Wednesday 27 July 2011

Seni meredah kehidupan

Kisah 1: Do what you like

Ini kisah seorang houseman, my colleague semasa di medical. A pleasant Indian lad, who really put all his effort in his work. Surprisingly, he wasn't passionate at all being a doctor. Dia nak jadi businessman katanya, nak join family business. Tapi ayahnya tak setuju, mengimpikan seorang doktor dalam keluarga. So, off he went to Russia to study, and started his housemanship 1 posting later than me. Walaupun tak ada passion dengan medical, he gave his all, sebab prinsip hidupnya, mesti lakukan yang terbaik, tak kira apa pun yang dia ceburi.
Sehingga 4 bulan berlalu, banyak perkara yang ditempuhi, menyebabkan dia rasa harga dirinya bagai dipijak-pijak (biasalah, houseman kena maki, kena extend, dan lain-lain). To the extend that he was unable to tolerate, dengan selamba dia memberitahu kami, 'I'm quitting housemanship. I've decided to join my family business. Why bother taking all this nonsense as if you have no pride and dignity?'
Sangat sayang, we've gone this far, 6 years of study, 4 months of housemanship, tinggal beberapa tapak lagi... Pujuk macamana pon, memang dia nekad. After reasoning with his father for the 1000th time, his father finally relented.
And off he joined his family business, jual baja, dengan pengasilan 10k sebulan. Omo~ ($_$)
Good for him, he chose what he likes...

Kisah 2: Or like what you do

Ini kisah bos saya di A&E department (kecemasan). A Chinese lady, sangat comel dan bersemangat waja. And she's one of the best doctor, I must say. Registrar to be exact (registrar adalah doktor yang hampir menjadi specialist).
Satu malam, ketika red zone tenang dan lengang, kami bersembang-sembang, we asked her what made her wanted to specialize in Emergency Medicine. Tetibe keluar kisah yang tak pernah terpikir dek otak yang waras, walaupun telah berlaku.
Dia paling tak mahu jadi doktor. Initially dia nak ambil biotech ke biomed, something like that la. Sekali dah syok-syok belajar di matriks U ni, course yang dia nak ambil tu dimansuhkan. Choice sangat la tak banyak ketika itu, dan dia dengan terpaksanya mengambil medic. Dan dia menjadi star doctor kepada bosnya di sebuah hospital di Perak, sehingga ditawarkan mengambil Emergency Medicine dan dah dibooking siap-siap oleh bos untuk kembali ke Perak.
She had to like whatever she's doing, and she's enjoying it very much.

Kisah 3: And strive for excellence in whatever you do

Ini kisah seorang yang tak dikenal langsung. Seorang blogger melayu.
Dia merupakan French grad, dalam bidang geology. Dan sementara menunggu peluang untuk melanjutkan pelajaran, dia berkesempatan untuk mengikuti kursus ringkas (satu kelas je pon) Department of Food Service dan diberi kepercayaan untuk menyambung projek rolled tart machine.
Dan team dia berjaya dalam misi ini only after 7 failed attempts.
Siap dapat gold prize lagi dalam i-ENVEX (International Engineering Invention & Innovation Exhibition) awal tahun ini. Dari geology jauh sesat ke food engineering, punyala aneh, but the most impressive point is, the mission was done diligently, excellently, regardless!
Belum lagi cerita dari geology ke agama (tapi ni tak aneh, cop!)
Dia memegang peranan aktif dalam sebuah NGO keagamaan, dengan gaya yang tersendiri, serta telah menyentuh banyak hati dalam masyarakat.
Hidup yang berwarna-warni, balancing dunia dan akhirat.
Strive for excellence, dalam apa jua urusan.

* * * * *

Setiap satu dari kita ada ujian tersendiri.

Kadang-kadang kita tak dapat hal apa yang kita inginkan. Awal-awal Allah dah jelaskan dalam Al-Baqarah, ayat 216, bahawasanya Allah lebih mengerti apa yang terbaik buat kita.

Kadang-kadang ada sesuatu hal itu, hanya terjawab dengan waktu. Mimpi Nabi Yusuf yang ditanyakan kepada ayahnya, seperti dalam surah Yusuf, ayat 4, hanya terjawab pada ayat 100, setelah dibuang ke telaga, setelah diuji dengan isteri pembesar, setelah keluar masuk penjara, setelah diangkat menjadi pemerintah. Dikatakan durasi waktu tersebut adalah 40 tahun.
Walaupon hakikatnya penantian itu sebuah penyiksaan.

Kadang-kadang hidup sesetengah orang itu, lebih berliku-liku berbanding orang lain.
Laa yukallifullahu nafsan illa wus'aha... (2:286)
kerana Allah yakin hambaNya itu mampu mengadapi ujianNya.

Senang kalau nak cakap,tetapi payah bila dah kena batang hidung sendiri.
Ketika itu, hanya kepada Allahlah tempat kembali...
Wallahu a'lam.

Ganbarimashou!

-yang bukan dari satupon dari 3 kisah diatas -__-"  x excellent langsung. Papepon,redah jer beb-

Sunday 24 July 2011

Daun kecil itu

[kredit]
Daun kecil itu berbeza. Warnanya tidak sehijau daun-daun lain.
Daun kecil dilihat berpenyakit. Daun kecil dikatakan pelik.
Daun kecil berkecil hati. Daun kecil mula membawa diri.

