Sunday 10 July 2011

Tali Pinggang Keselamatan

Nak selamat?
Pakailah tali pinggang keselamatan. Pandu cermat. Ingatlah orang tersayang.
Slogan yang kerap berkumandang dalam iklan.
Biasanya yang dipromosi adalah, tali pinggang keselamatan kenderaan, dari atas udara sampaila ke atas darat (kapal tak ada kan?)
Macam ni...
[kredit]
Yang ini wajib pakai, tak pakai tidak la berdosa, tapi kena compound!
Baik elderly, adults, children, n even pets!


Yang ini pula tali pinggang, tanpa cap keselamatan. Tak wajib pakai, tapi wajib sekiranya seluar anda sangat longgar, kerana sekiranya londeh menampakkan aurat, hukumnya berdosa.
Ia berfungsi menjadi tali pinggang keselamatan apabila digunakan untuk melibas manusia atau haiwan yang sedang mengancam nyawa anda.


[kredit]
Tapi tahukah anda tali pinggang keselamatan lain yang masih dipakai oleh kebanyakan masyarakat malaysia, terutama oleh mereka yang masih memegang kuat pada adat?
Terutama di Sabah.
Terutama di kampung saya.


Tangkal pinggang (single) yang simpel
Tangkal pinggang (single) yang macam cantik sikit

Tangkal pinggang (double)
Iya, inilah tali pinggang keselamatan yang (surprisingly) masih diamalkan dengan meluasnya di kampung saya. Tangkal ini diikat di perut wanita hamil untuk mengelakkan dari diganggu oleh 'penanggal' yang suka menghisap darah wanita hamil.
'Penanggal' tu bukan hantu, tapi orang yang mengamalkan sihir dan menanggalkan dirinya pada malam hari untuk mencari darah mangsa, menurut kata orang-orang kampung saya. Nama glemernya adalah 'balan-balan'. Sile google untuk maklumat lanjut kalau berminat.


Rupa yang digambarkan agak mengerikan, so saya attach versi comel ye, supaya tak de yang mengigau nanti malam dan serik tak mau datang blog ni lagi.


Kredit : detik 12 feveret saya ^^

Punye la khawatir dengan sang balan-balan, ada yang menggunakan efek lebih power, bukan sekadar tali... tapi...

Tangkal yang dilengkapi dua uncang yang berisi serbuk entah apa saya dah lupa.

Ade yang lagi power, katanya kuasa ganda...

Yang ini satu uncang saja, tapi berisi uri (placenta) kucing yang telah dikeringkan.

Masa dia beritahu isinya uri kucing, bulau mata makcik. Termual seketika.
Konon efeknya selain menghalau balan-balan, turut memudahkan proses kelahiran, semudah kucing beranak la kot...


Dan yang lebih sering dilihat, even di semenanjung, adalah yang begini...


Mak dan anak berduet pakai tangkal tangan untuk halau hantu

Inilah masyarakat kita, yang masih berpegang dengan kepercayaan begini, walaupun di I/C beragama Islam.
Masih banyak lagi kepercayaan sedemikian, pin bawang pada baju anak, letakkan yasin di kanan atas kepala anak dan lain-lain.


Kasihan, oh masyarakatku.
Masih belum BERSIH aqidah masyarakat kita rupanya...
Dan sebahagian besar dari mereka tidak pernah solat, dan sebahagian mengakui tidak tau apa bende tu syirik,dan dosa menggunakan tangkal.
Sedih. Di mana peranan kita?
Hanya melihat? Sampai bila? Ini bukan isu negara. Memang tak pernah masuk parlimen pon. Tapi ini isu aqidah. Yang akan dipersoal nanti juga adalah kita, yang sekadar melihat, tapi tak pernah berkongsi.


