Thursday 20 October 2011

Aku Muslim, sumpah...!

Senario 1
Hari itu kali kedua saya melihat pakcik berjanggut itu di perkarangan masjid Seoul. Wajahnya lembut dan tenang. Senyuman tak pernah lekang dari bibirnya.
Apabila lalu melintasi beliau, saya mengucapkan greeting biasa di Korea, 'Aneyo hasseyo..' dengan senyuman dan tunduk hormat. Beliau tersenyum kembali, dan mengucapkan, 'Assalamualaikum...'.

Senario 2
Kisah dari seorang ustaz waktu saya di sekolah menengah. Beliau travel ke luar negara (siriyes tak ingat details) dan berjumpa dengan seorang foreigner di sebuah masjid. Apabila ditegur oleh ustaz saya dalam bahasa Inggeris, beliau berkata kepada ustaz saya, dalam bahasa Arab yang mudah dan pelat, 'Laa...ana muslim, anta muslim, lughatul arabiyyah'.
Dan mereka berusaha berkomunikasi dalam bahasa Al-Quran itu, sepatah demi sepatah.

Senario 3
Kisah Safiyyah, rakan blogger kesayangan saya.
Suatu hari yang indah, ketika dia sedang bergegas ke lab university (di New Zealand), tiba-tiba dia disapa oleh seorang lelaki, "Excuse me...  I just want to tell you this. That I love you." tutur lelaki itu sambil tersenyum. "You are pretty. Amazing. The way you dress. You look bright. Look so soft. You make people happy just by looking at you. Oh so pretty. I love you."
Betapa terperanjatnya Safiyyah, yang hanya mampu menggumam millions of 'Thank you's in return.
Dia tidak menampilkan apa-apa yang lebih istimewa dari biasa, hanya sepasang busana muslimah yang menutup aurat.
Versi Safiyyah yang lebih menarik boleh dibaca di sini.

* * * * *
I'm a muslim. Sumpah.
I/C pon stated agama Islam. Nama pun ada binti.
Ada tudung kat kepala ni haaa...
Mak bapak orang Islam. Keluarga semua agama Islam.
Jadi, percaya tak saya ni seorang muslim?
[Post ~ Girls Talk: Vanity]

* * * * *

Zaman kini banyak berubah. Banyak orang Islam merasa asing dengan syariatnya sendiri. Malah merasa lebih dekat dan moden dengan syariat jahiliyah.
Takut dilabel ustaz-ustazah. Malu dengan tudung yang wajib dikenakan. Segan dengan ketayap di kepala.

Kenapa begitu?
Jauh dari syariat? Jauh dari Al-Quran?
Mungkin ada la baca Quran sikit-sikit, tapi jauh daripada memahami maknanya?
Ataukah, jauh daripada sang Rabb?

Sejauh mana ke-muslim-an kita? Sekadar di I/C? Sekadar keturunan?
Ataukah memang tertera kata 'muslim' itu pada penampilan kita? Penuturan kita,tingkah laku kita? Atau, pada ketenangan wajah kita?

Adakah kita bangga mengisytiharkan, 'I'm a muslim'?
Sebagaimana segelintir yang berbangga mengisytiharkan 'Gua anak tan sri X' atau 'Saya anak Malaysia'?
Sebagaimana bangganya pengikut setia Nabi Isa mengisytiharkan
'...Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah,dan saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang muslim! [Ali Imran: 52]
Itulah muslim, sebuah predikat evergreen yang tak akan kita lepaskan hingga (Insya Allah) maut datang menjemput kita. Muslim, sebuah panggilan indah, yang malah digumam oleh pohon dan batu yang akan berbicara di akhir zaman tentang Yahudi, musuh yang bersembunyi di belakangnya.
"Belum akan tiba kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan Yahudi. Kaum muslimin membunuh mereka dan mereka bersembunyi di balik batu dan pohon. Lalu batu dan pohon berkata. 'Wahai Muslim, wahai Abdullah, ini ada Yahudi di belakangku, mari bunuhlah ia..." [Hadis Riwayat Ahmad dalam musnadnya]

Indahnya panggilan itu, muslim. Muslimah.
Kini para pengikut setia Nabi Isa telah lama tiada, meninggalkan kita.
Maka, siapa lagi yang akan berbangga dengan panggilan indah ini, seandainya bukan saya dan anda?

'Katakanlah, 'Hai Ahli Kitab, marilah menuju satu kalimat yang tiada perselisihan antara kami dan kalian, bahwa kita tak akan menyembah selain kepada Allah, dan tidak mempersekutukanNya dengan apapun, dan tidaklah sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Rabb selain Allah'. Jika mereka berpaling maka katakanlah, 'Saksikan bahwa kami adalah orang-orang muslim!" [Ali Imran: 64]
Bangga, sumpah bangga!
Aku adalah seorang muslim, sumpah!
Tapi, sejauh manakah pembuktiannya?
TT_TT

Olahan idea dari buku 'Saksikan bahwa aku seorang muslim' by Akh Salim, dan 'Madrasah Jiwa Perindu Syurga' by Mas Udik. Barakallahu fikuma~

7 comments:

khuza hasan said...

terkesan dgn HIMPUNkah?

yup..im proud 2 b a muslim..

terlalu BANYAK mengkaji kes2 MURTAD membuatkan sy SGT2 bersyukur masih di berikan nikmat ISLAM & IMAN!
tQ ALLAH~

Dinas Aldi said...

Entri yang menginsafkan.

Tapi sejauh manakah keinsafan akak ini..eh tanya balik diri ikut macam dik PK buat dalam entri ni pulak :D

Izzati Hashim said...

Nice one!

saya pun muslim, tapi apa buktinya? T.T

kita muslim, dan moga kita takkan jadi fitnah pada agama.

Anonymous said...

salam akak...terharu baca ni..hurm.muhasabah diri..

Puding karamel said...

khuza~
haha, no lah!
yap,true,true.
nanti, care to share kisah2 awk kendalikan kes2 mcm tu?

k Dinas~
moga bermanfaat.
sy pon still ponder, how muslim am i?
is it as much as i claim to be?ke mcm sang badut jer? wuwuwuuuu~~~

Zati~
amiin, moga tidak menjadi fitnah kepada agama.

ain~
terharu dpt jumpa balik ain.sihat dik?bz study ye?
slmt memikul amanah sbg student MUSLIM, ins Allah

safiyyah said...

masa mula-mula saya tulis entry tu, saya memang sangat gembira dan sekadar berkongsi kegembiraan. tapi tak pernah sangka awak sangat terkesan dengan cerita tu. hee.. gembira :D

bila kat sini, terasa perbezaan, dan terasa diri kita adalah muslim. jadi ada keinginan untuk jadi contoh muslim yang baik. alhamdulillah. walaupun tak sempurna, tapi saya yakin, asalkan kesedaran itu ada, kita takkan berhenti berusaha :)

p/s: patut pelik ramai visitor dtg dari blog awak

Puding karamel said...

saf~
wahaha...kan dh kate nk kongsi d blog n hq?hehe..adik2 hq pon terkesan.point tersiratnya sgt valuable.hee,gembira juga =)

somehow, sy rasa akhawat dr negeri bukan Islam akn lebih terkesan dgn ke-muslim-an yang ada, biiznillah.
tp tu bukan alasan bg kite yg dr negara Islam ni utk x rasa keizzahan diin, ye x?huhu...x mo cadi muslimah cap cikai-ah.

p/s:x seramai org yg awk hantar ke blog sy dlu kot??wahahaa