Aneh sedikit mungkin dipanggil mak.
Gara-gara kesalahan teknikal yang tercetus ekoran cucu tertua lebih tua dari anak termuda.
Entah kenapa, raya tahun ni, bila balik pondok kali ni, baru perasan banyak benda tentang mak dengan lebih jelas terperinci, walaupun memang dah sedia tahu sebelum ni.
Mak mulut bising, tapi hati baik.
Biasanya kalau saya berdoa, saya akan dekatkan tangan ke wajah saya. Setelah berapa kali solat dia jeling saya di sebelahnya, suatu kali dia tegur 'kita doa ni nak mintak kat tuhan. Tadah tangan lek lok. Yang pi kepit lagu udang tu buat pa...'
Adeh, mak. Yalah, cek ikot...
Tapi bising yang paling tak tahan adalah...'hang ni bila...' dan soalan-soalan yang sesepisis itu. Berapa kali jugak la dia tanya. Bila saya jawab 'Insya Allah, mak, adalah tu...', dia cuma dengar part 'ada' saja, dan pergi beritahu mama. Oh, kena interrogate dengan mama keesokannya...
Mak sangat gigih beribadah.
Pada hayatnya yang dah mewarga mengemas itu, gigih dia pergi ke surau setiap waktu solat (kecuali subuh sebab pening baru bangun tidur). Bertatih-tatih berjalan ke surau yang kira-kira 50m dari rumah, dengan perjalanan yang mengambil masa lebih 10 minit. Dalam surau ada tahta khas untuk dia, memandangkan dia adalah jemaah tetap yang tertua di situ. Sejadah berlapis tiga di tepi tiang besar, mudah baginya menggagau untuk berdiri kembali dari sujud atau duduk. Gigih dia untuk solat berdiri, walaupun ada kalanya harus saya hulur tangan untuk tarik dia bangun semula (oh, memang terkurang kusyuk setiap kali bangun berdiri dari sujud atau duduk antara dua sujud, menjeling dia di sebelah, sampai dia betul-betul bangun berdiri kembali).
Gigih dia tadarus walaupon mata memang 'kelabu'. Ramadhan hari tu dapat 3 round (ish,jeles...!) Bacaannya sangat lancar dan sedap didengar. Sehingga suatu malam saya tadarus dengannya, baru saya perasan, banyak kesalahan bacaan juga. Agak pilu hati memandang wajah tua itu. Bersungguh dia membaca walau memang tak nampak.
Bila dia tanya tentang Ramadhan saya, katanya, 'tara hang muda ni ibadah la sungguh-sungguh, kalau dah tua macam mak ni payah'
Berdegil dia solat berdiri, di kala saya melihat ramai warga emas yang lebih kuat dari dia solat di kerusi.
Gigih dia tilawah Al-Quran, walaupun menggagau mencari surah dalam al-Quran.
Melihat dirinya, saya jadi malu. Apa alasan saya untuk malas solat berjemaah bila ada kemudahan tersebut, atau malas tilawah? T_T
Mak sangat berjimat cermat.
Untuk raya kali ini, tumbang sekor kambing milik mak untuk jamuan raya dan aqiqah untuk anak sorang kazen. Segala isi perut hamba Allah tersebut dimanfaatkan sepenuhnya.
Daging dipanggang, digulai, dan dimasak merah. Organ dalaman ditumis pedas juga.
Tetiba, semasa adik saya mengorek peti ais, tetiba dia exclaim, OH CUAK!
Bile saya gi tengok, memang 'Ooo, mak...!' la jugak saya =_="
Kepala kambing itu disimpan utuh, untuk menunggu sesapa yang pandai korek otak kambing tu untuk dimasak. Alahai mak... Entah bile la tu ye...?
Mak nak cucu mak bela mak
'...awat hang pi jauh-jauh di Sabah nun? Baik hang duk sini bela mak...'
TT_TT
Ni dah kali kesekian dia keluh pada saya.
Kalau ikot hati, nak je bawa dia gi Sabah. Tapi dia tak mau. Ajak duk ngan anak-anak di KL pon tak mau. Katanya boring, nanti dia rindu kambing-kambing dia. Alahai, mak...
Mak macam nenek-nenek yang lain, inginkan perhatian. Tengah malam hari raya, dia tergelincir dalam tandas.Pagi tu saya gerak dia Subuh, dia terus tanya 'hang mai tengok sat, pecah tak kepala mak?' Sumpah cuak dengar, untung cuma lebam. Benjol, sakit. Bila dia ke surau , berapa kali dia bercerita jatuh dalam tandas, meraih simpati orang-orang pondok. Dan sememangnya semua orang pondok memanjakannya ^^
Kenapa saya meroyan tetengah malam ni tulih post pasal dia?
Rindu. Selama ni, tiap balik kampung memang saya akan spend masa dengan dia, tengokkan ubat dia, makan minum, sembang-sembang. Tapi ni kali pertama saya apit dia ke surau tiap kali solat dan tilawah bersama dia. Kesal rasanya tak pernah terbuat bende-bende tu sebelum ni (alkisah memang liat nak ke surau).
Mak, nanti cek balik, kita pi surau sama-sama, kita baca Quran sama-sama na. Kalau mak salah baca, cek habaq. Kalau mak tak jumpa surah, cek tunjuk. Kalau mak nak terjatuh dalam solat, cek pegang. Biaq pi kita jalan lambat-lambat pi surau, kita boleh masbuk.
Semoga Allah jaga mak di kampung, dan juga kambing-kambing mak.
=(
Cherish ur love ones when they're still present...







