Tuesday 4 October 2011

Anti-S.E.R.A.B.U.T (mis)management

Ada yang tertanya, kenapa laman sesawang dibiar bersawang macam sawang dalam cerita 'misteri rumah tua', tak ter-update.
Maksudnya, ada yang rindu la, hihihi...
Ni bukan bajet hot. Tak ramai pon, tapi ade la. (kan, khuza, kan... ^^)

Sepertimana post yang lalu, ke-S.E.R.A.B.U.T-an datang bertimpa-timpa pada hari isnin-selasa lepas. Sumpah serabutnya, rasa penyakit nak rebel tu datang mencanak-canak. Hal DnT, hal peribadi, hal kerja.
Syukur alhamdulillah, Allah datangkan ujian kecilnya (yang saya hadapi dengan flying crawling colours) ngam-ngam sebelum saya bercuti, yang telah saya rancang bersama teman-teman houseman dulu sejak awal tahun lagi. Hari Selasa kerja seperti zombie kampung pisang lagaknya. Fikiran jauh nun berasak dalam trefik jem di planet Pluto, hati jauh terbenam nun di kerak bumi lapisan ketujuh.

Hari Rabu, dengan rasminya dimulakan percutian 'Cuti-cuti Sabah' yang telah berkurun dirancang, disertai teman dari Pahang, dan teman dari Tawau. Memang sangat enthusiastic and euphoric menyambut cuti ini. Nak cari ketenangan kononnya, dan nak cari jawapan kekusutan. Dan, err.. nak rebel sikit-sikit (terkembali ke zaman 'J' sebentar).

Setelah cukup geng bertiga, kami memulakan pengembaraan dari Kota Kinabalu-Kundasang-Ranau-Kudat-Kota Marudu-Kota Belud-Tuaran-Kota Kinabalu-[naik flight]-Tawau-Semporna-Mabul Island. (Di Tawau datang lagi seorang teman dari Kuala Lumpur bersama hasben en Aqil comel). Most of the time was spent on the road, tapi demi mengunjungi tempat-tempat 'wajib' di Sabah, kami redahi segalanya. Cantik. Worth it, beb.

Aqil Comel

BTW, adakah saya menjumpai ketenangan itu?

Kundasang~ kaki Gunung Kinabalu, hawanya sangat dingin, persekitaran sangat hijau. Ada elemen ketenangan di situ. Akan tetapi, saat merempit di jalanan berliku, di lereng gaung, di lencongan tananh runtuh, tetibe terbayang pulak ditimpa tanah runtuh, atau tergelincir ke dalam gaung. Isk, sumpah seram. Hilang ketenangan.

Ranau~ Hotspring, Tea plantation, canopy walkway. Indah hijau rimba itu, sarat dengan elemen ketenangan. Tetiba semasa di atas jambatan gantung, tenang entah kemana, gayat pulak yang datang.

Sabah Tea Plantation

Kudat~ di sini terkenal dengan Simpang Mengayau (Tip of Borneo) yang menemukan dua buah laut iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu. Mendengar deruan angin, melihat hempasan ombak, diam di tengah kegelapan malam di tepi pantai bersama unggun api, begitu dasyatnya paduan elemen ketenangan. Tetiba terbayang tsunami la pulak. Isk... seram weyyy!!! Risau lagi ada. (Kudat adalah antara kawasan amaran Tsunami semasa tragedi Fukushima Dai-ichi dahulu)

Subuh di Simpang Mengayau

Kota Kinabalu~ bawa member shopping di Pasar Phillipine, mengejar sunset di Karambunai. Tapi keindahan sunset tak seperti yang dibayang pula, sedih, sedih. Fikiran menjadi semak kembali.

Tawau ~ setelah berehat menyantap seafood pagi petang siang malam, menaikkan Uric Acid dan kolesterol dengan jayanya, kami belayar ke Mabul Island. Tempat yang indah untuk snorkel. Demi mencari ketenangan. Syok-syok snorkel, mendengar deruan ombak dari dalam air, melihat keindahan coral dan hidupan laut yang lain, tetiba ternampak ular air (ke belut eh?) dan buleh terbayang jaws muncul out of nowhere pulak. Ngeri...!

Mabul Island

Susah-susah mencari ketenangan....
Bukankah dalam Al-Quran jelas tertulis,

"Ingatlah, dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang"
[Surah Ar-Rad : 28]

I had fun, travelling with dear friends, got to know them more, got to see cute little Aqil, and the places that I went to are all superb. Creating sweet memories, and getting to blend in with nature. But still, ketenangan hanya boleh dicapai dengan mengingati tuhan. Jawapan yang dicari, juga ditemui, hanya dengan kembali kepada tuhan. Di sela kesibuka travelling itu.
Pergilah ke hujung langit pon, atau ke dasar lautan sekalipon, tak kan jumpa ketenangan itu, tanpa kembali kepadaNya. 
In the end, no matter how rebellious I (intend to) become, I'll find myself back to Him, again, and again... Sebab selain Dia, who else you could turn to...?

P/s: Jangan terpengaruh dengan imaginasi-imaginasi ngeri saya itu, itu hanya imaginasi seorang pesimis. Sabah memang lawa. And I did came back in one piece. Hehe...

10 comments:

Dinas Aldi said...

Dik, macam terbang melayang indah kemudian kena tampar dan jatuh ke bumi setiap kali baca setiap perenggan pasal percutian ni. Indah, terkejut, indah, terkejut gitu, hehe

Aqil sangat comel!

Err, kenapa tak keluar tajuk entri terbaru ni kat blog list akak agaknya?

maie ^_^ said...

kak tim, soo true!!hanya kembali kpdNya hati kita manjadi tenang..;)

p/s :syokknyerr g sabah!cantik gmba..rs nk g lagi..huhu~~

khuza hasan said...

owh..kakak sy pergi 'mencari ketenangan'..
akhirnye dpt juge tau ke mana si kakak 'bertapa'~
hari2 d0k belek2 PK..mencari entri yg masih belum d khatamkan..^^v
btw kakak..t0tally agree with u..'dgn mengigati ALLAH..hati2 akan menjadi tenang'..
dah kal0 g mengembara 1 dunia skali p0n..kal0 hati tu letak merate2 & xingat pdNYA..what f0r kan..xkan jumpe 'ketenangan' itu..
^^

Puding karamel said...

k Dinas~
haha...saya ni mmg hiperbola.huahua...
ya, aqil sumpah comel ^^
mmm...mmg ade sumting wrong ngan blog saya, cam syrk penerbangan X, selalu delay...

maie~
oho...1st time awk komen hihihi
mai la sabah
nex yr kumpul geng d tioman pula, insha allah

khuza~
mmg nk bjalan pon. dh plan berzaman lagi...
so, khuza dah jumpa ketenangan itu?

Liyana said...

adakah anda orang sabah?

khuza hasan said...

sy..err..belum temui 'ketengan' buat mase ni..
T_T

Puding karamel said...

liyana~
no lah. org KL yg buat district posting d Sabah

khuza~
sile membulat dan d situ ins Allah ada ketenangan. Ni sb dh lama x membulat nih, woohooohooo

khuza hasan said...

mahu..
tp..
masih tiada sebarang berita utk 'membulat'..T_T
sedang bersabar menanti 'panggilan' itu..
s0bs~

Puding karamel said...

sabar dik...huhu...
akk pon x tau nak ckp pe.
smoga Allah permudahkan.
semoga tsabat, kalo kite ikhlas pasti allah akan tunjukkan jalanNya

khuza hasan said...

baek kakak ^^
sedang bersabar..:)