Tuesday 11 October 2011

Hairan Tahap Dewa

Kadang-kadang dalam menghadapi masyarakat ni, banyak gelagat parents yang mampu menghairankan saya sehingga ke tahap dewa... Sehingga dewa pon menangis serender kot bila tengok gelagat parents tersebut.

Parents #1:
Bila anak menangis meronta-ronta lepas kena cucuk atau diperiksa oleh doktor, mereka akan memujuk anak dengan berkata 'Isk, sapa la buat baby ni, meh mama pukul dia!'. Malah ada beberapa parents yang sampai buat gesture macam betul-betul nak pukul kami depan anaknya.
Hairan tahap dewa.
Kenapa nak pukul orang yang cuba membantu anak anda? Kenapa perlu selipkan elemen kekerasan dalam memujuk? Ingat kami syok-syok cucuk dia? Baik kami pergi lepak-lepak makan kot...

In contrast, ada parents yang geram bila anak meragam lepas pemeriksaan atau dicucuk, terus pukul-pukul anak dan tolak-tolak kepala anaknya. Laa.... budak tu dah la tengah kesakitan dan ketakutan...
Nanti bila anak jadi kaki pukul di sekolah, jangan nak salahkan cikgu pula ya...?

Parents #2:
Bila anak bosan menunggu di luar bilik doktor, dan asyik main peek-a-boo buka tutup pintu bilik beberapa kali sehingga mengganggu ketenteraman doktor, asisten, staf dan client lain, dia hanya duduk tengok saja. Kami pula sampai terpaksa mengunci pintu, dan ini sungguh merimaskan staf yang lain yang sering keluar masuk untuk dapatkan tandatangan or watsoever.
Bila sampai giliran dia masuk, dan ditanya kenapa biarkan anak begitu, katanya dengan tak berperasaan, 'Oh, dia bosan bah doktor'.
Jadi...? Takkan nak kami yang sibuk kerja ni tolong entertain anak kamu peek-a-boo di bilik kami?
Hairan tahap dewa.
Nanti, kalau anak selalu mengganggu ketenteraman awam di sekolah, jangan salahkan cikgu pula ya...?

Parents #3:
Bila anak merosakkan harta benda persendirian doktor atau harta benda kerajaan, mama cuma ketawa-ketawa saja. Apa begitu lucu seperti rancangan senario? Jauh sekali nak minta maaf bagi pihak anaknya. Apatah lagi offer nak ganti?
Hairan tahap dewa.
Nanti bila anak rosakkan harta benda sekolah dan dituntut, jangan salahkan cikgu pula ya...?

Parents #4:
Antara kerja saya adalah menandatangani borang pengesahan OKU. Tapi sebelum tu, mesti la nak kena tanya-tanya dulu, mana boleh suka suki sahkan budak OKU.
Bila tanya seorang mama ni, she doesn't even know whats the problem with the son. Bila tanya anak sekolah mana sebab nak call cikgu budak tersebut, she gave the name of the wrong school.
Hairan tahap dewa.
Dalam fikiran terbayang, mungkin dia beranak 15, konpius siapa bersekolah di mana. Ternyata hanya 2 orang anak, dan yang kedua tu masih kecil. Baru setahun lebih...
Jadi apa alasan anda tak mampu mengenali anak sendiri? At least tahu dia bersekolah di mana...?
Kalau tak pernah berikan perhatian pada anak, bila anak menjadi slow, jangan salahkan cikgu ya...? (In this case, memang rezeki budak tu mendapat title OKU pun)

Parents #5:
Bila staf nak cucuk baby yang jaundice, mama yang menangis dulu, dan merayu minta balik, tanpa menerima rawatan. Budak tu padahal masih rilek-rilek dan kekuningannya sangat perlu untuk diperiksa. Balik rumah buat rawatan aneh, bungkus anak dengan kain hitam dan jemur baah matahari. Adoi...
Ada pula parents yang tak puas hati dengan hospital X, paksa bawa pulang (AOR D) anak yang sedang rancak sawan balik dan peram anak di rumah beberapa hari sebelum mencari rawatan di hospital Y (itupun setelah anak sawan setiap jam! Bayangkan penderitaan budak tu, isk...)
Sangat hairan tahap dewa.
Ini adalah parents yang lebih pentingkan keselesaan sendiri berbanding anak yang memerlukan rawatan. Naluri keibu-bapaan itu memang dominan, tapi sila imbangkan dengan kepentingan anak!

