hari terakhir;bring it on!