Thursday, 1 December 2011

Rambut sama hitam, shampoo lain-lain

Post ni bukanlah lanjutan dari iklan shampoo bulan lalu.

Basically orang asia, pasti berambut hitam.
Mungkin perang sekiranya terlebih dos cahaya matahari (seperti anak pulau).
Mungkin putih sekiranya terlebih dos umur, atau dikeranakan faktor keturunan atau penyakit.
Tapi, biasanya hitam.
Walaupun rambut kita semua sama hitam, tapi shampoo yang digunakan berbeza.
Bergantung kepada ekonomi, kesesuaian jenis rambut, dan simply, preference.

Tak salah. Sikit pun tak.
Sebab kita dari latar belakang yang berbeza.
Jenis rambut berbeza.
Yang pasti kita semua mempunyai target yang sama. Rambut yang sihat berkilau.
(Bab orang yang kaler-kaler rambut tak termasuk dalam perbahasan, hohoho)

[kredit]

Recently, ada seorang sahabat seorganisasi yang saya kasihi, mengeluarkan sebuah statement yang memeranjatkan walaupun telah sedia diketahui.
"Biasalah tu, tanzim (organisasi) dalam tanzim, syura dalam syura," katanya sambil tertawa kecil.
Saya tetap tak dapat sembunyikan riak terperanjat.
Kerana walaupun fenomena itu bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di serata negara, tapi saya tidak biasa dengan keadaan itu, dan tidak ada inisiatif untuk membiasakan diri dengan situasi itu.

Sambungnya lagi, "tapi pasti ada sebab mengapa seorang pemimpin itu dilantik menjadi pemimpin kan..."
Hati saya kembali ceria. Berbunga.
Walaupun jelas perbezaan latar belakang tarbiyah di situ, tapi alangkah indah apabila boleh mencari titik persamaan.

Ketaatan kepada pemimpin. Pemimpin yang menaungi saya dan anda, lokal dan pusat. Selagi tidak bercanggah dengan Al-Quran dan as-sunnah. Kerana itulah yang diajarkan kepada kita. Perintah Allah dan ajaran Rasulullah. Juga peringatan yang pimpinan pusat dan tok syaikh MH berikan semasa konferens bulan lalu.

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Uli'l-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [al-Nisa’ 4:59]

Kamu guna shampoo lain, saya juga. Tapi kita sama-sama mahukan rambut hitam berkilau.Dan memandangkan kita kini di bawah naungan satu payung, mari kita buat rawatan rambut di spa yang sama ^^
-ukhuwwah teras kegemilangan-semoga Allah mengampuni kita semua, dan memandang kita dengan rahmat dan rahimNya-

6 comments:

syafa mohamed said...

comelnya cara akak menulis^^

insyaAllah,semoga kita dinaungi dibawah naungan yang sama yer akak;)

rindu kak puding karamel...

So Shy Lady said...

hanya mahu mnyokong pmimpin yg btul2 ikut lndasan Islam

Dinas Aldi said...

Akak suka benor dengan cara PK menulis. Mesra pembaca gitu & sangat padat isinya.

Puding Karamel said...

syafa yg akk rindui juga ^^
amiin, semoga nanti bila syafa kembali ke tanah air, kita boleh kerja sama2 d bwh payung yg sama iAllah, dgn sepenuh ketaatan kepada Allah, ketaatan kepada Rasul dan ulil amri.


Kak SSL~
sama! tapi belum daftar mengundi huhuhu...
(x sedar diri dah tua dan boleh sesangat nak ngundi >.< )


Kak Dinas~
alhamdulillah, semua dr Allah.Sy ni sebagai tukang taip jer kak. N sy pon senang dgn ur short posts, makes it sweet wif cup of coffee ^^

Liyana said...

salam kak PK

akak memang suka syampoo eh.
analogi yang baik. comel je

yang penting, ukhwah teras gemilang. satu aqidah satu ummah.

Puding Karamel said...

haha
alang2 bershampoo ria...
okeylah,lps ni akk tuko lak.
nak letak medic jargon x mesra alam lak.pengetahuan x luas, shampoo jer la eh?

yap yap yap
ukhuwah teras kegemilangan
mantapkan aqidah yg satu, dengan tangan dalam tangan (hand in hand)