Thursday, 3 November 2011

Bayi instan

Bayi instan? eii apa tu? Yang begini...?

 

[kredit]

Bukan! Bukan!

Jadi yang mana? Yang 'cepat dimasak sedap dimakan' seperti ini?

[kredit]
Bukan juga...!
Walaupon tagline dia hampir sama -_-"
'Senang dihasilkan, cepat dilahirkan'
Senang; tak perlu pakai upacara nikah, tak perlu restu mak ayah.
Cepat; dilahirkan 5 bulan setelah kawin, atau ada yang melahirkan sebelum sempat kawin.
Either way...

Terlalu banyak anak instan zaman serba instan ini, oleh ibu bapa instan berlandaskan cinta instan, hasil dorongan nafsu instan.
Saban hari di klinik, pasti ada ibu instan yang datang untuk check up.
Ekceli, baik lah tu mereka datang untuk cek up, daripada diam-diam, tau-tau anak instan selamat tergolek tepi tong sampah, atau dalam lubang jamban, atau baru-baru ini dikelar dengan jayanya.

Single mother sangat ramai.
Tapi kalau sempat amati baik-baik, married mother dengan premarital conception (hamil luar nikah) juga ramai.
Perkahwinan diadakan dengan instan demi...(macam-macam alasan tersendiri la)
Kebanyakan ibu instan ini adalah sangat muda. Ada yang merupakan mangsa, tetapi kebanyakan atas kemahuan sendiri.
Ada yang ketakutan, kesedihan, ada juga yang gembira.

Lebih menyedihkan kisah seorang hamba Allah.
Dikejutkan dengan berita anak daranya mengandung. Dinikahkan, dan kemudian dipisahkan (untuk apa kawin, kurang pasti juga..). Tak lama lepas itu, anak terunanya pula menghamilkan anak orang. Dinikahkan, dan syukur yang ini tak pula dipisahkan.
Kasihan sungguh saya dengar. Sungguh kasihan. Andai saya di dalam kasutnya.
Ternyata, kisahnya dahulu juga begitu. Proses instan-si.

Walaupun sudah Allah gariskan dengan jelas.

“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' 17: 32]
Masih ramai yang gagal memahami.
Masih banyak mata yang dikaburi dari hakikat menghampiri zina.
Terlalu banyak ruang untuk menghampiri zina, baik melalui mata, telinga, lidah, hati.
Seram....

Siapa yang bertanggungjawab?
Ibu bapa, guru, masyarakat, kerajaan ataukah individu tu sendiri?
Senang cerita, semua memainkan peranan. Semua wajar dipersalahkan.
Pendidikan primer di rumah, pendidikan sekunder di sekolah, wadah hiburan dalam negara dll.
Dan diri ini sebagai tukang pemerhati, juga wajar ditunding jari.
Sebab kita hidup dalam masyarakat ini, maka masalah ini kita tanggung bersama.

-yang tak pepaham isu ikhtilat sampai kesudah-

13 comments:

Dinas Aldi said...

Masa zaman akak sekolah menengah dulu, terkejut besar akak bila dengar berita seorang rakan telah bunuh diri. Kami di sekolah rendah yg sama tapi kemudian terpisah bila ke sekolah menengah.

Rupanya dia hamil instan. Sama2 ketakutan, teman lelaki dia tak meninggalkan dia tapi telah mengambil keputusan untuk membunuh diri bersama2, Allahu akbar..

Qauthar said...

salam alaik kak!

suka post ni. betul, Allahu. teringat kata kata ustaz salam, 'beli astro untuk tengok hiburan, macam 'bayar' untuk dirosakkan, sama macam beli racun minum sendiri." -.-"

Allah. nasib baik rumah takde astro. tibe.;p

ok, mesej nye sampai ^_^

jagalah ikhtilat :) jaga hati, jaga pandangan, kawal nafsu dan paling penting , jaga hubungan dengan Allah :)

cinta cukulet said...

sekarang ni semuanya instan
sebab iman dah jatuh terlentang
pak iman tengok pun hampir pitam
yang gembira sape? syaitannn!!

tan tan tanggg

"gedegang!!!" bunyi terhantuk tiang
..pengsan...