Tiada tempat baginya mengadu.
Hilang sudah kepercayaan kepada daun besar yang memayungi.
Tiada tempat lagi baginya di sini.
Daun kecil bertekad untuk menggugurkan diri.
Keinginannya sudah terpahat, kekal terpateri. 
Kepada daun besar di ranting sebelah disampaikan hajat hati.

Daun kecil ingin gugur.
Daun kecil bertekad untuk gugur.
Dan apabila daun kecil nekad, tiada yang bakal menggugah.

Air mata berguguran.
Keinginan disampaikan.
Daun besar berasa gusar.
Tidak perlu gugur, sayang.
Kenapa tidak sama-sama kita teruskan perjuangan, meskipun ada perbezaan?

Air mata daun kecil membasahi bumi.
Air mata daun besar turut mengiringi.
Suara parau membujuk yang dikasihi.
Tetap sudah kehendak ilahi.
Dan daun kecil gugur, jatuh ke bumi.

[kredit]
Daun besar memandang dari jauh.
Memanggil-manggil daun kecil tanpa henti.
Meminta daun kecil untuk kembali.
Berdoa kepada tuhan tanpa henti.
Entah esok, entah sepuluh tahun lagi.
Semoga suatu hari, daun kecil akan kembali bersama kami.

* * * * *

Perbezaan itu kurnia. Perbezaan itu nikmat.
Perbezaan adalah suatu yang pasti.
Perbezaan akan wujud, pada hal besar, pada hal dasar.
Perbezaan itu mencorakkan kita.
Bukankah itu indah? Supaya kita saling melengkapi?

Kenapa perbezaan itu tidak disikapi dengan kelembutan dan kasih sayang?
Perbezaan itu akan tetap ada, tapi kita semua tetap sama.
Kita semua manusia.

Seruan kepada kebaikan.
Bukan seruan penghakiman.
Pandang dari kaca mata mereka.
Supaya tiada daun kecil yang mengalami nasib serupa.

Thursday 21 July 2011

Dari pandangan mata mereka...

Kisah 1
Kisah semasa masih training di male medical ward di hospital super busy.
Masuk seorang pakcik India, kerana sakit hati akibat pengambilan alkohol yang berlebihan (alcoholic liver cirrhosis). Memang kes ini sering ditemui pada bangsa India, juga bangsa cina (menurut pengalaman saya yang cetek ini, bukan statistik  data).
Masa tengah tanya history dari pakcik itu, saya dengan tak tapis-tapis terus bertanya, 'Kenapa rajin sangat minum samsu sampai rosak hati ni pakcik?'
Waktu itu memang saya buruk sangka. Hati saya menggerutu, tu la, syok sangat minum arak, kan dah rosak hati.
Tapi reply pakcik itu sangat mendesup, 'Apa boleh buat kakak (satu bende tentang orang India ni mereka suka panggil kami, staf kesihatan ni, sebagai kakak, walaupon umur dia mungkin sebaya bapak saya), siang hari kerja banyak penat, jadi malam musti mau minum kasi hilang itu penat. esok mau sambung kerja lagi...'
Pakcik itu adalah salah seorang antara labour worker, pekerjaan yang memeras tenaga sehingga ke titisan peluh terakhir.
Arak yang kita pandang sebagai najis, malah merupakan penyambung hidup baginya, penghilang penat sebelum meneruskan hari esok yang tidak kurang melelahkan berbanding hari ini.
Saya rasa terkedu. Hidup yang saya rasa begitu mencabar dan melelahkan, kini terasa breeze berbanding pakcik tersebut.

Kisah 2
Adik melayu yang hampir menjangkau 20an itu terbaring dalam bilik pengasingan (isolation room). Badannya penuh parut-parut kurap, kurus kering dan tidak terurus. Masuk kerana penyakit TB paru-paru. Dan tidak habis makan ubat.
Geram betul saya, tak mau makan ubat, dah sakit tau pulak nak masuk hospital lagi.
'Ni kenapa tak makan ubat ni? Tak ikut follow up?'
'Kak, saya tak ada duit nak datang. Hidup merempat, menumpang kawan. Keluarga dah buang saya, sebab saya dah jadi macam ni'.
Saya terdiam. Malu dengan tindakan diri. Kadang-kadang dalam kesibukan arus hidup,  kita terlalu cepat jump to the conclusion... malah kita yang memilih untuk jump to the conclusion.
Setiap kali saya round di bilik itu pagi-pagi, saya akan pastikan senyuman tak tertinggal. Semoga adik cepat sembuh.

Kisah 3
Suatu tengahari yang indah, selepas ward round dengan bos, ketika masa melawat, kelihatan segerombolan wanita berpurdah mengelilingi seorang lelaki muda berjanggut, sambil membaca yasin. Agak terperanjat. Panorama yang jarang dilihat di wad kelas 3. Dan lebih memeranjatkan adalah apabila mengetahui bahawa lelaki tersebut menderita penyakit AIDS. Saya pon tak ingat siapa yang menegur siapa dahulu, saya atau isterinya. Yang pasti ketika kami bercerita, sempat saya tanyakan tentang faktor risiko suaminya mendapat AIDS. Katanya, suaminya dahulu seorang penagih dadah, tetapi kemudian telah bertaubat dan dijodohkan dengannya. Mereka telah dikurniakan beberapa orang cahaya mata. Baru sejak beberapa bulan yang lalu, suaminya mula menunjukkan gejala-gejala penyakit.
Wanita itu kelihatan bingung. Dia tidak menyalahkan takdir, tetapi cuma bingung apa yang patut dilakukan waktu itu. Katanya 'Saya tak pernah cek HIV, doktor, tapi saya dapat rasakan kuman ini dalam badan saya'. Saya memandangnya dengan penuh simpati, dan cuma mampu mencadangkan supaya dia dan anak-anaknya melakukan ujian saringan HIV.
Saya terkedu. Kalau bukan sebab dah tahu kisah dari isteri lelaki terebut, mungkin saya akan memandangnya dengan stigma.
Lelaki itu telah bertaubat. Lelaki itu telah memulakan hidup baru. Tetapi lelaki itu tetap menanggung akibat daripada perbuatan silamnya.
Bukankah sakit itu tanda Allah sayang?

