Monday, 26 September 2011

What's wrong with playing the piano freely and for fun?

Saya sangat suka dorama jepun (walaupon sekarang dah tak berapa sempat nak tengok). Memang lain dari yang lain, elemen kebudayaan dan garapan mesej yang tidak saya temukan dari hasil karya bangsa lain.
Dan ia merupakan salah satu cara untuk saya keep in touch dengan bahasa jepun agar tak luput ditelan zaman.

My most all time feveret is Nodame Cantabile (Fuji TV, 2006).

[kredit]
Kisah mengenai Noda Megumi, an extremely tallented piano student, dalam mencari erti cintanya kepada piano. Bakatnya dikesan oleh cikgu tadikanya apabila melihat dia menggoreng Chopin's 12 Etudes Op. 10 No. 4 in C-sharp minor dengan serangup kacang goreng, pada usia 6 tahun. Ohhh....

Akibat trauma dengan kekerasan cikgu tadika yang memaksa dia menjadi  pianist yang super perfect pada usia yang hanya setahun jagung itu, dia meninggalkan alam piano buat sementara. Bila usia dia menginjak umur lepasan SPM, dia memilih untuk menyambung pelajaran sebagai piano student di Momogaoka College of Music. Kata orang, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...Eh, ade kaitan ke?

Di kolej, dia bermain piano dengan gumbira suka suki kakinya. Dia tak suka tengok score sheet, rather, dia belajar piece hanya dengan mendengar dengan telinga. Dan kemudian dia mainkan note dengan tempo yang dia suka menurut apa yang dia ingat dari piece tadi. Walaupon hasilnya super duper messy, still, dia kelihatan sangat alive dan enjoy. Score sheet? Selamat berhabuk dalam almari gamaknya.

Yang paling best, disaat setiap pelajar berimpian untuk memainkan instrumen masing-masing di pentas Eropah, Nodame hanya ingin menjadi guru tadika yang boleh memainkan piano untuk kanak-kanak tadika. Siap karang lagu kentut (Onara taisou~) yang sangat comel. ^^

Apabila bakatnya dijumpai oleh Eto Sensei, bermulalah kehidupan gelapnya. Bermain dengan terpaksa. Not being her true self. Dia mula lari... ponteng...
Sehinggalah kerana Chiaki Senpai yang dia kagumi, dia kembali bersemangat untuk bersungguh-sungguh belajar piano (dengan melihat score sheet wey) dan menyertai sebuah pertandingan piano yang hadiah utamanya berupa melanjutkan pelajaran ke Perancis *gulp,pepeluh*
Dia berusaha, sangat berusaha, sehingga ke final. Kerana jatuh sakit, piece kedua tak sempat dikuasai sepenuhnya, dan dia disqualified.

Mereka datang mengasak, bertanya, mengapa... mengapa... dan mengapa...
Mereka tidak cuba memahami apa yang tersirat dalam hatinya.
Sehingga dia berkata,


Mereka hanya memaksa, menyuruhnya hanya membuat yang terbaik, menggariskan masa depannya.
Menurut keinginan mereka.
Tetapi adakah mereka memahami apa yang dia lalui?
Kepayahannya? Keperitannya? Kesedihannya?
Adakah mereka faham keinginannya?
Hanya untuk memetik gigi-gigi piano dengan gembira.
Sebebas camar yang terbang di udara.
Air mata mengalir tanpa diseka.


* * * * *
Apabila kita telah memilih untuk mengatakan; [Yusuf, 12:108]
Maka sewajarlah kita [An-Nahl, 16: 125]
Adapun kerana kita hanya [Al-Ghasyiyah, 88:21-22]
Sesungguhnya, sekiranya sebaliknya yang kita lakukan, [Ali Imran, 3:159]
Bukankah sesuatu yang lebih baik dari unta merah itu dambaan semua?
OKla, BMW merah ke, Merc merah ke...

Setiap orang antara kita berbeza.
Setiap orang menuju ke garisan penamat masing-masing dengan pace mereka yang tersendiri.
Ada yang laju dan cerdas, menjadi penggerak dalam masa hanya 2-3 tahun.
Ada yang memerlukan 12 tahun, tetapi masih perlu bergerak dalam tatih.
Mereka boleh, cuma mereka memerlukan ruang, dan pengertian, dari kamu-kamu yang sangat hebat.
Kita hanya menyeru, hasilnya biarlah Dia yang tentukan.
Hasilnya, biarlah Dia dan mereka yang tentukan.