Parents #6:
Anak perempuannya sedang bergelut dalam kesakitan untuk menggugrkan bayi luar nikah yang sedang dikandungnya. Dan yang memeranjatkan ini adalah bayi ketiga, dengan lelaki yang sama!
Bila slow talk dengan adik itu, ternyata dia dan lelaki itu begitu saling mencintai (-_-") tetapi hubungan mereka tetap ditentang oleh parents perempuan itu, malah setiap kali membantu anak perempuan menggugurkan bayi (Kes bukan warganegara).
Hairan tahap dewa.
Anda lebih sanggup melihat anak anda sengsara bergelut dalam hubungan luar nikah dan bergelut dalam kesakitan untuk menggugurkan bayi yang ketiga daripada menerima lelaki itu sebagai menantu?
T_T

Parents #7:
Mereka tak mahu merancang keluarga, terus-terus menghasilkan anak sehingga belasan.
Saya tak ada masalah dengan hal ini, sekiranya mereka mampu.
Tapi kalau demi nak menjaga anak yang berderet-deret di rumah sehingga mengabaikan kesihatan diri dan anak dalam kandungan, ini sungguh tidak adil terhadap janin itu!
Kalau demi nak melahirkan anak berderet-deret, tetapi masih kurang kemampuan, sampai hanya makan nasi dan kuah saja, sehingga anak yang sedia ada rata-rata kurang zat makanan dan terbantut pembesarannya, ini sungguh tak adil kepada anak-anak!
Hairan tahap dewa.
Apa salahnya rancang dulu, utamakan anak-anak yang sedia wujud?
Dan seandainya nak buat anak juga, sila jangan abaikan kesihatan janin tu dengan lambat membuka buku dan macam-macam pe-el lagi...

Parents #8:
Yang ni sumpah ajaib. Hairan tahap ketua dewa.
Bapa budak ni boleh tanya anak teruna dia yang baru berusia 7 tahun, cantik atau tak doktor yang merawat anak dia (dalam kes ini doktor malang itu adalah saya), dan boleh jadi mak tiri budak tu tak... Dan yang lebih aneh, mak budak tu cerita kepada saya dengan ketawa terkekeh-kekeh.
Boleh ek buat lawak spisis tu dengan anak tak cukup umur?
Nanti kalau budak tu miang menghela di sekolah, jangan pula salahkan cikgu ya...?

Masih banyak lagi pe-el parents yang cukup menakjubkan. Tak terkata.
Bukankah anak-anak itu amanah dari Allah?
Susahnya orang lain nak dapatkan anak, maka anda yang sedia beranak ni, sila la cherish anak-anak dengan sewajarnya.
Dan iya, betul.
Senang saya pokpek kat sini, sebab saya tade anak lagi.
Mungkin nanti suatu masa kita juga akan diuji...?
(May Allah guide us)

P/S: Emo sebab mata teddy bear persendirian yang dijadikan aset menarik perhatian kanak-kanak di klinik hampir rosak dikerjakan anak patient,huhu...

20 comments:

Anonymous said...

Manusia perlu berevolusi.

p/s: nak pinjam teman belajar kita, (sahabatnya SH)?

khuza hasan said...

*segaris senyuman setelah semalaman bertemankan mutiara jernih itu*

bahagia seketika membace c0ntengan kakak sy ^^

Puding karamel said...

baby ~
tak pahammm...amendenye tuh?


khuza ~
ok x ni?dilema kerjaya ke?
may Allah ease...
Amiin

Unknown said...

nice experience girl.
believe it not everyone have through this. so,bila dah jadi parents nnti boleh la ambil semua pengalaman2 ni sebagai pengajaran kan? hihi!