* * * * *

Terkadang kita cuma memikirkan hal sendiri, sehingga tidak sempat melihat orang lain.
Terkadang kita taksub dengan pendapat dan prasangka sendiri, sehingga lupa memandang dari kaca mata mereka.
Terkadang kita lupa, yang kita ini semua sama.

Semoga Allah mengampuni kekurangan diri ini.

Wednesday 20 July 2011

Countdown to Ramadhan

Marhaban ya Ramadhan! in 10 days time...
Rasa berdebar-debar sangat menanti tamu yang istimewa ini.
Yang datangnya cuma sekali setahun.
Pemergiannya tidak menjamin pertemuan yang akan datang.
Apakah ini yang kesekian, atau mungkinkah yang terakhir?

Sangat nervous.
Rasa macam nak hadapi SPM, tapi belum ready. Belum habis study, Tapi teringin nak ace.
Macam tu juga rasanya sekarang.
Nak mengadapi ramadhan, tapi mutabaah amal masih kering kontang.
Persiapan itu adalah sepenting menghadapi.

Menyedari kekontangan anak-anaknya (kot), mak mem-bulat telah menggariskan beberapa target yang harus dicapai sebelum menjelang ramadhan,sejak 3 bulan yang lalu.
Dengan cemerlangnya, saya membuat target yang lumayan bagus, dan bersesuaian dgn kemampuan saya. Ada minggu-minggu yang saya capai, ada yang tidak. Bergantung kepada angin monsun yang bertiup, serta kadar iman ketika itu.
Dan (mungkin) untuk mem-boost-kan lagi moral anak-anak bulatannya, mak membulat memberi homework yang lebih radikal. huhu... seram...

TARGET RAMADHAN
  1. Menguasai dan berkongsi dengan adik-adik membulat tentang fiqh puasa
  2. Solat sunat (merangkap solat dhuha, terawih, qiyam) ~ berapa rakaat.
  3. Tilawah Al-Quran, dalam solat dan luar solat~ berapa pages/juzu'
  4. Sedekah / infak ~ kepada siapa specifically nak dituju
  5. Jaga Lidah
  6. List down penyakit-penyakit hati yang ada, dan target untuk mengubati penyakit hati tersebut
  7. Seruan kepada agama dan kebaikan (DF) ~ kepada siapa
  8. Istighfar ~ jumlahnya
  9. Dan bagi wanita, pada waktu datang bulan, mesti ada bacaan buku untuk menambahkan ilmu ~ buku apa?
  10. Apa yang telah dicapai dalam Ramadhan yang lalu, kekurangan, dan langkah perbaikan untuk Ramadhan kali ini.
Kalau boleh, target mesti 2 kali ganda lebih dari biasa.
Tak pe, letak je target tinggi-tinggi, supaya kalau jatuh ketepek tak terlalu menjunam ke bawah.
Setelah begitu banyak Ramadhan tidak dioptimakan sebelum ini, (kerana diri sendiri, juga kerana tuntutan kerja dan oncall) amatlah tinggi harapanku. Mengharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna. 

[kredit]
Kerana Ramadhan adalah madrasah tarbiyah.
Ramadhan adalah bilik darjah untuk mendidik jiwa kita.
Ramadhan adalah charger bateri untuk setahun ke depan.

Cuba anda try target juga. Mungkin akan terjadi suatu perbaharuan dalam hidup anda?
I don't know
Jom try test tengok!
^_~

Monday 18 July 2011

Munajat Hamba (versi tak terkata)


Ya Allah, Dengarkanlah...
 -ini adalah munajat seorang hamba dalam versi tak terkata, dilakukan bila dah tak boleh nak luahkan perasaan dengan kata-kata. Cuma ucapkan sepotong ayat itu, dan pejam mata, n let the mind video play by itself. Tak risau apa, Allah maha mengetahui isi hati ^^-

Sunday 17 July 2011

Nak solat? Eh???

Hari ni adalah hari lebih keramat daripada 9 Julai. Hari yang menyebabkan saya procrastinate selama 2 bulan, mengejar proposal yang overdue, mencuri waktu untuk berurusan dan planning di tengah kesibukan HIV counselling course, dan akhirnya mimpi ngeri itu, kini, selesai juga. fuhhh~~~
Alhamdulillah!

Hari ini NGO saya yang mengadakan join venture dengan NGO dari Jepun, Hyogo CPR Team untuk mempromosikan CPR kepada pelajar sekolah menengah dan sekaligus mempromosikan NGO saya yang baru saja berdaftar tahun lalu.
Wakil sukarelawan dari Hyogo yang berkunjung tahun ini hanya seorang sahaja, iaitu Morita San (san bererti encik), 53 tahun. Kali ini adalah kunjungan kedua yang dilakukan, setelah tahun 2009 di Kuala Lumpur.

