Wednesday, 25 May 2011

RIKA ~ the metamorphosis ~

Februari 2010

‘Sis, tunang saya (encik Z) dah meninggal. Dia eksiden motor.’
'Innalillah...' Tergamam saya seketika, mengenangkan ujian yang kini melanda Rika. Hilang sudah tempatnya bergantung. Saya yang waktu itu sedang bekerja hanya mampu berikan beberapa patah kata pujukan sebelum mematikan telefon.
Saya beristighfar panjang mengenangkan nasib Rika. Saya dapat bayangkan perasaannya, sedih berbaur kecewa, mungkin ada terselit perasaan lain? Kehilangan orang yang tersayang, apatah lagi tempat bergantung, pasti sangat dirasai. Tetapi apa yang paling saya dapat lihat ketika itu adalah kasih sayang Allah. Allah terlebih dahulu memanggil arwah Z kembali kepadaNya, dan dengan itu tersedia ruang yang luas untuk Rika memulakan kembali hidupnya. Dan setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah.

… boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. [2:216]
Beberapa bulan kemudian, saya ternampak di status FBnya yang dia baru balik night club. Woah… terasa cuak giler, tak pernah pula dia clubbing sebelum ni… Tapi komennya di bawah status tu, dia solat Subuh lepas balik club. Huh…lega sikit rasa di hati. At least, that’s a start.
Beberapa bulan lagi kemudian, kami berjumpa di hospital-super-sibuk lagi, kali ni dia bawa teman lelaki barunya, encik Q. Woah.. cuak episod kedua. Bila agak jauh sedikit dari encik Q, saya bertanya sejauh mana keintiman hubungan mereka (sebab care okey, bukan nak busy body). Tersenyum Rika menjawab, ‘tak ade la sis’. Huh, legaaaaaa… episod kedua. Hampir copot jantung makcik.

Mid year 2010
Dengan heppinya, saya bersiap-siap untuk jumpa si Rika. Saat saya menatapnya di Sogo, ternganga saya seketika, shock berat, melihat gadis manis itu kini bertudung. Terasa sejuk perut akak walaupon tak pernah mengandung, dik ooi. Subahanallah, yang telah menganugerahkan hidayahNya kepada Rika. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi. (Ekceli, memang ada perasan gambarnya bertudung di FB, tapi tak ter-take note pula masa tu, mungkin cuai, mungkin masih pesimis).
We talked about a lot of things. But not really on the issue of tudung that she recently wore. Entah kenapa, rasa pesimis masih menebal untuk bangkitkan isu tersebut. Sekadar besyukur dalam hati, tanpa mampu dilahirkan dengan kata-kata.
And we talked about SPM that she’ll be sitting that year, at 21 years of age, yang telah dirancang sejak tahun sebelumnya lagi. (Rika berhenti sekolah pada awal tingkatan 4). Kasihan sungguh, antara kesibukan kerja dan kepayahan belajar tanpa sekolah atau kawan atau kelas tusyen, Rika berjuang sehabis lelah. Sesuatu yang saya sendiri tak mungkin sanggupi. Belum lagi masalah teman lelaki, keluarga, kesihatan dan kewangan yang sering melanda. Well, life goes on. Rika menempuh hidupnya sehari-hari dengan tabah. Terkadang apabila dia sangat lelah, dia akan sms saya. Dan, saya hanya mampu mendengar…

God is with you sayang…
Hanya itu modal yang saya terus-terus ulangi, dan Rika mendengarnya tanpa mempamerkan riak jemu.Dan saya meneruskan part time job saya sebagai pendengar yang baik. Saya menelefon atau sms dia kalau ada kesempatan, tinggalkan mesej di FB. Beri kata semangat, ingatkan dia akan tiang agama, and simply be there when she needed me.
Rika kept on fighting the battle she’s in, there were her ups and downs, but she never surrendered. She continued to fight on...
-to be con’t-

6 comments:

Ann Huda (Ate) said...

Ate ada problem ngan berukband so susah nak menyinggah ke umah maya teman2 included Cik Puding Karamel. Baru ni dpt baca. Terlepas episod Rika yg sebelumnya Insyallah akan baca kemudian nanti...

Puding Karamel said...

oh ate, thank u for showing ur interest in the story. Rika will be so delighted!!!
dia sgt gembira kalo kisahnya boleh diambil manfaat...
Gunalah streamyx, atau kat smnnjg tu kan ade unifi?lagi la besh...^^

mylittlepencil said...

tertarik dengan kisah rika ini.
nak berjumpa boleh ?

teruskan bersamanya ya ukht.

Puding Karamel said...

siriyes???
ouh,rika akan sangat2 gembira...sbb rakan2 yg 'd jalan ini' so far hanya saya, n dlm proses nk kenalkan dgn x-murobbiah n member d KL.
klo siriyes,nntsy leh arrange,boleh kte pon kenal2 kan?
after all dat had happened,ins allah,sy mmg x kan tinggalkan dia...dia adalah antara anugerah Allah yg x ternilai kpd sy!

aleeza suasdi said...

wah tgk ramainye Feedback Rika ni, mesti dia hapyy... masih ada sambungan ke citer rika ni akak ??

Puding Karamel said...

ade lagi yg terselip dlm emel,fb dll.
kalau dia baca,mesti dia heppi ^^ alangkah sy pon heppi baca komen2 kawan2...
ade sambungan.ins allah...tp x abis rangka lg nih.nantikan... ^_~