Saturday 6 August 2011

Laser cap nini cokelat celup

Antara target bulan Ramadhan adalah, jaga lidah.
Time pemBERSIHan diri dulu pon begitu juga, ingin kurangkan pokpek yang kurang efektif di klinik.

Walaubagaimanapon, setelah mengharungi 5 hari di bulan Ramadhan, budaya itu masih belum hilang sepenuhnya TT_TT
Pada kes-kes client defaulter dll kes yang mampu menaikkan mampu tekanan darah hingga paras 200/120 mmHg, memang senang terkeluar laser beam yang tajam punye. Oho ~
Berleter bukan sebab nak carik gaduh, tapi kerana sayangkan client, dan demi menjaga kualiti kesihatan bumi bawah bayu yang sangat tinggi dengan kadar kematian ibu dan bayi - dan inilah yang menjadi tolok ukur kepada kadar kesihatan sesebuah negara.

Kalau tak ditegur, lain kali buat lagi.
Tapi perubahan tetap mesti dilakukan.
Jadi laser beam yang dikeluarkan, sedaya upaya dipastikan disalut dulu dengan cokelat celup, supaya bile mengenai client akan rasa sesedap nini cokelat celup.


[kredit]

Kisah 1
‎19 y.o primid (anak pertama)
Time tengah scan, tak dapat nak appreciate kedudukan uri dia sebab pundi kencing tak penuh.

So, out of blue saya bertanya, 'Puasa tak hari ni?'
Kalau dia tak puasa nak suruh minum air supaya boleh penuhkan pundi kencing.
'Tak puasa'
Saya menjadi konpius sekejap, tak ade pulak dia komplen morning sickness tadi.
'Kenape tak puasa?'

'Suami tak suruh'
*sumpah rasa nak pengsan*

Datang red alert dari langit mengatakan laser sudah hampir keluar. Cepat celupkan cokelat!
'Dik, awak sembah suami ke sembah tuhan?'

Dia tertawa. Oh. Bukan perkara sensitif rupanya bagi dia T_T Ataukah efek nini?
Saya try cover emosi saya dengan pokpek tentang anak dalam kandungan dia sihat, kena makan vitamin, dan apoinment akan datang.
Tetibe nak tanya lagi, out of blue, 'Dik, awak sembahyang tak?'
Dia terperanjat, dan menggelengkan kepala
*oh, tambah horrified. Bertenang, celup cokelat*
'Kenapa, suami tak suruh jugak ke?'
'Tidak, itu dia suruh...'
'Laa, yang dia suruh awak tak mau buat pulak...?' Ok, kekurangan cokelat di situ...
Dan terselitlah tazkirah seminit, dalam nada suara yang dipaksa kool. Oh. Sedih. Semoga Allah kurniakan hidayah kepadanya.

Kisah 2
Sepatutnya appoinment client tu minggu lepas, tapi semalam baru datang. Kes-kes defaulter ni memang mampu menye-troke-kan doktor-doktor yang darah tinggi. Macamana nak jaga mereka kalau mereka tak mahu jaga diri sendiri...?
'Kenapa la kamu tidak datang minggu lepas?'
'Itu ba, suami saya teda'
*oh. red alert...celup jangan tak celup*
'Biarla ba, bukannya saya mau scan suami kamu'
Dia ketawa. Enak barangkali nini itu.
'Memangla, tapi teda yang mo kasi teman saya datang sini'
'Naik saja tuh kereta kuda, teda apa-apa juga'
Ketawa makin besar 'Mana ada kereta kuda turun sini'
'Alah, kereta kerbau pasti banyak...'
Tambah dia ketawa. Lepas scan, saya bagi appoinment baru kepadanya.
'Datang ye, naik la kerete ape pon' (dah malas pakai slang sabah)
'Ba...'
* * * * *

Itu antara laser yang sempat disalut cokelat.
Tapi masih ada jugak laser beam lain yang terlepas.
Mendidik jiwa itu tiada penghujung.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya...!

Sabda Rasulullah
'Sesiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau diam.'
Riwayat Bukhari dan Muslim.

8 comments:

hafiz CHouJi said...

Salam, saudara (eh, ke saudari eh?) Salam ziarah.

Menarik entry anda. Dari serangan laser coklat celup entri ini, saya rasa anda seorang wanita. Betul?

Merujuk kepada soalan anda tentang cara handle remaja, insyaAllah akan saya cuba tulis respons khas buat anda dalam masa terdekat. Sekarang agak busy. Dan mungkin, kalau anda dapat letakkan konteks pendekatan yang saudara perlukan (i.e jenis program bertemu remaja tersebut etc) insyaAllah dapat lebih membantu. :')

Dinas Aldi said...

biasa2 pun kena jaga lidah, di bulan mulia ni apatah lagi TAPI kdg2 tu susahnya nak jaga, kena tarik nafas dalam2 banyak2 kali.

menarik sungguh tajuk entri ni, kihkihkih! ceritanya pun menarik :D

s'a'm said...

haha..

kelakar baca bila ambil analogy celup coklat bila hendak memaniskan perbualan.

bil-hikmah.. kekadang ada yg perlu dicelop coklat tebal-tebal, dan ada yg tak perlu.

respect sama doktors sebab diorg handle 1001 mcm org.

may Allah bless us all

Puding karamel said...

hafiz chouji ~
memang laser identik dgn wanita ya? ^^" anyhow,saudari is the rite one

JZKK
looking 4ward to te entry
may allah bless

Puding karamel said...

k Dinas ~
susah okeh...ble dah stat membebel,sy pon jadi takut. Tapi kes2 khas je la.
katakan tak nak!
hahaha

betul,slalu kene tariknapas dalam2.
kadang2 kene pegang dua2 pipi.
baru boleh cakap

Puding karamel said...

s'a'm ~

bil hikmah T_T
tapi selalu lupa
JZKK atas peringatan

doktor is not always good,tu yang sometimes lose temper.
but still, wat to be handled, need to be handled.

semoga Allah menguatkan semangat untuk mendidik jiwa
may Allah bless

sayatakpakaigucci said...

hihi post ini sgt kiut..
saya pun slalu lose temper di bln ramadhan ni ..
astaghfirullah..
mungkin boleh aplikasi kan cokelat celup ni nanti ^_~

teringin nk dgr awak pokpekpokpek kat saye..
bile org popekpokpek kat kite tanda die sayang kita kan heheee~

Puding karamel said...

bukan bln Ramadhan je,bulan x Ramadhan pon slalu pokpek jugak,huhu
lepas ni nak say sayonara 4ever to pokpek berasaskan napsu semata2
yosh~~~!

awk nk dgr sy pokpek?hoho,baik jgn.
buruk ghopenye,kikiki