Sekiranya diasak, dan terus diasak.
Sekiranya buah dipetik sebelum waktunya.
Sekiranya kita memaksa mereka menjadi duplikat kita dalam waktu yang singkat.
Jangan terperanjat apabila daun berguguran lebat.
Sepi tanpa jejak, hilang tanpa berita.
Kupohon, hanya secebis ruang dan kebebasan.
Untuk mereka menyusuri 'jalan ini' dengan kegembiraan.

14 comments:

Anonymous said...

TT_TT

Ibarat 'baby' yang terkeluar atau mengeluarkan atau dikeluarkan daripada ibunya lebih awal daripada masanya.

Habibah said...

Smoga kita ikhlas dlm mnjlnkn amanah; tanpa paksaan..
Semoga kita tsabat di jln ini...
Jzkk 4 de osem sharing,kakak:)

sesegar said...

OHOO.cite nodame.suka2!
betul la kau cakap tu cerita jepun ni even banyak merepek pon,banyak yang kita boleh dapat mesej2 dia :D

Dinas Aldi said...

Melakukan sesuatu kerana kita suka melakukannya, tanpa paksaan, tanpa memikirkan imbuhan, adalah keikhlasan dalam erti kata yg sebenarnya. Keikhlasan yg membahagiakan. I LIKE.

Puding Karamel said...

anonymous~
TT_TT
kesian baby kakak...
may Allah forgive us all
He knows best,yakinlah

Puding Karamel said...

Habibah ~
Amiinn
Semoga keikhlasan tak kan pernah sirna
Moga paksaan dan pemaksaan akan lupus ditelan zaman
Semoga tetap terpilih di jalanNya
JZKK 4 d osem komento dik ^^

Puding Karamel said...

sesegar ~
kan... mmg all time feveret lah
banyak lagi pengajaran yg sy nak korek dr c2.
go, j-dorama, 4 d better society.hoho
p/s~bangga dengan kehebatan awk. might blog about it someday eh...

Puding Karamel said...

k Dinas ~
Keikhlasan itu indah
seandainya ia hadir
Dan akan mendorong kita
hingga ke titik terakhir
may Allah bless kak

Cik Anon said...

Salam. :)

Saya share entry ini di fb.
Ada sesuatu dalam ini. Hehe.
Nice sharing.
Terima kasih tau. :)

p/s: semoga terus diberikan ilham olehNya utk menulis. ^^

Puding Karamel said...

Ws cik Anon
nice to know that u found something in this messy entry
alhamdulillah
sile share yang baik, n abaikan yg hampeh
Segalanya dr Allah
JZKK atas doanya.Amiinn
^_~

Liyana said...

haha zaman2 dlu2 sangat2 suka anime dan jdrama. nodame 1st dalam list kot. sebab klaka & ade selit2 moralnya.

tapi tak terfikir pun masa tengok dlu. tahu nak gelak je.

benar, dan kerana itu D itu seni,
dan kerana itu juga D ini bermula dengan takruf
supaya kenal dan menyeru mengikut kesesuaian dan bahasa yang sama

gyabo! ;)

Puding Karamel said...

haha, kan...
nodame mmg one of a kind
sekejap u'll laugh, then u squeal, then u'll cry ^^
moralnya sangaaaat banyak.rasa nak kupas lagi.haha.human behaviour dlm cite ni macam2.

yap, true...
mungkin kurang taaruf
atau mgkn terlalu syadid?
nobody to point the finger to, except MYSELF!huhu
mari kita menjadikan D sebagai item yang sangat hoyeah, dan boleh ber'mukya~' seara berjemaah...
^^v

khuza hasan said...

jalan2 rehatkan fikiran..^^

penah tengok cite ni tp versi kato0n kt channel animax..

baru tau rupenye cite ni ade yg versi manusia..

Puding Karamel said...

syok wey live version, jauh lebih animated dari anime.sumpah!
wahaha

eh...dah,dah.kita amik ibrah je ye...