Sunday 5 June 2011

Bila si pesimis dikehendaki bersuara

Ok, apa yang akan terjadi apabila si pesimis dikehendaki bersuara?

[kredit]
KIAMAT !!!
Erm, mungkin belum kiamat, tapi...

*Kite flashback dulu*
Ceritanya, saya diminta memberikan motivasi pada pagi ahad yang indah ini, di negeri bawah bayu, dengan ditemani bayu yang sepoi tak mengganas (buat tepi pantai, best giler) kepada adik-adik intan payung yang baru nak menyapa alam menara gading... Anjuran persatuan yang berjenama, cool dan bergaya.
Saya diberitahu mengenai hal ini pada ahad lalu, dan diberikan bahan pada selasa baru ni.
Okey, so I had 4 days to prepare...
Tapi untuk seorang yang pesimis, 4 hari tak cukup kot??! (Ye, saya memang seorang pesimis, tak syak lagi)

Tapi, berbekalkan seruan cinta Sang Pencipta
Berangkatlah kamu baikdengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. [At-Taubah:41]
dan prinsip selambe yang memang dipegang
Ade aku kesah??! Redah jer beb...
dan saya ni memang pantang sikit la (konon) nak tolak tugas yang diberikan...
dan jugak kerana cinta dan kasih kepada adik-adikku semua (sumpah...heheh), maka saya dengan seronoknya menyambut tugas ini, sebagai suatu cara untuk berbagi, berkasih, dan mengajak.
Walaupun nervous suam-suam kuku, dan procrastinating sepanjang minggu, saya redahi semua, demi seruan 'Infiru...' (berangkatlah...).
Eheh,ye ye je kan...

Pendekatan motivasi kali ini diarahkan dari sudut yang berbeza. Bukan difokuskan kepada tips-tips pelajar cemerlang untuk mencapai cita-cita hidup yang professional di dunia, tetapi bagaimana untuk menjadi insan dengan hidup yang cool dan bergaya menurut agama (tanpa penjenamaan persatuan, ohoh...), supaya mampu menggapai cita-cita jangka pendek (di dunia) dan cita-cita jangka panjang (di dunia saaaaaana). Dan orang yang paling termotivasi, sewajarnya adalah orang yang menyampaikan ini (amiin).

Whatever pon, motivasi dah selamat disampaikan, walaupon tak tau la sejauh mana keberkesanannya... dan terbukti, kiamat masih belum tejadi, apabila si pesimis memberi motivasi.
Despite of being a pessimist, still, it's about time to move out of the shell, and get moving on with our life. Zaman sekarang, katak pon dah tak mau duduk bawah tempurung, habis koman pon dalam tayar-tayar buangan. Jadi, saya bertekad untuk bahkan menjadi lebih baik dari itu, dengan izin Allah. Bak kata motivator marhaen tadi, titik penilaian seseorang bukan terletak kepada berapa kali dia jatuh, tapi bagaimana dia struggle untuk bangun. Kan?

Jom la sama-sama memperbaiki diri. Di mana ada titik kelemahan, di situlah kita sama-sama cuba perbaiki. Kite semua sangat berbeza, maka kita semua saling melengkapi.

[kredit]

*Credit dan sekalung penghargaan buat AJK2 yang menjayakan program ini, terutama cik pengarah program yang cool, cik bek up last minit, cik-cik fasci, cik-cik 'makcik' kantin, cik-cik dreba, cik-cik fotografer, cik-cik yang memeriahkan majlis, dan adik-adik intan payung yang sudi hadir, serta buku 'Zero to Hero' karangan akh Solikhin Abu Izuddin yang sangat membantu...

....dan tak lupa, kepada Yang Mengizinkan semua ini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah ^^

Barakallahu lakunna...

2 comments:

mylittlepencil said...

wah...ukht,..semangat ana membaca entri ini...RIKA ada sekali tak ? hehe...

tahniah ana ucapkan. moga2 motivasi itu juga buat diri sendiri kerana mulut dan telinga diri sendiri yang lebih dekat, inshaAllah !

ana kadang2 apply jugak konsep tu, ada aku kesah, redah je...pengajarannya, memg kene sentiasa bersiap sedia kan...kalau takde org mintak beri motivasi pun...kita tetap kena tambah tsaqafah sendiri. hehe

Puding karamel said...

Rika di belahan malaysia yang berbeza.haha...tak de. tapi dah arrangekan program khas untuk dia dah d sana. tapi asik ada kekangan dr pihak akhawat sebelah sana.moga allah permudahkan T_T

alhmdllh,segalanya dr tuhan.semoga smua dpt manfaat dr motivasi dr motivator pesimis tuh, tak banyak sikit la kan..amiin

setuju...kne teruskan tambah tsaqafah sendiri, wpon seringkali dlanda virus malasss...apapon, redah jer...^^
Pis