Haram. Fulsetop. Tak de tolak ansur dalam isu syirik.
Kata Us Samsuri mengenai isu penggunakaan tangkal untuk tujuan perubatan di web Fekah Perubatan,
Memakai tangkal adalah haram walau dengan tujuan perubatan kerana tiasa asas saintifik tangkal boleh digunakan untuk berubat.
Itu untuk tujuan perubatan, pon haram. Apatah lagi untuk halau hantu. Oh.


Sabda Rasulullah saw,
من علق ودعة فلا ودع الله له ومن علق تميمة فلا تمم الله له


Maksudnya : “ Barangsiapa yang menggantungkan manik-manik (tangkal) maka Allah tidak akan menjaganya. Barangsiapa yang menggantungkan tamimah (tangkal) maka Allah tidak akan menyempurnakan sesuatu untuknya”. (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Kalau terjumpa hal begini, sampaikanlah kepada mereka...
Mungkin mereka tidak mengetahui...

10 comments:

Hantu Opera said...

uiihh..

tak tau plak, ibu mengandung kena pakai tangkal, yg budak kecik tuh biasa gak la.

betul, benda-benda nih terlalu mendarah daging dalam masyarakat. dan yang paling tak sedap dengar, level korporat pun kekadang pakai..


tak sangka doktor buat koleksi gambo tangkal.

Dinas Aldi said...

masih ada lagi yg pakai tangkal begini rupanya, ni baru akak tau..

Puding karamel said...

Hantu opera ~
itulah yg jadi ble manusia jadi hamba dunia,harta,jin n watsoever.

saya pon baru tau d sini.mmg khas kg sy yg percaya kuat dgn balan2.

koleksi gamba tangkal?haha...tu je pon. fascinated,n proof of existance.
mine,hers,and the tangkal.
means something need to be done.
how?still searching the right method.

Puding karamel said...

k dinas ~
kan...
terkezut kucing sy...
especially bab yg ada uri kucing tu.
konpem k dinas tgk uncang je pon akn melompat, ye tak?
^^V

Hantu Opera said...

yup, kekadang punya la kita bagitau tak boleh, ada makcik mana ntah suro pakai..

baby yag duk dr tadi nanges boleh pulak diam bila pakai tangkal.. mana la orang tak pecaya.. payah.. payah..

oo..kampung doktor di sabah ye? rasanya kena bendung generasi yg innocent dari percaya, mana yg dah tua tuh.. ada payah sket..

tapi kan bila translate penanggal pada bahasa inggeris... erm.. namanya sudah mmbawa maksud lain. (wahaha..)

Puding karamel said...

biasa diaorg ni dpaksa pakai ole mentua atau parents, so yg x paham ikot je la buta-buta, n yg paham pula terpaksa ikot sbb nk jaga hati.
Itula, in the short visit ~10min, x byk yg sy smpat kongsikan. ada yg terima, ada yg sceptic.
yg ptg ada la sedikit usaha, n hopefully Allah pandang.

sy asal key ell, tp buat district posting d sabah.nice,cange of environment.

pennggal bahasa omputih?err,apa eh?x tbayang pulak

-banyak pulak hantu merayau di blog ini ya^^ mmg dh boleh establish kelab hantu bertaubat -

JZKK atas saranan anda

Simon Malik said...

ala.. member pocong, kopek datang komplen, pocong dah masuk group baru.

tuh yang merayau-rayau sampai sini nih..

mana nak register? =p

Puding karamel said...

aha!
hebat firasat anda...
hantu kopek komplen eh?
komplen dia sampai juga disini.

dun wori, jom kte taubatkan dia jugak ^^

nak register sile rujuk Kappa san
Die presiden secara otomatik...
tak puas hati boleh demo.this is a free country (kot)

Ann Huda (Ate) said...

Pernah jumpa anak ustaz dan ustazah pun pakai 'tali pinggang keselamatan' ni tapi di leher pakai tali kasut. Sabar jerr...

Fikir2 kreatif gak dia org ni mereka cipta ek...

Puding karamel said...

tali kasut pakai di leher???
apekejadah tu eh?
bukan choker ek?