Friday, 17 February 2012

the iman or my own skin?

Sewaktu saya sedang gembira meraikan double engagements sepupu-sepapat tercinta di bandar halaman, saya mendapat sms yang tak diundang dari staf klinik. Berita kematian ibu hamil (maternal mortality) yang sangat la tak syok didengar. Apatah lagi pada hari keraian.

Kes bukan warga negara, yang memang tak pernah berklinik, yang baru saja berpindah ke daerah saya dari daerah yang jauhnya 6jam seminggu sebelum kematiannya. Walaupun asalnya kes orang, tapi sebab meninggal di daerah saya, terpaksalah ditanggung sebagai kes kematian daerah kami. Walaupun kami memang haram tak tahu pun akan kewujudan ibu tersebut di kampung kami.

Dan setelah itu, kami dipeningkan dengan kes bukan warga negara yang didiagnosis mengalami placenta praevia major, dan tak mahu masuk wad. Time bomb, seolah-olah haru mengantisipasi kematian kedua untuk tahun ni. Demi untuk mengelakkan hal yang sangat tidak mengharumkan nama daerah, saya cuba melakukan segalanya untuk dia, bagai menatang minyak yang penuh. Semua staf kesihatan dan hospital turun padang untuk mengkaunsel ibu tersebut supaya masuk wad, sehingga ke tahap harus menghantar ke klinik pakar pakai ambulans, dengar escort staf nes, minta pengecualian pembayaran klinik (warganegara pun kena bayar RM 5), dan lain-lain. Apatah lagi dengan kedudukan saya sebagai Yang Menjaga Kesihatan Daerah (ouh, tak syok okeh).

Dalam keheningan itu, terdengar suara sumbang dari staf saya. 'Kenapa la kita ni kena bersusah payah untuk orang yang bukan warga negara? Menyusahkan saja, nak dilayan macam VIP. Orang kita pun tak dapat layanan sebegitu'.
I don't blame her one bit. Occassionally saya pun ada juga terdetik hal begitu. But I can't afford to have another mortality case under my care.
Buat kebaikan kepada mereka, ukankah suatu sedekah? Mendengar kata-kata dari suami ibu tersebut, berterima kasih dengan amat, sedikit sebanyak menyentuh hati saya. Mereka juga manusia. Walaupun bukan warga negara. Dan mungkin kita semua terlupa satu poin yang lebih penting. Bahawa mereka itu seagama.

Bukankah haram darah seorang muslim bagi seorang muslim lain? Begitu sekali berharganya mereka. Bukankah Imam Hasan Al-Banna pernah mengatakan dalam risalah Ta'lim; bahawa di belahan bumi mana yang ada umat yang memegang kalimah tauhid, maka disitulah tanah air kami, dan ke atas kami untuk mengorbankan harta dan seandainya harus menitiskan darah untuk melindungi mereka, akan kami lakukan.
Kerana itulah ikatan akidah.
Itulah lambang sebuah iman.

[kredit]
Cool!
But is it really the iman that is masking my actions?
Or, is it just to save my own skin?

8 comments:

Sidratul Muntaha said...

Assalamualaikum kak.

Saya rasa meremang baca benda ni.
(- -")

Mati, ajal, ihsan, ikhlas.
4 benda PENTING yang akak cuba sampaikan ni, ujian kita.

Saya, akak, and semua yg baca.
hmm...

yang jauh di sana said...

:)

yang jauh di sana said...

tiap kali mai baca kat blog puding karamel...memang banyak buat saya fikir...terima kasih untuk tu :)

p/s : sori...masih tak tau nak panggil puding karamel apa...dr ka?

Puding karamel said...

fatin ~
wah, hebatnya kemahiran mengeluarkan isi penting! dalam versi tarbiyah lagi, hohoho
^^
akk pun baru realize key words yang wujud dalam tuisan tu.thanx fatin


kak yang jauh ~
^^ terima kasih atas komen akk.tak sangka la serpihan tulisan tu ternyata bermesej, when i simply write without any flow.alhamdulillah

kak, panggil je pk pon x pe.
sy pon sukak suki panggil aka yang jauh ek... ^^"

Dinas Aldi said...

Saspen ja menunggu berita tentang si ibu yg ada placenta praevia major tu..ingatkan dia yg dik PK maksudkan tadi..

Puding karamel said...

semoga Allah melindungi ibu itu...dan juga anak yang dikandungnya.amiin

pengemis Cinta~ said...

Assalamualaikum akak..

lama x menjengah ke sini..rindu rasanya..;)hehe.

Setiap penulisan akak santai tapi kena baca dengan seriyes. Terkesan dihati untuk menggerakkan diri..

syafa mohamed said...

Bila sekali Allah sudah tautkan hati kita, mana mungkin akan lupa.

syafa rindu akak..
just love to be here;')