Disember 2008 – Januari 2009
Semasa di wad, sepanjang mengenalinya, saya terasa terpanggil untuk membimbingnya, supaya kembali kepada fitrah, kembali kepada tuhan. Tetapi dengan kehidupan yang super hectic sebagai kuli, dan sikap pesimis yang menebal terhadap condition which concerns both of us, niat itu saya kuburkan dalam-dalam.
Apatah lagi semasa prebet syaitan mula membisikkan ‘ tak payah la kau susah-susah…’
Kemudian datang pula sarjannya berkata ‘ kalau buat bende ni kompem ada hasil ke??? ’
Dibantu oleh jenderalnya, ‘Kau ingat kau hebat??? berlagak macam baik sangat..’
Maka terbantutlah semua niat murni. Yang tinggal hanya serpihan bisikan hati, ‘Do something… at the least’.
Saya menjadi pendengar yang baik. Kalau Rika beceloteh mengenai masalah-masalah yang melibatkan keluarganya atau teman lelakinya, saya hanya mendengar, memberikan pandangan, dan sekiranya ada kekuatan, saya akan berkias-kias untuk mengingatkan dia kepada sang pencipta. Hanya itu, sekadar itu.
Dan apabila saya berpindah wad, sekali sekala, kalau sempat, saya akan menjenguknya, sehinggalah suatu hari apabila Rika beritahu saya yang dia dibenarkan pulang, dan keesokannya kelihatan penghuni baru mendiami katil tersebut. Dan terputuslah hubungan persahabatan saya dan Rika. Dan saya hanya biarkan ia belalu begitu saja, walaupun ada secebis rasa sayang dan terkilan, saya memilih untuk hanya menunggu kebetulan yang akan menemukan kami kembali. Walaupun saya boleh nak trace rekod nombor telefon atau alamat dia, I did not do so. Saya memilih untuk terus pesimis…
Mei 2009 – Disember 2009
Pada suatu hari yang indah di male surgical ward, sewaktu sedang bekerja, tiba-tiba ada suara menyapa saya. Berkuntum-kuntum senyuman terpancar di wajahnya, ‘diorang cakap doktor dah pindah wad, dah berapa kali saya cari doktor di sini, nasib baik hari ni jumpa’. Hati saya ketika itu terus berbunga ceria melihat Rika, rasa tak percaya dengan ‘kebetulan’ yang sememangnya diimpikan ini, heppi to da max. Dan dari situ bermula la episod dating-datingan di antara kami. Heheh.. kadang-kadang kami makan sekali di kantin, atau Rika datang mencari saya di wad setelah ofis hour atau di tengah-tengah malam kalau saya oncall, atau saya yang akan pergi menjenguknya di female medical ward.
Saya masih setia menjadi pendengar yang baik kepada celoteh-celotehnya, dan masih tidak ada kekuatan untuk berbuat apa-apa yang patut dibuat. Sehinggalah satu hari ketika shopping di Kinokuniya, saya terpandang buku feveret ‘Bagaimana Menjadi Wanita Paling Bahagia’ karangan Dr ‘Aidh Al-Qarni, dan dengan suka-sukinya saya membeli senaskah untuk Rika. The next day, dengan tak sabarnya, after ofis hour, saya ke female medical ward, dan menghadiahkan buku itu kepadanya. Dia sangat gembira menerima hadiah sulung dari saya, dan berkata ‘Ihh, bestnyer! Wah, mahalnya buku ni’. Almaklum yang saya beli adalah hard cover, kerana itu yang cantik dan menawan hati. Saya tersenyum dalam gurau, dan berkata ‘tak pe, akak kan banyak duit’. *bohong sunat ^^ *
Lepas tu kami saling sms bertukar fikiran tentang buku tu, dan ternyata Rika khatam buku tu lebih awal dari saya (oh, lambannya…). Dia pulak yang cerita bahagian mana yang best antara yang best.
Sehingga suatu hari, dengan izin Allah, pada suatu keadaan yang sedikit kondusif sewaktu dia menceritakan tentang permulaan kisahnya dengan encik Z, saya katakan kepadanya.. ‘saya rasa Rika pon tahu kan, zina itu haram. Cuba lah jauhi…’. Sekadar itu saja yang saya mampu katakan, tetapi Rika kembali bertanya macam-macam kepada saya, dan ayat seterusnya yang saya katakan, ‘jaga solat, solat boleh menjauhkan dari perkara keji’.
Reply Rika, ‘bukannya saya tak nak solat, bila saya solat, saya ngaji, tapi kemudian saya bersamanya dalam bilik yang sama, saya rasa hipokrit’. Hippocracy, that’s how some of us define it. Saya faham, berat bagi Rika, dia tersepit dengan keadaan. Selain bilik kecil itu, tiada tempat lain yang boleh dituju, dengan rakan-rakannya yang lain yang juga hidup bebas, dengan kepercayaan yang menipis terhadap keluarganya sendiri, dengan keadaan ekonomi yang tak mengizinkan dia hidup berdikari.
I felt like cursing myself. Tiada apa yang boleh saya hulurkan saat itu, melainkan beberapa rangkap kata-kata. Tak mampu bertindak seperti kaum Ansar yang boleh berkongsi rumah dan harta dengan kaum muhajjirin. Begitu lemahnya iman saya di tengah kota metropolitan.
But all I managed to do was, get hold of her. I made sure to keep in touch even after she was discharged from the ward. Via phone, and FB. Ye lah, don't want the banana to fruit two times. Dan sekiranya Rika datang ke hospital untuk CT scan, atau appoinment di klinik pakar, saya akan berusaha habiskan kerja cepat-cepat dan cuba luangkan barang setengah jam dengannya. Detik itu indah. Sehingga kesibukan menenggelamkan saya dari dunia luar pekerjaan. Sehingga pada suatu ketika, sms Rika pon tidak sempat saya balas…
Februari 2010
…dan dia terpaksa menelefon saya. Dari telefon, esakan kecil kedengaran. Waktu itu saya dapat meneka sesuatu besar telah terjadi, kerana ketika berjauhan, Rika jarang mengeluh.
‘Sis, tunang saya (encik Z) dah meninggal…’
-to be con’t-
No comments:
Post a Comment