Thursday 7 July 2011

Revelation of Sacred Gifts ~I~

Amaran :
sekiranya anda alahan dengan isu comparative religion, sila bantutkan pembacaan ini.

Post ini adalah lanjutan dari Barter of Sacred Gift, posted last month.

[kredit]
Mengenai pembarteran AlQuran dari saya dengan AlKitab dari staff kesayangan saya, Kak Yiyi (bukan nama sebenar), pada 3 minggu yang lalu. Dan sejak hari itu, baru hari ini saya diizinkan bertemu dengannya.

This is not the first time I'm being confronted by a Christian. Dah biasa. But never went across the 'border'. This is the first time I actually open up myself for an open discussion, whatever it is, regarding this 2 religions.

The first time ever, was in standard 4. Kat UK. Masa ikot mak buat master, sempat la bertapak di sana 6 bulan. Masa tu first time bergaul dengan non Muslims. First time exposed dengan budaya, dan agama yang berbeza, dalam suasana bahasa yang berbeza, dengan bangsa yang berbeza.
[Sebelum ni dari tadika sampai sekolah menengah, memang sekolah Islam, atau sekolah kebangsaan, tapi di aliran agama.]
Tak lepas dari soalan feveret, 'Why do you wear scarf?'. Ada yang tambah, 'Is it because you have no hair?'. Saya seorang sahaja yang bertudung dalam kelas itu, walaupun ada seorang dua lagi rakan muslim. Soalan lain lagi, 'The why she (my fren) doesn't wear scarf?'. Hah, yang ni, tuan punye badan, sile jawab sendiri. *gelak nakal*
Isu budak kecik, tu je la yang diaorang nampak. Belum tahu pasal lain-lain.
Berbelit lidah, bersembur air liur saya nak terangkan kepada kawan-kawan, dalam bahasa omputih yang fasih nyawa-nyawa platipus, tentang fakta-fakta tersebut. Tapi hujah tak la terer sangat, sekadar, tuhan suruh, ikut agama. Dan budak-budak pon tak soal banyak. Terima saja... Dan fakta lain yang ditekankan adalah, I DO HAVE HAIR, cis kek sungguh.
Yang lawak tahap raja lawaknye, ada pulok beberapa yang minta 'Can I see you hair, please?'. Dan yang lebih lawak adalah, boleh tertunjuk juga pada sorang yang sangat rapat. Zaman jahiliyah... Dan nyata dia sangat pleased to note that, bahawasanya saya merupakan manusia yang memang ada rambut. Hampeh...

Dan kemudian sewaktu di university, selain rakan-rakan seagama sebangsa yang terdekat, saya sangat rapat dengan seorang gadis kristian yang 'alim', selalu mintak nota kuliah dari dia kalau ada lecture yang saya miss, atau tak sempat nak salin. We always talk about religion, tapi never cross the border. Kadang-kadang ada masalah yang saya tak dapat nak beritahu kawan rapat saya, atau ada masalah yang dia tak dapat beritau kawan rapat dia, akan kami kongsikan bersama. Dan lucunya, kami akan menasihati dengan peringatan kepada tuhan, but I'm sure both of us were referring to different 'god'. Contohnya, 'Jangan risau, tuhan itu maha pengasih'. I knew Jesus was on her mind, but I sure see Allah in front of me. And I really love her, sebab dalam memujuk satu sama lain, dia sering mengingatkan saya kepada tuhan di saat susah, dan begitu sebaliknya.

Lagi sewaktu di U, saya sering bertanya tentang agama-agama lain, kerana bagi saya comparative religion itu sangat menarik. Hindu, Budha, Confucius, Shinto, Sikh, dan Christian dalam pelbagai aliran. Semakin banyak ilmu yang saya dapat, semakin saya menghargai agama sendiri. That was what I thought, at that time.

Seperti kata seorang rakan blogger, Allah memberikan ujian kepada kita secara berperingkat. Saya sangat bersetuju. Kalau dulu, soalan mengenai tudung, naik level sikit, tentang isu-isu manipulatif semasa, poligami, perang/terrorisme etc, kini konsep ketuhanan. Kalau dulu dari rakan biasa, sekarang dari rakan kesayangan. Kalau dulu dalam batasan sensitiviti, kali ni, memang all out (kot).

Di sini, saya bertemu kak Yiyi. Saya dapat rasakan dia adalah seorang Kristian sejati (as she claimed so too), dan memang tampak dalam pembawaannya yang tenang. Orang kuat gereja. Dia sangat excited untuk mengetahui lebih banyak tentang Islam. Jutaan sms dihantar, dan saya usaha untuk reply, tapi biasa reply saya lebih pendek, kerana kalau saya taip panjang-panjang pon takut maksud tak sampai, ataupun salah faham. Hal berat. Hal aqidah. Dan biasa saya akan sertakan ayat AlQuran. 'Kak, tengok surah ini ayat ini'. Untung dia dah ada Al-Quran.

Sepanjang 3 minggu, kami bertukar sms tentang berbagai perkara yang menyangkut agama, terutama isu ketuhanan; esa vs trinity, Nabi Muhammad dan Jesus Christ, bentuk plan dan kasih tuhan kepada hambaNya (err...pakai bahasa dia pulak) dll. Sehingga tadi,  baru terasa puas bila jumpa muka ke muka.

Macam dah panjang kan. Sambung nanti eh.

6 comments:

Dinas Aldi said...

betul la, ambil tahu pasal agama lain, bukan bermakna kita nak memeluk agama tu pulak. tak perlu la rigid sangat kan.

akak pernah mintak kebenaran pada arwah bapak untuk masuk ke gereja sebab dapat jemputan kawan rapat kawin di situ. arwah bapak akak kata pi jalah, bukannya terpesong akidah pun setakat masuk gereja tengok orang kawin tu.

but not everyone can understand & accept that.

Unknown said...

oh menn..
kau ni kerja apa puding?
ke study lagi
banyak betul berjumpa orang non muslim.
bagi aku tips sikit nak handle org bukan non-muslim ni :D

Puding karamel said...

k dinas ~ hal ni menjai sensitiviti kebanyakan orang, dats y kan...
it used to be a sensitive issue to me as well, tp as time goes by, terasa ini adalah sesuatu yg kte kene hadapi, sebab dia mmg merupakan sebahaian dr hidup, dan amanah utk kte.
hmm...makes my empty head do some thinking...
tq for voicing out ur opinion, sangat appreciate ^^

Puding karamel said...

keje gomen la cik sesegar...
dok sabah ni mmg setengah drpdnya kristian.
kat U kan mmg byk jmpe different races n religions...time tu la blaja tanya sket2...
tips nk hendel org bukan non muslim? ada dua kata penafian di situ, jadi maksudnya...muslim??
haha

safiyyah said...

ala bersambung lagi ke. baru je excited :/

Puding karamel said...

tapi sy tak tau nk olah cemana...
agak sensitif bagi mereka yang sensitif..

ni kisah missionary n da'ieah (ins allah) yang all out.

ins allah akan bersambung nnt^^
thanx atas kunjungan