Tuesday, 15 November 2011

Till 'botak' do us apart...

Alhamdulillah, atas limpah nikmat dan kurnia Allah, akhirnya setelah 'green turning purple with envy' dengan negeri-negeri lain, akhirnya NGO chapter Sabah ini menerima kunjungan dari seorang tamu kehormat yang sangat dinanti-nanti.


Syaikh MH begitu bersemangat memberikan ceramah


Beliau, yang digelar Syaikh MH, dari Mesir merupakan duta NGO chapter internasional yang memayungi kami di Malaysia. Kira kami merupakan cabang dari NGO itu (macam adik angkat la ni).
Tapi di Sabah tak adalah banner yang sangat 'wow' seperti di semenanjung, dimana logo NGO kami diletakkan bersama logo NGO abang angkat yang sangat berprestij itu ^^"

Apapun, rahmah Allah meliputi segalanya.
Seminar kepimpinan telah dilaksanakan dengan jayanya, walau hanya untuk tempoh sehari semalam sahaja. Banyak ilmu baru yang didapat, dan ilmu lama berkarat yang digilap kembali.
Ilmu kepimpinan, bukan sekadar memimpin manusia, tapi yang lebih penting, memimpin diri.
Kerana kunci untuk menyentuh manusia, letaknya pada hubungan dekat dengan Allah.

Dan setiap tajuk berat Syaikh akan berakhir dengan peringatan yang menusuk kalbu...
"Apa yang telah dipelajari, haruslah diamalkan. Kerana setiap sesuatu akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat nanti"
T_T
[Surah As saff:2-3]
TT_TT

Dengan iman senipis bawang, sekiranya tidak ditingkatkan (asyik menurun je...), tak mustahil sekiranya hidayah itu ditarik.
Dengan pengetahuan tahap PhD, sekiranya tidak dipraktikkan, tak mustahil ia ditarik (belum kira pertanggungjawaban di mahkamah paling berprestij di Mahsyar).
Dengan rambut hitam berkilau, sekiranya tak dishampoo dan dirawat, tak mustahil sehelai demi sehelai berguguran.

Akan kami cuba jadi terbaik.
Kalau gagal, akan kami cuba lagi. Sehingga berjaya.
Dan sekiranya satu saat kami jatuh, akan kami usaha untuk cuba lagi.
"Kerana kami adalah sebahagian dari ikhwan"

Pesan beliau,"Janganlah kerana anda lambat solat subuh, akan membuatkan barisan kita terlambat menuju khilafah Islamiyah" *Pengsan*
Till 'botak' do us apart...
Insha Allah, kami akan sentiasa di sini...

Nak polish balik bahasa Arab...wuwuwuuuu~~~

3 comments:

Dinas Aldi said...

Bab memimpin diri tu pun kadang2 akak fail. Kadang2..

Tapi harus terus mencuba.

syafa mohamed said...

salam wbt akak...tersentap pada kata sheikh yang last tue... 'kerana kita solat lambat solat subuh,buatkan barisan kita terlambat menuju khilafah islamiyah'

Allah..satu ayat,tapi banyak yg dapat direflect dr situ....

masih perlu muhasabah lagi..masih dan akan terus...

Puding Karamel said...

k Dinas~
yup, keep trying.
saya juga, dan kakak juga ^^


Syafa~
ws syafa
sangat setuju.bende yg mungkin kte rasa ringan, justru menjadi penentu sesuatu yg besar.huhu...
keep on mujahadah eh.sama2, iAllah