Morita San yang sedang melayan peminat cilik ^^"

Sepanjang menjelaskan kepadanya tentang schedule untuk hari ini, beberapa kali saya akan mengingatkan tentang waktu break untuk solat. Apabila dia bertanya tentang waktu solat, saya berusaha menjelaskan, dengan bahasa jepun saya yang nyawa-nyawa itik, selevel perkataan kanak-kanak tadika, tentang waktu solat, serta konsep penyembahan tuhan yang satu (setelah dia menceritakan kepercayaannya terhadap nenek moyang, beberapa tuhan shinto serta buddha, di samping turut meraikan christmas).

Dan lucunya, sewaktu sesi doa, dia turut mengangkat tangan menghormati doa kita. Ohoho. Dia berdoa bersungguh-sungguh, sehingga apabila dia melihat saya menggerakkan tangan membetulkan tudung seketika di pertengahan doa, dia turut merebut kesempatan untuk menggaru tangan dan sambung berdoa kembali. Haha... memang comel. Mesti dia ingat time doa tak boleh gerak langsung.

Ok, itu biasa saja.

Tapi semasa di kunjungan ke sekola menengah kedua untuk sesi demonstrasi CPR ini, saya beritahu dia yang kami semua ingin solat zuhur, dan meminta dia menunggu di dewan. Tetibe datang request luar alam, 'Nak ikot solat boleh?'
Hoh??? Biar betik???
Peluh tak kire jantina mengalir kuar. Macamana la nak imamkan orang laki ni... Dengan ayat-ayat tadika, saya memberitahu dia yang lelaki kena ikot lelaki sahaja. Dia dengan tersenyum innocent berkata, 'tak pe, carikan saya seorang lelaki, saya nak ikot dia solat'
Oh, sudah! Dah le makcik baru je jejak sekolah tu, tak kenal sesapa. Selepas menggaru kepala, saya dan delegasi NGO yang lain menapak ke surau dan bertenggek di luar pagar, menunggu pelajar-pelajar lelaki keluar. Bile tanya sorang-sorang, semua dah solat. Aish... payah. Yang kawan ni pulak msih pasang muka mengharap.

Terpaksala saya pulak pasang muka kesian dan mintak tolong jugak dengan sorang adik ni, mintak ajar wudhu dan solat sunat 2 rakaat pon jadikla. Nasib baik adik ni sporting, hehe. Mengajarla dia Morita San ni. Entah macammana mereka survive, saya pon tak tahu. Sorang cakap omputih, sorang cakap jepun. Syabas!

Lepas itu, sementara menunggu aktiviti dimulakan, saya pon tanya la Morita San, 'apa rasa time solat?' Reply dia, 'pertama kali saya buat gestures begitu (sambil buat isyarat sujud dan rukuk), rasa sangat berbeza'. Saya hanya sempat menambah, itulah kekecilan hamba di depan kebesaran tuhan. And the conversation was interrupted by starting of activity. Dan semasa ucapan pembukaan, dengan seronoknya dia memberitahu pelajar-pelajar sekolah itu, 'kali pertama saya ambil wudhu, kali pertama saya solat'. Bangga sungguh dia ^^

Dia kelihatan sangat takjub dengan gesture rukuk dan sujud dalam solat, sedangkan dia adalah dari bangsa yang menyapa manusia dengan tunduk hormat. Wonder, wonder ^^

Semoga Allah kurniakan hidayah kepadanya, Amiin...

-nak tanya lebih-lebih tak brapa nak fasih sangat, cukup makan je la-

Thursday 14 July 2011

mak nyah di persimpangan jalan

Mak nyah. Transexual. Pondan.

Apa yang anda semua terbayang bila dengar gelaran itu?
Macam-macam fikiran yang mungkin timbul di benak anda, mungkin?
Apakah gambaran positif, apakah gambaran negatif?
Dan semasa anda melakarkan gambaran itu, adakah penilaian anda merupakan penilaian anda sendiri?
...atau dari penilaian orang lain?
...atau sebuah penilaian yang kabur, tak tentu sumber?

[kredit]

STIGMA & DISKRIMINASI

Perkara rutin dalam masyarakat, menghakimi sebelum benar-benar menyelidiki.
Menghakimi sebelum benar-benar mengenali.
Menghakimi sebelum benar-benar memahami.
Mungkin tidak berlaku pada anda,saya yakin, tetapi pada masyarakat kita, secara amnya.

Selama ini, saya hanya berinteraksi dengan kaum maknyah dalam wad sahaja. Doctor -patient relationship. Itu sahaja. Kadang-kadang sempat juga saya tanya beberapa perkara peribadi, tapi sangat terlimitasi, entah kerana stigma itu kah?
Saya baru sahaja selesai menghadiri kursus 4 hari berkenaan Kaunseling HIV/AIDS di ibu negeri. Dan aktiviti kursus walaupun non-stop dari malam isnin sehingga ke tengahari tadi (jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari), tetapi tidaklah memabukkan seperti kursus jantung tempoh hari kerana aktivitinya disajikan dalam keadaan santai. Ceramah berselang seli dengan role play, demo, game (tua-tua pon main game,haha) dll. Dan yang menariknya, kursus ini bukan sekadar terhad kepada staf kesihatan, tetapi juga disertai oleh 4 orang wakil NGO Sandakan AIDS Support Group Association (SAGA) yang kesemuanya terdiri dari golongan maknyah.