Liyana said...

salam kak PK.

teringat pengalaman saya merawat gigi seorang ibu, tetiba anaknya pijak foot control sampai max. mujur tak tertembus pipi ibunya, sorokkan syringe, sumbat berus gigi dalam sink

saya tertanya, parents atau mmg anak lahir sifat hyper. boleh ke letakkan semua di bahu ibu bapa walaupun mmg mereka yang mencorakkan anaknya.

tak ada anak lagi senang la cakap kan.

susah kan jadi ibu bapa

Puding karamel said...

sesegar~
makin banyak jumpa orang, makin jauh perjalanan, makin banyak pengalaman, tak gitu?^^
kadang2 justru itu menjadi ujian kepada kita nanti, tak ke?


liyana~
kadang2 anak boleh menjadi ujian kepada parentsnya, and vice versa. Cuma akk jd hairan kalau parents sendiri yang menggalakkan perkara atau mencetuskan situasi yang negatif buat anak.sapa yang cerdik sekarang?
mmg sedap cakap sementara x de anak ni.uwaahhh...
tapi parents yang menakjubkan pon ramai jugak...nanti sy citer ^^

Dinas Aldi said...

Selalu jumpa mak bapak yg datang sekolah nak jumpa dengan anak tapi tak tau anak dalam kelas mana. Lepas tu bila dah jumpa, dia marah anak dia bila anak tak tau nama guru kelas.

Nak gelak pun ada, nak nangis pun ada.

HH said...

akak..

pelik juga! ><

takpe, ni cara Allah nak bg early education pd kita, mungkin? ;)

Puding karamel said...

k Dinas~
cikgu lg banya pengalaman ngan parents, ye dak? saman2 cikgu...

menariknya cerita akk tu. macam chain of life, ke circle of life?
^^ + T_T

Puding karamel said...

doubleT~
early education, on parenting? atau on human behaviour? ^^
either way, smg kita get to learn sth, n pray that we do not do the hairan things ourselves.
huhu...takott backfire.

Sidratul Muntaha said...

Besar cabaran jadi 'agensi' untuk masyarakat.

Semoga kakak doktor tabah.

Puding karamel said...

SM~
Amiin
JZKK for the du'a dik
may Allah bless ^^

Hedaya said...

Salam,

Fatimah, act kita penah jadi school mate tp x pernah bersahabat :p

So kita bersahabat dlm alam maya pon ok kan?

Saya mohon share dis artikel. very nice, mcm dlm kandungan buku Nasih Ulwan "Tarbiyatul Awlad". Mmg apappun kena mula dari parents kan!

khuza hasan said...

sgt2 xok..
T_T

hanashumaira said...

untunglah ibu bapa yang mempunyai anak yang dengar kata dan tak nakal.

Puding karamel said...

hedaya~
Ws. Oh ye ke...?kindly remind my poor memory, sekolah kat mana tu ya?almaklum, sy ni nomad zaman sekolah menengah dulu,huhu..
Alhamdulillah dtemukan kembali dlm alam maya, mungkinkah itu lebih bermakna...?
Nk share pape pon, share je.Lebih afdhal klo x kreditkan sy,hoho...
u read tarbiyatul aulad?superb...nanti mgkn blh share?


khuza~
lor,nape... cecite cecite...
pm kat fb


ciksufi~
sangat untung...
tapi kenkadang ada anak baik yang mendapat ibu bapa yang sebaliknya. hehe...i've seen some.
ujian, dan juga antara nikmat dari Allah.
Saya yg sekeras batu ni juga merupakan ujian hebat kepada parents sy T_T

hanashumaira said...

yang no 8 tu, lawak..hihi.. kebetulan saya baru pegi hospital check up anak saya. doktor yang rawat anak sy tu muda lagi..comel jer.. sampai balik rumah saya asyik puji doc tu je sampai hubby pun menyampah..bukan lelaki je tau suka tgk doc comel, pmpn pun suka..haha

Puding karamel said...

klo suke tgk takpe
klo puji belakang2 x pe

klo nak buat menantu *peluh* tak pe lg
klo (even gurau) nak buat bini kedua *muntah coklat*
x pe la kot, mekasey je

jgn kata laki ato prmpuan (pesakit atau keluarga), sy pon suke juga tgk colleague yg comel dan bekerja dgn pnuh kcomelan.hehe...

nadz ruslan said...

macam-macam karenah manusia rupanya.. ^_^

Puding karamel said...

itu baru tetamu. belum tuan rumah (bos, sister,nes, MA, PPK dll)

u'll find urself deal with lotsa things...
huhu