Thursday, 14 July 2011

mak nyah di persimpangan jalan

Mak nyah. Transexual. Pondan.

Apa yang anda semua terbayang bila dengar gelaran itu?
Macam-macam fikiran yang mungkin timbul di benak anda, mungkin?
Apakah gambaran positif, apakah gambaran negatif?
Dan semasa anda melakarkan gambaran itu, adakah penilaian anda merupakan penilaian anda sendiri?
...atau dari penilaian orang lain?
...atau sebuah penilaian yang kabur, tak tentu sumber?

[kredit]

STIGMA & DISKRIMINASI

Perkara rutin dalam masyarakat, menghakimi sebelum benar-benar menyelidiki.
Menghakimi sebelum benar-benar mengenali.
Menghakimi sebelum benar-benar memahami.
Mungkin tidak berlaku pada anda,saya yakin, tetapi pada masyarakat kita, secara amnya.

Selama ini, saya hanya berinteraksi dengan kaum maknyah dalam wad sahaja. Doctor -patient relationship. Itu sahaja. Kadang-kadang sempat juga saya tanya beberapa perkara peribadi, tapi sangat terlimitasi, entah kerana stigma itu kah?
Saya baru sahaja selesai menghadiri kursus 4 hari berkenaan Kaunseling HIV/AIDS di ibu negeri. Dan aktiviti kursus walaupun non-stop dari malam isnin sehingga ke tengahari tadi (jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari), tetapi tidaklah memabukkan seperti kursus jantung tempoh hari kerana aktivitinya disajikan dalam keadaan santai. Ceramah berselang seli dengan role play, demo, game (tua-tua pon main game,haha) dll. Dan yang menariknya, kursus ini bukan sekadar terhad kepada staf kesihatan, tetapi juga disertai oleh 4 orang wakil NGO Sandakan AIDS Support Group Association (SAGA) yang kesemuanya terdiri dari golongan maknyah.

Pada mulanya, agak canggung saya berhadapan dengan mereka. Bukan kerana penerimaan saya terhadap mereka. Tapi penerimaan mereka terhadap saya. Tudung besar dan fesyen trendy. Dua latar belakang yang berbeza. Begitulah sikap pesimis yang menebal. Sehingga kami dibahagikan ke dalam kelompok-kelompok kecil, saya berpeluang berinteraksi dengan lebih rapat dengan salah seorang antara mereka.
 
Sesaje pilih gambo blur, hehe
Inilah kali pertama saya diketemukan dengan golongan maknyah sebagai colleague. Sama-sama betukar fikiran. Dan mereka ini ternyata sangat ceria, terbuka, dan proaktif. Ramah mesra. Dan apabila mereka berkongsi cerita, terpalit sebuah rasa...

DI MANA PERANAN KITA??

Tahukah anda, keperitan yang mereka rasai akibat kecelaruan personaliti? Kesusahan hidup untuk mencari sesuap rezeki akibat stigma masyarakat?
Syukur, mereka yang dulunya terlibat dengan kegiatan di lorong telah diberikan peluang oleh tuhan untuk mengenali SAGA dan kini berusaha membantu golongan berisiko tinggi mengenai segala hal yang berkaitan HIV/AIDS. Mereka ditugaskan untuk melakukan outreach di kawasan lorong-lorong, disco, dan pub untuk memberikan kesedaran tentang bahaya HIV. Mereka pernah dikejar bapa ayam yang menyangka mereka bersekongkol dengan polis atau jab agama, dibaling dengan kayu, ditangkap bersama-sama sex worker lain kalau kebetulan serbuan diadakan ketika itu, dsb. Walaupon misi ini agak berbahaya, namun mereka memainkan peranan yang sangat penting, kerana mereka lebih diterima oleh golongan ini.
Kata Im, 'Mungkin kamu boleh bersimpati, tetapi sukar untuk berempati'. Terus terang, to me, that's true. Apart from what we see in TV, apa je yang kita tau?

Mereka telah membuat pilihan, siapakah kita untuk menghakimi?
Mereka cuba berubah, menuju yang sekurang-kurangnya lebih baik. Siapakah yang sewajarnya membimbingi?
Mereka berusaha melakukan outreach untuk menyentuh golongan mereka yang masih terpinggir akibat stigma masyarakat ini.
Mengapa tidak diri ini?

