Tuesday, 21 June 2011

A warm death bed with strings of roses

[kredit]
"Excuse me ma'm, may I take your order please?"
"Oh yes, please. May I have a nice, warm death bed, with strings of roses?"
*Pandangan tak berkelip, penuh harapan*

Uih, mau kene hempuk kepala dengan menu berkulit keras dek waiter itu.
Atau, untuk mensadiskan keadaan, mungkin ada doktor di meja sebelah yang terdengar perbualan ini akan terus melakukan urgent referral ke teman sejawatnya yang dari Psychiatry department. Omo~~~

Pelik ke?
Tapi akhir-akhir ini, ayat tersebut sering menerjah kepala. Especially after previous post, mengenai kisah-kisah kematian.

Kematian. Death. Al-maut.

Tak tahu bila dia akan datang. Yang tahu, ajal dah ditulis, pena sudah diangkat, dan dakwat sudah mengering. Tapi bila? Dan bagaimana?
Err... boleh tak nak order death bed tu siap dengan timing dan cara penyediannya?
Nak mati dengan cara yang best, pada hari best, dalam position yang best.
Eh, banyak sungguh songeh.
Kalau nak penamatan yang best,  kena la jalani kehidupan yang terbest, mengikut objektif kehidupan yang Tuhan dah gariskan; beribadah dan menjadi khalifah.
Kalau yang itu tak jalan, susah der...

Banyak sungguh versi kematian dalam masyarakat ini. Yang anggun, yang comel, yang biasa, yang pilu, yang ngeri, uwaaa...
Espesyeli kalau kerja di hospital, akan disajikan dengan begitu banyak kisah kematian, dalam pelbagai jenis fesyen. Sewajarnya mendatangkan keinsafan, tetapi bila dilihat saban hari, macam hilang feeling pulak. Isk, problem, kena cek balik tang mana silap. Something wrong somewhere, samada
kuch kuch hotak hang ~ something wrong in your head, or
kuch kuch hati hang ~ something wrong in your liver. Erk...

Teringat kisah yang paling ngeri sewaktu bertugas di Red Zone Casualty, datang pesakit lelaki yang hampir putus kepala, diiringi seorang lagi yang tak kurang parahnya. Rupa-rupanya kes amok seorang suami (kaum pendatang) yang menyaksikan isterinya bergembira dengan beberapa orang kenalan lelakinya. Pesakit itu tak dapat diselamatkan, dan dikisahkan daripada staff MA yang menjemput pesakit dari scene, mayat si isteri bergelimpangan bersama mayat-mayat lelaki lain dalam keadaan bogel. Dan untuk mensensasikan lagi keadaan, mayat wanita itu betul-betul di pintu dan staf MA  terpaksa melangkah mayat tersebut untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup.
Apa yang terlintas di fikiranku waktu itu bukanlah, 'Eh, jenayah berat ni', atau 'Hah, tu la main-main lagi', tapi, 'Macamana wanita tu menghadap tuhannya dalam keadaan itu? Tampak hina di mata manusia, belum lagi di mata pencipta'. Datang ketakutan ngeri, apakah saya mungkin mendapat penutupan begitu juga? Oh.

Teringat sebuah lagi kisah, semasa seorang adik 18 tahun batuk darah tak berhenti-henti di wad, dan terpaksa diintubasi kerana ketidakstabilan kondisinya dari banyak segi, dan sebelum proses itu dijalankan, dia memandang saya dengan mata yang ketakutan, 'Kak, saya tak kan apa-apa ke? saya akan mati ke?' Saya hanya mampu menjawab 'Dik, jangan risau, percayalah, kami akan cuba selamatkan adik'. Lame line, tapi perlu untuk menenangkan dia sebelum diintubasi. Dan dia deteriorate dan menemui tuhan. Dalam keadaan hectic CPR itu, kami cuba talkin di telinganya. Sempatkah dia bersyahadah?

Teringat pula kisah ibu seorang staf nurse di hospital yang saya tangani bersama sahabat houseman (ketika itu) dan boss. Dia sudah sangat semput, dan terpaksa ditidurkan untuk proses intubasi, dengan risiko 50-50. Untung, staf nurse sangat memahami, dan menjelaskan kepada ibunya, "Mak, mereka nak tidurkan mak, sebab nak masukkan tiub ke saluran pernafasan mak. Mak mengucap ye'. Dalam keadaan semput itu, ibu staf nurse itu mengucap sepatah-sepatah dan proses intubasi dijalankan. Tetapi, tekanan darahnya makin menurun, dan nadinya makin lemah, sehingga akhirnya, dia menghadap penciptanya. Kami semua meneruskan kerja dalam diam, masih terkedu dengan takdir ilahi, sehingga rakan saya membuka mulutnya, 'Best kan makcik tu, sempat mengucap sebelum mati'. Saya hanya mampu mengangguk, dan kembali diam.

Kisah ngeri, kisah biasa, kisah baik.
Kalaulah diberikan peluang untuk memilih, ingin sekali saya join pemergian pakcik ni dalam kisah indah, tempat yang indah, posisi terindah, pada hari jumaat yang indah.
If only...


They say, the way you die is the way you live. You live to die. Your art of living will determine your art of dying.
Setiap insan pasti akan merasai mati.
Cukuplah mati menjadi peringatan.
Dunia ini hanya ladang, dan tempat manuai adalah di akhirat.

But, please don't live like the dead ~ Shinda you ni iki nai de ~

[kredit]

"Indeed, I certainly insist on my warm death bed of roses. That will be all. Thank you".

Disclaimer: A warm death bed with string of roses is a symbolic term.

9 comments:

Ann Huda (Ate) said...

Sedih lagi....:(

Puding Karamel said...

T_T

safiyyah said...

Moga kita semua mati dalam iman.

Kena sentiasa diingatkan mati. kan? tq untuk ingatan :)

Puding Karamel said...

Amiin...
Semoga kita semua dikurniakn husnul khatimah, dan yang paling penting mardhatillah,kerana yang itu yang akan menentukan destinasi akhir.
jzkk

mylittlepencil said...

setuju, kita hidup, tapi jgn hidup mcm yg mati.

biar hidup yg betul2 hidup...tggi hammasahnya, tinggi amalnya, tinggi cita-citanya inshaAllah !

Puding Karamel said...

oh...
u r so alive^^
ur spirit always lift up mine as well ^^
thank u sis

khuza hasan said...

T_T
ya ALLAH..
matikan hambaMU ini dlm husnul khatimah..

Puding Karamel said...

TT_TT
amiin
panggillah roh kami dengan keredhaanmu

m_aNdakhuza said...

amin ya RABB~