Pada mulanya, agak canggung saya berhadapan dengan mereka. Bukan kerana penerimaan saya terhadap mereka. Tapi penerimaan mereka terhadap saya. Tudung besar dan fesyen trendy. Dua latar belakang yang berbeza. Begitulah sikap pesimis yang menebal. Sehingga kami dibahagikan ke dalam kelompok-kelompok kecil, saya berpeluang berinteraksi dengan lebih rapat dengan salah seorang antara mereka.
 
Sesaje pilih gambo blur, hehe
Inilah kali pertama saya diketemukan dengan golongan maknyah sebagai colleague. Sama-sama betukar fikiran. Dan mereka ini ternyata sangat ceria, terbuka, dan proaktif. Ramah mesra. Dan apabila mereka berkongsi cerita, terpalit sebuah rasa...

DI MANA PERANAN KITA??

Tahukah anda, keperitan yang mereka rasai akibat kecelaruan personaliti? Kesusahan hidup untuk mencari sesuap rezeki akibat stigma masyarakat?
Syukur, mereka yang dulunya terlibat dengan kegiatan di lorong telah diberikan peluang oleh tuhan untuk mengenali SAGA dan kini berusaha membantu golongan berisiko tinggi mengenai segala hal yang berkaitan HIV/AIDS. Mereka ditugaskan untuk melakukan outreach di kawasan lorong-lorong, disco, dan pub untuk memberikan kesedaran tentang bahaya HIV. Mereka pernah dikejar bapa ayam yang menyangka mereka bersekongkol dengan polis atau jab agama, dibaling dengan kayu, ditangkap bersama-sama sex worker lain kalau kebetulan serbuan diadakan ketika itu, dsb. Walaupon misi ini agak berbahaya, namun mereka memainkan peranan yang sangat penting, kerana mereka lebih diterima oleh golongan ini.
Kata Im, 'Mungkin kamu boleh bersimpati, tetapi sukar untuk berempati'. Terus terang, to me, that's true. Apart from what we see in TV, apa je yang kita tau?

Mereka telah membuat pilihan, siapakah kita untuk menghakimi?
Mereka cuba berubah, menuju yang sekurang-kurangnya lebih baik. Siapakah yang sewajarnya membimbingi?
Mereka berusaha melakukan outreach untuk menyentuh golongan mereka yang masih terpinggir akibat stigma masyarakat ini.
Mengapa tidak diri ini?

* * * * *

-Cuma terfikir, DF, kalau bagi ikhwah, malu seribu bahasa, kalau bagi akhawat, halangan ikhtilat-

Monday 11 July 2011

Kitorang ni horror sangat ke dik?

Kami manusia biasa
Kami menggunakan bahasa yang sama
Kami berusaha menunjukkan muka ceria
Kami berusaha menampilkan sikap mesra
Tapi...


Amazing Piece by Dato Lat

Apasal bertempiaran lari?
Kitorang ni horror sangat ke dik?
Paling-paling pon cucuk dengan jarum jer ^^
Peace!

Sunday 10 July 2011

Tali Pinggang Keselamatan

Nak selamat?
Pakailah tali pinggang keselamatan. Pandu cermat. Ingatlah orang tersayang.
Slogan yang kerap berkumandang dalam iklan.
Biasanya yang dipromosi adalah, tali pinggang keselamatan kenderaan, dari atas udara sampaila ke atas darat (kapal tak ada kan?)
Macam ni...
[kredit]
Yang ini wajib pakai, tak pakai tidak la berdosa, tapi kena compound!
Baik elderly, adults, children, n even pets!


Yang ini pula tali pinggang, tanpa cap keselamatan. Tak wajib pakai, tapi wajib sekiranya seluar anda sangat longgar, kerana sekiranya londeh menampakkan aurat, hukumnya berdosa.
Ia berfungsi menjadi tali pinggang keselamatan apabila digunakan untuk melibas manusia atau haiwan yang sedang mengancam nyawa anda.


[kredit]
Tapi tahukah anda tali pinggang keselamatan lain yang masih dipakai oleh kebanyakan masyarakat malaysia, terutama oleh mereka yang masih memegang kuat pada adat?
Terutama di Sabah.
Terutama di kampung saya.


Tangkal pinggang (single) yang simpel
Tangkal pinggang (single) yang macam cantik sikit

Tangkal pinggang (double)
Iya, inilah tali pinggang keselamatan yang (surprisingly) masih diamalkan dengan meluasnya di kampung saya. Tangkal ini diikat di perut wanita hamil untuk mengelakkan dari diganggu oleh 'penanggal' yang suka menghisap darah wanita hamil.
'Penanggal' tu bukan hantu, tapi orang yang mengamalkan sihir dan menanggalkan dirinya pada malam hari untuk mencari darah mangsa, menurut kata orang-orang kampung saya. Nama glemernya adalah 'balan-balan'. Sile google untuk maklumat lanjut kalau berminat.


Rupa yang digambarkan agak mengerikan, so saya attach versi comel ye, supaya tak de yang mengigau nanti malam dan serik tak mau datang blog ni lagi.