* * * * *

-Cuma terfikir, DF, kalau bagi ikhwah, malu seribu bahasa, kalau bagi akhawat, halangan ikhtilat-

11 comments:

Dinas Aldi said...

dah tua2 la main game lebih meriah gitu :D

bagi akak, memang sukar untuk memahami apa yg mereka rasakan. berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..

Puding Karamel said...

kak Dinas...
memang sukar untuk memahami, walaupon dah borak2 dgn mereka pon,sy masih susah nak memahami...

yang penting kita berusaha untuk memahami. kerana mereka juga manusia.

Hantu Konyah said...

ada beza antara lelaki lembut dan pondan. Malangnya masyarakat melihat dua kes berbeza ini adalah sama.

Biasanya yang terasa adalah golongan lelaki lembut, yang biasanya jenis yang cepat sensitif dan terasa. Diorg tak minat lelaki, cuma.. lembut sikit dan lebih suka nak jadi gedik-gedik

pondan / transexual.. kekadang kita tgk lelaki macho dah.; tapi.. aiseyh...

diorg nih sebenarnya mahukan masyarakat menerima mereka as who there are. sebab masyarakat kita mmg memandang serong pondan.. sbb diorg dilihat macam melanggar hukum alam.. tapi mereka mahukan kewujudan mereka diterima.. tu yang muncul gay rights tuh..

namun, the person from SAGA nih mmg bebetul respek.. for the sake of their kind, they take up the risk where even we, the normal ones, dont want to.

white rose said...

menerima keadaan mereka seadanya...
jika diberikan peluang, menasihati & bimbinglah mereka ke jalan yang benar...

Puding Karamel said...

Hantu Konyah ~
menurut pemaham saya yang super cetek nih, lelaki lembut, atau softy, berbeza dengan maknyah, dari segi fizikal yang belum transformed. x ke?
tapi basically, naluri mereka sama. merasakan berada dalam tubuh yang salah, dengan kecenderungan seksual yang berbeza.

tak disangkal lagi mereka dah melanggar hukum alam, tapi bagi saya biarlah tuhan yang menghakimi.
Kalau mereka diserahkan kepada anda untuk DF macamana?on?

Let's optimize ourself in this society, semoga bermanfaat untuk semua, amiin...

Hantu Gigit said...

lelaki lembut (biasanya la) masih lagi ada naluri lelaki, cuma dia.. tak macho.

bila bab naluri merasakan dalam tubuh yang salah tuh.. itu sudah gay..

Hantu konyah bukan tak mahu.. tapi dia pernah mengalami kejadian geli di dalam train.. kesian dia..

lepas tuh dia sangat skeptical pada gay tapi bukan pada lelaki lembut.

(konyah, aku tgh backup tuk ko nih!)

Puding Karamel said...

white rose ~
ins allah, itulah tanggungjawab manusia kepada manusia yg lain, tanpa stigma dan diskriminasi.
^^

Puding Karamel said...

hantu gigit ~
haha... inilah masalah kaum hantu...
sceptical?
bear in mind, mereka dari kaum adam. mesti akan rasa ok sikit... x ke?
ke nak pas baton kat akhawat?
pis

GTM-SETI said...

Banyak sekali tanggungjawab kita yang belum tertunaikan. Astaghfirullah al adzeem (merenung diri sendiri)...

Hmm, kita (saya) punya persoalan. Bagaimana pula sekiranya seorang (Insha'Allah, bukan transsexual atau transgender) mempunyai kecenderungan berfikir yang bersifat 'trans' daripada gendernya? Apa ia juga melanggar hukum alam? Mohon penjelasan.

JZKK
Moga Allah terus memberikan hidayahnya yang tertinggi untuk kita semua, insha'Allah.

GTM-SETI said...

JZKK atas jawapannya...

Insha'Allah, masih menuruti apa yang disyariatkan Allah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.

Insha'Allah, semoga kebaikan akan terus bersama anda, saya, dan kita semua.

Ameen

Puding Karamel said...

Ameen~~
^^