Monday, 13 February 2012

what poverty means

Poverty means, duit tak de
Biasa kalau cakap pasal kemiskinan rakyat, paling sinonim dengan busung lapar.
Or, simply, kebuluran la. Ikon kebuluran yang terhebat di kepala saya, Somalia. Lots more, beyond that, of course.
Thus, poverty jeopardize the lives. 

Wajah dia nampak blur ketika berkomunikasi dengan kami. Maklum, orang Filipina, faham gitu-gitu je.
Saya jelaskan pada dia, uri dia sangat rendah, sehingga menutupi jalan lahir. Pada usia kandngan mencapai 9 bulan, keadaan dia sangat berisiko. Bila-bila saja boleh terjadi perdarahan tanpa henti, dan lebih bahaya kalau memang dalam fasa nak bersalin. Ancaman besar kepada ibu dan anak.
Pakar di KK sudah dimaklumkan, dan dia dikehendaki dihantar ke hospital pakar di KK, untuk antisipasi kelahiran melalui pembedahan (kes placenta praevia major)..
Dia dan suami menolak. Tak ada duit.
Saya cuba lobi. Pujuk masuk hospital biasa di daerah kami. Bayaran tak semahal di hospital pakar. Yang penting berada di bawah pengawasan staf kesihatan, kalau tak dapat handle, tetap akan kami hantar ke KK. Tapi tu belakang cerita.
Mereka tetap menolak. Memang tiada duit.
Padahal nyawa ibu dan anak bagaikan di hujung tanduk. Seperti the ticking bomb.
Asal terjadi perdarahan, dia boleh pergi. Asal terjadi sakit nak bersalin, akan terjadilah perdarahan, dia boleh pergi. Either way, dia kemungkinan pergi, kalau tak dibedah.

Suaminya dengan nada kesal dan sopan menolak pemintaan saya untuk kemasukan ke wad. Mereka suami isteri bertekad untuk mengambil risiko, walaupun dengan bayaran 2 nyawa.
Sebab, duit tak ada.

Setelah lobi kona sana kona sini, kami mencapai sebuah persetujuan, di mana mereka harus ke hospital esok, hanya untuk scan dan sesi kaunseling dari doktor di hospital. Mana tahu, lembut hati dengan doktor di sana, mana tahu, penerangannya mampu meyakinkan mereka.
Kalau masih berdegil untuk masuk wad, terpaksa dengan plan C. iaitu, buat lawatan ke rumah mereka setiap hari.

Ini kes mereka yang bukan warganegara.
Ini kes mereka yang tiada berharta.
Ini kes mereka yang memilih untuk bertarung nyawa.

Hiba saya lihat suaminya, riak muka yang sukar saya tafsirkan. Anak pertama. Pasti keputusan yang diambil itu begitu berat bagi si suami. Berat mata kami yang memandang, berat lagi bahu si suami yang memikul, belum lagi berat perut yang dikandung isterinya.

Poverty means, life.
What say you?

4 comments:

Ana Jannah said...

kadang2 mereka juga terpaksa...tiada pilihan...bersyukulah kita seadanya...

Dinas Aldi said...

Sedih memikirkannya. Sahabat yg seusia akak kehilangan ibu akibat placenta praevia major. Masa tu dia masih kecil & tak tau apa2.

Poverty, it can also mean the loss of lives..

Bukan warganegara pun manusia jugak kan. Terbayang2 di mata akak riak muka si suami itu..

Puding karamel said...

Ana ~
akk paham gak, terpaksa... rasa sedih sbb kita hanya melihat. sedikit membantu, tapi lokek berkorban


Dinas~
Iya kak. Suami dia yang terpaksa buat keputusan dan tanggung semua. Dalam hati ni berdoa sangat2, semoga tak terjadi kematian lagi. Kalau kematian yang diantisipasi ni sedih sikit la kut, sbb kita dah tau tapi tak dapat berbuat banyak =(

pengemis Cinta~ said...

;( simpati..syukur dengan segala kurnia Ilahi, berbanding mereka yang jauh kesempitan..