Sunday, 3 July 2011

Bajuku rajin solat, tak pernah miss.

Pagi tadi, alhamdulillah, telah diberi peluang untuk mengisi berkenaan dengan ILAH
Bukan kak Ilah yg pandai masak karipap pusing yang sedap tu, tapi ILAH atau makna BMnya adalah 'sembahan' kita.

Kadang-kadang kita ni menyembah kerana ritual (Islamic genetic trait yang diturunkan oleh mak bapak kite) tanpa betul-betul menghayati, apa yang kite sembah, feelings yang kita perlu hadirkan semasa menyembah dll. Contoh paling simpel, solat.
Adakah ruh kite betul-betul hadir time solat?
Atau cuma sekadar...begini???

[kredit]
 Adoi, terperli dan terasa tahap gaban semasa 1st time nampak gambar nih...
Bagi saya, memang tak mudah khusyuk time solat. Poor concentration, terawang-awangan. Symptom orang kuat berangan...
Nak nak pulak solat waktu tengah oncall. Risau patient belum habis clerk, darah belum ambil, result belum trace, kejap lagi bos datang buat round, patient nak collapse dan bla-bla-bla... Solat pakai gear 4, bile hujung cuping tangkap yang ada patient baru masuk, terus masuk ke gear 6. Kalau ada gear 10, iye, mungkin itu yang akan dipilih. Untung tak ter-reverse. Ketika itu, solat hanya menjadi ritual, bukan ibadah sebenar. huhu...
Tapi tu la kene mujahadah kan, lawan bisikan-bisikan yang tak patut.
Buang semua urusan dunia dari fikiran, pusatkan hanya kepada ILAH.
Wujudkan hati semasa sujud.
Hadirkan ILAH di hadapan.
ILAH yang kita rasa tenteram kepadaNya, yang kita rasa terlindung olehNya, yang kita rasa rindu sangat-sangat untuk berjumpaNya, yang kita rasa sangat cinta yang masyuk terhadapNya. Thus, rasa tenang, rasa selamat dan terlindung, rasa rindu, rasa cinta, sehingga membawa kepada kekhusyukan sewaktu solat.
Cek dan ricek...
Ada tak feeling-feeling tu? *blush sebab terasa*

Masih belum terlambat untuk berubah.
Perbaiki konsep penyembahan kita kepada Allah yang menjadi ILAH (sembahan) kita.
Murnikan tauhid kita.
Semoga kita tak menjadi orang yang rugi.
Amiin

4 comments:

sesegar said...

why not try faham apa yang diucapkan dalam solat for example.terjemahkan dlm hati setiap ayat al-quran.
sambil baca fatihah,pada masa yang sama terjemah dengan rendah hati dalam hati,
insyallah,lama2 amalkan boleh rasanya dapat sikit2 khusyuk =)

Puding Karamel said...

mmg sgt bagus dan bernas.
pernah amalkan dan pap...kembali mind goes floating...isk.
jzkk atas perkongsian, akan diusahakan kembali ^^

Dinas Aldi said...

terkena jugak batang hidung :)

tapi ginilah, bila kita terleka, pasti ada yg mengingatkan, insyaallah

terima kasih ya

Puding Karamel said...

jzkk kak dinas ^^

Al-asr,berpesan2 kpd kebenaran dan kesabaran.

batang hidung sy x cukup dah nak terkena...byk sgt bende nk terkena.
olala~