Friday, 28 October 2011

Saatnya iklan shampoo berevolusi

Iklan shampoo seringkali menampilkan model-model iklan yang dah memang mempunyai rambut yang panjang berkilau untuk melariskan produknya.
Biasanya model itu akan dikusamkan sedikit rambutnya dan dikatakan setelah menggunakan shampoo jenama tersebut, akan terjadi sebuah perubahan membanggakan.
Rambut akan menjadi hitam berkilau...! @o@

[kredit]

Stended la tu kan. Walaupun sangat tipikal.
Syarikat shampoo yang tidak pernah mahu keluar dari comfort zone mereka.
Tak pernah lagi jumpa iklan yang menampilkan anak pulau sebagai modelnya, dan dengan yakin menunjukkan perubahan dari rambut perang yang rosak, menjadi kembali sihat, hitam dan berkilau.... Memang real tabik spring toing-toing kalau berjaya. Konpem saya akan melanggan shampoo tersebut!

rambut anak pulau
Dikisahkan, ada segelintir pihak.
Ada segelintir yang ingin bergerak dalam ruang lingkup pergerakan, tanpa mahu terjun ke aktiviti kemasyarakatan.
Ada segelintir yang memilih hanya untuk bergaul sesama sendiri. Tinggal serumah sesama sendiri. Dan memilih mad'u hanya dari kalangan mereka yang 'berpotensi tinggi' (warga surau, warga hijaber-lebih labuh lebih baik).
Ada juga segelintir sangat mengamalkan semangat ke'kita'an, yang tidak boleh ditembusi mereka yang bukan kita.
Hanya segelintir, tapi ada.
[kredit]

Comfortable in the comfort zone, refusing alternatives.
Selesa di zon selesa, tak mahu berevolusi bersama anjakan paradigma.
Woah, wait seminit!
Sampai bila?

-peringatan keras kepada diri sendiri yang sangat liat untuk berevolusi-

15 comments:

Liyana said...

harus keluar dari ruang lingkup.
skop dakwah bukan di rumah atau di kawasan kita je. dunia yang sebenar, nun yang diluar tu.

harus berevolusi

*siri bercakap dengan cermin*

Anonymous said...

Anda benar!

Kita (diri-sendiri) bimbang akibat tidak berevolusi, kita (saya) malah bermutasi dan mewariskan genetik yang kurang sihat kepada generasi ke bawah - Pesanan untuk diri-sendiri.

p/s: Afwan, mungkin saat ini kita (saya) sedang berpemikiran sekular. Tafaddhol untuk memperbetulkan.

Inche gabbana said...

uhm.

bagaimana kalau saya gunakan hujah, dakwah itu mesti fokus terlebih dahulu? as in, kena fokus pada kumpulan2 tertentu dahulu, kuatkan saff2 yg ada dan kemudian bila sudah kuat, baharulah boleh berani terjun ke dalam masyarakat..? (ok saya dah boleh agak soalan anda untuk saya apa, "Masalahnya mcm mana nak tahu bila saff2 tu dah kuat..??" hohoh..)

bukankah nabi SAW dulu start dgn para sahabat yg ada anasir taghyir? maksudnya, mmg nabi sendiri pilih siapa yg dia nak join dakwah ni? (Doa dua umar)

saya setuju mmg sampai satu masa, kita kena terjun ke dalam masyarakat (madinah). persoalannya, adakah kita sudah bersedia..?

hanya melontarkan pandangan. kacang pis.

Ann Huda (Ate) said...

Moga kita tidak menjadi Muslim yang tidak berdaya guna. Yang penting fahami rukun AlFahm.

Anonymous said...

sy fikir ini persoalan definisi. beginilah pandangan kita terhadap orang2 dakwah yang eksklusif ye... huhuhu..sy nak ucapkan terima kasih sebab meng'highlite' isu ini.isu yang tiada hujungnya utk diperdebatkan...

kewujudan rumah2 sesama ikhwah/akhwat adalah untuk menguatkan saff seperti mana komen di atas. Tidak mungkin atau sangat2 ler sukar utk org2 yg tidak sama pemikiran duduk di bwh satu bumbung utk planning dan top up men'top up' dengan jayanya. ok, blh gunakan alasan seorg daie itu harus mewarnai org2 lain supaya mereka pun akan merasai best nyer islam tu jugak. hakikatnya ia sgt2 sukar berlaku sedemikian rupa. mcm cthnya kita tinggal sekali dgn cikgu2 kita atau warden asrama, sure kita susah nak ikut ckp cikgu/warden tu, sebab tinggal bersama tu segala2nya ter'expose'.susah nak explain unless dah penah rasa duduk kat dua-dua keadaan.

N sy rs masalahnya sekarang adalah para daie(termsk diri ini) tidak mengalirkan ruh dakwah itu dalam setiap keadaan. Kita agak berhati2 dgn teman seofis n tidaklah begitu memerah otak utk mendakwahi mereka. atau kita tak plan betul2 camne nak menawan hati mereka. kita berserah dengan qudwah semata-mata tanpa kata-kata. bijak berbudi, sukar berbahasa.bila masuk kerja (dlm konteks org bekerja), sejauh mana kita plan, by dis yr, berapa ramai yg ter'effect' dgn dakwah kita. begitu jugak bila kita kata nak msk masy, yes, we can show our kindness, but how far org tertarik dgn Islam tu sendiri? selagi org2 yg buat kerja2 masy tu x dpt mengesankan org2 yg sememangnya berada di sekitar jgn bermimpi mereka dpt mengesankan yg lain2. based dakwah itu dr hati, x mungkin hanya gahnya sesuatu prog itu dpt mengesankan hati org lain. melainkan anda mahu meluaskan Islam ini dengan propaganda, silakan. anda mahu ia diperkatakan org tetapi tidak sibghah dlm jiwa, silakan dgn aktiviti masy itu. insyAllah kita saling menyempurnakan kerja kita.