Kredit : detik 12 feveret saya ^^

Punye la khawatir dengan sang balan-balan, ada yang menggunakan efek lebih power, bukan sekadar tali... tapi...

Tangkal yang dilengkapi dua uncang yang berisi serbuk entah apa saya dah lupa.

Ade yang lagi power, katanya kuasa ganda...

Yang ini satu uncang saja, tapi berisi uri (placenta) kucing yang telah dikeringkan.

Masa dia beritahu isinya uri kucing, bulau mata makcik. Termual seketika.
Konon efeknya selain menghalau balan-balan, turut memudahkan proses kelahiran, semudah kucing beranak la kot...


Dan yang lebih sering dilihat, even di semenanjung, adalah yang begini...


Mak dan anak berduet pakai tangkal tangan untuk halau hantu

Inilah masyarakat kita, yang masih berpegang dengan kepercayaan begini, walaupun di I/C beragama Islam.
Masih banyak lagi kepercayaan sedemikian, pin bawang pada baju anak, letakkan yasin di kanan atas kepala anak dan lain-lain.


Kasihan, oh masyarakatku.
Masih belum BERSIH aqidah masyarakat kita rupanya...
Dan sebahagian besar dari mereka tidak pernah solat, dan sebahagian mengakui tidak tau apa bende tu syirik,dan dosa menggunakan tangkal.
Sedih. Di mana peranan kita?
Hanya melihat? Sampai bila? Ini bukan isu negara. Memang tak pernah masuk parlimen pon. Tapi ini isu aqidah. Yang akan dipersoal nanti juga adalah kita, yang sekadar melihat, tapi tak pernah berkongsi.


Haram. Fulsetop. Tak de tolak ansur dalam isu syirik.
Kata Us Samsuri mengenai isu penggunakaan tangkal untuk tujuan perubatan di web Fekah Perubatan,
Memakai tangkal adalah haram walau dengan tujuan perubatan kerana tiasa asas saintifik tangkal boleh digunakan untuk berubat.
Itu untuk tujuan perubatan, pon haram. Apatah lagi untuk halau hantu. Oh.


Sabda Rasulullah saw,
من علق ودعة فلا ودع الله له ومن علق تميمة فلا تمم الله له


Maksudnya : “ Barangsiapa yang menggantungkan manik-manik (tangkal) maka Allah tidak akan menjaganya. Barangsiapa yang menggantungkan tamimah (tangkal) maka Allah tidak akan menyempurnakan sesuatu untuknya”. (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Kalau terjumpa hal begini, sampaikanlah kepada mereka...
Mungkin mereka tidak mengetahui...

Friday 8 July 2011

BERSIH yang tak berapa nak KUNING

BERSIH 2.0
Merata-rata, di kaca tv, di dada akhbar, di blog, FB dan e-news, dari mulut orang...
everywhere, pandemic, intoxicating, for better or worse? Entah.

Saya asyik terfikir-fikir mengenai BERSIH, walaupun IQ politik hampir mencapai takat beku... Mana tak nye, dah segala media membahaskan isu ini...
Apa itu BERSIH? Saya mencuba sedaya upaya untuk memahami maksud BERSIH, baik dari kacamata mereka, kacamata bulan, kacamata dacing, kacamata DnT...
In the end, saya menyimpulkan saya pon nak larut juga dalam euphoria BERSIH ini. Jadi, demi menghadapi tarikh keramat 9 Julai 2011, saya mempersiapkan segala persiapan untuk menghadapinya. Hoyeah.



Dengan penuh azam dan semangat kesukanan, selepas mengkelepekkan diri sejurus setelah sampai di rumah, saya masuk toilet, dan menyental segala kuman di seberang laut yang lebih kita nampak dari gajah depan mata, sehingga toilet menjadi seperti labu Cinderella. Bersih.

Kemudian, saya mengambil penyapu dan menyapu di serata pelosok yang mampu dicapai. Dibantu oleh puan mop dengan haruman floral... Bersih.

Setelah itu, saya mengeluarkan buku catatan (bukan diari okeh), dan mula mencatatkan tabiat zaman jahiliyah, apa yang telah berjaya diperbaiki, dan plan of action untuk masa depan. Muhasabah diri la ni.Yang kurang harus dipertingkatkan, yang baik harus dimenten... Bersihkan rekod yang Inche Malaikat Atid pegang.

Di klinik, daripada terkadang membebel secara tidak sihat dengan patient yang memang patut dibebel, tukar style. Cakap yang pendek, tapi biar melekat. Kurang bebel, kurang dosa. Bersih.

Tilik-tilik duit dalam bank. Kot ada bahagian mereka yang memerlukan? Put some aside. Biar bersih.

Kereta yang berbedak coklat yang tebal itu perlu dibawa ke saloon esok. Bersih.
Laundry yang ada setel cepat-cepat. Bersih.
Kerja bertimbun, habiskan segera, ikut priority. Bersih.

Memang banyak perkara yang perlu dibersihkan terlebih dahulu untuk menjiwai BERSIH yang sebenarnya (kot).
Itulah conclusion yang otak cetek saya mampu jana setelah seminggu cuba melarutkan diri dari euphoria BERSIH. Politik? Err...cam tak brapa nak nampak, yet. Yang pasti...

Mulakan dari hari ini, mulakan dari perkara kecil, mulakan dari diri sendiri (pesan AAGym).

