Wednesday, 7 September 2011

Subuh 6 rakaat

This story took place the next morning after Che mah's wedding.
Seperti biasa (baru je biasakan time Ramadhan pon) saya try bangun qiyam... Dalam jam 5.20 am gitu. Sangat mengantuk, penat masih terasa dari aktiviti di rumah pengantin, yang selanjutnya dilanjutkan dengan aktiviti di rumah sendiri pula.
Dengan mamai kuasa lima, saya berwudhu dan solat sunat... Apabila saya bangun untuk rakaat ke-3, baru tersedar dari mamai, haish...mana ada sunat tahajud 3 rakaat. Maka perform another prayer. Dapat dua rakaat tahajud. Kantuk begitu berat dan akhirnya saya syahid di atas sejadah.

Setelah seketika, sayup kedengaran azan Subuh berkumandang, dan ketukan pintu bilik oleh mama, panggilan berjemaah di bilik sebelah. I called out, 'Iya, dah bangun'. Dengan begitu bersusah payah, saya bangun untuk solat subuh, tapi hanya di bilik sendiri. Entah kenapa hari tu saya tidak join mereka di sebelah.
Sangat mengantuk, dan mamai, dan bila tersedar dalam kemamaian, terasa begitu aneh.
Rupenye, saya masih terbaring di atas sejadah!

[kredit]
Aiya....mimpi rupanya.
Berhempas pulas, berjuang dengan hawa nafsu yang kini berduet dengan he-who-must-not-be-named, saya bangun. Yakin dengan wudhu yang masih ada, saya solat sunat rawatib, dan lanjut ke solat Subuh, lengkap dengan doa qunut segala, walaupon masih mamai.
Berjaya juga....isk...
Masih rasa penat, and I had to change position.
Then I noticed, bahawasanya, saya masih utuh melingkar di atas sejadah. Kelip sekali, kelip dua kali, kelip tiga kali. Iya, tak syak lagi, saya mimpi di dalam mimpi. Dan saya belum solat subuh... and it was 7 am!

Huargh....
Warna kulit bertukar menjadi purple, and I got up for real...
Ambil wudhu, and terus perform subuh prayer dengan tergesa-gesa. Sampai tertinggal doa qunut.
Fufufu~~~

* * * * *

Itulah kisah Subuh yang terpanjang dalam hidup saya.
Yang langsung tade kene mengena dengan buku cerita 'Di Atas Sejadah Cinta'
Penuh kehampehan.
Rasa sangat tebal muka menghadap Yang Maha Esa.

Mana perginya roh yang saya bina time Ramadhan?
Kononnya, graduan madrasah tarbiyah Ramadhan.
Walaupon obviyesly bukan dalam dean's list, tapi grad la jugak kan.
Nak put all the blame on he-who-must-not-be-named pon, tak berapa nak aci, sebab nafsu pon mainkan peranan di situ. Maklum, sekarang mereka berduet.
Kasihan Inche Iman, struggle la lebih sikit ye...
Kalau nak tidur atas sejadah pun, biarla macam pakcik kat bawah ni...

[kredit]
Tidur selamanya dalam keadaan sujud.
Alangkah indah.
Bezanya dengan saya, belum sempat angkat takbir dah meninggalkan dunia dalam tidur yang lena.

Saya dengar ada beberapa orang yang turut mengalami masalah yang sama. Amalan Ramadhan entah hilang ke mana...
To me and you,
Try, try and keep trying. And, keep praying, mintak tolong dengan Allah.
Semoga Allah permudahkan perjalanan para pencari tuhan.

Selamat kembali mencari amalan yang makin sirna.
Selamat berentap dengan tidak hanya hawa nafsu, tetapi juga they-who-must-not-be-named.
Oye, dan selamat berpuasa 6.
Zettai dekiru, sou shinjite ^^v

14 comments:

Kappa dari eropah said...

Owh..? Ini baru first time solat dalam mimpi ke?

Actually for me, its a wonder sebenarnya, yang sampai satu tahap, kepenatan kita sampai tak boleh membezakan antara mimpi dan realiti.
mimpikan ada kaitan dengan brain aktiviti.. soo macam.. (eh, terlebeh merepek, lupakan)


*koff* insyaAllah, moga Allah menguatkan lagi iman kita dikala mereka-yg-tak-boleh-dinama membalas dendam.

Dinas Aldi said...

Gambateh! Heheheh betoi ka penggunaan perkataan tu di sini..

Kadang2 akak pun mengalami jugak mimpi kata dah bangun tapi tak bangun lagi. Sebab tu alarm set 2 kali untuk waktu pagi, hehe

khuza hasan said...

selamat puase 6 akak..m0ga ukhwahfillah abadan abada!

teringin berada dlm bulatan gembira..:)

Puding Karamel said...

Kappa san ~
tak de, ni dah kali ke sekian, tapi 1st time solat sampai 2 set dalam mimpi.

thats when our subconscious mind is working, sbb our conscious mind tgh rehat.
n oso, thats when he-who-must-not-be-named kencing baik punye kat mata.huhu~

Amiin
Semoga Allah kurniakan kekuatan kepada iman untuk berperang dengan team duet tersebut.

Puding Karamel said...

k Dinas ~
yay!tice dh pandai speaking jepun...betul latu hehe ^^ spelling je salah sikit,asal maksud smpai sudah

tu namanya obekonpiden, konon dah bangun jam 5.20am tu, so matikan alarm kul 6.hohoho.
salah sape...???
he who must not be named jugak!

Puding Karamel said...

khuza ~
baru stat hari ni...smlm gagal -_-"
khuza dh stat?

amiin
ukhuwah fillah, yang ikhlas, insya allah abadan abada

Jom!mari membulat beramai!jom,jom...!

khuza hasan said...

alhmdlh..sy da smgt berkobar nk start..baru dpt sehari je (isnin hari tu)

then..tttuuuuttttt..alah..sedey..kenac0ntinue 5 hari lagi nxt week..

selamat buke p0se kak..^^v

mahu membulat!:)

Puding Karamel said...

tak pe...
yang 'to be continued' tu yang mahal tuh.eheh

no worry, ins allah
bulatlah kita semua.
hoyeah

Sidratul Muntaha said...

Saya pernah buat kerja macam ni masa kat Waqafan time baca Ma'thurat.tersengguk-sengguk memang tak sedar.

huhu.

Baru-baru ni saya lupa arah kiblat.tak tahulah kenapa.Padahal solat hari-hari.Adakah kerana saya tak solat sepenuh hati?

hmm..Thanks kak,ingatkan balik kekukarangan diri ni.

Puding Karamel said...

dekat waqafan mmg rajin ibadah dengan senggukan khusyu'
pernah sekali baca al-mulk smi terjatuh quran bergolek-golek.oh...

lupa qiblat?
macam tak wajar kan...
sbb akk pon kekadang mengalaminya
mungkin x spenuh hati sujud kepadaNya?wuwuwuuu~~

khuza hasan said...

jom membulat!

Puding Karamel said...

of kos dik, jgn tak bulat...
*senyum nampak pankreas*

Gumiho said...

Moga kita dipertemukan Ramadhan akan datang..huhu walaupun dah grad tp jauhnya nak dpt 1st class..tah2 3rd class kot..huhu

Puding Karamel said...

tu la nye...
tapi alhamdulillah, saya tetap bersyukur dengan ramadhan saya kali ini
sebab jauh berbeza dari ramadhan2 sebelumnya.

Amiin
semoga dipanjangkan umur dalam mentaatiNya, untuk berjumpa kembali Ramadhan Al-Mubarak