anda teruskan masuk kepada masy.buat kerja sehingga menyingsing lengan dan baju. insyAllah anda tidak ragu2 lagi untuk berhadapan dgn Yang Maha Esa. begitu juga yg lain2 ni akan terus menyentuh hati2 manusia.insyallah bila keduanya bergabung... Melatop!!!!

cinta cukulet said...

terlalu memikirkan 'saya dan kita' sampai kadang-kadang terlupa 'dia dan mereka'

Dinas Aldi said...

Mungkin sedang mempersiapkan diri terlebih dahulu, before venturing out to others?

Bersangka baik nih :)

Anonymous said...

Nahnu daie la qudo'
kita penyeru bukan penghukum
jgnlah sesekali mengatakn org lain tdk bgerak atau gerak lmbat mcm siput lalu kita mmbiarkan mrk terkapai2..
hold our hand together..
teruskan bekerja..mg Allah mengampuni kita semua
Kerja tlalu byk shgga tiada ruang utk bdebat
If He were among us..
tentu sj menangis!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

perlu bercampur dgn semua org baru kita kenali potensi diri..mmm ada kena mengena ke apa yg saya tulis dgn entry ne... hope so..

Puding Karamel said...

Liyana~
^^
siri bercakap dgn cermin?same here!

Anonymous I~
smg akk dan awk boleh berevolusi kpd yg lbh baik.semoga.semoga.semoga.

Inc gab~
u phrased it in ur blog so much better that i can ever do.
ekceli, apa yg anda katakan itu,sangat benar. what i meant to say is, dlm era keterbukaan,apabila terlalu banyak kerja kemasyarakatan yg diarahkan oleh pimpinan, dengan wala yg wajar diketengahkan, sangat diharap semoga tiada pembangkangan.
JZKK atas komen, sgt appreciate.

Ate~
sy sendiri masih struggle utk pahami.smg allah permudah


Adik med cukulet~
sangat touching, dik!something that we always tend to forget.
Thanx atas peringatan
p/s:even kawan akk yg baca terharu dgn ayat awk!

k Dinas~
^^ u always made me feel at ease reading ur comment.somehow the words r always soothing. terima kasih atas peringatan kak.may Allah bless

mama baby~
ade kena mngena la tu mama ^^
thank u. mgkn kita belum cukup kenal, sedangkan perlu utk saling kenal dan kaver kekurangan satu sama lain.kan?

Puding Karamel said...

anonymous II & III
JZKK atas komen, peringatan dan teguran.amat sy hargai, walaupon kene consume propanolol stat dose.

sikit pun tak ingin memperdebatkan isu atau meng-condemn. apatah lagi, saya antara yang membuatnya juga (perasan tak nota kaki?~ni peringatan keras utk diri sndiri)
sy pn duduk RI (wpon masih rebel2), sy pon slow hadam arahan...

sengaja sy suarakan dari kaca mata qiyadah, dan org awam, dalam format provokasi(barula happening,wahaha). sometimes we need to see sth from another point of view utk berevolusi, is it not?
perbezaan akan timbul, tapi utk apa berdebat?rather give n take.as long as both party will.

bukankah DnT tu seiring?tiada D tanpa T, tak bermakna T tanpa D.setiap org bergerak dgn pace mereka tersendiri. nk slow?no hal (i'm one of those slow ones). tanak bergerak?no hal (i'm one of those kadang tak bergerak kerana sgt tak pandai n mati akal nak buat task)...cuma, jadi sedih bila arahan pimpinan utk kerja kemasyarakatan dibangkang.mana wala?

sangat la tak layak nak jadi tok kadi.diri pon masih rebel lg...nk kondem org?diri sndr pon macam hampeh..

whatever both of u mentioned, sangat betul(kenapa perlu enonimuskan diri?) i thank Allah, n i thank u.1st time dpt komen begini, banyak yg sy pelajari. moga allah ampuni kita semua.may allah bless both of u, n the rest of muslimin n muslimat
^_____________^

p/s~ seandainya sangat terasa hati, saya mohon ampun dari Allah n all of u out there.terkadang bila nak limitkan perkataan, akan mudah terjadi misunderstanding ek

ana_mobeng said...

cayoo! akak..teruskan berkarya...

Puding Karamel said...

baru stat enjen...

safiyyah said...

wah sangat menarik diskusi di entry ini :D

saya setuju juga dengan pandangan inche gabana dan anonymous.

dakwah ada strategi. fokus dulu untuk membina tulang belakang yang kuat. tapi orang-orang luar yang jarang dicapai oleh seorang da'i ini tidak boleh dipandang ringan. bagi saya proses ini berjalan serentak. kita bentuk saff yang mantap bersama mereka yang sudah kenal dan faham Islam. dan kita perlu influence orang sekeliling kita, di office, kelas etc dengan akhlak dan kata2 nasihat yang keluar dari mulut kita. bukan semestinya kena berusrah dengan mereka.

kalau boleh capai dua-dua, kenapa mahu capai satu sahaja? =)

Puding Karamel said...

ekzekli
tak lengkap D tanpa T, tak bermakna T tanpa D.
kalo boleh biarkan seiring, mengapa tidak?

tengkiu 4 d wonderful input saf
may Allah bless