أصلح نفسك وادع غيرك
Perbaikilah diri kamu serta serulah orang lain

BERSIH satu sama.
Wallahu 'alam.
Peace.

-hakikat perbezaan memang wujud, sikapilah dengan baik; IHAB-

Thursday 7 July 2011

Revelation of Sacred Gifts ~I~

Amaran :
sekiranya anda alahan dengan isu comparative religion, sila bantutkan pembacaan ini.

Post ini adalah lanjutan dari Barter of Sacred Gift, posted last month.

[kredit]
Mengenai pembarteran AlQuran dari saya dengan AlKitab dari staff kesayangan saya, Kak Yiyi (bukan nama sebenar), pada 3 minggu yang lalu. Dan sejak hari itu, baru hari ini saya diizinkan bertemu dengannya.

This is not the first time I'm being confronted by a Christian. Dah biasa. But never went across the 'border'. This is the first time I actually open up myself for an open discussion, whatever it is, regarding this 2 religions.

The first time ever, was in standard 4. Kat UK. Masa ikot mak buat master, sempat la bertapak di sana 6 bulan. Masa tu first time bergaul dengan non Muslims. First time exposed dengan budaya, dan agama yang berbeza, dalam suasana bahasa yang berbeza, dengan bangsa yang berbeza.
[Sebelum ni dari tadika sampai sekolah menengah, memang sekolah Islam, atau sekolah kebangsaan, tapi di aliran agama.]
Tak lepas dari soalan feveret, 'Why do you wear scarf?'. Ada yang tambah, 'Is it because you have no hair?'. Saya seorang sahaja yang bertudung dalam kelas itu, walaupun ada seorang dua lagi rakan muslim. Soalan lain lagi, 'The why she (my fren) doesn't wear scarf?'. Hah, yang ni, tuan punye badan, sile jawab sendiri. *gelak nakal*
Isu budak kecik, tu je la yang diaorang nampak. Belum tahu pasal lain-lain.
Berbelit lidah, bersembur air liur saya nak terangkan kepada kawan-kawan, dalam bahasa omputih yang fasih nyawa-nyawa platipus, tentang fakta-fakta tersebut. Tapi hujah tak la terer sangat, sekadar, tuhan suruh, ikut agama. Dan budak-budak pon tak soal banyak. Terima saja... Dan fakta lain yang ditekankan adalah, I DO HAVE HAIR, cis kek sungguh.
Yang lawak tahap raja lawaknye, ada pulok beberapa yang minta 'Can I see you hair, please?'. Dan yang lebih lawak adalah, boleh tertunjuk juga pada sorang yang sangat rapat. Zaman jahiliyah... Dan nyata dia sangat pleased to note that, bahawasanya saya merupakan manusia yang memang ada rambut. Hampeh...

Dan kemudian sewaktu di university, selain rakan-rakan seagama sebangsa yang terdekat, saya sangat rapat dengan seorang gadis kristian yang 'alim', selalu mintak nota kuliah dari dia kalau ada lecture yang saya miss, atau tak sempat nak salin. We always talk about religion, tapi never cross the border. Kadang-kadang ada masalah yang saya tak dapat nak beritahu kawan rapat saya, atau ada masalah yang dia tak dapat beritau kawan rapat dia, akan kami kongsikan bersama. Dan lucunya, kami akan menasihati dengan peringatan kepada tuhan, but I'm sure both of us were referring to different 'god'. Contohnya, 'Jangan risau, tuhan itu maha pengasih'. I knew Jesus was on her mind, but I sure see Allah in front of me. And I really love her, sebab dalam memujuk satu sama lain, dia sering mengingatkan saya kepada tuhan di saat susah, dan begitu sebaliknya.

Lagi sewaktu di U, saya sering bertanya tentang agama-agama lain, kerana bagi saya comparative religion itu sangat menarik. Hindu, Budha, Confucius, Shinto, Sikh, dan Christian dalam pelbagai aliran. Semakin banyak ilmu yang saya dapat, semakin saya menghargai agama sendiri. That was what I thought, at that time.

Seperti kata seorang rakan blogger, Allah memberikan ujian kepada kita secara berperingkat. Saya sangat bersetuju. Kalau dulu, soalan mengenai tudung, naik level sikit, tentang isu-isu manipulatif semasa, poligami, perang/terrorisme etc, kini konsep ketuhanan. Kalau dulu dari rakan biasa, sekarang dari rakan kesayangan. Kalau dulu dalam batasan sensitiviti, kali ni, memang all out (kot).

Di sini, saya bertemu kak Yiyi. Saya dapat rasakan dia adalah seorang Kristian sejati (as she claimed so too), dan memang tampak dalam pembawaannya yang tenang. Orang kuat gereja. Dia sangat excited untuk mengetahui lebih banyak tentang Islam. Jutaan sms dihantar, dan saya usaha untuk reply, tapi biasa reply saya lebih pendek, kerana kalau saya taip panjang-panjang pon takut maksud tak sampai, ataupun salah faham. Hal berat. Hal aqidah. Dan biasa saya akan sertakan ayat AlQuran. 'Kak, tengok surah ini ayat ini'. Untung dia dah ada Al-Quran.

Sepanjang 3 minggu, kami bertukar sms tentang berbagai perkara yang menyangkut agama, terutama isu ketuhanan; esa vs trinity, Nabi Muhammad dan Jesus Christ, bentuk plan dan kasih tuhan kepada hambaNya (err...pakai bahasa dia pulak) dll. Sehingga tadi,  baru terasa puas bila jumpa muka ke muka.