Hedaya said...

Setuju dgn post anti :)

Hedonisme di mana-mana, hiburan dibudayakan, dpt lah nafsu instan

Cerdik pandai dijauhi, ilmu & ulama' dipandang sepi, dpt dosa menimbun tinggi !

Apapun, pendidikan berhikmah mula dari rumah. Andai parent tak dpt tarbiah septtnya, mcmana nk didik anak jd generasi soleh?

Wallahu'alam

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tak tau nak cakap.. takut jugak..moga anak2 kita dijauhkan mcm tue

Ct Aja said...

dalam soal ni bagi saya ibu bapa perlula memainkan peranan penting, corak anak terlahir dari mula ovum dan sperma bersatu..jadi kalau mahukan anak yang baik pastikan ibubapa pun sedar perkara 2 dari awal lagi...itu ape yg saya baca la... salam kenal..

safiyyah said...

bila tengok kes macam ni, rasa takut nak membesarkan anak nanti. zaman dah lain. zina sudah jadi sinonim dengan orang kita. kena mantapkan diri supaya dapat membina baitul muslim yang mantap juga agamanya.

Puding Karamel said...

kDinas~
innalillah.
sedihnya sy dengar,kak. must have come to u s a great shock kan...

kadang2, (in my situation)kawan2 kita try to tell us sumting, menggapai meminta tolong, tapi kita gagal mendengar.huhu..


Pika~
(nak panggil pika jugak,theehee)
roger!msj anda juga sampai.
baru astro,blom gejet2 mutakhir.
banyak nye fasiliti yang memudahkan syaitan sekarang.derang dok goyang kaki je.


adik cukulet~
wah,pantun puitis sasteraitis cumilitis.
incurable inflammation,hehe
tu lah, syok syaitan skrg, x susah keje,bisik sikit2,gejet membantu, manusia malah mencari (huhu...kita pon)

Puding Karamel said...

Hedaya~
nafsu instan ni sangat magically instant.
(kisah benar) start with (pura2)salah sms, nk berkenalan, drug n rape, hamil.
all started with a 'hai...'
hebatkan, a 'hi' boleh lead to buang bayi.


mama baby~
wpon sy tade baby lagi,pon riso jugak. n turut riso diri ini, yang iman turun naik turun (byk turun dari naik nih...huhu)


Aja~
salam kenal ^^
sangat benar.teringat kisah ibu imam ghazali, bila ditanya tentang pendidikan beliau terhadap imam ghazali, katanya pendidikan itu bermula 40 thn sblm imam ghazali dilahirkan.
tok nek kata jgn jadi ketam ajar anak jln dgn betul.seram!!!


saf~
betul.macam kisah ibu imam ghazali tu kn...
nk didikdiri, tp x bjaya2 lg,waaaaaaaaa....
zaman mkn mcabar.ghuraba mkn gharib

Sidratul Muntaha said...

Kita adalah perlambangan generasi kita yang akan datang.Kalau kita mahukan generasi yang tidak instant, maka tugas kitalah yang memantapkan iman agar tidak instant.

Ayat akak...suka.kona sana sini.tapi maksud sampai.

Puding Karamel said...

fatin~
betul tu... *insap sebab iman sendiri memang instan*
kena mantapkan iman kita dan mereka. Kerja lagi,kerja lagi...

oh, bab merepek kona-kona memang akak nombor 1.kalo tak de limit, habis akak kona dulu pi planet marikh sebelum sampai point di bumi. hehe

So Shy Lady said...

salam ziarah,

suka n3 adk ni. risau la tgok k adaan skrg ni yg smakin nazak n risau sgt2 dgn kmurkaan Allah klak


doakn agr kita n kluarga tlindung dr mlakukn pkra bgini

Puding Karamel said...

kak SSL
terima kasih atas kunjungan
saya juga merasa benda yang sama
hal biasa yang tak wajar langsung biasa.ish,seram sungguh.
semoga allah lindungi kita, keluarga kita dan seluruh muslimin dan muslimat dari perkara keji.