Macam dah panjang kan. Sambung nanti eh.

Tuesday 5 July 2011

Beauty and the Bliss

One day, the villagers decided to pray for rain.
On the day of prayer, everyone gathered, and only one boy came with an umbrella.
That's CONFIDENCE

[kredit]

When you throw a one year old boy in the air, he laughs because he knows you will catch him.
That's TRUST

[kredit]
Every nigt we go to bed but we're not sure that we'll wake up tomorrow.
Still, we have many plans for the coming day.
That's HOPE
[kredit]
So, be a strong Muslim with confidence and trust.
Never lose hope in Allah.

Beauty, and the bliss...

-an sms from adik, beauty as it may seem, yet only can be seen from afar. the pessimist-

Sunday 3 July 2011

Bajuku rajin solat, tak pernah miss.

Pagi tadi, alhamdulillah, telah diberi peluang untuk mengisi berkenaan dengan ILAH
Bukan kak Ilah yg pandai masak karipap pusing yang sedap tu, tapi ILAH atau makna BMnya adalah 'sembahan' kita.

Kadang-kadang kita ni menyembah kerana ritual (Islamic genetic trait yang diturunkan oleh mak bapak kite) tanpa betul-betul menghayati, apa yang kite sembah, feelings yang kita perlu hadirkan semasa menyembah dll. Contoh paling simpel, solat.
Adakah ruh kite betul-betul hadir time solat?
Atau cuma sekadar...begini???

[kredit]
 Adoi, terperli dan terasa tahap gaban semasa 1st time nampak gambar nih...
Bagi saya, memang tak mudah khusyuk time solat. Poor concentration, terawang-awangan. Symptom orang kuat berangan...
Nak nak pulak solat waktu tengah oncall. Risau patient belum habis clerk, darah belum ambil, result belum trace, kejap lagi bos datang buat round, patient nak collapse dan bla-bla-bla... Solat pakai gear 4, bile hujung cuping tangkap yang ada patient baru masuk, terus masuk ke gear 6. Kalau ada gear 10, iye, mungkin itu yang akan dipilih. Untung tak ter-reverse. Ketika itu, solat hanya menjadi ritual, bukan ibadah sebenar. huhu...
Tapi tu la kene mujahadah kan, lawan bisikan-bisikan yang tak patut.
Buang semua urusan dunia dari fikiran, pusatkan hanya kepada ILAH.
Wujudkan hati semasa sujud.
Hadirkan ILAH di hadapan.
ILAH yang kita rasa tenteram kepadaNya, yang kita rasa terlindung olehNya, yang kita rasa rindu sangat-sangat untuk berjumpaNya, yang kita rasa sangat cinta yang masyuk terhadapNya. Thus, rasa tenang, rasa selamat dan terlindung, rasa rindu, rasa cinta, sehingga membawa kepada kekhusyukan sewaktu solat.
Cek dan ricek...
Ada tak feeling-feeling tu? *blush sebab terasa*

Masih belum terlambat untuk berubah.
Perbaiki konsep penyembahan kita kepada Allah yang menjadi ILAH (sembahan) kita.
Murnikan tauhid kita.
Semoga kita tak menjadi orang yang rugi.
Amiin

Friday 1 July 2011

salam SATU ...?!

"Assalamualaikum,
Salam sejahtera, dan
Salam 1 Malaysia"

[kredit]
Yap, itulah skema text pembuka dalam sesi talk atau meeting semasa kerja. Sangat sering digunakan, sehingga kadang-kadang terbawa-bawa pula time bagi talk semasa konferens riang anjuran NGO a.k.a. jemaah yang bernama.

Bulau mata member, bajet abis tekezut kot sebab terkeluar salam satu malaysia time bulatan gumbira. Bukan apa, tak penah dibuat orang. Haha. Saya ni memang suke buat kerja luar alam. Tapi, ini sedikit pon TIDAK memberi bayangan pro-politik mana-mana pihak. *cough* Sekadar sahutan nasionalisme sahaja.

Mak mem-bulat cuma tersenyum mendengar. Tak salah, to express the love for country. Imam Hassan Al-Banna sendiri pernah mendefinisikan nasionalisme dalam menerangkan tentang risalah pergerakan IM, dan amat bersetuju dengan nasionalisme kecintaan, nasionalisme kehormatan dan kebebasan, serta nasionalisme kemasyarakatan. Tambahannya adalah, batasan nasionalisme bagi IM ditentukan oleh aqidah, tidak terhad kepada sempadan negara... 
Isk, Imam Hassan, anda sememangnya cool dan bergaya.

Nice to have a unity under nationalisme. Sentimental kemerdekaan. Cintakan pertiwi.
Tetapi, masih ada sesuatu yang lebih unggul, according to Imam Hassa Al-Banna, untuk dijadikan pasak dalam menyatukan manusia, sepertimana yang beliau telah tegaskan, di dalam garisan aqidah.

Yap, kalimah tauhid...

Maka tercetuslah,

Salam 1 Jari...

[kredit]
Bukankah itu lebih unggul dan bergaya? ^^
Peace

*Prelude to the coming conference, NANTIKAN!*

Asal usul berkredit: Salam satu jari 
Amaran: jangan la dapat heart attack pulak ye. 'That' used to be part of my world. But, no, I never listen to this group, yet...